Saturday, April 18, 2009

BN tidak bertanding - Malaysiakini

Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh seorang rakan yang menyatakan bahawa BN tidak akan meletakkan kan calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil N 15 Penanti. Maklumat lanjut akan disertakan kemudian

28 comments:

  1. Inilah muslihat sebenar umno.tak bertanding dalam PRK Penanti sambil SPR akan kuatkuasakan peraturan baru hadkan jumlah penyokong PR dan sistem barung.

    Sistem barung ni ialah pondok panas yang disediakan oleh parti yang bertanding untuk membuat semakan daftar pemilih.Boleh mengundi ke tidak si fulan tu.kat saluran mana dan di mana tempat mengundinya.

    sekarang tak terasa kesannya tapi bila PRU akan datang memang perit.takkan nak biarkan SPR monopoli.kalau dah kurang penyokong,siapa yang nak jadi spy ada pengundi hantu dan penipuan yang dilakukan ketika pilihanraya.kalau sekarang kredibiliti SPR diragui tentulah mengundang padah jika diletakkan harapan penuh kepada SPR.

    najib memang licik dan tok harap PR tidak terpedaya.Pemimpin PR elok bantah cadangan SPR ni yang bila buat peraturan selalu sebelahkan UMNO-BN.

    ReplyDelete
  2. najib nak malukan anwar.kali ni agendanya calon bebas mengalahkan calon PR dalam PRK.

    PR perlu lebih berhati-hati kerana najib cukup hebat dalam pekena PR

    ReplyDelete
  3. pergh... makin panas dr 2 bkt 1 batang, dah membahanag ke Penanti...

    ReplyDelete
  4. Masih ingat tak lagi ketika Nasha berceramah menipu puluhan ribu penyokong PR di Bota.Tak sampai seminggu lepas tu kerajaan PR di Perak tumbang apabila nasha menyertai adun behrang,changkat jering dan jelapang sertai UMNO-BN.

    Biasalah buat-buat kalah ni memang satu strategi politik.tak ubah seperti meletak kuda trojan ke dalam kerajaan Troy.

    Memadai sekali tertipu dan kali ini perlu lebih bijaksana.

    ReplyDelete
  5. Siapa pulak jadi kuda trojan UMNO untuk lemahkan kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

    Calon Bebas mungkin ditaja UMNO dan masa berkempen segala kelemahan kerajaan negeri PR Pulau Pinang akan didedahkan.

    UMNO memang setuju kalau penyokong parti dihadkan pasal penyokong merekapun dah menyusut.tak kena gaya nanti kena import mamat indon atau bangla.

    tok memang tak setuju cadangan SPR nak hadkan penyokong parti.tok harap kengkawan bloggers semua dapat senaraikan segala peraturan SPR buat dan dilihat bias kepada UMNO.

    Lepas tu kita buat aduan kat SUHAKAM dan sampai ke peringkat PBB biar satu dunia tahu umno main kotor nak menang pilihanraya.

    Nak hapuskan pondok panas.yelah pondok UMNO-BN mana meriah macam kat Bukit gantang.Tengahari petugas UMNO dah melepak dan ada yang tidur.sambutan rakyat kat umno semakin merosot.mau tak mau umno kena terima.

    ReplyDelete
  6. salam tuan blog.
    sumber tu boleh dipercayai ka..
    kalau najib umum kat dalam tv pun, tetap tak boleh percaya, sehingga hari penamaan calon selesai (jika dibenarkan SPR).

    bila orang PR pakat tak pergi penamaan calon, masa tu tiba2 penuh permatang pauh dengan orang UMNO dibawa dari seluruh negara. jenuh 2 -3 hari padat berita tentang 'kehebatan BN' dalam paper & tv.

    hati2lah macam tokiskandar kata pasal nasa bota. baik beringat. orang mukmin tak akan jatuh lubang 2 kali.

