Sunday, April 26, 2009

Kak Pidah Dalam Majlis Tertinggi Gerombolan - malaysiakini

PETALING JAYA : Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz merupakan antara mereka yang dilantik menganggotai barisan Majlis Tertinggi (MT) kali ini. Ia diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Rafidah tewas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengulas lanjut mengenai rasional pelantikan kedua-dua pemimpin berkenaan Najib berkata, pelantikan mereka dilihat mampu untuk memberikan sumbangan kepada parti. "Mereka boleh buat sumbangan kepada parti, jadi kita ada kesinambungan dan kita ada pembaharuan," katanya.

TPU - hehehe... Madey sudah masuk daun... muakhakhakha... suami Najib tak bley buat ape-ape dah sekarang...

Madey dok rumah pakai remote sambung terus dekat kepala Isteri Rosmah... kah kah kah kah kah...!!!

Welcome Madey...!!!

10 comments:

  1. Perbezaan pemerintahan kerajaan PR dan Kerajaan BN dalam setahun ini.

    kerajaan BN

    pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya..

    Itu pun hak orang Melayu tergadai juga apabila tulisan Jawi di hapuskan dan digantikan dengan tulisan Rumi..

    Sedangkan kita sedia maklum melalui tulisan Jawi lah masyarakat Melayu pada masa tu celik kepada Al-Quran..

    Malah jika hal2 berkaitan Islam jika tercabar pun orang Melayu akan bangkit bersatu menentangnya

    Contoh: apabila perbicaraan Kes Natrah yang di bela oleh keluarga melayu dituntut ole keluarganya di England dan memohon mahkamah mengiystiharkan Natrah keluar dari Islam.. orang melayu masa tu bangkit menentang keputusan itu termasuklah Tuanku Abdul Rahman..

    Tetapi malangnya UMNO mengubah tulisan Jawi warisan Melayu ke tulisan rumi kepunyaan orang Rome yang di gunakan penjajah British. sedikit demi sedikit Orang Melayu semakin Buta kepada Al-Quran sehinggalah ke hari ini..
    Bukan British yang hapuskan tetapi UMNO!!

    Tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir UMNO berubah daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakan
    pada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai antaranya..

    Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan 30 peratus penguasaan ekonomi Bumiputra di selewengkan.. Dengan berbagai Projek dan tender kerajaan di berikan kepada Kroni pimpinan UMNO yang menyebabkan pencapaian hanya 18% sahaja yang dapat dicapai sehingga ke hari ini...

    Kekayaan negara yang tidak seimbang hanya tertumpu dikalangan Ahli politik dan saudara-mara Bn sahaja sehingga wujud jurang yang besar antara rakyat termiskin dan terkaya..
    Sehinggakan yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya..

    DEB jugalah punca di mana segala Projek yang dianugerahkan kepada pimpinan UMNO di Alibabakan sehingga projek yang sepatutnya diuruskan oleh bumiputra jatuh ketangan bangsa lain..Kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya .. Malah kita boleh melihat bagaimana Ketua pemuda bahagian atau cawangan UMNO boleh membina Banglo mewah.. walhal baru setahun memegang jawatan tersebut di sebabkan projek yang mereka terima sebagai imbuhan dan mengalibabakan projek tersebut untuk mendapatkan keuntunggan segara...

    Contoh: Bekas MB Selangor Khir Toyo
    Mempunyai sebuah banglo yang dalam pembinaan di Shah Alam bernilai Lebih kurang RM29 juta!!! Sedangkan jika dihitung Gaji beliau selama menjadi ahli politik sehinggalah menjadi MB memang tidak mampu memiliki rumah semewah ini...Jadi dimanakah beliau mendapat wang sebanyak ini.??


    Memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun belum mendapat kerja..

    walhal ini adalah hak2orang melayu yang terjamin dalam perlembagaan dan di dalam kontrak sosial pun adalah menjadi Tanggungjawab UMNO melalui MARA memberikan biasiswa Percuma!! .. kepada setiap pelajar yang berjaya ke Universiti...

    Memberikan tanah rizab Melayu kepada tokey2 yang banyak duit contoh di bukit bintang, menara Tan&Tan dan UniTAR kepunyaan MCA..
    Penjualan banyak tanah Rizab melayu ini berlaku di negeri Johor,Melaka,P.Pinang dan perak
    dan kebanyakkannya adalah kepada taukeh Cina dari Singapura..

