Tuesday, March 17, 2009

Pesan Tok Guru Sakuragi - malaysiakini

-Sakuragi

Tuan Guru aku cakap, dalam tubuh manusia ada empat peringkat.

Pertama, apabila jasad menguasai jiwa (roh). Apabila jasad menguasai roh, maka manusia itu akan hanya melihat dunia dengan matanya yang bernafsu. Dia hanya akan menilai sesuatu berdasarkan nafsunya yang mahukan kemajuan, kekayaan, hiburan, dan sebagainya. Maka, manusia seperti ini akan terkongkong sifatnya yang saling tak tumpah seperti binatang sahaja. Dia memakai baju macam manusia, kununnya sebab malu. Tapi, sebenarnya sebab jasadnya mahu memakai pakaian yang memenuhi citarasa tuan tubuh dan dunia fesyen. Dia memilih parti UMNO, bukan sebab dia mahu berkorban untuk rakyat ataupun orang lain, tapi untuk kepentingan diri sendiri.

Kedua, apabila jasad dan roh saling bergilir menguasai satu sama lain. Maksudnya, seimbang. Kejap jasad kuat, kejap roh kuat. Maka, orang seperti ini lagaknya seperti orang yang normal/baik, tetapi saling tak tumpah macam orang yang gundah gulana. Orang yang tercari-cari sinar kebahagiaan. Mahu buat jahat sebab terdengar bisikan syaitan, tapi takut juga sebab tak pernah buat ataupun takut pada penglihatan orang lain. Maksudnya, orang seperti ini takut melakukan kejahatan di khalayak ramai. Maka, orang seperti ini memilih untuk menjadi baik di hadapan orang, menjadi jahat/nakal di belakang orang.

Ketiga, apabila roh menguasai jasad. Tahap ini adalah di mana, manusia sudah mencapai tahap orang-orang yang soleh dan berilmu tinggi. Orang seperti ini lagaknya seperti ulama dan khalifah yang bijaksana, kerana mereka tidak bercakap/menulis tanpa usul periksa. Tidak akan berkata-kata tanpa berfikir panjang. Manusia seperti ini akan cuba sedaya upaya lari daripada melakukan perkara mungkar dan keji, dan mencari jalan untuk melakukan sebanyak mungkin perkara2 yang baik dan disuruh oleh Allah. Orang seperti ini juga mengajak orang lain (yang berada di peringkat 1 dan 2) supaya mengamalkan makruf dan menjauhkan diri dari kemungkaran. Orang seperti ini tidak lari dari dosa, tetapi dosa mereka berkemungkinan besar adalah terlalu sedikit untuk diganggu oleh syaitan.

Peringkat keempat adalah peringkat tertinggi dipanggil sebagai cahaya keimanan rohani melampaui keupayaan jasad jasmaniah sendiri. Maksudnya, rohnya bersinar cerah, dan terpancar di wajah mereka. Orang seperti ini sedar bahawa mereka adalah daripada golongan wali Allah swt dan termasuk dalam golongan pewaris nabi. Mereka mampu menilai orang lain dengan hanya sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Maksudnya, orang seperti ini boleh melihat ke dalam rohani orang lain, dan menilai mereka melalui hikmah kashaf mereka. Golongan para wali ini melihat, mendengar dan berkata-kata dengan penglihatan, pendengaran dan pensyarahan Allah s.w.t dan para Rasul. Golongan seperti ini amat susah untuk diuji oleh Syaitan, kecuali dikehendaki oleh Allah s.w.t. dan golongan ini amatlah sedikit jumlahnya di muka bumi ini. Mereka amat disayangi oleh manusia sekeliling yang berada di peringkat ke 2 dan ke 3, dan amat dibenci oleh mereka yang berada di peringkat 1.

Sekian.

2 comments:

  1. Salam

    Alhamdullillah dengan huraian panjang lebar walaupun boleh didalamkan lagi maksud dan huraian dalam bab ini..

    bagi yang menulis saya doakan semoga anda berada sekurang-kurangnya di tahap tiga dan berhati-hati semasa memberi komen dalam penulisan anda..

    diakhir zaman ini, manusia hanya nampak kesalahan orang lain dan menggunakan ilmu untuk kepentingan peribadi..

    ikhlas mempelajari ilmu bukan utk dipertontonkan kepada orang ramai.. semakin banyak yang diketahui semakin bodoh dirasakan dirinya..

    alhamdullillah kepada saudara sakuragi semoga kamu beramal dengan ilmu yang kamu ada ini.. isyallah kamu akan dibimbingi Allah di dunia dan akhirat..

    saya juga menyeru supaya para pembaca mengambil iktibar dari tulisan sakuragi.. tapi bialah dengan hati yang ikhlas untuk mendekatkan diri dengan Allah dan membantu sesama Islam menuju kejayaan dunia dan akhirat

    salam

    ReplyDelete
  2. Dalam setiap bangsa akan ada tiga kumpulan yang berlainan darjat:-

    Pertama: Kumpulan Mukmin
    Kedua: Kumpulan Munafik
    Ketiga: Kumpulan Kafir

    Aku bertanya pada jiwa aku, aku dalam kumpulan mana...? Jiwa aku berkata hanya orang yang membaca quran saja yang dapat jawapanya....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?