Monday, March 30, 2009

Photo Penamaan Calon 9hrs - 10hrs - malaysiakini

9:07am - Rombongan Boneka AMNO/Bi End berbondong-bondong tiba itupun setelah berhempas pulas cuba dikumpulkan. unit perisik kami dalam rombongan AMNO/Bi End maklumkan bahawa pada awalnya depa hanya dapat mengumpul sekitar 1000 orang sahaja penyokong (tu pasai lewat masuk padang) tapi dengan bantuan RM200 seorang, boneka-boneka AMNO/Bi End dari kem PLKN berhampiran berjaya juga dikumpulkan tapi masih gagal untuk mencecah angka 5000 ribu orang.

Geng-geng Puteri AMNO rasanya tak sampai 500 orang. wanita AMNO pun tak jijak angka 500 orang jugak, manakala dari Pemuda AMNO pula, depa berjaya membonekakan para pelatih PLKN untuk menyamar sebagai Pemuda AMNO.

Ketibaan menyokong AMNO/Bi End disambut oleh penyokong Pakatan Rakyat dengan laungan "RASUAH..! RASUAH..! RASUAH..!", manakala mereka pula membalas dengan laungan yang tak kedengaran... hehehe... amik kau..!

9:09am - Tu tengok tu... mana la AMNO/Bi End dapat lawan... entah apa media perdana report hari ni aku tak tau... kalau depa habaq kehadiran penyokong "Pembangkang" cuma sekitar 2000 orang, sikit aku tak heran...

Lagipun depa belajaq Matematik dalam Bahasa Inggeris... lain kiranya... hehehe...

9:21am - Yang ni geng-geng Muslimah PAS... dari mana depa datang aku tak tau. yang aku tau, depa datang dengan semangat. bukan sebab RM RM RM..!

9:23am - Matahari mula memancarkan cahaya terang. bahang mula terasa. mujur ada yang bawak payung, boleh la berteduh sementara menanti keputusan pencalonan.

9:36am - Kelab Penyokong India PAS menghiburkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dengan paluan alat muzik tradisional mereka.

Kalau rasa-rasa nak tengok apa-apa pertunjukkan tradisional, rajin-rajinlah ikut program Pakatan Rakyat. aku selalu ikut dan kalau ada majlis sederhana atau majlis-majlis besar, pertunjukan-pertunjukan macam ni memang tak pernah miss. tapi kalau rasa nak tengok pertunjukan hiburan import karaoke, poco-poco atau apa-apa yang "Moden"... rajin-rajinlah ke majlis-majlis AMNO/Bi End.

Malam tadi pun dekat Bilik Gerakan AMNO/Bi End simpang ada majlis karaoke. tak caya tanya la geng-geng yang rumah depa dekat-dekat kawasan tu.

9:38am - Ni saat paling haru-biru untuk para penyokong AMNO/Bi End... sebelah Pakatan Rakyat dok sorak depa dengan sorakan "AMNO RASUAH..!" sambil julang RM RM RM di tangan masing-masing... simbolik sungguh...

Tahniah pada MC geng-geng dekat bawah ni. hangpa memang kreatif.

1 comment:

  1. Ya Allah.!! Kurniakan lah kekuatan, semangat perpaduan yang kukuh dan kemenangan kepada umat Islam dan para pejuang Islam yang berusaha menegakkan kebenaran dan kebesaran agama Islam...sebaliknya hancurkan lah serta porak purandakanlah semua kumpulan yang menentang kebenaran agama Islam atau yang mendustakan serta menzalimi umat Islam...
    Aminnn...!!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?