Thursday, March 05, 2009

PPAC: Zambry Dan EXCO Haram Ponteng..! - malaysiakini

Kemaskini 10:06pm - Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Darul Ridzuan di sini pada pukul 4 petang tadi.

Sebaliknya, hanya bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang hadir pada mesyuarat khas itu yang bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Dr Zambry dalam satu kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media pada pukul 5.10 petang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak hadir kerana mesyuarat tersebut merupakan satu pelanggaran 'prinsip keadilan' disebabkan Pengerusi PAC Wong Kah Woh adalah juga pengadu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah bersidang pada 18 Feb lepas.

"Ini akan menimbulkan isu prejudis dan tidak adil terhadap Pengerusi PAC. Saya juga memohon untuk merujuk kepada kuasa untuk menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak berdasarkan Amalan Parlimen Erskine May Edisi Ke-23," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Katanya amalan Parlimen Erskine May tersebut menyatakan 'jawatankuasa kira-kira wang tidak mempunyai kuasa untuk bersidang apabila dewan ditangguhkan walaupun ia mempunyai kuasa untuk bersidang di tempat lain.

Erskine May merupakan pihak berkuasa tatacara yang menyediakan deskripsi lengkap berhubung undang-undang, amalan dan keutamaan dalam Dewan Rakyat British di Westminster. Edisi asalnya disediakan oleh kerani Dewan British Sir Thomas Erskine May pada 1844.

"Sehubungan dengan itu, saya percaya jawatankuasa tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan apa-apa mesyuarat memandangkan pada ketika ini Dewan tidak bersidang," katanya.

Dr Zambry berkata surat panggilan mesyuarat yang diterima pada 2 Mac lepas juga sangat mengelirukan kerana beliau diminta hadir pada Khamis 3 Mac pukul 4 petang sedangkan beliau percaya bahawa hari Khamis adalah 5 Mac.

"Oleh yang demikian, Jawatankuasa harus mengambil kira perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas," katanya.

Sementara itu, Wong dalam sidang akhbarnya selepas mesyuarat berkenaan kesal di atas ketidakhadiran Dr Zambry, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Jamaluddin Al Amini Ahmad pada mesyuarat itu.

Beliau berkata PAC akan mengeluarkan satu notis baru esok kepada Dr Zambry dan tiga pegawai kanan kerajaan negeri berkenaan untuk hadir pada mesyuarat khas jawatankuasa itu pada pukul 3 petang 13 Mac ini.

Wong ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Zambry bahawa mesyuarat itu adalah satu pelanggaran 'prinsip keadilan', mendakwa bahawa PAC tidak bermatlamat untuk mencari kesalahan sesiapa tetapi sebaliknya menjalankan tugas mereka secara bebas dan profesional.

Selain Wong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning daripada DAP, PAC dianggotai ADUN Changkat Jong Mohd Anuar Sudin (PAS), ADUN Hutan Melintang S. Kesavan (PKR), ADUN Jalong Leong Mee Meng (DAP) dan ADUN Pokok Assam Yee Seu Kai (DAP).

Wakil Barisan Nasional dalam PAC adalah Dr Zambry sendiri selaku Timbalan Pengerusi dan ADUN Manong Datuk Ramly Zahari. Bagaimanapun keanggotaan mereka telah terbatal disebabkan PAC hanya boleh dianggotai oleh ADUN dan bukannya mereka yang telah dilantik sebagai Menteri Besar dan Exco.


Malas nak taip panjang-panjang...

Pagi tadi semua ADUN dan EXCO dari Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan KERAjaan Haram Barisan Nasional Perak telah dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat oleh PPAC (Perak Public Accounts Committee).

Semua ADUN dan EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Perak hadir ke Bangunan SUK dan mengadap para pegawai PPAC manakala dipihak KERAjaan Haram Barisan Nasional Perak tidak kelihatan walau seorang pun wakil mereka (mungkin Zambry hadir tetapi GAGAL di"LIHAT").

Kalau ikut kenyataan pegawai PPAC minggu lepas, mana-mana ADUN dan EXCO yang gagal menghadirkan diri, boleh dikeluarkan waran tangkap keatas mereka. tak gitu?

