Tuesday, April 14, 2009

“Lepas Ni, Kalau Ada Kedai Judi Baru Bukak, Pergilah Baca Doa Selamat”

Ni saya nak cerita ni pasal ada seorang blogger ni. Dulu bukan main kuat dia sokong Pakatan Rakyat. Tapi semenjak Rocky Bru dengan Noraina Samad anjurkan perjumpaan dia dengan Dato Zahid Hamidi di Jabatan Perdana Menteri, sekarang ni dia dah berubah jadi penyokong belah sana pulak.

Saya tak nak dedahkan identiti dia buat masa ini, tapi tak taulah kalau dia melampau sangat mengkritik PAS dengan kritikan-kritikan yang tidak berasas, saya akan dedahkan.

Semasa berjumpa dengan Zahid Hamidi tu, habis semua pegawai kerajaan dibawa berjumpa dengan blogger ni. Kononnya Islam dalam bahaya. Dan contoh yang paling besar yang dibawa oleh Zahid dan juak-juaknya adalah penggunaan nama Allah oleh golongan Kristian.

Saya cabar blogger ni, cuba bawak satu fatwa dari Al Azhar mengharamkan penggunaan nama Allah SWT oleh kaum Kristian. Kristian koptik d (dibaca ”Church of Alexandria”) telah menggunakan kalimah Allah dalam segenap upacara keagamaan mereka termasuk dalam majlis peribadatan mereka sejak beratus-ratus tahun dahulu. Dan Universiti Al Azhar tak bising pun. Yang bising hanyalah puak2 UMNO dan juak2 Zahid Hamidi serta beberapa blogger yang menjadi alat UMNO sekarang ini.

Saya hairan, mengapa pihak Jabatan Perdana Menteri dan Zahid Hamidi tak naikkan permasalahan judi dan arak di Malaysia. Mengapa kerajaan Hadhari UMNO ini masih lagi memngeluarkan lesen judi dan arak. Saya pun hairan mengapa blogger seperti Nuraina Samad dan Rocky Bru ni ”bengong” sangat tak dapat memikirkan benda mudah ni?
Saya pun tulislah artikel bertajuk ” Antara "Islam-DAP" PAS Dengan "Islam-Tokeh Judi" UMNO" dan suruh dia baca.

Dia pun baca dan terus tulis artikel dlm blog dia. Saya baca la artikel dia tu. Bukan main dia kutuk Kerabat Diraja Negeri Sembilan dan dia sampai kata nasib baik N9 tak dapat Yamtuan yang menjadi tokeh Arak (pasal Tunku Naqiyuddin adalah Director Calrsberg).

Tapi, takda pun dia sebut pasal Najib Tun Razak baru lulus 10 lesen judi. Takda pulak dia sebut yang segala lesen judi dan arak dalam Malaysia ni adalah melalui kelulusan UMNO dan BN.
Takda pulak dia sebut yang UMNO menjadi kawan utama kepada tokeh2 judi dan arak ni. Kalau tidak, mengapa boleh ada 3 orang melayu yang boleh duduk dalam ”Board of Directors” Calrsberg. Sudah tentu 3 ”ekor beruk” ni sudah mendapat restu dari UMNO?

Blogger ni pun mengamuk sakan la kat saya. Macam-macam la dia kata kat saya ni. Saya cuma bertanya kenapa part Najib lulus 10 lesen judi extra tu dia tak sebut. Kenapa nak marah?

Dia pun nak tunjuk la yang dia ni Islamik dengan membesarkan isu director Calrberg ni ada orang Islam tapi benda lain yang menjadi sebab terjadi perkara ni dia tak sebut. Pasal Najib lulus lesen judi ni langsung dia tak sentuh.

Dia cuba mencabar kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk menutup kilang arak dan kedai judi di Selangor.

Saya cakap, proses pengurangan judi dan arak di Selangor sedang berjalan dengan lancar. Kita tak boleh haram judi dan arak secara total kerana Selangor 52% bukan Islam. Kita boleh haram kepada orang Islam sahaja.

Undang-undag sudah ada tapi UMNO tidak mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut. Fasa pertama adalah menguatkuasakan undang-undang yand sedia ada.
Tak macam UMNO yang jelas telah menambah lesen judi di Malaysia yang menjadi sokongan blogger tersebut.

Kalau Ada Kedai Judi Baru Bukak, Pergi lah Baca Doa Selamat


Akhir sekali, saya kata, kalau dia dah kemaruk sangat nak sokong UMNO balik, bila ada premis judi tambahan yang akan dibuka ekoran dari kelulusan Najib Tun Razak ni, bolehlah dia pergi baca doa selamat.

Janganlah guna alasan untuk bersatu dan merapatkan saf umat Islam semata-mata kerana mahu menunjjukan seolah-olah tindakan menyokong UMNO itu benar.
Terimalah hakikat sesungguhnya menyokong UMNO dan bersatu dengan UMNO adalah menyokong tokeh-tokeh judi dan arak. Itu sahaja yang perlu anda terima.

Masalah Bila Nak Berjuang Islam Tapi Takda Ilmu


Blogger ni dia letak gambar dia pakai kopiah dlm blog dia. Konon nak tunjuk dia pun kuat Islam.

Hakikatnya apa tindakan yang beliau sedang lakukan sekarang ini merugikan Islam dan menguntungkan tokeh judi dan arak.

Dia sebuk nak canangkan perpaduan Islam konon, tapi takkan PAS nak bersatu dengan balachi tokeh2 judi dan arak mcm UMNO?

Seburuk-buruk DAP pun, diorang tak pernah menyokong judi ni. Saya masih ingat antara yang lantang menentang judi di Parlimen adalah ahli-ahli Parlimen dari DAP sehingga ada yang dihalau dari dewan.

