Sunday, April 12, 2009

I'm Back...

Assalamu'alaikum...

Gua kembali geng... sebenarnya gua belum habis cuti lagi, tapi sebab gua dah janji gua becuti untuk blogging 3 hari, maka gua terpaksa (sebenarnya bukan terpaksa, ini janji geng) kembali hari ni, masih dalam mood bercuti dan gua masih meronda-ronda diceruk-ceruk Malaysia mencari cerita-cerita menarik.

3 hari gua out, betul-betul gua putuskan hubungan gua dengan dunia cyber dan jugak dunia politik, jadi gua kembali hari ni dengan "O". untuk opening blogging hari ni, gua mula dengan yang ni dulu. bagi gua sikit masa untuk kembali semula kepada hari khamis lepas.

Kena catch balik semua berita-berita yang tertinggal. rasa ada sikit fresh untuk start balik blogging... banyak komen-komen (lebih dari 200 komen kot) yang gua belum baca. tu nak kene baca jugak tu, hot betul yang ada gambar Asmuni kan?

Jangan mare beb...

Ai... macam mana nak start ni? back on track... agaknya 6 petang baru dapat keluar 2nd artikel kot... hehehe... sabaq..!

19 comments:

  1. Ehmm....eloklah tu...cuti lma2 sangat akan membekukan lagi otak ...

    ReplyDelete
  2. belia klebang jaya chemorApril 12, 2009 at 11:29 AM

    welcome back...bro ade satu cadangan nie,ape kate kasi renovate skit page topeng perak nie...mcm layout die ke susun atur artikel ke...name lg baru blk cuti kan...pastu plak nak start dgn "0"
    cadangan je bro...harap dipertimbangkan..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Welcome back....

    Syabas dan terimakasih......

    ReplyDelete
  4. salam BroTP,

    welcome..rindu seyh...malam td brp pukuh kali aku dok belek2 page hang...


    pasai ak bookmark blog hang...

    update la ye..tq kerana memberi maklumat trkini kpd kami rakyat yang dahagakan maklumat yg bnar.jazakallah

    ReplyDelete
  5. Polis buat hal lagi. Kali ni ada orang kena minum peluntur

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Moga teruskan berita terkini yg dipercayai dan istiqomah dengan perjuangan. Tunjukkan contoh pejuang Islam yg sejati. Pejuang Islam yg tidak manabur fitnah.

    Allahu Akbar.

    ReplyDelete
  7. TP datang dgn muka poyonya...
    TP datang dgn camera sonynya...
    TP datang dgn topeng nizarnya..
    TP datang dgn muka menangnya..
    siapakah yg tak kenal asmuni awi...
    yg memandang pastikan tertawan...
    ada yg merajuk bawa hati balik kelantan..
    (dah menang pun tetap tak senyum!nizar pun takut nak salam..)

    ReplyDelete
  8. TP!petang ni dapat info kuala sepetang(pekan cina)adakan majlis meraikan kemenangan(makan besar)yg disertai DS nizar MP bkt gantang..di tokong cina,250 talam disediakan.6.30ptg-11mlm

    yamseng!!ho..ho..ho..

    ReplyDelete
  9. jangan bimbang...aji asmuni tak datang la bro..kihkihkih

    ReplyDelete
  10. Salam...

    ada sapa2 yg terer bg analisis 3 plhn raya tu x...cthnya di bukit gantang...

    majoriti cina, india sokong pas, melayu pula majoriti sokong umno..

    cuma undi melayu di bandar meningkat kpd pas brbanding di desa, stakat yg sy dpt maklumat la..

    ada sapa ada maklumat detail?

    http://al-qedahi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Kami tetap bersama di bawah Barisan Nasional!Barisan kabinet Dato Seri Najib terbaik tuk rakyat!Barisan Nasional,Selamat,Aman dan Makmur!Hidup Barisan Nasional n Dato Seri Najib n Dato Zambri!

    ReplyDelete
  12. Kami tetap bersama di bawah Barisan Nasional!Barisan kabinet Dato Seri Najib terbaik tuk rakyat!Barisan Nasional,Selamat,Aman dan Makmur!Hidup Barisan Nasional n Dato Seri Najib n Dato Zambri!