Mampuih... KERAjaan Haram, MB Haram, EXCO Haram, Penghakiman Haram kena pulak waran tangkap...

Haram Jadah sungguh...!!! aperla punya suwey..!

"I don't need sex... the Government and the Police Fuck's me everyday..!"

2 comments:

  1. Depa kona kut lain plak....

    satu pelanggaran 'prinsip keadilan' untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC)..

    Deii zambry... ota keling betui mamak nie... Kalau semua salah saper yang betul... Cakap depa gak yang betul.. semua salah...

    ReplyDelete
  2. Mana si ZALI ni....

    Ni komen aku dalam thread ParpuKari baru2 ni... ape komen ko?
    Komen ttg Mokhtar Hashim dan Datuk Mazlan (MonaFendey)... ko takjawab2

    -------------------------

    KOMEN RESOLUSI BPN...

    1. ..mengutuk tindakan PR yang mencabar kedaulatan kuasa Sultan..

    - TAKUT KE DGN SIDANG DUN... PIHAK BN JE YG BAGI AMARAN, ORG LAIN TAK MARAH PUN... Korang tak cabar kedaulatan.. cuma junjung-kasih kat
    sultan dgn kata NATANG je, tapi takpe sbb korang UMNO kan????

    2. ...menjadikan agenda politik lebih utama dr kestabilan&keamanan

    - merasuah sanasini; membeli ADUN Katak; dalam UMNO penuh RASUAH (tanye KuThauDin,RaisYatim,Chedet);
    guna polis; guna mahkamah; guna SPRM(Suruhsaya Promote Rasuah Msia)
    ... tu sume agenda ape???
    ...tapi takpe sbb korang UMNO kan??

    3. ...tidak menyokong tindakan menderhaka kepada Sultan...

    - MATYACUB DEMONSTRASI SURUH SULTAN KELANTAN TURUN TAKHTA; NUARMUSA TABAL Tengku BREHIM JADI SULTAN BWH POKOK; CHEDET TARIK KEKEBALAN SULTAN; MIKETYSON BAWAK PELARI MAKDARA SULTAN... tu sume tak derhaka kan, tapi takpe sbb korang UMNO kan???

    4. ...tindakan tegas untuk henti permainan gila politik pembangkang

    - ayo... kawan! rampas kuasa guna ikhsan ADUN KATAK yg korang tuduh rasuah tu...(ludah pastu jilat!); guna kuasa utk control mahkamah2 (cth - ptg bawa kes... pagi2 esok terus bicara, efisien tu!!!); guna polis; guna SPRM-Suruhsaya Promote Rasuah Msia; byk lagi.. tak larat!!
    tapi takpe sbb korang UMNO kan????

    5. ...meminta DUN Perak tdak bubar,
    jimat wang, elakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal

    - HA.. KORANG TAKUT HEH!!! TAKUT KALAH LA TU... jimat wang rakyat???
    pastu boleh beli Eurocopter, Scorpene, KLIA@East, bail-out sykt anak MAHAFIRAUN, rasuah sana-sini,
    pekaya kan kroni2 macam2 lagi la!
    suasana tak terkawal??? pelik.... selama ni korang menang sume PRU takde pun HURUHARA..!!! PR baru nafikan majoriti 2/3 dan tawan 5 negeri korang dah HURUHARA bagai nak rak!!! Aku rase kalo PR menang KERAJAAN PUSAT, maunye BN buat HARAKIRI kalo pun bukan HURUHARA!!!
    tapi takpe sbb korang UMNO kan????

    6. ...mohon campurtangan RajaMelayu

    - aieekkk... yg kat Perak tu bukan korang dah dapat campurtangan RajaMelayu ke... bukan takat campurtangan je...korang main belakang Raja lagi! Takut la tu... kalo berani dah lama dah... (pinjam ayat Chedet) buat Pilihanraya DUN Perak... main belakang Raja Plak... sori-sori! sembunyi blkg Raja! Tapi takpe sbb korang UMNO kan????

    March 5, 2009 12:45 AM

    ---------------------------

    Buat BPN (Bangsat Perosak Negara bukannye Blogger Pembela Negara)

    Go...Blogger!!! GOBLOG...BPN (7X)

    March 5, 2009 1:00 AM

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?