Malahan, Mao Tze Tung mengharamkan kasino dari dibina di mana-mana tempat di China. Tapi UMNO dengan bangganya menyokong dan mengalakkan judi dan arak di Malaysia.
Lagi sekali saya nasihatkan blogger ni, lain kali bila ada kedai judi baru yang hendak dibuka, pergilah baca doa selamat. Dia pun tinggal kat Bandar Tun Razak di bawah penguasaan DBKL/UMNO. Ertinya kelulusan baru Najib Tun Razak tu akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan kemungkinan Bandar Tun Razak akan mendapat premis-premis judi yang baru.

Eloklah kalau blogger tersebut buat tahlil dan doa selamat merayakan 10 lesen judi lulusan Najib Tun Razak tersebut.

-Malaysia Waves

53 comments:

  1. salam,ha ha dalam PAS dia sokong Dr. harun din aje cuba cari dalam blog dia ha ha, bloggers ni mengaku jawi peranakan dan pergi kongres "melayu" di bnagsar bersama Ibrahim ali dan yb nasaruddin alkataki

    ReplyDelete
  2. bro,jalan petaling byk DVD porno baik punya, amacam bila nak gi sama.

    ReplyDelete
  3. sapa tu,,,, sang kelambai yg ada belalai yg mencari lembah kerr? hah hah hah....

    ReplyDelete
  4. alahai..bagitau ja nama..ni bukan urtv..bagitaujaa

    ReplyDelete
  5. datin seri altantuya sharibuuApril 14, 2009 at 7:57 PM

    bro topeng perak..
    sapa dia??
    saya org bandar tun razak jugak.

    ReplyDelete
  6. MAHAGURU58 la org nya..
    mahaguru58.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Fuyoo!!!
    Mahaguru tu lagi hebat dari tok guru. Tak tau lah level dia tahap mana eh!
    Kalo ikut bahasa yg gunakan perkataan tu yg satu je...
    Ramai tak anak muridnya...
    Atau dia setaraf apa org sebut tu?
    Mahazalim?

    hahahaha....

    biarkan luncai dgn labu2nya...

    ReplyDelete
  8. jutaan terima kasih atas pededahan saperti itu, yang dilaknat Allah wajib di tentang insyallah kita akan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  9. As'kum.,apa nak heran juak juak ni bukannya faham Islam sangat,klu faham pun juak juak samdol ni buat tak faham.Klu juak juak ni benar2faham pun..,mrk akan putar belit hukum agama agar mengikut kehendak mrk.ULAM mamak2 yg ada dlm juak2 pun sembang sj pandai..,kena pam sikit,hadis lebai dgn serban bertabur.....Lagi pun hukum dlm Islam Hadhari dibolehkan buat benda2 haram jadah tu semua.Tapi Islam yg Rasullulah.s.a.w bawa terang2 tak boleh.Kalau tv kat rumah harga dua tiga ringgit.,dah lama aku terajang muka juak2 ni bila keluar kat tv,tambah2 ulammamak2 mrk yg kuat menjilat..,klu dalam forum perdana..,asyik2 bab mandi hadas,posa,zakat yg jadi tajuk..,bab2 lain tak berani sentuh..,pegi MAMPUS lagi baiklah juak2 BE ENDDDDDDDDD...............

    ReplyDelete
  10. porno pejadah nih..buduh betul manz..

    xde benda len nak cakap??

    ReplyDelete
  11. Nampaknya kian lama,kian nak lingkup dah..elok lah...biar dia lingkup jahanam hancur berkecaaiii,nanti lita suruh TG tolong baca talkin........amin

    ReplyDelete
  12. kelakar ah si dier tu...

    tapi sian gak kat die...
    TP tolong ah bimbing die...

    ReplyDelete
  13. salam tuan punye blog,

    komen ckit. b4 that saya bukan orang UMNO dan bukan juga orang pas, jauh sekali DAP. Berikutan penggunaan nama Allah oleh orang bukan islam yang dicanang oleh Zahid Hamidi. My komen, pada pandangan saya, Zahid Hamidi melihat penggunaan nama Allah oleh orang bukan islam dari perspektif yang berbeza dari tuan. Tuan begitu bersungguh-sungguh menegakkan yang perkataan Allah boleh digunakan oleh orang bukan islam.

    Bukanlah nak kata yang pendapat tuan itu benar tapi tuan melihat dari perspektif yang berbeza.

    Berkenaan isu arak, ye betul UMNO meluluskan lesen arak. Tapi barang diingat, dengan masyarakat majmuk yang kita ada sekarang, kelulusan lesen arak wajib diluluskan bagi untuk masyarakat bukan islam. Soal undang-undang, saya bersetuju dengan tuan, yang UMNO mmg kurang menitikberatkan penguatkuasaan peminum arak dikalangan umat islam.

    Sebagai blogger yang matang, saya harap tuan dapat mengurangkan perkataan seperti "bengong" dan kata-kata yang sewaktu dengannya. Tak elok sangat bunyi pastu terus lak tuju kepada blogger-blogger tertentu. Imej ini dikuatiri mencerminkan parti islam sinonim dengan maki hamun seperti yang dimomok oleh akhbar-akhbar UMNO di dalam ceramah PAS.

    Wallauhua'lam

    ReplyDelete
  14. Tuan BESAQ dan tuan kecik..masalah arak dan judi mcm jugak dengan rokok..klu keraJaan tak mau org isap rokok.,jag lah dok tanam tembakau...,petani peladang lain bleh idup jugak..walaupun tak tanam tembakau..,jangan cipta alasan.klu nak hapuskan buat betoi2...Andai kamu membantu agama KU..,nescaya AKU bantu dan permudahkan urusan mu..,ALLAH yg kataaaaaa.....

    ReplyDelete
  15. to anonymous di atas...

    "berkenaan isu arak, kelulusan lesen arak WAJIB diluluskan?.. " betul ke wajib hukumnya?.. kenapa tk makhruh atau harus... btw.. kalau anda rajin, sila dowload laporan prestasi syarikat calsberg di carlsberg.com.my..

    "Carlsberg Malaysia is the Official Partner of the Olympic Council of Malaysia since 1994. Its partnership via the establishment “OCM-Carlsberg Athletes Retirement Scheme” provides a Life Insurance Policy
    for athletes who win gold medals at the Asian and Commonwealth Games and any medal at the Olympic games, for example Dato’ Lee Chong Wei, Dato’Nicol David and R. Muniandy. To date,57 athletes are benefitting from the retirement scheme, with a total value of
    RM 2,010,000.