    ReplyDelete
  13. Dear TP, mintak tolong panjang-panjangkan yang berikut:

    Patutkah Najib di beri Peluang

    'Najib memiliki apa yang tidak ada pada Abdullah, iaitu rekod peribadi yang buruk pada mata rakyat. Abdullah sebaliknya memiliki jolokan ‘Mr. Clean’ yang sebenarnya menderaukan darah rakyat bila kelemahannya terbongkar di puncak Putrajaya.

    Oleh yang demikian, tidak pelik jika Najib bertindak buruk pada rakyat tetapi amat pelik dan memukau jika Najib melakukan benda yang baik-baik. Itulah keuntungan Najib kerana imej yang berkarat'

    Meneliti komen sokongan Kickdefella, seperti petikan di atas membuat saya menilai kembali samaada Najib wajar diberi peluang. Najib Ada kelayakan sebagai pentadbir yang berkebolehan. CVnya begitu menarik. Di permulaan kerjayanya di dalam kabinet Malaysia, dia cemerlang. Kalau saya tidak silap, khidmatnya turut cemerlang sebagai Menteri Besar Pahang di awal kerjaya politiknya dulu. Dia layak membawa perubahan yang di sebut-sebut.

    Selain dari itu apa pilihan yang rakyat Malaysia ada? Merubah kerajaan? Secara logiknya saya berpendapat ini cuma akan berlaku sekiranya proses pendemokrasian Malaysia yang lebih baik berlaku. Kalau pun Pakatan mahu membawa perubahan, Pakatan kena menang pilihanraya. Sekurang-kurangnya 2 tahun lagi.Kenapa bazirkan masa tersebut. Baik kita gunakan untuk menangani krisis ekonomi yang sedang membungkam negara.

    Najib berpeluang mengubah ke arah Malaysia yang lebih baik sekiranya dia ada iltizam yang kuat. Dia mampu melakukannya sekiranya dia tidak terus bergayut kepada sokongan UMNO yang telah semakin reput. Najib seharusnya percaya bahawa dia akan mendapat sokongan rakyat sekiranya dia mampu membawa perubahan. Akan berbondong-bondong rakyat jelata menyokongnya sekiranya dia bertindak di luar kongkongan UMNO. Majoriti rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat akan menyokong Najib kalau Najib membuat perkara yang betul. Najib tidak perlu kekal dengan perjuangan UMNO yang memperjuangkan ketuanan UMNO bertopengkan ketuanan Melayu. Kedaulatan Rakyat yang perlu diperjuangkan Najib kalau dia mahu terus berkuasa.

    Kesempatan ini perlu digunakan sepenuhnya oleh Najib untuk merombak sistem dan institusi yang menjauhkan sokongan rakyat dari kerajaan selama ini. Suruhanjaya Pilihanraya, Polis DiRaja Malaysia, Institusi Kehakiman, Undang-undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Dasar Pendidikan, Dasar Bahasa, Penswastaan yang membebankan Rakyat, Kemudahan Pengangkutan Awam, Perumahan, Pemilikan Tanah dan lain-lain adalah senarai panjang yang merupakan peluang untuk Najib meraih sokongan.

    Saya yakin segala masalah berkaitan moral dan diri Najib yang mengisi baggage besar yang dibawanya ke Putrajaya akan dilupakan kalau benar perubahan di atas menjadi keutamaan pimpinan dan pentadbiran Najib. Di sana nanti rakyat Malaysia akan mempertahankan Najib dari cemuhan media antarabangsa. Malah, sekali pun kerajaan Monggolia membawa kes yang melibatkan Najib ke Mahkamah Antarabangsa, dan Najib kalah di sana, Najib tetap menang di hati rakyat.