    Dan sekarang ini apabila siap Wilayah Iskandar di Johor nanti sebanyak 70% saham di punyai oleh Singapura dan masa tu nanti bolehlah di gelar Singapura kecil di Johor..


    Dasar Kerajaan Mahathir ini diterukkan lagi dengan menjadi negara perindustrian apabila banyak kilang2 didirikan.. pada mulanya tokey2 kilang mengambil pekerja tempatan untuk berkerja tetapi untuk menjimatkan kos tokey2ini tadi mula mengambil pekerja asing dan akhirnya pekerja tempatan dipinggirkan..
    sehingga kini pekerja asing mencecah 3 juta orang di Malaysia..

    Dan akhirnya berlakulah gejala sosial yang parah dalam masyarakat apabila pekerja2 asing yang telah ramai ini mula tidak menghormati undang2 negara dan berlakulah jenayah yang semua sedia maklum..

    Dalam Zaman inilah UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana perpecahan dalaman dan rasuah, selepas inilah UMNO makin hilang arah perjuangan kepada rakyat yang mana daripada mengurangkan beban kepada menambah beban kepada rakyat dengan dasar2 yang semua sedia maklum...seperti kenaikan harga barang , harga minyak, cukai2 dan tingginya pengganguran dan kerosakkan akhlak di kalangan anak2 melayu...

    Hinggalah dalam PRU ke 13 apabila BN kalah di 5 nagari termasuk di wilayah K. Lumpur BN dilihat masih tiada Perubahan dan banyak janji2 dalam manifesto PRU ke 13 langsung tak tepati antara usaha BN tahun ini ialah:

    Mewujudkan JKKKP yang mana sepatutnya tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai JKKK sedia ada tetapi kerana hendak menjatuhkan kerajaan PR dan memecahbelahkan masyarakat maka ditubuhkanlah jawatankuasa itu.

    menaikan harga minyak sebanyak 70sen.

    menaikan harga Tol

    hanya mencari silap2 kerajaan PR sahaja walhal kerajaan BN mempunyai banyak masalah semasa berkuasa di 5 negeri.. kerajaan PR cuba tidak membalas tetapi UMNO makin teruk dengan tuduhan2 yang tak berasas langsung dan akhirnya kerana BN mencabar, kerajaan PR membongkar satu demi satu salahlaku pemimpin2 BN terdahulu termasuk khir toyo

    Hanya tahu memfitnah kerajaan negeri PR sahaja tiada usaha2 berbaik dgn kerajaan PR

    Merampas kerajaan Perak melalui ADUN lompat yang UMNOBN tuduh sebagai perasuah dan melantik MB sendiri walhal MB pakatan tidak pun Meletak Jawatan.

    Memainkan sentimen Agama , Raja dan kebangsaan selepas kekalahan untuk meraih simpati undi melayu yang mana kita tahu semasa UMNO memerintah perkara2 tersebut langsung tidak di ambil peduli''

    Membuat tuduhan berasaskan Fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak mahu bekerjasama diantara kerajaan negeri PR dan kerajaan Pusat untuk kepentingan Rakyat..

    Gagal mengatasi kemerosotan Ekonomi malaysia yang mana rakyat makin terbeban sedangkan bantuan melalui wang rakyat KWSP digunakan untuk Syarikat2 besar sahaja.

    Gagal menangani kenaikan harga barang sedangkan harga minyak pun sepatutnya turun75sen tetapi apabila di congak2 berapa kali harga minyak diturunkan hanya 50 sen sahaja yang turun manakala 25sen kekal sehingga ke hari ini ..
    Itu pun kerajaan mencanangkan kononnya harga minyak dah diturunkan.. boleh ke dikatakan harga minyak turun sedangkan masih ada baki 25sen yang tak turun lagi??

    Tiada tindakan berkesan dalam menghadapi Jenayah yang meningkat, pendakwaan rasuah pilih kasih dan gejala sosial yang semakin parah.

    Tidak berjaya mengawal kebanjiran warga asing di malaysia yang mana sekarang ini menjadi penyumbang utama kes2 jenayah di Malaysia.. Sekarang Negro pun dah banyak beb.. Malah kebanjiran ini menyekat peluang kerja untuk rakyat sendiri yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia..

    Gagal menangani gejala sosial yang makin meruncing dan merisaukan di kalangan anak2 muda,
    Malah mengalakkan lagi dengan penganjuran Konsert2, pertunjukkan hiburan, Pesta2an dan rancangan TV yang melalaikan dan tak bermoral.