    ReplyDelete
  7. SPR kan parti komponen BN ke 14..

    nak limitkan penyokong? hahaha berapa ribu yg boleh datang? nnti kena taruk gate. siapa dtg awal baru boleh masuk .hahaha

    ReplyDelete
  8. r u sure....
    aku paham sangat la perangai TERMINATOR BN tu
    sat kata lain
    sat kata camtu
    apa apa pun kita tengok dulu
    pimpinan pr perlu berjaga jaga
    jangan terpedaya
    INGAT KUASA DITANGAN DEPA

    persoalannya sekarang
    apa perancangan depa sebenar?
    BEBAS lawan PR
    aku nak ditaja masuk BEBAS
    boleh taja aku?

    ReplyDelete
  9. Bagi aku la..Najib dh tau kalah n xnak bazirkan duit n kemaluannya..

    Dia akan hntar calon bebas..calon bebas xkan buat apa2..

    Calon PKR n PKR akan perabis duit..

    Polis pun xpayah pi ramai2..buat mcm xde ape2..

    Hahaha..jimat sungguh Najib ni guna wang rakyat

    ReplyDelete
  10. tunggu dan lihat...mungkin juga satu muslihat

    ReplyDelete
  11. BN tidak bertanding di Penanti tetapi orang suruhan/ upahan bN akan bertanding...

    Kedahtua

    ReplyDelete
  12. yang aku nampak najiib tk nk dimalukan lagi dengan kekalahan beturut2 sebab tu dia tk nk taruk calon bn

    ReplyDelete
  13. diorg tahu ckp je, prk akan habiskan duit je...

    tp diorg xde fikirkan mekanisma lain untuk atasi masalah ni...

    najis nak salahkan org yg letak jawatan, pastu salahkan PR saje nak bt camni.ade ke patut seorg pemimpin cakap camtu...

    kalau YB tu rasa dah x mampu nak tanggung tngjwb, mesti la dia letak jawatan...

    bukan cam BN walau x mampu, masih nak pegang jawatan. salah satu ciri ahli neraka adalah org yg tahu dirinya x mampu nak pikul tnggjwb, tp masih memegang jawatan tersebut...

    ReplyDelete
  14. Gua setuju SPR wat mcm tur.

    Sebab masa penamaan calon di Taiping tempoh hari.

    Semur makanan di Restoran/Gerai habis tak dapat tampong dek ramai nya manusia.

    Mak Cik Zah,yg.berniaga kat Taman Kaya kata tak sampai hati tengok ada yg.sanggop makan Nasi tak belauk.,nak mintak harga pon dia serba salah.at last orang yg.makan tur bagi RM3-00.

    Kalau kat Penanti mcm tur punya ramai,Mee udang(Timbang)kat Sg.Dua,mau naik RM15-RM25.silap silap udang sekor charge RM80.semangkok.

    Gua sudah terkena,Beb!!!

    Jgn Maree!!

    ReplyDelete
  15. jangan pi mi udang tu..satni jambatan tu runtuh!kita pi karia la..

    ReplyDelete
  16. Budus punya SPPR. Dakwat hitam yang kau orang beli (tak tau lah berapa nilai nya) masa PR dulu dah habis ke kau orang togak ?

    ReplyDelete
  17. depa pi conteng masjid kt parlimen bkt gantang itu hari dengan dakwat tu la!!

    ReplyDelete
  18. Najib takut la tu oi... dah kalah 4 PRK pun cakap kat tv rakyat menyokong BN, geli buah pinggang aku...

    Dia takut kalah lagi la tu.. ari tu pun dah tak tau nak taruk muka kat mana. kalau kalah lagi malu lagi wooo... sian najib.

    agaknya kalau 4 PRK tu dia menang, dia taknak bertanding ke kat penanti? hahaha

    mlm tadi 15 minit buletin utama tv3 suku asyik najib je bercakap. malaysia ni dah takde berita lain ke....

    ReplyDelete
  19. orang dah bagi peluang jadi wakil rakyat, buat lah keje elok2.. kalau ada masalah selesaikan, tu belum perintah negara lagi tu, dah buat hal.. aku sokong BN jangan bertanding, biar malu Keadilan. bangang !!

