Friday, March 13, 2009

Perak: Extra-constitutional crisis.

Dah seminggu….aku cuma buat satu posting pada 9/3. Ramai yang tanya, pasai apa tak tulis?

Aku pun tak tau..pasai apa tiba-tiba saja aku rasa malas nak menulis, sedangkan banyak cerita-cerita sensasi, yang boleh melonjakan hits. Banyak SMS dan email hot…aku pass kat Albanjari atau Perisik Rakyat saja. Tiba-tiba saja aku rasa malas nak tulis…terutama selepas mendengar forum Dr. Aziz Bari pada hari Jumaat lepas anjuran Sepakat Common-ground, di Petaling Jaya.

Komen-komen Dr. Aziz Bari malam tu memang kow…straight to the point…hard-hitting and out-of-the-box… dan apa yang aku lihat, dengar dan baca selepas hari itu seolah-olah pemimpin Pakatan Rakyat menerima pendapat Dr. Aziz Bari…dan mengusahakan sesuatu kearah itu.

Satu point yang radical dari Dr. Aziz Bari…” What happened in Perak is not a constitutional crisis…but an extra-constitutional crisis.

Kita bukan menghadapi masalah tafsiran perlembagaan..tapi masalah perlanggaran perlembagaan. Tak mungkin krisis ini dapat diselesaikan kerana perlembagaan sudah tidak dihormati. You need an extra-constitutional remedy to solve this extra-constitutional crisis.”

Itu…pada 8/3/09, Jumaat pukul 10 malam. Keesokanya jam 9 pagi, aku pergi ke majlis pelancaran gerak kerja pilihanraya PKR di Bukit Gantang. Dalam majlis itu, Pengarah Pilihanraya PKR, Hj. Ismail Yusop hentam dua ekor katak yang melompat tu betul-betul kow. Sampai keluar perkataan ‘pengkhianat’, dari mulut Tuan Haji ni.

Tetapi apabila Pengerusi Perhubungan PKR Perak, Hj. Osman berucap..terbalik pulak!! Hj. Osman defend dua barua ni…sehinggakan keluar dari mulut Hj. Osman, “dia keluar untuk sementara!!!” What’s goin on, man?” Dan bila Azmin pulak berucap…Azmin jugak cakap ala Hj. Osman…”jangan hentam kuat-kuat!”

Dulu aku pernah tulis..Hj. Osman dan Azmin sedang berusaha untuk membawa dua ekor katak ini untuk kembali kedalam PKR. Dan aku juga ada tulis, kalau PKR menerima dua ekor ni kembali kedalam PKR dan merampas kembali Perak dari BN, aku kata ini cara tidak bermoral.

Mungkin bagi aku, ia tidak bermoral…tapi bagi kepimpinan PR…mungkin ianya satu strategi. Kita dibawah dijadikan buah dam..untuk dijadikan umpan dan untuk dimakan..supaya pemimpin boleh naik haji.

Siapa yang menangani krisis Perak? Hj. Osman? Ahmad Awang? Ngeh Koo Han? Tidak…tetapi diketuai oleh Bendahari Pas..Dr. Khairudin. DAP juga diwakili oleh Bendahari..Chris. Manakala PKR diwakili oleh Hj. Ismail, Pengarah Pilihanraya. Mengapakah krisis yang sebegini serius hanya ditangani oleh Bendahari parti? Ini bukan krisis kewangan!

Mana pergi pemimpin tertinggi Pas, PKR, DAP? apakah mereka berpusat di Kuala Lumpur? Mungkin juga.

Krisis Perak tidak mungkin dapat diselesaikan melalui mahkamah. Terutama apabila rakyat melihat mahkamah juga seperti sudah ditunggangi oleh Umno/BN. Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap Speaker semalam memperlihatkan bagaimana mahkamah membuat keputusan yang cukup aneh dan hanya ditertawakan oleh orang ramai. Siapa yang percaya kepada mahkamah lagi?

Legislatif sudah tidak berfungsi. Tidak tahu siapa yang halal dan siapa yang haram. Masing-masing dengan tafsiran sendiri.

Eksekutif sudah tidak boleh dipercayaai. Daripada SUK, Penasihat Undang-Undang sampailah kepada Penghulu dan JKKK, kebanyakanya talibarut Umno yang sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan kerajaan PR. Jangan kata eksekutif berkecuali…

Badan kehakiman boleh percaya ka? Tak boleh harap…tak boleh percaya.

Raja-raja Melayu? Seperti kata Dr. Aziz Bari…”merelakan diri mereka dipergunakan..” Nak kata apa lagi?

