Sunday, April 05, 2009

Barisan Nasional Gabungan Haram..! - malaysiakini

Kami, Concern Youth Movement (CYM) @ Pergerakan Belia Prihatin, ingin mengulas terhadap kenyataan seorang perwakilan Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan, di perhimpunan Agong UMNO semalam, bertarikh 27 Mac 2009, yang menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.

Berikut adalah kenyataan Nur Saidi Nayan:

1. "Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan.
2. Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.
3. "Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?
4. "Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia merupakan sebuah pertubuhan yang haram.”
5. Berbeza dengan UMNO yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."

Berikut adalah pengulasan kami mewakili belia – belia di Malaysia:

Berdasarkan kepada kenyataan Nur Saidi Nayan, kami mencadangkan dia supaya mengharamkan dahulu penggunaan “Barisan Nasional”. Mengikut peredaran masa, perkataan Barisan Nasional digunakan terlebih dahulu. Semenjak tahun 1973, iaitu selama 36 tahun, perkataan Barisan Nasional digunakan secara meluas. Sebelum itu, Barisan Nasional dikenali sebagai Parti Perikatan. Kesemua 13 komponen Barisan Nasional termasuk UMNO, MIC dan MCA adalah parti yang diluluskan secara sah dari segi undang – undang dan mempunyai perlembagaan sendiri.

Maka persoalan yang timbul ialah:

1. Bilakah Barisan Nasional diluluskan? Bilakah Barisan Nasional menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang – undang? Buktikan bahawa Barisan Nasional mempunyai rekod di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang dikenali sebagai Registrar of Society.

2. Gabungan 13 komponen Barisan Nasional tidak pernah ditubuhkan secara rasmi dan Barisan Nasional juga tidak mempunyai perlembagaan sendiri?

3. Mengapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta – mengunakan perkataan Barisan Nasional yang tidak diwujudkan secara sah dan mengikut perundangan di Malaysia?

4. Adakah ini bermaksud, Barisan Nasional juga merupakan pertubuhan yang haram dan penggunaan perkataan Barisan Nasional wajib diharamkan?

5. Bukankah penubuhan Barisan Nasional juga merupakan serpihan – serpihan 13 komponen walaupun hanya UMNO yang dilahirkan di Istana?

Tambanan pula, kami ingin memperingatkan Pemuda UMNO khususnya, Nur Saidi Nayan bahawa dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat telah bertanding dengan namanya sendiri yang sah iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP).

Manakala, Barisan Nasional, sebaliknya dalam pilihanraya 2008 dan sebelumnya, telah bertanding atas nama Barisan Nasional yang tidak ditubuhkan secara sah mengikut perundangan. Yang ditubuhkan secara rasmi ialah UMNO, MIC, MCA dan komponen – komponen lain dan bukannya Barisan Nasional.

Bukankah UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional perlu bertanding dengan menggunakan nama pertubuhan mereka yang sah? Bukankah mereka perlu bertanding mengunakan logo masing – masing? Mengapa mereka menggunakan perkataan Barisan Nasional dan logo Barisan Nasional yang tidak sah di sisi undang – undang?

Agak menarik juga jika dikaji dari segi undang – undang bahawa terdapat ‘tribal issue’ yang boleh dihadapkan ke makhamah. Ini adalah kerana UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional bertanding atas nama pertubuhan yang tidak sah. Adakah ini bermaksud Barisan Nasional sedang mentadbir negara kita melalui perlantikan dan pemilihan yang tidak sah?

Kami, menyeru Pemuda UMNO membuat kajian terlebih dahulu sebelum membahaskan sesuatu perkara. Ini menunjukkan identiti dan pendirian yang bercanggah dengan sejarah dan persefahaman di Malaysia. Sebagai tonggak yang akan menerajui kepimpinan pada masa kelak, Pemuda UMNO di nasihati supaya jangan beremosi tetapi sebaliknya meggunakan pendekatan yang rasional dan bernas semasa membahaskan sesuatu perkara.

Sekian.

Yang Benar,

Manivanan Gowin

-Concern Youth Movement

17 comments:

  1. mengong2...awat la org ameno mengong sampai gini...haha

    ReplyDelete
  2. cerita pasal beend ni pertubuhan tak berdaftar, dah lama teman cakap dengan si parpu sebelum amno berhimpun hari tu.

    point yg teman cakap sama je dgn artikel asal ni. beend tak pernah berdaftar dgn RoS. beend tak pernah buat AGM. beend tak pernah hantar penyata kewangan tahunan kpd RoS.