    Carlsberg Malaysia is also a Charter Member of the Sports Excel, Foundation of Malaysian Sporting Excellence. This Sports Excel Foundation supports the
    development of sports amongst the young.

    ReplyDelete
  16. Islam hadhari klu,yg haram bleh jd wajib..wayang wayang wayang wayang wayang...........waaaayaaaanngggggggg... tak abih abih lagi juak2..BE END nih.sampai kemampuih dok macam tu lah...pusing sana pusing sini.,klentong sana klentong sini..,putaq sana putaq sini..,cong sana cong sini..last2 depa jugak betoi...jahanam.,jahanam.,jahanam.,jahanam.,jahanam.,jahanam.,jahanam..lah cepat umno ooooiiiiiiiii.

    ReplyDelete
  17. Tok Guru Nik Aziz tu berapa tinggi ilmu dia dalam agama Islam... ada jugak yg rasa lagi terer. Kita ni belajar takat mana yang kita rasa terer sangat dah?

    apa nak heran, yg Allah sabda dalam Quran pun dia kata tak boleh laksana, tak relevan, tak sesuai dan macam2 lagi. bkn takat tok guru tak reti, Allah pun tak reti jugak la gamaknye. diorang ni la yg maha terer.... aku mmg no komen la puak2 ni.. kalau kita explain step by step pun takleh jugak.. aku dah cuba dah dgn member2 aku.. mmg otak dia Allah bagi takat tu je.

    Allah pun maha memilih siapa yang dia nak beri hidayah.

    ReplyDelete
  18. UMNO sebenarnya tak pernah perjjuangkan ISLAM tulen tetapi mengagung-agungkan kegemilangan Melayu Tulen kononnya ciptaan nenek moyang mereka!!!
    Nauzubillah!!

    -www.seepot.blogspot.com-

    ReplyDelete
  19. Salam.

    Apa yang nak dihairankan.

    Islam ibarat pakaian. Pakai bila perlu sahaja.

    Dalam Islam berpecah belah dan berstatus2 pula. Ada yang alim dan wara', ada yang berasa lebih Islam.

    Kadang2 pendapat diberi mengikut keadaan yang memihak kepada diri.

    Bila boleh baca doa sikit, terasa alim dan wara' dan lebih Islam. Mulalah tengok orang lain "semacam" sahaja dan lihat orang "kurang Islam".

    Inilah hakikat hidup di dalam suasana Islam. Masing2 terasa lebih Islam dari orang lain.

    ReplyDelete
  20. jgn camtu mengutuk org, lesen judi dan arak tu untuk org bukan islam, kawan2 korang gak. lupa ke kamu semua kawan baik dengan DAP dan PKR. Nanti derang bising lak tak dapat minum .. yammmmsenngggggg! lagipun kerajaan kasik lesen pun tapi haramkan org melayu@islam dari beli. Jadi fikir2 lah sendiri kan. Kalau kamu semua jumpa 20000000 kedai judi pun, kalau iman tebal di hati, kamu takkan beli kan? Tapi kalau dah memang kaki judi dan arak, jumpa 1 je kedai judi atau arak, tetap korang beli.

    Tak payah lah nak salahkan kerajaan, macam mana pendapat anda kalau internet kita block semua laman luar, biar malaysia nyer laman je kita leh layar, maklumla, laman luar byk pasal sex, judi, ganaz dan lain2. Amacam, nak? Jadi ALLAH kasik kita akal fikiran, GUNAKANLAH!

    ReplyDelete
  21. cut and paste ye bang..April 15, 2009 at 7:19 AM

    artikel ini bukan tuan punya blog yang tulis..

    dia cut and paste je..

    sebab tu dia tak leh nak jawap segala comment pembaca :D

    p/s . nak tanya tuan punya blog, ada mintak kebenaran ke dari original artikel owner sebelum paste ke blog ini..

    ReplyDelete
  22. rendahnya iman, baru kena syarahan pendek dah boleh 'turn over'.

    matbodo.

    ReplyDelete
  23. Salam pada blogger TopengPerak,
    nampaknya ada juga blogger yg U Turn sebab kertas yg ada gambar Agong tu.
    Pada anda saya ucapkan selamat berjuang atas platform Islam, semoga segala cubaan memburuk2kan akan lebih menguatkan semangat anda. Saya lihat anda tahu banyak fakta2 yg membuatkan mereka tergigit lidah....

    ReplyDelete
  24. Salam. Bab sokong umno yang munafik dan bersetongkol ngn maksiat tu aku memang xsetuju. CUma larangan penggunaan nama Allah untuk penganut kristian tu aku setuju sebabnya untuk mengelakkan nama Allah tu disekutukan dengan makhluk lain. Kita kena jaga kesucian nama Allah. Apa bezanya membenarkan penggunaan Allah oleh penganut kristian(untuk kerja2 syirik), dengan penggunaan nama Allah dibaju kemudian masuk dalam tandas dengan selamba? Dua2 perkara tu dilarang atas sebab nak menjaga nama suci Allah swt. Wallahualam.

    ReplyDelete
  25. Bab nama Allah tu aku sokong apa yg Tuan Guru Nik Aziz cakap, aku percaya sebab ilmu dia laaaaaagi tinggi dari ilmu aku dalam bab agama ni...

    aku rasa kat Malaysia ni, kebimbangan hanyalah pada anak2 muda yg mungkin terkeliru bila nampak nama Allah dalam penulisan Kristian ke contohnya, diorang akan ingat tu penulisan Islam. itu saja.

    bab lesen judi dan arak tu, mmg utk bukan Islam, tapi setahu aku agama mana pun haramkan umat dia minum arak.. DAP pun tak suka, cuma disebabkan ada permintaan semua, benda ni kena buat pelan2 lah. kenyataan bro kat atas tu pasal iman tebal takkan minum takleh pakai la bro. nak harapkan iman, habislah anak2 kita bro.

