Thursday, April 16, 2009

Hari Terakhir Di Bukit Gantang Dan Perak - malaysiakini

Hari ni adalah hari terakhir aku di Bukit Gantang dan jugak di Negeri Perak Daril Ridzuan. aku mula berkampung di Perak pada 12hb. Mac, 2009 dan hari ni cukup 2 bulan 4 hari aku dekat Perak. krisis perlembagaan Perak belum berakhir tapi krisis dalam poket aku dah bermula... kah kah kah kah kah... padan muka kau Topeng Perak Unmasked. kau yang cari penyakit... kah kah kah kah kah... !!!

Jadi sambil-sambil aku dok taip post ni, sambil-sambil tu jugak aku dok packing barang-barang aku untuk diangkut balik ke Kolumpo ops Selangor. kembali ke tempat asal. perjuangan masih belum berakhir dan akan tetap diteruskan macam dulu jugak, cumanya aku di Selangor dan geng-geng BloggersNetwork@Perak di Perak. tempat krisis.

Tak boleh jugak nak harapkan sumbangan dari orang ramai sepanjang masa sebab aku rasa tak adil untuk korang menyumbang tapi tak dapat apa yang korang harapkan dari aku. walau macam manapun, kalau korang masih berminat nak menyumbang, korang masih boleh terus menyumbang macam biasa dalam tabung untuk kegunaan sahabat-sahabat di Perak.

Aku akan buat kacau macam biasa dari tempat aku... hahaha... macam la info dari Perak boleh tersekat kalau aku dok jauh kan?

Dekat atas ni gambo souvenir yang aku dapat dari salah sorang penyokong Pakatan Rakyat... mekasih bebanyak... 1st. time nama BloggersNetwork@Perak dan jugak nama blog aku terukir dekat mug... hahaha... mekasih, mekasih... geng-geng BloggersNetwork@Perak yang lain-lain pun dapat jugak semug sorang... hahaha...

Jadi sementelah aku nak meninggalkan Negeri Perak, maka laptop yang aku pinjam dari sahabat di Perak jugak akan dipulangkan balik pada tuan punya laptop... mekasih bebanyak... lepas ni aku akan balik macam dulu, tak leh nak update setiap masa, tapi tetap jugak aku cuba untuk update blog kesayangan ni sekerap yang boleh dan sepantas yang boleh insya-Allah... mekasih untuk yang bagi pinjam laptop ni ha...

Sebelum aku gerak, aku nak bantai sikit ni ha... kalau sesape antara korang ternampak iklan macam ni dekat kereta sahabat aku geng BloggersNetwork@Perak (nama terpaksa dirahsiakan) mintak tolong la suruh dia buang iklan menatang haram jadah ni... benci sungguh aku dekat iklan menatang haram jadah ni... khak ptuih...!!!

Kah kah kah kah kah ... !!! aperla punya sengal... orang dok boikot, hang buat iklan pulak... sungguh kurang asam... lagi sekali khak ptuih...!!!

Ok geng... aku nak packing barang... esok nak gerak ke tempat asal aku... sedey geng nak tinggal Negeri Perak ni... dah macam kampung aku dah tempat ni.

Adusss... macam mana pun kene gerak jugak... kalau tak, makan pasir le aku... aish... macam mana rasa pasir ha???

14 comments:

