Bila aku cuti blogging untuk 3 hari, banyak pulak isu-isu panas timbul. kabinet baru, KJ tercicir, Setpol MB Perlis letak jawatan, khabar angin Pak Lah nak kosongkan kerusi Parlimen Kepala Batas, KJ nak masuk PAS, undi tak percaya pada MB Terengganu, polis masuk hantu dan macam-macam lagi benda-benda gila.
Dekat Thailand pulak geng baju merah buat hal sampai terkantoi program PM baru Malaysia dekat sana. 2 kali suwey, pergi tengok F1 kena bantai ribut langsung kena tunda perlawanan, pi pulak Thailand kena bantai dengan geng baju merah, pun kena tunda jugak... apa punya suwey da... mungkin hantu Atlantuya dah naik angin kot.
Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal kabinet baru Najib, bagi aku kabinet baru ni cukup mantap. tak payah nak ulas panjang-panjang, tak payah nak bantai gila-gila. mantapnya kabinet baru ni bagi aku ialah kerana kita tak payah susah-susah dah nak bantai.
Semua nama-nama yang tersenarai dalam kabinet a.k.a almari baru ni kita dah kenal. kalau setakat nak perancur ekonomi negara memang depa pakar. sebut nama pun kita dah tau dah tahap kepakaran depa dalam merosakkan parti depa sendiri. nak harap yang bagus-bagus..? jauh sangat. yang bagusnya 1 je, muka-muka ni akan mempercepat dan memudahkan lagi peralihan kuasa Kerajaan Malaysia dalam PRU-13.
Ada member di Terengganu call aku bagitau satu usul undi tak percaya akan dibuat dalam sidang dewan yang akan datang (hari ni). betul tak betul, kita tunggu tengok. yang ni datang dari kem Pak lah a.k.a KJ.
UMNO dah terbahagi kepada 2 team yang masing-masing cuba nak membunuh karier proxy lawan masing-masing. team Pak Lah cuba nak jatuhkan team Najib, team Najib pulak dengan kelebihan kuasa yang ada akan cuba jatuhkan team Pak Lah dengan apa cara sekalipun. kita dalam Pakatan Rakyat tak payah nak kecoh-kecoh dok ulas hal ni, ambik masa terluang ni untuk mantapkan lagi jentera dan juga parti masing-masing. PRU-13 dah dekat.
Asalkan Pakatan Rakyat pandai ambik peluang ni untuk tak buat sebok dengan apa yang berlaku dalam UMNO, PRU-13 akan jadik milik Pakatan Rakyat. daripada kita dok buang masa nak buat analisis apa yang berlaku dalam UMNO, lagi baik kita senyum dari jauh sambil layan dan tunaikan apa sahaja permintaan rakyat.
UMNO dah tak dak masa nak layan rakyat, depa dok sibuk nak perkukuhkan team masing-masing. rakyat tengah terbiar, jangan lupakan depa. rakyat amat penting untuk Pakatan Rakyat berkuasa. tanpa sokongan rakyat, Pakatan Rakyat tak kan berada di tahap sekarang.
Kabinet Najib tak kan dapat menggugat Pakatan Rakyat sebab rata-rata depa tak ada idea macam mana nak perkukuhkan ekonomi negara. depa cuma pandai ciplak apa yang Pakatan Rakyat rancangkan kemudian depa tukar nama. Ketuanan Rakyat jadik 1 Malaysia. betul-betul lanun cetak rompak.
Dah, jangan buang masa, sekarang masa untuk bekerja. pi jumpa rakyat dikawasan masing-masing, cuba tunaikan apa yang depa mau, depa bukan nak tau pandangan kita pasai kabinet baru, depa nak tengpok macam mana kita buat kerja.
Kalau depa berkenan, PRU-13 depa akan pilih Pakatan Rakyat. jangan buang masa..!
akum...
ReplyDeletebini aku marah...asyik ngadap comp.. haha..
"balik2 ngan comp smpai pagi..kan elok ngadap sejadah.."
adeh..pedih..tp betul..
aku hnyut dgn keadilan..sampai aku lupa adil yg sebenar... istghfar
syg..jom solat same...
salam
Salam syeikh, inilah masanya kita blogger PR nak pukul habis UMNO, masa untuk tunjukkan jalan kepada ahli UMNO yang sesat sebab tak guna otak, "nah lihat parti kau dan pemimpin kau bercakaran, tengah faraid khazanah negara"
ReplyDeleteInilah masanya buat psy war pada umno habis-habisan.
menyerang lebih baik dari bertahan tak gitu beb/brader.
korang percayala si TPni...ni provikasi korang tau tak...dia saje nak bg kita maki BN..maki kerajaan..kutuk sana..kutuk sini...diani kena bayor suruh buat macamtu korang semua tau tak...janganla terperangkapp....
ReplyDeleteanymous 8:53
ReplyDeletetk payah tp bagitau pun kita orang bleh tau sendiri..
puak2 pr ni rajin mencari dan membaca sebab tu maklumat kita dapat ngan cepat..tk cam ko menunggu depan tv pastu percaya bulat2 berita dari puak2 korang..
ASKUM BRO TP..