    ReplyDelete
  26. Salam

    Tergerak hati saya ingin beri komen dan teguran terhadap ulasan pakar2 agama dari kumpulan yang baru mengenal alih baa .... dalam muqadam ni... kerana kamu melihat orang lain semuanya rendah ilmunya dan hanya kamu sahaja yang bijak dalam segala segi...

    Kalian tidak tahu setiap insane mempunyai perbezaan pendapat dan kita harus menghormati pandangan masing2.. bukannya mengutuk dan maki hamun kalau pandangan itu tak sama dengan kita


    Topeng Perak Said:

    Saya cakap, proses pengurangan judi dan arak di Selangor sedang berjalan dengan lancar. Kita tak boleh haram judi dan arak secara total kerana Selangor 52% bukan Islam. Kita boleh haram kepada orang Islam sahaja.

    Tungaklangit Reply:

    Itulah kedangkalan otak seseorang terserlah melihat dari penulisannya.. sdr TP sendiri mengakui sukar untuk haramkan judi dan arak di Malaysia ini kerana masyarakat berbilang kaum.. tapi kenapa masih memaki hamun kerajaan yang bukan kesukaan di hati..UMNO dalam hal ini.. kalau TP menggunakan kaedah berfikiran secara terbuka dan sederhana.. Insyallah sdr TP tak jadi kaki maki hamun dan redha ats apa yg berlaku.. di Kelantan tak ada judi dan arak ke? Bagaimana di Selangor, perak (suatu masa dahulu), kedah dan negeri khalifah umar abd aziz al penang...? kenapa tak kutuk.. sebab mereka adalah kawan kita.. kawan kita buat taka apa.. ada ayat suci yg membolehkannya.. macam berkawan dengan org bukan Islam dan memilih calon bukan Islam lah.. dulu haram tapi di Bkt Selambau boleh siap ayat quraan lagi oleh haji hadi.. inilah kalau dah rasa terlalu pandai dari orang lain..



    Topeng Perak Said:

    Blogger ni dia letak gambar dia pakai kopiah dlm blog dia. Konon nak tunjuk dia pun kuat Islam.


    Tungaklangit Reply:

    Kenapa tak boleh pakai kopiah ke? Kalau kawan kamu baca ayat al quraan kamu pertahan habis-habisan? Walaupun terang2 niat dia utk politik tapi kamu halalkan? Memang dasar buta hati kamu ni..


    Topeng Perak Said:

    Seburuk-buruk DAP pun, diorang tak pernah menyokong judi ni. Saya masih ingat antara yang lantang menentang judi di Parlimen adalah ahli-ahli Parlimen dari DAP sehingga ada yang dihalau dari dewan

    Tungaklangit Reply:

    Itulah kamu yang dangkal fikiran... orang bermain politik kamu sangka mereka ikhlas dalam perjuangan menegak keadilan dan keislaman.. kamu kata org UMNO buta hati tapi kamu tak sedar hati kamu semakin gelap kerana sangkaan buruk kamu terhadap sesama saudara islam kamu..

    Pemimpin DAP ni makan baca bismillah ke? UMNO tak baca ke? Mana lebih baik seorang Islam yang mengakiu Allah sebagai sembahannya dibuat kawan atau seorang pemimpin yang terang kekufurannya terhadap Allah dibuat kawan?

    Fikirlah dengan otak yang Allah berikan...

    Topeng Perak Said:

    Malahan, Mao Tze Tung mengharamkan kasino dari dibina di mana-mana tempat di China.

    Tungaklangit Reply:

    Mao Tze Tung tu haramkan kasino tapi tak haram judi secara tradisinya.. pelacuran masih bermaharajalela.. tiada masjid tiada kebebasan agama... kamu nak macam tu ke? Kamu ni cakap aje pandai tapi bagi contoh macam budak tahap PASTI aje...


    Coklatgetah said: pegi MAMPUS lagi baiklah juak2 BE ENDDDDDDDDD...............

    dropezone said: betoi...jahanam., jahanam., jahanam.,jahanam., jahanam., jahanam., jahanam..lah cepat umno ooooiiiiiiiii.

    Tungaklangit Reply:

    Ni budak dua orang di atas memang sah produk PASTI kerana bahasa maki hamun memang sebati dalam jiwa yang mengaku Islam.. selamat bertaubat utk kamu..


    Hanif Nasir Said:
    aku mmg no komen la puak2 ni.. kalau kita explain step by step pun takleh jugak.. aku dah cuba dah dgn member2 aku.. mmg otak dia Allah bagi takat tu je.


    Tungak Langit reply:

    Adakah kamu ni memang baik berbanding manusia yang lain sampai kamu sanggup mengeluarkan kenyataan spt ini? Adakah ilmu kamu memang tinggi dari orang lain...? tahukah kamu hukum riak dan ego dalam berilmu.. ilmu hak Allah.. kamu hanya dipinjamkannya utk kegunaan kebaikan bukan merendahkan orang..


    Hanif Nasir Said:

    Bab nama Allah tu aku sokong apa yg Tuan Guru Nik Aziz cakap, aku percaya sebab ilmu dia laaaaaagi tinggi dari ilmu aku dalam bab agama ni...


    Tungaklangit reply:

    Ketahuilah wahai saudara ku... kalau tok guru kamu kencing berdiri maka berdirilah kamu... lihat sesuatu dengan ilmu dan akal bukan emosi.. nik aziz bukan maksum.. dia ada kelemahannya .. ilmunya tidak tinggi masih ada lagi yang faham lebih berbanding nik aziz.. buka mata hati... lihat dengan keimanan bukan ketaksuban terhadap ulama krn nanti kamu akan menyesal...


    Hanif Nasir Said:

    DAP pun tak suka, cuma disebabkan ada permintaan semua, benda ni kena buat pelan2 lah. kenyataan bro kat atas tu pasal iman tebal takkan minum takleh pakai la bro. nak harapkan iman, habislah anak2 kita bro.


