Perlukah rakyat merusuh kerana tidak puas hati mereka tiada kerja tetapi kerajaan akan membawa masuk 70,000 pekerja Bangladesh?
TV3 mengesahkan semalam 70,000 rakyat Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini. Jadi jumlah pekerja Bangladesh di Malaysia akan menjadi 500,000 orang.
Saya difafamkan 50,000 rakyat Malaysia telah hilang pekerjaan sejak kegawatan ekonomi dan 12,000 sahaja bulan lepas.
Agaknya apa perasaan mereka bila melihat pekerja-pekerja dari India di restoran-restoran Mamak dan kedai-kedai gunting? Adakah mengambil "order" di restoran dan menggunting rambut kepakaran seperti pakar bedah jantung sehingga kita perlu mengimpot mereka dari Mumbai?
Dua hari lepas saya terpaksa pergi ke sebuah kedai serbaguna KK dan mendapati semua pekerjanya adalah dari Vietnam dan tidak boleh bercakap Melayu!
Baik sungguh orang Malaysia. Kalau di Eropah sudah tentu pekerja-pekerja asing tidak berani datang bekerja bila begitu ramai rakyat tempatan menganggur.
-Direct Free Kick
Salam
ReplyDeleteSdr TP, janganlah nak ajak orang merusuh pulak, sepatutnya saudara menyeru supaya belia2 dan pemuda kita (ramai yang sertai perarakan anti PPSMI tempohari) supaya tidak memilih pekerjaan.. nak kerja sesuai dengan kelulusan.. kerja kuli tak mahu...
Untuk makluman sdr TP, kebanyakan pekerjaan dalam sektor pembinaan, perkhidmatan, perkilangan banyak yang kosong sebab orang muda kita tak mahu kerja sebab gaji murah.. so tak akanlah kilang nak kena tutup sebab tak ada pekerja.. sebab tulah kena ambil pekerja asing.. kalau ada pekerja tak akan lah nak buang masa cari pekerja asing dibawa ke negara kita ni..
MUngkin TP akan kata faktor gaji yang menyebabkan anak muda kita tak nak kerja kilang, restoran, mencuci dan sebagainya.. betul jugak tu.. tapi bila nak kerja di pejabat swasta utk jawatan pegawai atau eksekutif susah nak dapat sebab temuduga dalam BI gagal...
Saya rasa janganlah asyik nak hasut org buat rusuhan aje.. fikirlah bagaimana nak bantu anak muda kita menyelesaikan masalah mendapatkan kerja di negara ini..
Tapi biasalah org yang suka bangkang ni akan diam sekiranya timbul masalah dan kemudiannya akan gunakan isu itu utk hentam kerajaan kerana gagal menyediakan pekerjaan...
Kalau kita fikir sejenak.. kalau asyik nak merusuh macam mana pelabur nak datang buka perniagaan di negara kita ... sedarlah kadang2 kita yang menyebabkan anak bangsa kita merana akibat tindakan kita itu sendiri dan kebiasaannya kita sangka tinakan itu mengikut lunas agama..
salam
Ayat dibawah sesuai untuk mengingatkan puak-puak Parti Kelentong Rakyat (PKR) dan juga Ikatan Penipu Rakyat
ReplyDelete(PR)...."Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
TungakLangit,
ReplyDeleteKerajaan yang efisyen adalah kerajaan yang tidak memberikan alasan. Excuses are only from fail people. Hope for the best, plan for the worst. Fail to plan is planning to fail.
Walau macam mana sekalipun perangai rakyat, itu hendaklah dikajiselidik dan dilaksanakan polisi-polisi yang efisien supaya walaumacam mana sekalipun faktor psikologi dan perangai rakyat, kerajaan boleh keluarkan satu jenis polisi yang membahagiakan rakyatnya. Habis, kerajaan itu adalah kuasa rakyat. Kalau rakyat tak pilih, takkan beruk pulak yang pilih kerajaan? Jadi jangan bagi alasan itu dan ini. Contoh2 alasan:
1) Bila ekonomi gawat, kerajaan kata - pandai-pandailah berjimat, jangan naik kereta, naik motor, jangan pakai barang mahal-mahal, pakai barang murah, dan jangan makan mahal2, makan murah2. Jangan membazir. Ini semua orang tahu. Kalau ekonomi baik ke tidak ke, sukahati rakyat lah!!! Undang2 kan dah ada, apa ke jadah nak sarankan itu dan ini lagi? Buat je la keje sebagai pemerintah.