    Cumanya secara jujur saya tertanya-tanya benarkah Najib mahu membawa perubahan untuk kekal berkuasa? Sehingga hari ini, setelah 9 hari menjadi Perdana Menteri, saya tidak melihat Najib mahu kekal berkuasa dengan cara begitu. Kempen pilihanraya BN yang Najib sebagai Perdana Menteri, di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak menunjukkan sebarang pertanda Najib berazam keluar dari celah kangkang UMNO. Barisan kabinet yang memualkan menunjukkan Najib masih mahu berpaut di UMNO yang sedang mereput. Lebih dari itu Najib seperti budak hingusan yang ketagih bau hapak ketiak Mahathir dalam menyenaraikan kabinetnya. Mahathir dulu telah ditolak rakyat. Semasa zaman Mahathir bermula gerakan reformasi yang menuntut perubahan yang sehingga hari ini masih terus menghantui kerjaan BN. Lihat betapa pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menolak Mahathir mentah-mentah.Ini di sebut pimpinan BN sendiri.

    'Mahathir rejoining UMNO and making a last minute appearance in Bukit Gantang and Bukit Selambau do not have any significant impact on voter’s support on BN'

    Kenapa perlu Najib bergantung kepada sokong yang membawa rebah.

    Untuk membuat perubahan, Najib mempunyai peluang yang besar. Semua jentera dan kemudahan bersama beliau. Keputusan untuk berubah atau tidak ada ditangannya. Najib ada masa yang cukup. Penilaian rakyat akan hanya berlaku tiga tahun lagi. Tetapi sekiranya Najib kekal tidak mahu berubah, tunggulah bila rakyat menggunakan kertas undi menyingkir Najib. Namun, saya lebih khuatir sekiranya rakyat tidak sanggup menunggu saat itu sebaliknya merentap Najib turun dari Putrajaya dengan cara yang lebih hina. Saya khuatir kerana kalau itu berlaku harganya ialah kesejahteraan negara tercinta ini.

    ReplyDelete
  14. kah kah kah....rindu nampak budak umno sorang ni.....woiiii..TP, orang umno rindu kat ko la...kah kah kah..marah2 sayang tu...

    ReplyDelete
  15. najib nak bawa perubahan?. mimpi apa?. najib cuma budak suruhan madey di pusat pentadbiran dan budak suruhan pada rosmah di rumah. no no, no way this guy would any changes. stop dreaming bro!!

    ReplyDelete
  16. antara blog you dan blog banjar, aku lebih suka baca blog you sebab blog you sempoi dan tak mengiklankan makanan dan minuman yg menguatkan tenaga sex. aku rasa kalau blog banjar tak buang iklan tu, aku akan boikot. Makanan dan minuman kononnya menguatkan tenaga sex, belum sahih akan terlepas dari kesan sampingan. Walaupun ia diasaskan dari herba atau tumbuhan. Bahan2 rangsangan dari tumbuhan tidak akan dapat aktif dengan sendirinya tanpa dibantu oleh faktor dari penggalak bahan kimia lain. Aku tengok blog banjar lagi bertambah2 tambah iklannya. macam tv3 suku pulak. Jadi secara individunya aku akan boikot sebab blog banjar lebih mengutamakan keuntungan dari hasil iklan benda2 yang memudaratkan.

    ReplyDelete
  17. PM tak mahu ahli kabinet yang lebih pintar dari dia. ahli kabinet PM satu perempat adalah bukan ahli parlimen dan ada yang kalah dalam pertandingan merebut kerusi AMT umno. ini kah ahli kabinet yang boleh mendampingi rakyat. saya ramalkan ahli kabinet baru akan dampingi projek projek untuk mengisi kantung kantung mereka. Akhir nya rakyat yang "puteh mata". tapi PRU13 akan menjadi penentu..RAKYAT SUDAH SEDAR DAN AKAN MEMBERI MANDAT & KUASA KEPADA PR UNTUK MENJADI KERAJAAN". Tuhan yang Mahakuasa Kabulkan lah Hajat Rakayat!!!

    ReplyDelete
  18. tu mesti suara orang mati pucuk@dahan...

    ReplyDelete
  19. Membebel takda duit, tak kerja tapi siap boleh pegi cuti lagi. Kuang kuang kuang.

    Hehehe Orang bodoh pemalas & penganggur dalam PAS bolehlah kau kencing. Harap makan duit bini saja.

    *podah*

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?