    Tungaklangit Reply:


    Itu yang dikatakan kalau kumpulan kita buat taka pa.. UMNO buat memang salah... kamu memang benci kepada UMNO tapi janganlah angkat mereka yang mempermainkan nama Allah dan ayat suci di khalayak ramai... kalau tak setuju diam sahaja jangan main komen tak ilmu yang benar...

    Satu hari kamu akan sedar juga Melayu beragama Islam... mempertahankan Melayu adalah mempertahankan pegangan agama masyarakat Melayu itu sendiri iaitu Islam... Allah tahu apa yang kamu perbuat bukan yang kamu salak di ceramah politik..

    Sekiranya tiada iman maka kamu pun akan melakukan maksiat.. tidak akan berlaku maksiat sekiranya kita beriman dan tiada iman ketika kita sedang melakukan maksiat itu.. kerana itulah kalau kamu sedang berzina maka kamu mati maka mati kamu dalam kufur tapi kalau kamu sudah selesai dan sempat bertaubat maka itu antara kamu dengan Allah..

    Lain kali nak komen faham Islam, bukan Islam yang kamu belajar dari ceramah PAS...

    salam

    ReplyDelete
  27. Pada aku Lesen judi tu tak perlu laa.. yang ada setakat hari nie pun aku rasa dah terlebih cukup untuk nak menampung penjudi dan peminum arak di malaysia nie. Di negeri-2 PR kerajaan sana sedang sibuk nak menurunkan bilangan.. manakala KERAjaan BN pulak sibuk menambah bilangan tersebut.. hmm.. kalau camnie sampai bila pun tak abis cerita daa..

    ReplyDelete
  28. saudara Tungaklangit,

    apsal yang ko melatah pepagi nie?? TP tu cut and paste jer dari blog orang lain.. yang ko marah kat dia tu apsal...

    Ko nie tak abis-2 keja nak bantai orang jer aku tengok. Aku rasa ko nie ada masalah hati laa..

    ReplyDelete
  29. langtang tul pencacai ni...pagi2 dah mengomel...memang itu yg diupah utk menangkis segala tuduhan
    ..khehehe nasib baik kat sini..kalau kat mykemut...sah maki hamun yg dapat


    i'm no king

    ReplyDelete
  30. .. Insyallah sdr TP tak jadi kaki maki hamun dan redha ats apa yg berlaku.. di Kelantan tak ada judi dan arak ke? Bagaimana di Selangor, perak (suatu masa dahulu), kedah dan negeri khalifah umar abd aziz al penang...? kenapa tak kutuk.. sebab mereka adalah kawan kita.. kawan kita buat taka apa.. ada ayat suci yg membolehkannya.. macam berkawan dengan org bukan Islam dan memilih calon bukan Islam lah.. dulu haram tapi di Bkt Selambau boleh siap ayat quraan lagi oleh haji hadi.. inilah kalau dah rasa terlalu pandai dari orang lain..Err engko ni merapu apa ni tungkaklangit.

    Di negeri2 PR berlaku PENGURANGAN aktiviti judi dan Arak.

    Tapi di PUsat dan Negeri UMNO, berlaku PENAMBAHAN aktiviti judi dan Arak.

    Sebab tu Najib pegi lulus 10 lesen judi yang baru.

    KAo ni gheti baca ke tidak? Atau kao ni dah tak boleh baca sebab dah lama sgt sokong UMNO?

    ReplyDelete
  31. Tungaklangit,

    Aku nak tanya kao, kalau bukan untuk penambahan aktiviti judi dalam Malaysia, apasal Najib pegi lulus 10 lagi lesen judi ni?

    ReplyDelete
  32. TP
    SALAM PERJUANGAN
    BLOG ANDA MEMANG BEST
    TERIMA KASIH BANYAK2 LAH...
    TAPI SEBAGAI PENYOKONG PAS/PR
    DIHARAP JGN GUNA BAHASA KESAT
    JAGA AKHLAK MELAYU ISLAM
    CONTOHI BLOG CINA ISLAM

    ReplyDelete
  33. pergh... tungaklangit komen base on his islamic knowledge (product produce by UMNO)

    ReplyDelete
  34. YEEEEEEEEEEEEEEE
    TUNGAK LANGIT DAH BALIK...
    LAMA JUGA HULANG LEPAS PRK
    LANGIT DIA RUNTUH.....NI DIA NAK TUNGAK LANGIT...LAGI.

    TERINGAT ANA PADA SATU CERAMAH YANG ANA PERGI USTADZ NI POPULAR JUGA SELALU KELUAR SURAT KHABAR..
    KATANYA MENGAPA KERA...JAAN CAKAP
    DADAH MUSUH NUM 1...WALHAL ARAK PUN SAMA JUGA BAHANANYA....TAK CAKAP PULAK ARAK MUSUH NUM 1.

    ReplyDelete
  35. malaysian 2day, ape ke BANGANG ko ni, yg org Islam jadi pengarah tu ko xnampak ker?

    tungaklangit, ape ke BINGAI ko ni, pi nasihat najib dulu baru nk mai komen kat sini..

    2ekor makhluk pencacai UMNO ni moga Allah bukakan hati dan hidayah..amin

    ReplyDelete
  36. Salam Saudara Seagama

    Alhamdullillah

    1. Ketiadaan ulasan saya di sini masih dirasai oleh mereka yang tidak sependapat dalam perjuangan.

    2. Namun pemikiran para pengunjung ini masih ditahap yang sama iaitu menganggap keimanan orang dalam barisan lebih rendah dari orang di dalam bulatan dan pemahaman islam orang dalam barisan amat cetek berbanding fahaman orang di dalam bulatan.