    Supaya rakyat leka dan tidak tahu tentang perkembangan politik di negara ini. Supaya mudah bagi Bn memperbodohkan rakyat untuk mengekalkan kekuasaan mereka..

    Gagal melaksanakan perintah Allah dengan memartabatkan hukum Hudud sebagai perundangan tertinggi sedangkan kuasa mutlak terletak di tangan UMNO yang mengaku Islam, walaupun di beri kuasa memerintah negara sehingga ke hari ini..

    Dan gagal memberi kefaham yang baik tentang Islam kepada Bukan Islam sebaliknya menakut2kan bukan Islam di negara ini kepada Hukum dan amalan Islam itu sendiri..

    Pendek kata hampir tiada janji manifesto yang ditunaikan oleh BN walaupun janji cogankatanya iaitu SELAMAT,AMAN,MAKMUR yang berlaku sebaliknya ialah TAK SELAMAT,TAK AMAN DAN TAK MAKMUR makin corot lagi keadaan Malaysia hari ini dan inilah relitinya..
    -----------------------------------


    Kerajaan Pakatan Rakyat

    Walaupun baru setahun jagung memerintah telah berjaya mengurangkan beban Rakyat seperti:

    Mengurniakan 102 ribu lot tanah kepada kg tersusun yang 90% adalah berbangsa Melayu dan 47 ribu kepada kg baru yang 80% adalah bangsa cina..yang mereka ini adalah rakyat miskin di Perak tetapi dilaporkan di Utusan dan Berita harian tanah hanya diberi kepada bangsa cina saja ini satu penipuan dan Fitnah BN

    Memberikan hadiah bekalan air bersih percuma 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat. yang mana selama 50 tahun Bn memerintah perkara sekecil ini pun tak boleh dihadiahkan kepada rakyat..

    Memberikan bantuan RM2.7juta kepada sekolah S.Agama.Rakyat di Pulau Pinang dibawah PR,Juga bantuan RM 25 juta kepada SAR dan SRJK(C)di Selangor..

    Menganugerahkan Tanah kepada sekolah Melayu dan Cina di Perak Untuk mendidik Sekolah tersebut supaya tidak mengharapkan bantuan kepada kerajaan,
    sebaliknya mendidik mereka mengusahakan tanah tersebut dan bebas menggunakan hasil yang diperolehi sebagai sumber kewangan sekolah.. Dan menaik taraf sekolah Tamil Juga di negeri Perak

    Mewujudkan tabung simpanan kepada bayi baru lahir Yang mana apabila mencecah umur 18 tahun simpanan bayi tadi menjadi beribu ringgit dan berbagai tabung warga emas sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di bawah naungan Kerajaan PR

    Memberi wang bantuan kecemasan kepada setiap warga emas Selangor yang berdaftar dengan takaful Warga emas dan memberi bantuan RM1,500 apabila berlaku kematian dan baki RM1,000 kepada waris selepas pengebumian untuk menampung beban kos2 pengurusan jenazah..

    Memberi Ganjaran RM1000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti yang mana dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar untuk membeli berbagai keperluan Pembelajaran..

    Menaikkan elaun Guru Kafa Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang semua gurunya adalah orang Melayu yang selama di zaman BN memerintah tidak pernah dinaikkan..

    Memulangkan semula bantuan perkapita kepada sek agama rakyat yang sebelum ini ditarik diZaman Tun Mahathir dengan menaikkan lagi jumlah bantuan..

    memberi kebebasan kepada rakyat memilih AJK surau atau Masjid yang selama ini lantikan dilakukan oleh UMNO saja..

    Memberi kebebasan melantik Ketua kg mengikut kehendak rakyat sendiri tanpa campur tangan kerajaan

    Memakmurkan surau dan Masjid dengan Program2 Keagamaan yang semasa Zaman pemerintahan BN begitu Suram..

    Membaiki jalan raya contoh di Sg buluh dan Sabak Bernam tanpa perlu menunggu pilihanraya tiba..walhal jalan tersebut dah terlalu teruk dizaman BN memerintah lagi..Zaman BN dulu nak kena tunggu PRK atau PRU baru nak repair jalanraya tu..

    Mengiystiharkan harta Ahli Exco dan MB serta Adunnya yang mana sampai ke hari ini Tiada sorang pun pemimpin BN berani membuat pengiystiharan harta..

