Thursday, April 30, 2009

Lagi Pilihanraya Kecil: Seronok Ke..? - malaysiakini

Tukar Tiub taip -

Wakil Kota Alam Shah M Manoharan, yang sedang di tahan di Kamunting bercadang untuk melepaskan jawatan kerana dia tidak dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat..

Ketika ini sang isteri S Puspaneela telah menjalankan tugas untuk menjaga kawasan. Ini telah membeban kan sang isteri...

Maka kemungkinan akan berlaku 1 lagi Pilihanraya Kecil dan kali ni di Selangor pulak...

Seronok ke macam ni?

Aku rasa lagi seronok kalau kita usul dekat Najib supaya bubarkan Parlimen cepat-cepat. aku dah muak. ni kerusi sape pulak ni? selekeh betul la macam ni...

Ngoookkk...!!!

22 comments:

  1. PRK saje..BOSAN BOSAN aku dah BOSAN!!!

    Bubarkan parlimen dgn SEGERA!!!!

    @#$%%*&^%$#@ pening pala otak

    ReplyDelete
  2. ni berita sahih ke?

    sapa yg xtahu calon yg bertanding dlm dlm tahanan, dan menang,.

    ReplyDelete
  3. ada alasan x berkhidmat.. dok makan saja katkamunting..
    makan free

    yg pengundi lagi bangang.. org tak ada pun dia pangkah

    ReplyDelete
  4. salam..
    nak bubar ape benda..
    tak yah pilihanraya pn ok..
    bagi saja pada UMNO..

    ReplyDelete
  5. yang buat hal PKR, yang masuk lokap PKR,yang ngok pun penyokong PKR... yang depa p pangkoh calon dalam tahanan sebab hindraf tu watpe?p la pangkoh calon pas.ngok tol penyokong PKR ni.

    ReplyDelete
  6. Thursday, April 30, 2009
    madu yang dibuang,sebelum habis sepahnya......

    aku terpanggil untuk menulis kisah ini.lambang persaudaraan dan persahabatan aku pada seorang sahabat bloggers.Jumaat lepas,heboh di akhbar akhbar utama,kisah seorang pengendali blog "pahangdaily"disaman sebanyak RM 2 juta atas tuduhan fitnah.Saman ini telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.Mangsa kononnya yang diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

    Pada jumaat lepas,aku ada menghubungi rakan rakan bloggers yang lain,apakah bantuan yang perlu diberikan kepada bloggers berkenaan "cucu mat kilau".Sayang seribu kali sayang,rupanya sahabat bloggers yang lain cuma ada kesedaran berpolitik.Tiada kesedaran sosial sama sekali.

    Begitu juga sikap para pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain.terutamanya DSAI sendiri.Seorang bloggers yang membersihkan nama DSAI dilayan seperti seorang pelacur tua yang tidak mahu dibantu sama sekali.

    Kemana perginya peguam peguam PKR didalam membantu "cucumatkilau".Adakah hati saiful izham,latifah koya,shamsul iskandar telah dibutakan dengan sedikit kemenangan.Dimana sikap kemanusiaan DSAI dalam membantu "cucu mat kilau".

    Perbualan telefon aku bersama "cucu mat kilau"sebentar tadi menjelaskan segalanya.memang sah tiada bantuan,sama ada sokongan moral,bantuan nasihat guaman tidak ada langsung.

    Beginikah sikap seorang peminpin yang langsung memperdulikan nasib seorang yang membela maruah DSAI sendiri.

    Begitu juga sikap para sahabat bloggers yang lain.Sehingga posting ini ditulis,tiada sokongan dari sahabat bloggers sama sekali.

    buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

    sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamouryang lain.

    Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

    Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.

    Ayuh,buka minda,buka mata hati...seorang rakan kita "cucumatkilau"perlukan kita semua dikala ini.Beliau bukan meminta wang ringgit,sebagai pejuang seperti beliau.Pamerkan no akaun di laman blog bukan pilihan.Beliau cuma perlukan sokongan moral.

    berkenaan bantuan guaman,biarlah DSAI dan pakatan rakyat uruskan.