    3. Dalam Islam tiada yang dikatakan Islam didikan UMNO dan sebagainya, yang ada hanyalah Islam warisan Rasullullah menerusi para ulama dan guru yang ikhlas.. bukannya ulama politik

    4. Mereka yang merasakan diri terlalu pandai memanggil orang seperti beruk dan mendoakan dengan menggunakan nama Allah ini perlu munasabah dirinya.. bukankah Rasullullah berpesan supaya jangan memanggil orang lain dengan pangilan yang buruk.. apakah kamu rasa perjuangan kamu itu diterima Allah.. masyallah

    5. Sebagai seorang islam kalau nak cut and paste sekalipun, biarlah nyata kebenaran perkara yang di cut and paste tu.. kena kaji adakah perkara itu akan membawa fitnah yang lebih besar dalam masyarakat kita.. bukan main pamerkan sahaja... inikah yang dikatakan pejuang islam?

    6. Mengapa kamu semua mengutuk pemerintah dalam isu arak?

    7. Kamu sengaja tidak mahu menerima kenyataan bahawa pemerintah pimpinan PR baik di Penang, Selangor, Perak (suatu ketika dahulu), Kedah dan Kelantan juga masih menyambung lesen judi, rumah maksiat dan sebagainya..

    8. mengapa kamu menafikan kesahihannya ?

    9. Seorang pemimpin PR di Selangor terang2 terlibat dalam mempertahankan sebuah hotel yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel di Selangor satu ketika dahulu tapi kamu semua sanjung dia kerana dia adalah dalam PR.. adakah kamu tahu kegiatan sebenar EXCO ini?

    10. Seorang EXCO wanita Selangor terang2 tiada moral dan mengamalkan seks bebas tapi kamu semua pertahankan dia.. dimanakah Islam kamu semua? Buruk ke Islam orang UMNO yang menolak semua ini?


    11. Pemimpin utama kamu mempertahankan orang Kristian guna nama Allah dalam bahan cetakan dan penggunaan harian sebuah gereja.. kamu diamkan malah meredhainya.. di manakah Islam kamu semua?

    12. Pemimpin kamu meredhai seorang kafir membaca ayat suci al quraan yang tungang langan sebutannya dan menyebut surah yang tak ujud dalam al quraan.. kamu redhai dan tak berkata apa?

    13. Sejak kita sejak kecil diajar oleh Ustaz bahawa kalau hendak membaca ayat al quraan mesti tidak berada dalam hadas besar... ni si pemimpin DAP tu suci dari hadas ke?

    14. Pemimpin kamu kata beliau terharu ada orang bukan Islam mahu mempelajari al quraan berbanding orang islam dalam UMNO... apa orang UMNO tak baca al quraan ke? Sembahyang baca ayat apa?

    15. Sekarang kamu melalak mempersoalkan mengapa Najib memberi lesen judi.. bukahkah kamu kata sebelum ini, PM Malaysia adalah PM untuk semua kaum?

    16. Lesen judi dan arak dikeluarkan untuk orang yang bukan Islam... orang islam diharamkan mengambilnya... kenapa nak dijadikan persoalan kerana dah terang hukum menggunakannya haram..jangan belilah

    17. Ada insan yang berkata arak dan judi diharamkan dalam agama lain...

    18. memang benar tapi kawan2 dalam PR seperti DAP dan PKR tu alim sangat ke? Cakap biarlah di bumi nyata.. kawan – kawan jangan nak tunjuk kepandaian tapi terselah kebodohan sendiri..

    19. kepada sdr tulang besi, janganlah nak menegak benang yang basah.. kamu tahu ke berapa lessen judi dan arak yang dikeluarkan oleh kerajaan yang dikuasai oleh PR yang dalamnya ada PKR, PAS dan DAP?

    20. Kalau nak ampu PR sekalipun janganlah buat andaian yang bodoh tanpa merujuk kepada fakta sebenar...

    21. Satu perkara lagi ialah janganlah menuduh blogger yang pro Bn menerima sogokan untuk menegakkan benang yang basah.. masih ramai rakyat di luar sana yang tahu baik dan buruk sesebuah parti...

    22. Tidak ada semua parti di Malaysia ini bersih dari kesilapan dan UMNO sudah sedar kesilapannya dan mahu mengubah diri untuk kebaikan semua rakyat...

    23. Berbanding parti dalam PR yang hanya menutup segala keburukan sesama ahli tetapi dalam masa yang sama memburukkan parti lain.

    24. Lebih buruk lagi menggunakan ayat al quraan dan meredhai orang bukan islam mempermainkan al quraan untuk keentingan politik. Inilah tindakan orang yang terlebih alim dari orang lain..

    salam

    ReplyDelete
  37. ko bleh mengucap ke tungak langit?

    ReplyDelete
  38. Kerajaan sepatutnya jalankan amanah yang diberikan...
    lesen judi dan arak sepatutnya diperketatkan @ dibekukan terus...dah xperlu kuarkan lagi dah....

    tapi itu lah...xde judi...xde arak mcmmane kerajaan pusat umno nak jana pendapatan negara nnt???...
    mcmmane nak bagi makan kroni-kroni???...
    mcmmane nak labur duit time piliharaya???...
    mcmmane nak buat projek mee segera...????????

    ReplyDelete
  39. tolong jawab semua..kesian dia tulis panjang2...penat tau

    i'm no king

    ReplyDelete
  40. salam

    yang bertanya samada saya boleh mengucap .. jawapan saya ialah saya seorang muslim macam saudara juga...

    bagi yang berhujah panjang menuduh kerajaan pusat UMNO dengan pelbagai tuduhan.. berhati2 dengan apa yang kamu tulis sebab dengan sedikit kepercayaan orang lain terhadap penulisan kamu maka kamu akan dipertanggungjawab di akhirat kelak..

    jangalan ikut nafsu dalam bhujah.. kalau tak boleh hujah dengan ilmu duduk diam.. jangan tanya soalan yang emak bapak kita sendiri marah kalau dia orang tahu tahap kebodohan kamu..

    salam

    ReplyDelete
  41. disini saya ingin mengambil kesempatan untuk membincangkan kebanyakan sikap penyokong Parti Islam dan PKR mengikut pandangan dan pemahaman saya. maaf sekiranya ianya menguris hati alian cuma apa yang saya minta, ubahlah sikap yang buruk itu jadilah muslim yang beretika.. salam

    1. Jelas tergambar dari segi nukilan dan ulasan para penyokong maupun pemimpin yang mengelarkan diri mereka sebagai ulama atau pejuang islam menggunakan bahasa hina memaki hamun dan fitnah sebagai satu amalan rutin mereka ketika memberikan ulasan dalam blog.