Dan aku percaya…keempat-empat cabang demokrasi ini sudah tidak berfungsi lagi…dan kepimpinan Pakatan Rakyat juga menyedari hal ini. Saman-saman mahkamah, persidangan bawah pokok, usul membubarkan Dewan yang dihantar kepada Sultan…..hanyalah distraction, just to buy time. Yang sebok hanya lah rakyat jelata…manakala pemimpin relax saja.

Tiba-tiba, Hj. Hadi bercakap tentang Kerajaan Perpaduan, dan disambut oleh Takiyudin Hasan. Tiba-tiba Pak Lah terjumpa Anwar di Madrasah Nurul Iman. Kebetulan?…atau sebahagian dari grand design? Dan semasa Program Nizar di Titi Serong…aku terdengar seorang penceramah, (tak ingat yang mana satu) berkata…”krisis Perak hanya dapat diselesaikan dengan mengambil alih Pusat.”

Do you smell what I’m cooking?

Ramai pemimpin PKR Perak seolah-lah tidak berminat dengan krisis Perak, sebaliknya mempersiapkan diri untuk berada dibarisan hadapan apabila PR mengambil alih Pusat. Sudah ada yang berebut untuk memegang jawatan diperingkat bahagian, supaya senang dicalonkan apabila pilihanraya DUN Perak diadakan nanti.

Yang paling hot…Bahagian Tanjong Malim. Dato Salehudin Hashim dah hantar kaki untuk lobi Ketua Bahagian. Hj. Osman pun dah tukar keahlian. Masing-masing nak jadi calon DUN Behrang. Adakah depa tau apa yang kita tak tau?

So…tak payah tanya aku apa perkembangan terkini di Perak. Tak payah tanya aku…sama ada Nizar dah jumpa Sultan atau tidak. Dan tak payah tanya aku…sama ada Sultan perkenan dengan usul pembubaran Dewan atau tidak. Itu semua side-show…just to buy time.

Jangan sampai tak tidor kerana krisis Perak. Pada 15 Februari, aku tulis…Umno runtuh dalam masa dua bulan. Hampir sebulan sudah berlalu…cuma tinggal sebulan.

Apakah extra-constitutional remedy yang dimaksudkan oleh Dr. Aziz Bari? ………runtuhkan Umno. (yang ni aku cakap).

-PerakExpress.com

5 comments:

  1. macam biasalah..harapan..harapan..harapan..jangan bagi org hilang harapan dan fed up terus sudahlah..bab nak take over pusat..aku harap toksah lah duk berangan2 sangat..awat ingat najib nak bagi line clear senang2 nak take over kalu betui pun???
    macam kata kat anwar dulu jangan bagi harapan pasal 916, kalu kita tak pasti bole capai...la ni aku salah seorang yg beratus ribu kecewa sebab benda tu tak jadi..hampa pulak toksahlah buat cerita benda2 yg separuh confirm separuh tak confirm ni..kesian kat orang sama..jgn duk main perasaan dan harapan org..kesian sungguh org duk mengharap sangat..bunyi macam aku kecewa..memang kecewa pun!!

    ReplyDelete
  2. dah lah kecewa dgn polis, sprm,spr,makhamah, media..apa lagi yg ada kat rakyat biasa ni..harapan saja..so janganlah harapan pun hangpa nak main22!!

    ReplyDelete
  3. Eksekutif sudah tidak boleh dipercayaai. Daripada SUK, Penasihat Undang-Undang sampailah kepada Penghulu dan JKKK, kebanyakanya talibarut Umno yang sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan kerajaan PR.

    hehehe...Insyaallah ramai lagi Eksekutif yg tidak berjaya diperkotakkatikkan oleh UMNO..percayalah....termasuk PTD (Pegawai Tadbir & Diplomatik) dan juga Penghulu ramai yg bukan talibarut UMNO

    ReplyDelete
  4. Salam TP,

    Saya baru bertandang ke gutteruncensored sebab dengar2 blog tu keba tutup baru2 ni.

    Patut la pun. Ada gambar2 panas seseorang yg 'mirip' menteri UMNO sorang tu. Panas betul... fuhhh...

    JJKK

    ReplyDelete
  5. anom 10:14
    ko nak tulih menteri UMNO tu selindung2! tulih je Nazri Aziz! habih cerito...memang dah kecoh dah sekarang ni...ni semo kejo puak2 UMNO the great jugak tu...masing2 nak bertanding, jadi masing2 dok burukkan lawan masing2lah...kecuali sorang je yang bukan puak UMNO punyo kojo, dio tu yang memang cari nahas!itulah tokey tempe selangor! tiu memang dio sendiri "pergi kat stesen TV, surat kabar lepas tu dio telanjang bulat kat situ...dio ingat Rakyat nak simpati, ruponyo baru dio tahu dio memalukan diri dio sendiri..." itu balasan tu, tapi masih tak sedar diri...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?