    Bila kita cakap org amno tak cukup akai depa marah. tapi bila becakap ikut sedap kepala lutut depa ja hehehehe. katuk kepala lutut tu baru tau.

    ReplyDelete
  3. BN dah didaftar di SPR sebab itu Bn ada logo..

    budus!
    budus!
    budus!
    budus!

    Pakatan Rakyat mana ada logo? sebab itu sepatutntya PKR dan DAP dihalau sahaja balik sebab mereka tidak bertanding di Bukit Gantang!

    budus!
    budus!
    budus!
    budus!

    ReplyDelete
  4. woi bangang mana ada orang daftar pertubuhan dengan spr budus....?
    orang daftar dengan ros budus....?
    ka hang tak tau apa itu ros....?
    bodus nya orang umno......

    ReplyDelete
  5. ameno kapal sink mmg budus budus. Artikel kat atas baca tp dia x paham agaknyer...bingai penyokong ameno nih

    ReplyDelete
  6. SPR adalah suruhanjaya pilihanraya ya adik-adik. SPR bertanggungjawab untuk mengendallikan pilihanraya ye adik2.

    Untuk mendaftar pertubuhan bukan kerajaan atau parti politik,kena daftar kat Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) ye. Atau lam bahase omputih Registrar of Societies (ROS).

    p/s:untuk adik2 yg belum habis sekolah rendah tu,xpayah komen kat sini ye.

    ReplyDelete
  7. teserlah kebudusan puak2 ammno!!!

    hahaha

    mrL

    ReplyDelete
  8. waakakkakaaaa nasib aku nih abg...bukan adik2...

    ReplyDelete
  9. Songkok dah tak TinggiApril 5, 2009 at 6:33 PM

    aku nak register "tali pengikat monyet" kat SPR boleh tak?... kita bagi can kat member tu... dia baru bersemangat nak joint ... tu atas pagar tu... kalau dipancing dengan umpan taik ayam BN tu dia akan makan! tapi kalau kita pancing dia kita guna ikan tuna... bagi dia khasiat sikit... kesian dia tu, sebab duk lama dalam tempurung tu yang jadi menonong cam tu! harap lepas ni dia pun sekali seangkatan dengan kita sebab bila dia dapat info sebenar dlm ni, berubahlah tu...

    ReplyDelete
  10. budus... kalau logo dah berdaftar kat SPR maksudnya dah daftarlah kat Pejabat Petubuhan..

    Bukannya macam pakatan rakyat... hidup berkesedudukan... macam orang tak de akad yang sah!

    budus.... sebab tu mereka tak de logo.... pas tak berani bawa logo dap kat tempat Melayu... DAP pun tak berani bawa logo PAS kat tempat Cina....

    Nizar tidak perlu dipilih di Bukit Gantang kerana:
    1. Dia Mohon Derhaka kepada Sultan Perak da

    2. Semasa menjadi MB Perak, dia jadi boneka DAP.

    3. Dia team Erdogan yg pro Anwar yg disokong Zionis.

    4. Dia luluskan tanah kepada Cina selama 999 tahun.

    5. Dia bukan calon pilihan Nik Abdul Aziz Nik Mat
    tetapi calon pilihan Ngeh Kor Ham.

    6. Dia bukan anak tempatan Bukit Gantang.

    7. Dia tamak kuasa dan enggan serah kereta Camry.
    Tu baru kereta.

    8. Dia lebih bertuankan Anwar Ibrahim daripada PAS,
    bermakna apa saja agenda pihak asing melalui Anwar
    ©dia akan sokong.

    9. Dia lebih suka mengajak rakyat berdemonstrasi,
    yg kena tangkap & sakit siapa?

    10. Datuk Harussani, Mufti Perak memfatwakan Nizar
    adalah penderhaka. Siapa yg harus kita percayai
    antara ke-dua-dua pemimpin ini?

    11. Nizar tidak sesuai jadi pemimpin sebab keras kepala,
    buktinya DYMM minta dia letak jawatan, dia degil dan
    gagal menurut kehendak Sultan. macam mana kita nak
    tegur dia nanti?
    Nizar tidak perlu dipilih di Bukit Gantang kerana:
    1. Dia Mohon Derhaka kepada Sultan Perak da

    2. Semasa menjadi MB Perak, dia jadi boneka DAP.

    3. Dia team Erdogan yg pro Anwar yg disokong Zionis.

    4. Dia luluskan tanah kepada Cina selama 999 tahun.

    5. Dia bukan calon pilihan Nik Abdul Aziz Nik Mat
    tetapi calon pilihan Ngeh Kor Ham.

    6. Dia bukan anak tempatan Bukit Gantang.

    7. Dia tamak kuasa dan enggan serah kereta Camry.
    Tu baru kereta.

    8. Dia lebih bertuankan Anwar Ibrahim daripada PAS,
    bermakna apa saja agenda pihak asing melalui Anwar
    ©dia akan sokong.