    2. Mereka ini semua ahli dalam bidang agama dan hafal hadith dan ayat al quraan tapi mereka tidak faham maksud ayat dan hadith yang dihafalkan itu... mengapa saya berkata begitu?

    3. Dalam islam dilarang seseorang itu memanggil seseorang yang lain dengan panggilan yang buruk.. tapi penyokong PAS dan PKR dengan lantang dan bangganya memanggil orang islam dalam UMNO dengan pelbagai nama yang menjijikkan... adakah ini ajaran dari Rasullullah?

    4. Kalau orang bukan islam melihat sudah tentu mereka akan menyangkakan islam memang mengajar umatnya bersikap seperti itu.. sebab apa yang terdampar dalam blog PAS dan PKR semuanya membuktikan apa yang saya katakana..

    5. Semua orang yang mengaku islam tahu hukum kita menyebarkan fitnah tetapi kebanyakan dari penyokong, ahli dan pemimpin PR memang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menyerang keperibadian orang lain.

    6. Telah jelas dalam islam sendiri bahawa kita dilarang membuka keaiban diri sendiri.. inikan pula keaiban orang lain.. malahan kalau benda itu tidak jelas siapakah pelakunya maka tidak seharusnya kita perbesarkan sehingga menjadi fitnah dan tohmahan..

    7. Pemahaman islam yang dipegang oleh penyokong dan ahli PAS dan PKR adalah berdasarkan penjelasan dan huraiandari pemimpin mereka di ceramah dan kuliah politik yang meracuni pemikiran umat islam dengan tafsiran yang menjurus kepada kepentingan politik semata-mata.

    8. Jelas dalam kes mengundi calon bukan Melayu Islam, dahulunya haram tapi kini halal.. dikeluarkan nas dan dalil untuk menghalalkannya... ini adalah amalan pemimpin PAS...

    9. Malangnya penyokong dan ahli PAS seolah-olah tidak boleh mempertimbangkan kesahihan dan ketepatan segala maklumat yang dibawa oleh pemimpin yang menyesatkan ini...

    10. Dahulu a. Samad Ismail mengatakan tindakan beliau mengadakan perarakan anti PPSMI tiada hubungan dengan mana-mana parti politik tetapi kini beliau sendiri berceramah di pentas PR dan membuat tuduhan terhadap orang UMNO.. apakah pendirian orang seperti ini... tidakkah ahli PAS sedar dengan sifat-sifat kemunafikan yang terserlah dalam diri orang seperti ini?

    11. Suatu ketika dahulu, Anwar Ibrahim dikutuk oleh pemimpin PAS kerana salah laku seks tetapi kini Anwar disanjung dan dilantik menjadi ketua dalam PR... dimanakah maruah ahli PAS yang melaungkan takbir setiap kali ucapan pemimpin sesat mereka mengutuk orang lain?

    12. Di manakah perginya semangat jihad ahli PAS apabila Karpal Singh berkata LANGKAH MAYAT SAYA KALAU PAS MAHU DIRIKAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA? Mengapa tiada seorang ahli PAS yang berani bangun berdiri mempertikaikan kenyatan Karpal itu?

    13. Di manakah maruah pejuang PAS semasa seorang pemimpin PR yang kafir dengan bangga menggunakan ayat suci al quraan dengan niat untuk menghina orang islam dalam UMNO dan menyambut salam pemimpin bukan Islam ini dengan salam serta takbir?.. mengapakah kamu semua buta hati dalam soal ini?

    14. Janganlah kerana kepentingan politik kamu tolak maruah agama dan bangsa?

    15. Mengapakah tiada seorang ahli PAS mempersoalkan kenyataan penafian Nizar dalam perbahasan DUN Perak tahun 2008 bahawa PAS akan melaksanakan hukum Islam di Malaysia? Adakah kamu semua takut kehilangan undi orang cina? Kamu lupa ke bahawa yang memberi kemenangan itu hanyalah Allah? Lupa ke?

    16. Kenapa tiada seorang ahli dan penyokong PAS yang menyelidiki kesahihan amanat Haji Hadi tahun 1982 yang mengharamkan semua perkara berkaitan dengan UMNO sehinggakan sembelihan, menghadiri majlis kenduri, menyembahyangkan jenazah orang UMNO, bernikah dengan orang UMNO diharamkan? Tidakkah kamu semua amat peka dalam ilmu agama?

    17. Tidakkah ada di antara ahli dan penyokong PAS yang sedar bahawa perjuangan sebenar DAP adalah untuk menegakkan sebuah negara ala Singapura? Bukankah mereka mempunyai persamaan dalam perjuangan politik? Mengapa masih kamu redha atas apa yang pemimpin kamu lakukan?

    JAWAPAN KE ATAS PERSOALAN DI ATAS ADALAH SEPERTI BERIKUT:


    18. AHLI, PENYOKONG DAN PEMIMPIN PAS TELAH BUTA HATI MEREKA UNTUK MENERIMA KEBENARAN BIARPUN KEBENARAN ITU BERADA DIHADAPAN MATA SEKALIPUN.

    19. MEREKA TERLALU TAKSUB DENGAN PEMIMPIN MEREKA YANG MENGGUNAKAN ISLAM DAN AYAT AL QURAAN UNTUK MENJELASKAN SESUATU PENIPUAN DALAM POLITIK.

    20. MEREKA SEDAR BAHAWA DAP ADALAH MUSUH ISLAM TAPI MEREKA AKUR DENGAN PERINTAH PEMIMPIN MEREKA YANG TAKSUB UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA UNTUK BERKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM INI.