2) Ketika ramai pengangguran berlaku, maka kerajaan pun berkata, inilah perangai rakyat, kerajaan dah sediakan itu dan ini, tapi masih lagi tidak mahu bekerja. Ini bukan tindakan namanya, tapi alasan dan orang mengeluh. Macam cikgu juga, dia tak boleh persoalkan psikologi anak2 murid seperti "alah sebab diaorang semua malas, sebab tu bodoh"... mana boleh, kalau macam tu senang je la keje cikgu, sediakan buku, sediakan alatulis, ajar depan kelas... siapa pandai, dia berjaya, sapa bodoh padan muka!
Kerajaan haruslah menghentikan segala jenis amalan rasuah dan ketirisan di peringkat pegawai2 tertinggi kerajaan. Ini yang membuatkan ramai pekerja asing yang "haram" masuk berduyun2. Memang ada beberapa sektor pembinaan yang memerlukan tenaga luar kerana tiada kepakaran tenaga tempatan. Tetapi, kebergantungan ini adalah hasil kerja orang2 yang mendapat kontrek kerajaan, dan kerajaan sendiri. Habis, kalau dah Putrajaya pun dibina oleh orang INDON, VIETNAM dan sebagainya, siapa yang bagi kontrek buat putrajaya tu kalau bukan kerajaan?
Sekarang bukan isu nak buat alasan rakyat pemalas ke, tak pakar ke, tak pandai ke, tak ramai ke.... apa2 alasan tak boleh diterima dari kerajaan atau sesiapa pun yang pro-kerajaan. Kita mahukan "action"! Tindakan segera kerana kerajaan ada kuasa. Ada lesen. Ada dana. Ada modal. Banyak lagi kekuatan mereka ada. Takkan nak berdiam diri je? Takkan nak selindung perkara2 yang tidak betul lagi? APA NI!?
Aku tak nak bagi cadangan kat sini, buang karan je. Tapi, banyak je idea2 yang rakyat dah keluarkan dan cadangankan utk kurangkan kebergantungan kpd buruh luar negara. Tapi, sudah 20 tahun lamanya.... perkara yang sama masih berlaku.
Semalam pegi cuci kete kat snow wash... sekali pekerjanya tak reti bahasa melayu.. yang dia tau, Vakum, Cuci luar, pastu harga2 cucian... warga myanmar rasanya...kalau kete bercalar masa diorg cuci, dah susah nak komplen...
ReplyDeletehttp://manjanik.wordpress.com/2009/03/07/siapa-hina-raja-pakatan-rakyat-atau-umno1/
ReplyDeleteSiapa yang dapat kontrak bawa masuk bangla tu?
ReplyDeleteOrang Pas dapat ke? Orang PKR dapat ke? Orang DAP dapat ke? Orang SUPP ke yang dapat?
Sekarang ni dah ramai orang muda tempatan kerja kontrak sebab PATI dah kurang dan diberi gaji tinggi sikit, sikit je dari yang bayar pada indon atau bangla tu.
Untung kontraktor kurang le sikit kan?
Siapa kontraktor ni? Kurang untung sikit itu pun dah bising! Tu yang suruh import lebih ramai lagi. Boleh bayar gaji lebih murah dan untung lebih besar!!! Kan?
Kalau yang masuk tu untuk kerja ladang @ buruh pembinaan tak mengapa la, tapi malangnya kebanyakan akan diserapkan ke kilang2 menggantikan pekerja2 Malaysia.
ReplyDeletesekarang ni nak g belanja dapur kat supermaket pun dah rasa mcm kat luar negara......sepatutnya diaorg duduk asrama bukan boleh merayau2 kat mana2, duduk kat bus stand ramai sambil tgk org lalu lalang eiiiii rimas.....
ReplyDeletedisebabkan pemimpin kerajaan BN tak berfikiran luas aku bagi cadangan....sebb diorg nk pekerja bangladesh keje kt ladang kan...