    Membuat Program Keislaman dengan solat di tempat2 awam supaya rakyat mencontohi dan mengikuti program bina Insan tersebut dengan dipimpin MB PR sendiri yang takkan pernah terjumpa dalam Pimpinan Umno..

    Menganjurkan Program2 dan bengkel kemahiran untuk belia2 yang ketinggalan dan tiada pekerjaan sebagai persediaan melahirkan pekerja berkualiti pada masa akan datang.
    seterusnya memberi sinar harapan kepada Belia2 yang ketinggalan ini untuk menjadi insan berguna..

    Mengiystiharkan Fasa kedua menunaikan janji manifesto PR setelah Fasa 1 telah berjaya dilakukan

    Mengaktifkan Lembaga Zakat dengan memberi bantuan kepada yang benar2 miskin... sehingga kini di Sabak Bernam hampir Tiap2 bulan adanya program2 bantuan Zakat diberikan..

    Jadi kesimpulannya anda sendirilah menilaikannya perbezaan antara kedua2 kerajaan tersebut Yang mana lebih mementingkan kebajikan dan mengurangkan BEBAN RAKYAT..

    fikirlah dengan hati yang ikhlas bukan mengikut emosi kepartian ataupun kekeliruan fikiran..

    Ubah Minda Selamatkan Malaysia..

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. TOPENG PERAK TLG POST KAN KAT BLOG KO
    ARTIKEL DI ATAS....BEST LA AKU BACA ARTIKEL TUUU....TLG YE??

    ReplyDelete
  3. Sejak najib ambilalih UMNO Selangor,timbul pulak spekulasi kerajaan PR Selangor akan ditumbangkan dan dirampas secara brutal.isu umno selangor ketandusan pemimpin berbakar itu masalah depa.

    Modus operandinya mudah dengan skrip ala-ala negeri Pasir Dua Butir.Tan Sri Khalid akan dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.Berkemungkinan besar akan didapati bersalah dan Selangor terpaksa mencari MB baru.

    Bila dah dapat calon MB,pemimpin PKR Selangor akan mengadap Sultan Selangor dan kali ini akan ditolak oleh Sultan Selangor yang mahukan calon PAS jadi MB Selangor.Dr Hassan Ali akan jadi calon PAS dan apabila PAS cadangkan beliau jadi MB Selangor yang baru,beberapa ADUN PKR akan protes kerana kerusi DUN PKR lebih daripada DUN PAS.Perbalahan akan jadi semakin hangat dan beberapa tok wakil PKR akan keluar parti dan menjadikan PR Selangor retak menanti belah.Ketika inilah akan berlaku PRK Penanti yang akan diadakan ketika Muktamar PAS berlangsung iaitu pada awal bulan Jun.Lebih memburukkan keadaan penyokong PAS akan memboikot PRK Penanti jika krisis politik di Selangor tak dapat diselesaikan dengan baik.
    Baru-baru ini beberapa pemimpin HINDRAf di Selangor telah menyertai MIC dan mereka akan menjadi bom jangka kepada kerajaan PR Selangor.Ezam dan GERAK akan diberikan peranan penting untuk menarik tok wakil PKR menyertai UMNO.Jika plan di atas gagal,tak mustahil ada tok wakil PR akan dikidnap.

    Tok jangkakan UMNO tak punya banyak masa kerana krisis rundingan air di Selangor telah menjejaskan imej UMNO.Ada sumber memberitahu,Mat Taib ada kepentingan dalam SYABAS dan atas faktor inilah beliau telah digugurkan sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.Ada sumber yang memberitahu tok Mat Taib sengaja tidak diberikan jawatan untuk memberikan beliau peranan penting dalam usaha merampas Selangor.Sedikit sebanyak dakwaan ini ada benarnya kerana mat taib mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Selangor yang juga merupakan bekas abang iparnya.

    Najib telah memberikan peranan penting kepada bekas pengikut Anwar termasuk Zahid Hamidi,Zambri,Hamdan Taha dan Ezam.Tujuannya adalah untuk menarik penyokong Anwar menyertai UMNO.

    Bahya sedang menunggu dan PR perlu berwaspada.Kita tak mahu kehilangan negeri Pasir dua butir berulang kembali di negeri Selangor.

    ReplyDelete
  4. Tok cadangkan diwujudkan bloggers network di Selangor,Pahang dan Perak yang akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada rakyat tentang kelemahan dasar kerajaan dan korupsi dan salahgunakuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

    Jika bloggers network Pahang dapat mecari kelemahan kerajaan negeri Pahang yang berembikan UMNO,najib terpaksa menjadi defensif dan tak ada masa nak menyerang dan merampas negeri PR yang lain.