ReplyDeleteSEBELUM TU GUA NAK UCAP TERIMA KASIH DAN SYABAS ATAS KESUDIAN LU DAN GENG2 BLOGGERS NETWORK UTK PROVIDE INFO PASAL PRK BKT GANTANG.. GUA TAU LU BYK TERIMA KEJIAN DRP PUJIAN OLEH PUAK2 YG TAK TAHU BERKENAAN DUNIA TANPA SEMPADAN.. UTK PENGETAHUAN, MAKLUMAT2 YG LU DAN GENG2 LU BERIKAN LAH YG BYK MEMBANTU PENGUNDI2 MUDA UTK MENGUNDI PAKATAN RAKYAT SEBAB MEREKA SEMUA NI IBARAT SEKAM PADI - HANYA MENGHUKUM KERAjaan BEE END BILA TIBA MASANYA.. JGN RISAU BRO.. INSYA ALLAH JIKA LU DAN GENG2 LU BUAT KERJE DENGAN PENUH ISTIQAMAH, KITA AKAN MENANG BRO.. PASAL SUMBANGAN, INSYA ALLAH ADE REZEKI ADALAH LE & GENG2 LU PUNYE BAHAGIAN.. SEKIAN WASALAM BRO..
DISASTROUSKAN MEREKA!!!
"Kata dulang paku serpih, mengata org awak yg lebih". Sdra. Topeng Perak, u kena rasional dlm mengeluarkan isu supaya tidak menjd fitnah. Perkara baik yg BN buat kita kena terima. Itu kita kena akui. Kembalilah pd landasan ajaran Islam. Yang betul harus dikata betul dan yg salah harus ditegur. U kutuk puak-puak BN tetapi sebahagian besar bisnes yg u dpt adlh drp org2 yg ada jawatan juga dlm UMNO. Cthnya dr sahabat u iaitu KP Lembah Pantai. Dunia ini kecil shj sdra.
ReplyDeleteIkhlas drp. SB Kejujuran
SB Kejujuran - komen dan ulasan hang adalah komen dan ulasan paling kelakar pernah aku baca hari ni.
ReplyDeleteSebahagian besar bisnes yang aku dapat adalah daripada orang yang ada jawatan dalam UMNO?
Apa bisnes aku bro? lu jangan buat lawak pagi Isnin.
Ni kira latihan untuk Raja Lawak ke apa ni beb?
Encik salah platform la...
Orang UMNO ni dia ingat semua orang dia kenal, lepas tu dia ingat semua orang kenal orang UMNO, lepas tu dia ingat semua orang ada buat "bisnes" dengan orang UMNO, lepas dia selalu ingat dia tau semua perkara...
Wa ingat lu malaikat tadi, rupanya lu peserta Raja Lawak yang gagal...
Usaha lagi bro..!
SB Kejujuran,
ReplyDeletehang ni kena sawan pagi Isnin 13hb April ni ke?
Sawan turun dari pemilik no 13 Mei
?????
konsep satu malaysia yang dibawa najib razak lebih cenderung kepada memenagi hati kaum bukan melayu yang telah menjauh dari menyokong kerajaan kini.
ReplyDeleteSebagai bukti, pemansuhan MECD meragut keistimewaan yang dikecapi oleh melayu, dimana pelbagai kemudahan disediakan khusus untuk orang-oarng melayu selama ini telah hilang sekelip mata.
Walaupun janji dibuat, hak melayu tetap diutamakan, tetapi sejak awal lagi saf kabinet baru menampakkan penghinaan kepada melayu.
Koh Tsu Koon dilantik sebagi menteri di JPM, dengan tugas untuk perpaduan dan memantau prestasi menteri-menteri dan timbalannya, adakah beliau seolah-olah timbalan perdana menteri kedua???
Dalam PRK Bukit Gantang,boleh dikatakan hampir tiada undi dari kaum cina, dan jarang nampak pemimpin mca atau gerakan yang turun padang membantu pihak umno. Tiba-tiba mereka ini diberi tempat dalam kerajaan.
Kita boleh terima perkongsian kuasa, tetapi perkongsian hanya untuk yang menang, bukan yang kalah macam Koh Tsu Koon. Apakan Najib dah hilang pertimbangan???
Saya menyeru..wujudkan semula MECD, buang menteri yang x patut dilantik...ATAU...menerima keklahan yang memalukan dalam beberapa PRK yang mendatang dann PRU13 nanti.
Nantikan...
FRU akan barkampong lagi di PRU kali ke13
ReplyDeleteoi topeng merah..ko tak reti bahasa ke tak reti baca...aku kata jangan percaya kat topeng perakni...aku dah mula tak percaya lepas dia kutuk Hj asmuni ari tu...dia ni mmg diragui..siapa dia ni sebnarnyeee..cubala pikiaq dengan fikiran terbuka...betulke dia menyokong pakatan rakyat atau dia saje nak provokasi kita...dia bukan ahli pas...tapi hari mengundi tu sibuk nak pas untuk masuk bilik gerakan..mmg la org tak bagi...lepas tu nak cari simpati lepas kutuk hj asmuni...
ReplyDeleteSalam Semua...
ReplyDeleteBro mee udang
Jangan buruk sangka pada orang lain....
Islam x ajar camtu....
Sentiasa sangka baik di tuntut dalam islam...
Lagi satu....pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh di tegur oleh golongan rakyat jelata....zaman nie mana ada pemimpin yang maksom....
Untuk pengikut yang fanatik pulak...jgn mengganggap orang yang menegur pemimpin sebagai musuh....
heheheheheheeee
oi..marauhirang...aku tak fanatik pun...aku pun tak ahli mana-mana.tapi aku penyokong keadilan...cara tu yg tak betoi..nak tegur..tegurla...janganla terus masukan muka...mentang2 dia ada bloq...
ReplyDeleterelek la mee udang....
ReplyDeletemakan ah mee rebus gak...
TP ni telus je, letak muke org len bley lak kan...
just minta pendapat, bukan suh kutuk pun