ReplyDeletecadangan aku:
1.felda/estet swasta.....menubuhkan satu agensi syarikat seperti kilang2 perladangan ....membuka peluang jawatan kosong disektor peladangan...dgn gaji ,elaun,penginapan...tak bolih ker....kan rakyat sendiri boleh keje.mcm kita keje kilang jepun ......
Supply & demand.. kalau tak ada demand, tak adalah orang yang nak menawarnya.
ReplyDeleteRealitinya orang kita mmg malas atau tak mau kerja2 kotor ni. Pekerjaan kotor ini hanya layak untuk warga asing dari negara dunia ketiga sahaja. Orang kita walaupun kelulusan SPM sahaja, tapi mahu pula bekerja setaraf orang yang memegang ijazah. Duduk dalam bilik yang dingin, sambil ralit menghadap PC.
Memanglah faktor kos sara hidup yang sangat tinggi dijadikan alasan, tapi bagi pihak pembayar gaji pula, sanggupkah membayar gaji setaraf sebulan ansuran Toyota Camry tapi kualiti yang dapat cuma Proton Wira sahaja. Baiklah dibayar seberapa ramai Perodua Kancil tapi outputnya seperti jentera Porche Cayenne.
Lagipun, sebilangan pekerja asing yang datang bekerja di negara kita ni, kelayakan mereka sebenarnya lebih tinggi daripada orang kita sendiri. Ada yang memegang sijil diploma, ijazah, boleh bercakap bermacam-macam bahasa, tetapi disebabkan kesempitan hidup, terpaksa merempat di negara asing mencari sesuap rezeki.
Kalau mahu reformasi, reformasi perlu bermula dalam diri kita dahulu. Ini satu cabaran kerana kelebihan negara China dan India, banyak sumber pekerja yang mahir dan berpendidikan, tapi harganya murah dan outputnya tinggi. Bolehkan kita sahut cabaran ini?
Berapa ramai antara kita yang fizikal masuk kerja pukul 9am, mental masuk kerja pukul 12pm, tepat pukul 5pm fizikal dan mental pun balik rumah..
Ini belum masuk kira berapa jam sehari kat dalam ofis ni kita habiskan dengan memikirkan masalah2 politik dan isu semasa dalam negara yang tak ada kesudahannya.
Ini ada satu idea gila.. kita buat satu rancangan realiti TV ala 'The Apprentice', pesertanya seorang Bangla dan seorang orang kita. Dua-dua sama kelayakan,kemahiran.. serba-serbi lebih kurang samalah. Agaknya siapa yang kena FIRED dulu?
- pernah bekerja dengan bangla-
aku kontraktor kecil,. klu xde org indon mampus aku nak cari org melayu yg sanggup bancuh simen tgh paneh,..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletetokeh blog ni tak keluarkan ulasan saya semalam.. alamak penatlah nak taip berulang kali atau pedah sangat membacanya..
begini wahai sahabat ku semua
sakuragi said:
Kerajaan yang efisyen adalah kerajaan yang tidak memberikan alasan. Excuses are only from fail people. Hope for the best, plan for the worst. Fail to plan is planning to fail.
Tungaklangit said:
Ni apa punya hujah ni.. bila masa pulak kerajaan bagi alasan..utk makluman saudara majikan yg minta kelulusan dari kjaan utk bawa masuk pekerja asing sebab org tempatan tak mahu kerja di sektor yang tak sesuai.. so bagi meneruskan pembangunan ekonomi negara kjaan perlu memenuhi permintaan mrk.. kaji dulu fakta
Sakuragi said:
Walau macam mana sekalipun perangai rakyat, itu hendaklah dikajiselidik dan dilaksanakan polisi-polisi yang efisien supaya walaumacam mana sekalipun faktor psikologi dan perangai rakyat, kerajaan boleh keluarkan satu jenis polisi yang membahagiakan rakyatnya. Habis, kerajaan itu adalah kuasa rakyat. Kalau rakyat tak pilih, takkan beruk pulak yang pilih kerajaan? Jadi jangan bagi alasan itu dan ini. Contoh2 alasan:
Tungaklangit said:
Ini satu lagi hujah yang dibuat tak bsandarkan fakta.. ni yg nak suruh kaji psikologilah apalah cerita apa ni?.. kjaan mempynyai jabatan yang dinamakan jabatan tenaga kerja atau buruh.. statistik menunjukkan rakyat tempatan tak mahu kerja di sektor perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya.. yang nak dibawa masuk ni bukannya kerja sebagai doktor, jurutera sbgnya mrk kerja sebagai kuli.. faham ke? tapi kalau sakuragi ada ramai anak yg tak bersekolah boleh suruh anak anda kerja pembersih toilet di shopping centre dll..