    Tok nampak jugak kepentingan mewujudkan bloggers network di negeri sembilan,terengganu,melaka dan perlis kerana negeri-negeri ini berpotensi untuk dirampas PR.

    Kes mahkamah yang berlaku di negeri pasir dua buitr wajar diteruskan walaupun rakyat semakin meragui kredibiliti mahkamah.Di sinilah peranan kengkawan bloggers sangat penting iaitu mencari kelemahan kerajaan negeri menteri pasola dan biar imejnya menjadi buruk akibat kesilapan yang dilakukannya ketika jadi embi pasir dua butir.bila rakyat dah benci kat zambri tak susahlah PR memerintah kembali Pasir dua butir walaupun menteri pasola menjadi kesayangan raja.

    tok musykil kenapa menteri pasola adakan konsert jom heboh di kem TLDM lumut dan kenapa tak diadakan di stadium.takut rakyat boikot kot.takkan tak yakin dengan keselamatan sendiri sampai terpaksa diadakan di kem tentera laut.soal perbelanjaan pulak siapa yang menanggungnya.Kalau kementerian pertahanan yang diterajui zahid yang menanggung kosnya,nyata membazirkan wang rakyat.elok MP PR tanya perkara ni dalam parlimen.nak buat PRK membazir tapi adakan hiburan guna duit rakyat tak membazir pulak.

    ReplyDelete
  5. Beberapa Otai UMNO yang kalah dalam PAU telah dilantik najib menjadi MT UMNO tak lain tak bukan Opah Pidah dan Tok Rais.

    Seakan-akan mewarisi tradisi mantan piem, Dr Mahathir,calon yang kalah termasuk anaknya mukhriz telah dilantik jadi timbalan menteri.Kelantangan dr mahathir mengkritik seteru politiknya dipercayai akan mempercepatkan kejatuhan UMNO.

    Perlantikan Hisham,sepupu najib mengetuai UMNO Terengganu yang gah dengan perangai cah keting akan menghangatkan lagi iklim politik di negeri penyu bertelur.

    tak kena gaya terenggau akan ditawan oleh PAS kerana rakyatnya semakin meluat melihat panglima perang UMNO di sana bersengketa sesama sendiri merebut jawatan embi.

    sayugia diingatkan,tibalah masanya PR mengeratkan lagi kerjasama sesama rakan komponen dan jangan memandang rendah keupayaan ketua penerangan umno yang baru,ahmad maslan yang juga MP Pontian dan timbalan menteri di JPM.Program terbarunya tidur sebulan sekali di rumah peneroka FELDA bertujuan mendekatkan UMNO dengan rakyat.

    Apakah tindakan PR?Rakyat sedang memerhatikan dan menilai yang mana kaca ataupun intan.rakyat sekarang lebih bijak dan tidak mudah untuk menipu mereka.

    ReplyDelete
  6. Isu Agama Anak:
    UMNO IBARAT PARASIT YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM DIMALAYSIA.


    Inila Penghinaan UMNO untuk Islam sendiri.. Konsep ONE MALAYSIA sebenarnya lebih membawa malapetaka kepada umat MElayu ISlam itu sendiri..

    Sah dan terbuktilah bahawa UMNOlah sebenarnya menjadi kuda tunggangan Kaum kafir Harbi dari parti MCA,MIC dan Gerakan...

    Setelah kalah dalam beberapa pilihanraya kecil baru2 ini banyak tuntutan penghapusan hak orang melayu untuk memberi ruang pada bangsa asing nampaknya berjaya dilakukan UMNO...

    Bermulanya Konsep One Malaysia perkara pertama yang dilakukan ialah menghapuskan Kementerian Keusahawanan Dan Koperasi ( MECD )yang selama ini menjadi tali kepada usahawan2 melayu berpaut. Inilah hak melayu pertama di bawah One Malaysia dihapuskan...

    Kemudian 30% ekuiti dalam 27 jenis perkhidmatan pun dihapuskan malah mendapat pujian melambung dari MCA.. itupun Mca tak berpuas hati lagi malah mencadangkan supaya dihapuskan terus ekuiti tersebut didalam semua perkhidmatan awam.. memang nampak sungguh UMNOlah menjadi Barua dan Anjing Mca selama ini..

