Wednesday, March 11, 2009

Perak: Penat Macam Ni Geng... - malaysiakini

Semalam aku ngadap laptop pinjam dari jam 12:30 sampai lepas subuh. punya panjang aku taip cerita kunun nak publish. dari jam 2:30 sampai sebelum aku tido tak setel-setel. google yang problem atau mende alah lain yang problem aku tak tau.

Last skali bila aku bangkit, hilang gitu je cerita aku panjang-panjang. ni dah jadi satu hal pulak nak taip balik. bukan aku ingat sangat pun apa yang aku taip semalam. jadi aku ringkaskan je.

Penat macam ni geng... BerukBand yang problem atau google yang buat hal?

Balik pada cerita asal yang terpaksa aku ringkaskan. karang kalau hal-hal masalah ni semua dah selesai, aku cerita balik detail.

Hari tu 9hb. Mac, 2009 aku ada post satu artikel dekat [sini].. antara lain pesanan aku (aku quot balik) ialah -
  • Nampaknya macam yang dijangka dan dikhabarkan, dalam masa terdekat ni, semua trio lompat akan pulang ke kawasan masing-masing. khabarnya juga ada satu "rancangan besar" telah diatur oleh "orang atas" sebelum Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan juga Bukit Selambau.
  • Apa rancangannya?
  • Tunggulah...
  • Dalam masa "menunggu", ada baiknya diatur kembali jadual-jadual penting sehingga akhir bulan April. kalau perlu, percepatkan semua jadual penting sebelum akhir bulan Mac dan ada baiknya juga kalau semua jadual penting ditangguhkan selepas bulan April.

Yang tu yang aku cerita. dalam post tu aku malas nak bukak cerita panjang-panjang sebab kalau ikut kisah politik dekat Malaysia ni, banyak sangat yang dongengnya mengalahkan dongeng-dongeng lama yang selalu diceritakan dalam cerita-cerita dongeng tempatan.

Jadi aku gantung je cerita tu... biar jadik spekulasi.

10hb. Mac, 2009 pulak MSO dalam blognya secara tak selindung-selindung menceritakan perkara yang ada berkaitan dengan post aku tu dekat [sini]. jadi kira betul la cerita yang aku dapat tu dan bukan lagi dongeng... aku quot balik sikit petikan dari post aku yang [ni] -

  • khabarnya juga ada satu "rancangan besar" telah diatur oleh "orang atas" sebelum Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan juga Bukit Selambau.

Aku tak rasa dah cerita tu cuma satu kisah dongeng. dekat situ ada timbul sikit keyakinan maklumat yang aku dapat tu ada sikit betul. mungkin dalam 30% betul. tak kisahlah.

Asalnya apa yang aku dapat tu adalah sikit dari (mungkin) perancangan yang diatur oleh "orang atas". antara permulaannya ialah dekat [sini].

Pagi tadi pulak, Raja Petra Kamarudin dalam laman webnya telah mengeluarkan satu artikel dan untuk pembuka kata postnya ialah -

  • The Federal Constitution Merely States that the Agong shall appoint the Prime Minister from amongst a Member of the House who,in Tuanku's opinian, commands the confidence of the majority of the members of the house. It says nothing about the Prime Minister having to be

Jadi jelas dalam Perlembagaan Malaysia tidak mensyaratkan bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional.

Info yang aku postkan tu (rujuk dekat atas sekali) adalah rentetan dari perkembangan dari [sini] , [sini] dan jugak [sini].

Kalau ikut perkembangan dari masa ke semasa, memang ada kesinambungan (atau kebetulan?). tapi tak pe... kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Buat masa ni ada 3 perancangan.

1) Dato' Seri Ir Nizar akan (atau telah ketika artikel ini sedang ditaip) memohon mengadap DYTM Sultan Perak untuk memohon perkenan bagi membubarkan DUN Perak untuk membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan.

2) Kalau rancangan no 1 gagal mendapat perkenan, ada kemungkinan 4 kerusi DUN akan dikosongkan bagi membolehkan Pilihanraya kecil diadakan. perlu juga kita ingat bahawa Osman dan Jamal pernah menghantar pengantara bertemu DSAI untuk membuat satu rundingan.

3) Rancangan no 3 boleh menjadi rancangan no 2 sekiranya keadaan memerlukan. apa rancangan no 3? mana boleh bagitau semua beb... kena la ada tanda tanya. baru seronok..!

Tak gitu? sabarrr geng...

Apa pulak kata orang UMNO sekiranya dimasa akan datang terpacul dari mulut sala sorang Pimpinan "Tertinggi" ayat macam ni…

"Apa masalahnya..? Anwar yang memulakannya dan Najib merealisasikannya manakala saya melengkapkannya..?"

Boleh terima ke?

9 comments:

  1. Hampeh,..Ni mesti UMNO yg dah rasuah/upah/ugut pihak berukband n google nie,.. supaya kita susah wat kje,..

    Mmg UMNO xhbis2 nak menyusahkan rakyat

    ReplyDelete
  2. Apa yang dijangkakan insyallah kerajaan perpaduan..