Sakuragi said:
1) Bila ekonomi gawat, kerajaan kata - pandai-pandailah berjimat, jangan naik kereta, naik motor, jangan pakai barang mahal-mahal, pakai barang murah, dan jangan makan mahal2, makan murah2. Jangan membazir. Ini semua orang tahu. Kalau ekonomi baik ke tidak ke, sukahati rakyat lah!!! Undang2 kan dah ada, apa ke jadah nak sarankan itu dan ini lagi? Buat je la keje sebagai pemerintah.
Tungaklangit said:
Patutlah Allah belum bagi parti kamu memerintah malaysia.. sebabnya pemikiran kamu sangat cetek dan tak bermutu... sebagai ketua negara yg diibaratkan sebagai bapa kepada anak2 nya adalah menjadi satu tanggungjawab pemimpin no 1 menegur dan menasihati semua rakyatnya mengamalkan cara hidup yang sihat.. tak boleh fikir ke?
sakuragi said:
2) Ketika ramai pengangguran berlaku, maka kerajaan pun berkata, inilah perangai rakyat, kerajaan dah sediakan itu dan ini, tapi masih lagi tidak mahu bekerja. Ini bukan tindakan namanya, tapi alasan dan orang mengeluh. Macam cikgu juga, dia tak boleh persoalkan psikologi anak2 murid seperti "alah sebab diaorang semua malas, sebab tu bodoh"... mana boleh, kalau macam tu senang je la keje cikgu, sediakan buku, sediakan alatulis, ajar depan kelas... siapa pandai, dia berjaya, sapa bodoh padan muka!
tungaklangit said:
kamu dulu bersekolah dapat buku subsidi kan, biasiswa dan pinjaman kan, program latihan lanjutan dan sebagainya kan.. bila sampai interview kamu marketlah diri kamu.. dengan berbahasa melayu ke atau inggeris ke? ni janganlah nak harapkan kerajaan suap semua dalam perut lepas tu dok kutuk kerajaan tak sediakan semuanya.. apa punya rakyatlah kamu ni.. pemikiran budak kelas tadika..
sakuragi said:
Kerajaan haruslah menghentikan segala jenis amalan rasuah dan ketirisan di peringkat pegawai2 tertinggi kerajaan. Ini yang membuatkan ramai pekerja asing yang "haram" masuk berduyun2. Memang ada beberapa sektor pembinaan yang memerlukan tenaga luar kerana tiada kepakaran tenaga tempatan. Tetapi, kebergantungan ini adalah hasil kerja orang2 yang mendapat kontrek kerajaan, dan kerajaan sendiri. Habis, kalau dah Putrajaya pun dibina oleh orang INDON, VIETNAM dan sebagainya, siapa yang bagi kontrek buat putrajaya tu kalau bukan kerajaan?
Tungaklangit said:
inilah buktinya org suka menuduh kalau berlaku sebarang masalah, tak tahu nak mengaku kesalahan dan mengubah nasib sendiri..
hujah anda sangat menyedihkan saya seperti tak mempunyai ilmu dan tak tahu perkembangan dunia.. kalau kita ambil pekerja luar bagimana kita nak majukan ekonomi negara sebab ekonomi kita berasaskan tenaga kerja bukannya teknologi tinggi.. kerajaan kini sedang mengalakkan industri kita menggunakan teknologi dan dalam proses ke arah tersebut..
sudahlah sakuragi.. bacalah sikit baru bhujah
Sakuragi said:
Sekarang bukan isu nak buat alasan rakyat pemalas ke, tak pakar ke, tak pandai ke, tak ramai ke...apa2 alasan tak boleh diterima dari kerajaan atau sesiapa pun yang pro-kerajaan. Kita mahukan "action"! Tindakan segera kerana kerajaan ada kuasa. Ada lesen. Ada dana. Ada modal. Banyak lagi kekuatan mereka ada. Takkan nak berdiam diri je? Takkan nak selindung perkara2 yang tidak betul lagi? APA NI!?