    ReplyDelete
  20. Bn letak calon bebas. Lagi pun hutang PRU 12 tu ari tak bayar lagi so kilang tak nak cetak poster BN sbb takut tak bayo...ha ha ha ha...brapa ramai agaknya calon bebas ni nanti...20 org kot...

    ReplyDelete
  21. adala pulak org UMNO yg bangang.... oiiiii pondan!, belum tanding dah ngaku kalah ke?. Bila org tu tak perform, so kita suh dia letak jawatan. Mana-mana pun kalau ko keje, kalau tak perform ko di sarankan letak jawatan atau berhenti. Bukan mcm BN, dah nazak pun, nyanyuk pun masih dok keras kat kesitu. Dah mcm2 skandal pun muka tak malu nak pertahankan jawatan...piraaaaaaaaaahhhhh...thuihhh!. Takde pasal PKR nak malu bila BN tak nak tanding, Bn la patut malu sbb tak berani. Mana punya mangkuk hayun tahap bangang kategori E+++ ni....

    ReplyDelete
  22. Satu je aku nak cakap...sebenarnye BN ni serik...takut kalah lagi. Sbb selame ni ade pilihanraye kecil....blh pulak bertanding. Tibe2 yg ni...takut nak bertanding. Tak yah bagi alasan..org semue dah tahu....

    ReplyDelete
  23. dulu kita dari pas takut dengan pilihanraya kecil..
    sekarang sudah terbalik
    inilah yang dikatakan kebesaran allah..

    disemenanjung mejoriti rakyat telah menolak ubn..
    hanya yang tinggal sabah dan serawak itu pon yang dikawasan pendalaman yng tk dapat imformasi yang tepat..

    ReplyDelete
  24. pkr ni memang bengong. lenkali amek la wakil rakyat yang da abis sekolah tinggi macam bn. patutla x reti nilai wet rakyat.bagi perabis boras je.asik pk jubur je la tu.

    ReplyDelete
  25. sekolah tinggi macam bn?

    kah..kah..kah..buat lawak tol
    mana ada pemimpin bn sekolah tinggi
    semua cjil beli sebab tu bangang tak tau nk pimpin negara yang tau sumbat perut sendiri je..
    harapkan pelabur luar je yang menjana ekonomi negara..
    xde pelabur luar makan pasir la ko..

    ReplyDelete
  26. wahai sahabat sekalian,

    Umno pondan ke nak jimat duit rakyat????????? Masa Azizah letak jawatan kat Anwar, ada ke Anwar pikir nak jimat duit rakyat?????????????????? bukan ke die yang gah sekali kate Umno nie kuat habis duit rakyat, bila najib dah terima nasihat nak kena fitnah ngan kutuk macam macam???????????? najib, najib, ape lah sial sangat nasib ko nie, kalo buat baik pun kena fitnah, ko buat tak baik pun lagi teruk ko kena fitnah. Tapi kalo Anwar yang buat semua nye baik. Nasi baik najib tak bagi jawatan PM kat Anwar, Kalo tak tak tahu lah ape lagi diorang nak fitnah kat najib??????????? pendek kan cerita, org berbudi kita berbahasa, org memberi kite merasa???? tapi dapat ke kite rase????????

    ReplyDelete
  27. Tanya Ketua UMNO Permatang Pauh yg beria ia sungguh suruh Fairus kosongkan kerusi DUN Penanti...Masa itu dia rasa UMNO cukup kuat....La ni dia pun senyap nak mampos...

    ReplyDelete
  28. mahadir sibuk suruh najib letak calon nak lawan...
    dia nak lead bn lawan PKR kat penanti..
    dia cakap jamin dapat kalahkan PKR
    dalam malaysia insider
    aku bagi cadangan
    napa tak letak mahadir je jadi calon kat penanti tu...sure ramai yang menanti tgk mamak tu malu
    kita tgk sapa yang kena

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?