  1. salam bro..
    terima kasih bro,semoga teruskan perjuangan..selamat..
    Umno/BN aku rasa takkan berubah perangai..biarkan ia hancur.. Suroh melayu bersatu konon.. padahal nak meraih sokongan dari orang melayu.. Macam mana nak sokong Umno sedangkan hanya pemimpin2nya sahaja yang mendapat meraih kemewahan berganda-ganda.mak bapak aku pun sokong umno tapi tak meraih kekayaan seperti pemimpin2nya.hanya mereka yang rapat dgn ketua cawangan n ketua bahagian atau yang rapat dgn ketua2 yang lebih tinggi mendapat keistimewaan.. kalau setakat sokong,undi tapi tak tunjuk muka,tak kenal tak payah la.. Kan Umno suka berkroni..
    Tak byk sangat la yg melayu boleh banggakan setelah 52 tahun org melayu menjadi PM jika nak di bandingkan dgn kaum2 lain.Pemimpin tertinggi rasanya LANGSUNG tak memahami perasaan rakyat di bawah.Perkara tu berlalu sehingga hari ini..sama jer.. Tak ada ke pemimpin PEMIKIR Umno untuk mengikut kehendak rakyat?Melayu yang di bawah ini rasa tertindas!Semua keputusan hanya menjaga kepentingan kaum lain.Keputusan sepatutnya di ambil dari Idea melayu yang di bawah ini.
    Ahh.. banyak sgt la perancangan yang di buat menemui kegagalan..Buat kerja macam tak guna otak..buat kerja tak sungguh2.Semua nak jaga 'penuhkan' poket sendiri.Semua nak jaga hati org lain.Melayu tertindas angkara dari pentadbiran pimpinan Melayu sendiri.Tak ada pembelaan.
    Melayu sebenarnya sudah lama bangkit untuk maju,untuk berjaya..Tapi bukannya ada yg hendak memberi bantuan sepatutnya. Bantuan untuk menangguk di air yg keruh kami tak mau.. konon nak membantu,tapi sebenarnya boleh melingkupkan..
    Ahh.. Sendiri mau pikir la melayu kebanyakan di bawah.. bila nak maju dlm semua bidang.. kalau tak ada pemikir yg baik dalam pentadbiran yg di pimpin oleh melayu sendiri.

    ReplyDelete
  2. terima kaseh daun keladi..
    kapan2 bisa ketemu lagii..

    pasni jadi topeng perak lagi ke topeng sgor plak bro? hihihii

    ReplyDelete
  3. salam bro..
    tahniah ateh usaha dan perjuangan mike selama ni...moga segala nya akan mendapat balasan yg baik dari Allah..

    mike selangor area mane??mane le tau boleh gak ngopi same2....

    ReplyDelete
  4. Selamat berr gerak..

    -->>rasa pasir tak sedap..jadi cepat la gerak,haha..

    TAPI perjuangan tetap di teruskan.. :)

    ReplyDelete
  5. joepengkalan - aku dekat area subang... moh le ngopi dekat kedai zambry. hahaha

    ReplyDelete
  6. Salam Bro...

    Terima kasih bnyk2 TP atas info2 menarik yg anda paparkan sepanjang anda berada diPerak,semoga TP sentiasa dilindungi ALLAH dan dimurahkan REZEKI..

    Apapun,perjuangan mesti DITERUSKAN sehingga PEMERINTAHAN SECARA ISLAM berjaya DITEGAKKAN di bumi tercinta ini..Terima kasih sekali lg..

    ReplyDelete
  7. tp
    aku tarak hal...aku dok area bangi...mike selalu lepak kedey zamri yg mana satu??wakakkaka....bila nak sampey subang???

    ReplyDelete
  8. joepengkalan - aku sampai subang mungkin tengahari esok. hari ni nak munggah barang ke rumah dugong.

    nak kejar tren hari ni memang tak sempat, jadi aku naik tren pagi esok. tghr sampai.

    amik no aku 013 973 9721.

    kalau turun area subang, moh le... asalkan kedai mamak, mesti ada zambry.

    hahaha

    ReplyDelete
  9. Hang tkde laptop sdri ka? Klu ade ape2 yg perlu, hang ckp, insyaAllah, kita suma dpt tlg skit sebanyak.. Jgn nk malu2..

    ReplyDelete
  10. TP...
    oraittt....aku selalu gak turun area sana...beli jiwa oghang ghomah bawok ke mydin usj....lagi banyak zamri....wakakaka...nanti apa2 hal aku ke sana aku kasi satu panggilan hangit buat kamu...

    amek no aku sama....
    0173835855

    ReplyDelete
  11. la bukan org perak ye ingatkan org perak. hahaha

    ReplyDelete
  12. harap2 menjadi pilihanraya kat tempat aku...permas jaya

    bleh jumpa ngan topeng perak

    tak sabor eehh..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. balik kim slam orang rumah ye...jaga diri baik2..kalau jatuh hang bangun sendiri..

    terima kasih banyak2..tolong pasang kipas kereta aku..tolong tadah telinga dengaq bebelan aku..muahahaha
    thanks bro..

    wasalam..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?