Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.
Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.
DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik.
Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus di imbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.(tamat)
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
wahai sahabat sekalian,
ReplyDeletejangan lah kamu menghina bahasa melayu dengan menggunakan ayat-ayat yang agak kasar. kita semua cintakan negara kita, tetapi patut kita meludah ke langit. Tidak guna perarakan ppsmi jika kita sendiri memperbodohkan bahasa kita. kita boleh peribahasa atau kiasan untuk menyatakan sesuatu pendapat. Seharusnya kita mencontohi ahklak Nabi Muhammad s.a.w yang begitu mulia. Sekarang zaman teknologi, jika mereka terdapat bukti, awal-awal mereka letak di youtube dan polis untuk menangkap mereka yang bersalah. tetapi ini semua adalah fitnah. Jangan lah kita memcontohi mereka, jika terdapat sebarang bukti kita letak kan di youtube dan hebah kan dalam laman web ini.