    ReplyDelete
  7. anon 3:41,
    itu ngok anwar punya pasal, sapa suruh dia calonkan hindraf tu dulu. tu la xpkir panjang!!!

    ReplyDelete
  8. kotak14, simpati betul dgn cucumat kilau..insyallah aku akan bantu setakat mampu.

    ReplyDelete
  9. bkn dia calon DAP ker?

    ReplyDelete
  10. Dia ahli DAP tapi jadi calon atas nama PKR kut

    ReplyDelete
  11. calon DAP ker? maap aku salah ngokkan anwar. ngok DAP!!! pilih calon xpk abis2

    ReplyDelete
  12. aku pun dh terngok sekali :(

    ReplyDelete
  13. ADUN DAP ditahan ISA pula letak jawatan?

    PETALING JAYA: Kemungkinan negara perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ketujuh?

    Kemungkinan ini mula 'terbayang' ekoran desas-desus bahawa ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan yang ditahan di Kamunting akan melepaskan kedudukannya.

    Bagaimanapun sama ada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA, hanya akan diketahui Sabtu ini.

    "Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini," kata isterinya," S. Puspaleela ketika dihubungi sebentar tadi.

    Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

    Sementara itu Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi turut mengesahkan mengetahui mengenai khabar angin tersebut.

    "Ya kita juga ada mendengar khabar angin tersebut, tapi saya tak dapat pastikan mengenai kebenarannya," katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

    ReplyDelete
  14. Wakil Rayat pun kena tangkap Isa..Wakil rakyat pun kena halau balik bila nak gi lawat Serawak...Kalau lagu ni punya standard...Maka rakyat biasa lagi lah kena ganyang...Malang sungguh Malaysiaku...
    The jungle Law is coming..??

    ReplyDelete
  15. mengong la korang ni, tak ada kesedaran sosial langsung.pooodah la.

    ReplyDelete
  16. Apa yang di luahkan oleh kotak 14 jangan di abaikan...jatuhnya beberapa negeri dan hilang kepercayaan pada jenerasi baru pada parti karat di sebabkan hasil usaha yang ikhlas tanpa sebarang upah untuk menegakkan keadilan dibumi Malaysia sehingga puak Barisan Nasional begitu tertekan yang amat dengan adanya khidmat para blogger's ni..banyak budi yang di tabur didalam kemenangan pakatan rakyat setakat ni, tak boleh dinafikan...terkadang sampai meninggalkan anak bini di rumah. Mencari rezeki di tinggalkan sementara demi, untuk kemenangan pihak pakatan rakyat..dan juga diharap di antara bloggers, kembali pada nawaitu..mana ada yang tersesat atau terkandas di jalanan yang berliku-liku ini.

    ReplyDelete
  17. BN GADAI NEGARA DEMI KESEJAHTERAAN SINGAPURA..

    UMNO memerintah 51 tahun ..
    Ahli MelayuUMNO ni dah nyanyuk ye... kesianye Ahli MelayuUMNO nih.. MelayuUMNO cuba anda perhati betul2 Siapakah yang menjadikan Pulau Singapura bukan milik Melayu lagi???

    Cuba Ahli MelayuUMNO tanya kat Muhyiddin Yassin berapa banyak tanah kat sekitar Larkin, Kg Melayu Majidee dan banyak lah kawasan kat Johor tu dia jual kat Tokey2 singapura..

    Cuba Ahli MelayuUMNO tanya bekas PM Pak Lah berapa banyak saham dan tanah orang Singapura bila Wilayah Iskandar Siap nanti?? Khabarnya saham Singapura sampai 70%.. Jadi negeri Singapura Kecil nanti

    Cuba tanya Chet Det yang dia sibuk sangat Jambatan Bengkok untuk Singapura tu pasal apa?? Sedangkan di Semenanjung,Sabah dan Sarawak banyak kawasan yang memerlukan Jambatan kenapa Singapura yang Chet Det sibuk sangat???...