Tungaklangit said:
sungguh sedih malaysia mempunyai rakyat seperti anda hanya harapkan kerajaan menyediakan semuanya untuk anda.. dan lepas tu kutuk dan pakai hasut org ramai supaya benci kerajaan yang menyediakan sejak kamu lahir hingga pandai mengutuk orang..
jangalah tunggu kjaan bertindak (kjaan dah btindak pun tapi kamu yang tak sedar).. tanya diri sendiri apa yg boleh kamu lakukan utk diri kamu sendiri .. paling buruk pun buka kedai nasi lemak atau kutip tin aluminium lepas tu jual kat kedai barang lusuh daripada buang dalam tong sampah.. ada juga faedahnya..
sakuragi said:
Aku tak nak bagi cadangan kat sini, buang karan je. Tapi, banyak je idea2 yang rakyat dah keluarkan dan cadangankan utk kurangkan kebergantungan kpd buruh luar negara. Tapi, sudah 20 tahun lamanya.... perkara yang sama masih berlaku.
tungaklangit said:
apa dia cadangan dan idea yg kamu maksudkan...? ubah diri kmau itu.. jangan mengharap kjaan sediakan semuanya.. usaha sendiri.. berdikari kerana kjaan dah bekalkan kemudahan ilmu dan otak yg cerdas melalui sistem pendidikan kita sejak 50 tahun yg lalu termasuk semua pemimpin PR.. tapi kini hanya pandai menuduh org sahaja... kalau disisi Allah apakah tindakan kamu ini benar atau salah.. sendiri jawablah sakuragi..
salam
Tungaklangit - dah 2 kali dah kau fitnah aku kunun aku tak siarkan komen kau.
ReplyDeleteoi... aku dah bagi ruang, semua komen unmoderate. jangan nak tuduh yang bukan-bukan.
lagi 2 kali kau tuduh aku, aku akan delete semua komen dari kau.
kalau kau tak puas hati, tiap kali kau post komen, kau print screan sebagai bukti.
berani?
Bacul punya BANGSAT. dah bagi kemudahan, kebebasan, cuba nak buat taik..!
salam
ReplyDeleteminta maaflah TP,, kadang2 komputer ni respond lambat sikit.. jangalah marah bro.. kitakan sesama islam
tak gitu
salam
PADA AKU BUDAK KITA MALAS PUN ADA. NAK KERJA SENANG. KALAU KERJA KAT STESEN MINYAK, SEHARI DUA CABUT. MASA BELAJOR KAT SEKOLAH MALAS, CAKAP CIKGU TAK NAK DENGAR. BILA MASUK ALAM PEKERJAAN, BARU TERNGANGA. KELULUSAN TAK SEBERAPA, NAK KERJA SENANG, PAKAI NAK CANTIK, GAJI NAK MAHAL...JADI KERJA GAJI MURAH NI BANGLA INDON YANG NAK BUAT
ReplyDeletekalau yg 50 000 pekerja kilang rakyat malaysia yg baru dibuang keje tu nak keje kat restoren, kedai gunting atau ladang, mmg tak perlu la negara import bangla.
ReplyDeletefikir-fikirkan...
rakyat kadang2 memilih keje, sbb tu keje gaji kecik cam kat restoren ni, standard bangla je bg dorang...
so salah siapa? jgn asyik nak salahkan kerajaan je, sendiri kena fikir maaa
tak payahlah nak ajak orang merusuh..
ReplyDeletejangan melakukan kerosakan dan bencana di atas muka bumi ni..
saudara tentu sudah sedia maklum..dalam al-quran sudah menyebutkan supaya kita semua umat islam harus berbaik-baik..sayang menyayang..mengamal makruf dan mencegah yang mungkar..
pilihlah yang terbaik antara yang baik..pilihlah kedamaian daripada kehuru-haraan..
negara ini sudah banyak huru-haranya dah gara-gara orang-orang yang ingin memenangkan keegoan...ingatlah saudara..jika diturutkan hati..mati..ikut nafsu ..lesu..
menangkan ego..satu ketika nanti akan menjadi manusia yang tertewas..
sekian..fikir-fikirkanlah..