    Apa yang terjadi seterusnya.. jeng-jeng.. tungguuu.....

    ReplyDelete
  3. Bro..klu nk taip tu, jgn taip terus dlm browser..taip je kat notepad ke, dlm MS-Word ke.. save, lps tu klu berukband dah ok, baru posting.. sharing my 5 cents..TQ-Neo

    ReplyDelete
  4. rasanya minggu lepas pun rais yatim ada sebut pasal perlembagaan berkenaan raja dan menteri besar. tapi sbb teman memang suka yg berkaitan konspirasi, masa tu teman dah terbayangkan benda yg rais cakap tu bukan ditujukan ke perak tapi ke parlimen dan perdana menteri.

    agaknya masa tu rais cuba brainwash rakyat malaysia utk meyakinkan mereka perdana menteri tak semestinya presiden amno. cuma sudah jadi adat dari merdeka presiden amno juag jadi pm malaysia.

    dlm perlembagaan malaysia takde sebut pun pm mesti presiden amno atau mesti melayu ataupun mesti islam.

    ReplyDelete
  5. cik anon #2,

    kalau kerajaan perpaduan laki rosmah nak letak mana? sian le kat dia bah. mahu tiap2 malam rosmah pelangkung dia muahahahaha

    ReplyDelete
  6. Jeng jeng jeng...
    Aku ada ceta gempar nie..
    X tau lah korang dah tau ke belum..
    Untuk 2by election di Bukit Kedah & Perak..UMNO/BN akan mempergunakan Kementerian2 untuk turun padang and sogok para penggundi dengan perkhidmatan yang boleh Kementerian bagikan. Contohnya bagi loan, grant, pasaran dan macam2.

    Aku minggu lepas pegila satu kementerian kat putrajaya nie, mmg kenal seorang pegawai sana..dia yang dok habaq kat aku..dorang tgh bz preparation untuk pg Perak untuk buat Pameran. Dia pun habaq kat aku, suruh past info kat kawan2..sapa2 orang Bukit di Kedah & Perak tu, inilah peluang nak rebut peluang yang Kementerian2 akan kasi.

    Aku pun tanya kat member di Kementerian yang lain, rupanya Kementerian dia pun sama gak akan turun padang.Nampaknya UMNO/BN guna taktik kotor and mempergunakan Kementerian2 untuk kepentingan sendiri.

    Cuba hang buat article skit pasal nie.

    ReplyDelete
  7. kenapa Kerajaan perpaduan tu cuma teori aja.. tetapi cuba fikir sejenak..

    Untuk kekal pak lah sebagai PM tentu memerlukan sokongan yang kuat.. tentangan akan lebih kuat sekiranya najib tidak berkuasa lepas ini mnjadi PM.. sbb dari kalangan umno sendiri ada yang kuat memihak pak lah dan ada yang ramai memihak sebelah najib..

    Untuk menguatkan sokongan pak lah tentu nak perlu bantuan dari pakatan... dari sudut pakatan rakyat pula peluang baik untuk menghalang najib dari menjadi PM.. mereka terpaksa perlu menyokong Pak Lah...

    Dan memang korang kena paham takde sebut pun PM mesti presiden amno atau mesti melayu ataupun mesti islam. serta perlantikan PM bergantung pada Agung... Adakah Agung akan menyokong perlantikkan Najib pun menjadi persoalan.. Paklah terkenal dengan pelupanya.. pagi cakap lain.. sebelah petang cakap lain...

    Sekiranya itu berlaku Kerajaan Perpaduan ini dimana Puak2 UMNO nie akan berpihak Pak Lah ka?.. Najib ka?.. Puak2 Ku Li mcam mana?..

    Sesiapa yang dapat menyatupadukan Melayu hingga terhasilnya kemungkinan Kerajaan perpaduan dianggap Penyelamat bangsa melayu olh rakyat..

    Tetapi semuanya bergantung sejauh mana kekuatan Najib untuk menjadi PM... dan Sejauh mana Najib akan bertindak mematahkan percobaan ini.. kita tunggu dan lihat...

    Walaumacam mana pun ini cuma khabar angin dan konspirasi sahaja.. Wallahualam...

    ReplyDelete
  8. Hahaha

    Aku kesian dgn puak yg kuat berteori ni,..atau lebih tepat kuat bermimpi

    Dulu depa kutuk pak lah kaw-kaw sbb nak melemahkan@memperlecehkan kepimpinan UMNO,.. supaya rakyat jadi benci.

    Bila pak lah mahu bertjwb kekalahan 5 ngri dan mahu letak jwtan,.depa kelam-kabut plak,..

    Mmg MUNAFIK orang PR,...

    Tak perlulah korang mengingau lagi,..

    DS Najib jadi PM lpas pemilihan UMNO. Aku nak tegaskan utk sekian kalinya,..

    "TIDAK ADA CARA UTK PAK LAH KEKAL PM",..

    terima kenyataan ini

    wslm

    ReplyDelete
  9. najib rambut kurang tu nak jadi pm...jgn mimpilah. menghabiskan duit rakyat aje.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?