    Dan yang terbaru Isu anak memeluk Islam, memang menunjukkan UMNO memang akan mampus tak lama lagi kerana keputusan yang dibuat oleh kerajaan secara melulu tanpa mendapatkan pandangan dari Mufti amat mengejutkan.. Malah lebih memeranjatkan kerajaan mengunakan penasihat bukan Islam pula di dalam Isu ini...contoh Koh Tsu Kun dari Gerakan Dan S. Subramaniam pula dari Mic..

    Merasakan di tolak teruk pengundi Bukan Melayu maka Kerajaan membalasnya dengan menghapuskan beberapa Hak Orang Melayu semata2 nak menarik Undi bukan Melayu dan Ahli Umno yang Bangang pun mematuhinya tanpa melihat apakah yang akan berlaku terhadap masa depan orang melayu nanti..

    Itulah watak sebenar UMNO yang mempermainkan Islam .. Sebelum mendapat kuasa, bukan main Mufti di muliakan konon.. akhirnya apabila berkuasa para Mufti dicampak saja ke tepi barulah Dato Harussani nak melalak nak menyesal dah tak guna Dato UMNO memang begitu perangainya..

    Sebelum Prk Bukit Gantang bukan main lagi Dato Harussani di pergunakan .. apabila kalah sahaja PRK bkt Gantang bukan saja Dato Harussani di tolak nasihatnya malah melanggar Fatwa Mufti dengan mengadakan Jom Heboh di Lumut.. Dato Mufti terima lah pembalasan Allah Kerana Bersekongkol dengan puak2 Munafik sebelum Ini.

    Kalau sebelum ini Agenda IFC ditangguhkan oleh Pak Lah. Umat Islam haruslah berwaspada kerana kemungkinan di zaman Najib ini serangan IFC dijangka lebih hebat lagi akibat kelulusan kerajaan terhadap hal Agama Anak ini...

    Bukankah salah satu tuntutan IFC adalah berkenaan Agama Anak ? Nampaknya IFC telah berjaya dalam percubaan mereka yang pertama.. Malah direstui pula oleh kerajaan Najib One Malaysia...

    Itulah UMNO parasit yang menghancurkan Umat Islam Secara Api dalam sekam... Malah menjadi Guting dalam lipatan masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi.

    Wasalam

    Naruto Sensei

    ReplyDelete
  7. Artikel "Perbezaan Pemerintahan kerajaan PR dan BN Setahun Diatas" adalah Artikel Tulisan Saya telah disiarka dalam Blod PAS Banggi dan Guno gok wei....tapi kurang disebarkan mohon Artikel berkenaan Di siarkan Lebih meluas lagi.. Sekarang masa menyerang BN!!

    MOHON JUGA SIARKAN DAN SEBARKAN ARTIKEL BERKENAAN UMNO PARASIT YANG MEMBUNUH IALAM DI MALAYSIA..

    iNI SAJA YANG TERMAMPU SAYA BANTU KERAJAAN PR.. WASSALAM..

    ReplyDelete
  8. UMNO must change totally its "rusty image". Even its logo must change.Get rid of the useless "rusty keris" and replace with a symbol that reflects a real ONE MELAYU !! Our cultural, social, educational and political environment have changed drastically and UMNO must "overhaul" its vision and mission to face new challenges. Our needs and aspirations are now totally different from 50 years ago. We are now living in a very complex and sophisticated world and we must adjust accordingly. Our hopes and expectations are very high and we expect UMNO leaders to be more focus and transparent in carrying out their responsibilities. They must be seen at all times to have the highest integrity of the first order or else UMNO will failed miserably to get the respect due from the Malays.

    ReplyDelete
  9. Aku nak tanya puak2 UMNO ni, apa perasaan korang bila bukan anak tempatan atau anak negeri itu sendiri yg lead negeri, ala2 PATI gitu. Katalah, kampung korang sendiri, yg selama ini aman damai tiba2 dtg mat bangla jadi ketua kg korang. Kononnya sbb penduduk kg korang takde yg layak nak jadi ketua kg. He he he...korang tak hangin satu badan kerrrr..Mat Bangla woiiii jadi ketua kg korang....Mat Bangla tu...tak hangin kerrrr wehhh

    ReplyDelete
  10. kah! kah! kah!....
    sistem navigasi pintar.... tekan saja, ia ikut.
    dptkannya di kedai berhampiran.... eh! di "cawangan" berdekatan, dgn hanya bayaran 5-hengget saja.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?