Sunday, March 15, 2009

Perak: Jom Bermain Dengan KERAjaan UMNO/BN - malaysiakini

Pagi tadi adalah sejarah yang paling tak dapat dilupakan oleh para pekerja dan pegawai MBI. tak pernah rasanya dalam sejarah kerja, depa kena bangun pagi dan mula bekerja lepas subuh dan misi utamanya ialah memusnahkan tunggul Plak dan juga 5 batang pokok yang pada lojiknya langsung tidak mengganggu sape-sape.

Kalau aku jadik pekerja MBI, mampuih aku tak turun untuk kerja bodoh macam tu. dah la kena bangun pagi, hari ni pulak hari minggu, misi pulak misi gila - MUSNAHKAN PLAK dan 5 POKOK. ceh... koman sungguh misi. macam la negara ni tergugat kalau Plak dan 5 pokok tu ada dok situ. bingai sungguh sape yang bagi arahan ni.

Tapi lojik jugak kalau depa buat kerja tu lepas subuh. kalau lewat sikit, malu la pulak muka nak mengadap pelancong-pelancong yang datang. kang tak pasal-pasal kang masuk dalam berita luar negara puak muka tu kalau-kalau reporter luar datang. kang tak pasal-pasal kena bantai dek pejuang-pejuang WWF dekat luaar negara pulak pasai pi musnahkan sumber oksigen bumi.

Lepas ni aku cadangkan supaya mana-mana mesyuarat penting Pakatan Rakyat diadakan di mana-mana puncak bukit di Perak, kemudian kita namakan pulak bukit-bukit tu 1 persatu sebagai nama Bukit Demokrasi.

Hangpa ingat kalau Pakatan Rakyat buat macam tu, ada kemungkinan tak bukit-bukit yang terlibat tu hilang kena sodok dalam masa tak sampai 24 jam?

Ingat geng...ini negara Malaysia a.k.a Bolehland..! tak mustahil kan?

4 comments:

  1. aih....dulu siap ketawakan ADUN2 yg bersidang bawah pokok....siap kata DUN tak sah.

    napa skang gelabah sampai tugu dan 5 pokok kene tebang???

    kenapa???....baru study buku undang2 ker??...baru tahu ke sidang DUN bawah pokok tue sah di sisi undang2???...baru tahu ke MB yg baru lantik tue MB haram, MB tak sah???.....baru tahu ke tempat DUN bersidang tue bakal menjadi tempat tarikan pelancong???

    bahlul punye umNO.

    ReplyDelete
  2. Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.

    Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.

    Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.

    Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
    Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.

    Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.

    Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
    inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
    Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  3. lenkali wat mesyuarat kt umah pak lah kt putrajaya la..sok pg sure umah tu ilang pnye...hahaha

    ReplyDelete
  4. Che - idea hang memang baguih... awat aku tak terpikiaq...

    hahaha...

    mintak Pakatan Rakyat wat meeting dekat Putrajaya... menarik tuh..!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?