    9. Dia lebih suka mengajak rakyat berdemonstrasi,
    yg kena tangkap & sakit siapa?

    10. Datuk Harussani, Mufti Perak memfatwakan Nizar
    adalah penderhaka. Siapa yg harus kita percayai
    antara ke-dua-dua pemimpin ini?

    11. Nizar tidak sesuai jadi pemimpin sebab keras kepala,
    buktinya DYMM minta dia letak jawatan, dia degil dan
    gagal menurut kehendak Sultan. macam mana kita nak
    tegur dia nanti?

    Budus...
    Budus...
    Budus...

    ReplyDelete
  11. Cadanagan aku tolong lapor pada SPR bahawa BN memang tak berdaftar sebagai sebuah parti sebaliknya sebagai gabungan yang tidak didaftarkan.. sepatutnya komponen BN mesti mengundi menggunakan parti sendiri seperti mca atau mic.. tapi tak tahu ler.. minta-minta siapa yang tahu tentang garispanduan atau peraturan SPR sila laporkan agar pegawai SPR tidak tidur dan ambil tahu..

    Tolong laporkan SPR jika boleh.. kita kasi gegar sikit..

    ReplyDelete
  12. saudara king is karpal.. betulker Bee End ni didaftarkan kat ROS.. boleh bagi bukti tak..
    Tolong cakap pakai fakta.. bukan pakai auta.. nampak sangat ler sauadara king is karpal hanya pakai cakap tak guna otak kalau tak boleh dibuktikan..
    AKU CABAR KO KARPAL IS KING.. TUNJUKKAN NOMBOR PENDAFTARAN ROS BN..

    PAKATAN PR MEMANG TIDAK BERDAFTAR..
    Tapi wujud atas persefahaman... serupa juga dengan Bee End tuh budusss...

    ReplyDelete
  13. king is karpal said...

    budus... kalau logo dah berdaftar kat SPR maksudnya dah daftarlah kat Pejabat Petubuhan..

    ini bukan fakta,ini kita panggil 'jump to the conclusion'. Bg buktinya. Jangan hanya tau menyalak je.

    ReplyDelete
  14. kata org UMNO kununnya BN dah daftar...

    baiklah kalau buat sementara waktu kita terima fakta nih(walaupun kita tau karut)....

    wahai org2 UMNO kamu dah lupa UMNO Mamak bendahara dah dissolve thn 1988 and tubuhkan UMNO BARU ?

    ini bermakna komponen asal yg kununya lah dah di register dgn sesapa pun (ikut suka hangpa pilih lah - ROS/SPR/ABC/AIDS pun) sudah mati/hilang - UMNO asal dah pupus. Paham murid2 ??

    kalau dah pupus - ada ker sesapa ahli umno pegi re-register ENTITI BARU - SI UMNO BARU TUH - nak tukar la drpd umno (1946) kpd umno (1988) - ada ka hangpa buat benda nih ????

    kalau tak buat - dah tuh BN yg diagungkan tuh - dah jadik camno ? tak ke sasau jadinya!!

    UMNO MUDAH LUPA!

    KAMI RAKYAT INGAT SAPA PENDERHAKA!!

    ReplyDelete
  15. laaaaaa...bila la pulak BN daftar kat ROS?. kelentong ek?. Tau tak akta2 pertubuhan?. keletong ke mmg bodoh?.

    ReplyDelete
  16. kehkehkeh.. tak de bukti nak cakap dah register...
    kehkehkeh.. mamat umno tu budak sekolah lagi.. mengundi pon baru tak boleh lagi..
    tu la sebab dia tak tau..
    takat ada lambang dacing belum tentu lagi dah register bongok!!!
    sudah la budak bongok.. pi minum susu banyak2 supaya cukup DHA untuk berfikir...
    kehkehkeh

    ReplyDelete
  17. King is Karpal tu dah kene tutuh dgn karpal... tu yg dia bengong tu... abai je budak suka bontot karpal ni

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?