    Cuba Ahli MelayuUMNO tanya kat menteri Air BN sendiri kenapa jual 3sen je air segelen kat Singapura..?

    Dan kenapa pulak Izinkan produk berasakan air Singapura yang harganya 10kali ganda air yang kita jual kat dia boleh masuk semula dalam pasaran kita..?

    Kenapa rakyat Malaysia sendiri bayar lebih mahal untuk bekalan air bersih daripada rakyat Singapura ?

    Cuba Ahli MelayuUMNO tanya kat Rais Yatim berapa dia harga dia jual Pulau Batu Putih kat Singapura jugak Senang betul kalah ada apa2 ke???..Singapura dah tak hormat Malaysia dah lepas ni sebab benda yang hak sendiri pun boleh jatuh ke tangan Singapura..

    Cuba Pulak Ahli MelayuUMNO tanya Bekas MB perak tajol Rosli berapa Banyak atau ribu ekar tanah dia dok bagi kat YTL dan Syarikat gergasi lain ,dan berapa pulak buah pulau dia bagi kat tokey cina Orang Singapura jugak...???

    Tanya pulak Khairy berapa banyak pulak saham Pantai holding dia jual kat Singapura ..Singapura lagi???

    Tanya Pulak Bekas Menteri Pelancongan Dato Azalina berapa banyak dia jual Iklan Singapura kat Malaysia ni dan apa yang menarik sangat kat Singapura tu sampai Malaysia terhegeh2 nak Promosi bekas Tanahnya sendiri...Sigapura lah..

    Dan kita dibodohkan Selama 50 tahun perintah memang lah dia tak jual semua sekaligus.. Kerajaan BN dan konco2nya jual sedikit demi sedikit sehingga kita tak perasan tanah Johor beratus ribu ekar kepunyaan Singapura, Tanah di Perak banyak dijual kepada tokey cina Singapura, Air yang kita punya pun boleh jual 3 sen segelen kat singapura bagus2, saham pantai pun jual kat Singapura..

    Belum cerita Pasal Genting Highlands Lagi, Cameron Highlands lagi, Bukit Tinggi lagi dan Tanah2 di Pulau2 di Pantai timur Terengganu,Pahang dan Johor pun banyak yang dijual ke bangsa Asing..

    Tapi yang pelik kan kebanyakkan nya di jual ke Singapura...Maka jika lagi 50 tahun lagi Kerajaan BN memerintah tak hairanlah Kalau Johor, Melaka, perak akan menjadi negeri Singapura jugak bukan ke Singapura tu sekutu Yahudi Israel?? Kenapa UMNO beriya2 suka sangat ambik berat kat Singapura ni apasal??..Sekutu Singapura dan Israel dalam diam ke??

    Ahli MelayuUMNO jangan Anda masa tu baru nak cakap... kenapalah aku tak sedar dari dulu lagi nih habis Tanah Air ku tergadai.....

    Hem alahai MelayuUMNO...layu jadinya..

    From: Naruto Sensei

    ReplyDelete
  18. Apa yang hangpa dok minta suruh bubar parlimen...? Jom pakat minta suruh bubar kem Kemunting.

    ReplyDelete
  19. rajalela said...

    Apa yang hangpa dok minta suruh bubar parlimen...? Jom pakat minta suruh bubar kem Kemunting.


    DUDE SAID :

    ya betullll..bubar parlimen watpa..kita tunggu PRU-13 ja...ni..kasi bubar dan hapus trus kem Kamunting..bukan nak kaji2..nak kaji2 balik pondok laaa...ngaji skali..baru terbukak hati..kah kah kah kah

    ReplyDelete
  20. politik di malaysia sungguh hebat...

    melayu yg tergadai maruah, bangsa & negara..

    mungkin??????????????????????????
    ?????????????????????????????????
    ?????????????????????????????????

    DI MANA KEJUJURAN?? banjaq30//

    ReplyDelete
  21. kalau mano letak jawatan gerenti lepas tu dia akan dibebaskan dari kemunting... jeng... jeng... jeng

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?