    21. ISLAM YANG DIFAHAMI OLEH MEREKA ADALAH ISLAM YANG DIACUKAN OLEH PEMIMPIN PAS MENGIKUT SELERA DAN KEHENDAK SEMASA. INI KERANA PEMIMPIN PAS MEMPUNYAI THINK TANK YANG MAHIR MENYALAHGUNAKAN AYAT SUCI AL QURAAN UNTUK MEMPERTAHANKAN SEGALA TINDAKAN MEREKA WALAUPUN IANYA SALAH DI SISI ISLAM..

    22. SEMOGA MEREKA YANG MASIH ADA SEDIKIT KEIMANAN MEMAHAMI NUKILAN INI..

    SALAM

    ReplyDelete
  42. Bhai "TungakLangit"...

    Gua tak pandai bab agama nih.. tapi satu jer yang gua tau... kalau ada pemimpin yang nak kepada kebaikan... kita perlu sokong... tapi kalau ader pemimpin yang taknak kepada kebaikan... kita perlu tentang...

    Jadi.... boleh lu tunjuk tak kat mana pimpinan atasan UMNO tue yang nak kepada kebaikan (kalau dah masa pemilihan jawatan dalam UMNO pon dah buat rasuah sana sini).

    ReplyDelete
  43. Bhai "TungakLangit"...

    Tentang Amanat Haji Hadi yang lu kecohkan tue... lu dah baca ker semua sekali amanat tue.. kalau dah baca tentu boleh faham... kalau tak faham pi la belajar agama..

    Camnie jawapannya..

    Kalau sorang UMNO tue (tolak hukum Allah secara terang-terangan siap boleh buat lawak pulak dengan hukum Allah tue), for sure dia sudah boleh jatuh KAFIR.

    Bila sudah jadi KAFIR... boleh ker kita makan sembelihan, menghadiri majlis kenduri, menyembahyangkan jenazah orang UMNO, bernikah dengan orang UMNO .....

    Lu paham ker apa yang gua tuliskan nieh?

    ReplyDelete
  44. Cecurut said:

    Kalau sorang UMNO tue (tolak hukum Allah secara terang-terangan siap boleh buat lawak pulak dengan hukum Allah tue), for sure dia sudah boleh jatuh KAFIR.

    Bila sudah jadi KAFIR... boleh ker kita makan sembelihan, menghadiri majlis kenduri, menyembahyangkan jenazah orang UMNO, bernikah dengan orang UMNO .....

    Tungaklangit reply:

    Siapakah kamu untuk menjatuhkan hukum seseorang itu kafir walau atas alasan apa sekalipun.. sekiranya tidak kafir orang yang kamu katakana itu maka kafir itu akan jatuh ke atas kamu... kerana itu jangan menuduh seseorang itu kafir .. banyaklah membaca dan faham maksud hadith yang di baca...

    Inilah contoh seorang yang menganggap terlalu islam dari islam yang lain.. terang2 berani mengkafirkan orang atas alasan orang itu menolak islam... siapakah dia yang berani mengkafirkan orang islam yang lain?

    Sedangkan hal kafir atau beriman seseorang itu adalah urusan Allah.. bukan kita yang boleh menentukannya..

    Patutlah Malaysia ini menjadi seperti sekarang penuh dengan manusia yang menghurai ayat Allah sesuka hati...

    ReplyDelete
  45. sdr cecurut

    saya rasa kalau kamu nak mengata sesuatu jangan keluarkan terus dari kotak fikiran kamu.. kerana apa yang kamu fikir betul kadang kala salah dari segi hukum..

    saya harap kamu jangan ulangi lagi sikap suka mengkafirkan orang islam yang lain...

    sekali lagi saya katakan bahawa urusan keimanan dan islamnya seseorang itu adalah di sisi Allah

    kamu tiada hak nak mempersoalkan iman dan islam seseorang itu..

    malahan kamu dilarang menghina agama sesuatu kaum dan sembahan mereka.. walaupun kamu tidak redha akan sembahan mereka itu..

    banyak membaca dan belajar ilmu Allah serta cuba fahami maksud sebenar sesuatu ilum itu dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  46. sdr cencurut

    saya telah masuki blog anda dan kamu bercakap pasal islam tapi kenapa ada search on seks dalam bilik x-ray..

    kala kamu sendiri tak betul jangan nak kafirkan orang...

    tumpukan kepada kepakaran kamu dalam bidang IT jangan mencelah dalam soal mengkafirkan orang islam yang lain..

    ReplyDelete
  47. datin seri altantuya sharibuuApril 15, 2009 at 5:48 PM

    mahaguru??
    mahaguru58?
    oh.saya kenal.
    betul2,mula2 dulu dia sokong kuat pakatan rakyat,tapi sekarang sokong umno pulak.dah tu,sibuk la nak gabungkan pas dgn umno(xnak la mengata banyak-banyak,berdosa)haha.

    ReplyDelete
  48. Wahai tunggaklangit,

    aku cabar kao pergi buat laporan polis pasal "amanat hj hadI" dan bicara dlm mahkamah syariah

    ReplyDelete
  49. aku cm rasa blog ni tungaklangit ygn punya..(ahmad albab yg punya.)hahahaha...
    gigih aku tgk dia mnepis sgala prmasalahan dlmni...panjang lebar dia duk mraban..pendek jer org mroyan blk raban dia...jari pakai btry ke..??ahakk..

    ReplyDelete
  50. Tungaklangit,

    Ko mengata PR ko dah mintak maap dengan dia ke belum?? kalau belum baik ko mintak maap sebelum kubur panggil kau..

    1 lagi.. ko nie nak citer pasal ISLAM ker nak citer pasal politik kat sini?? aku kadang-2 confuse la ngan ko nie!! Ko nampak salah Pakatan Rakyat jer.. tapi aku tak nampak pun ko cari kesalahan puak2 BE END ko tu..

    sudah laa.. ko pun bias jugak.. tak payah la nak bersyarah panjang lebar kat sini.. bosan plak aku dengan ko nie la..

    ReplyDelete
  51. Bhai "Tungaklangit"..

    Thanks la sebab singgah gua punya blog... Lu ada baca ka betui-betui apa yang gua tuliskan kat situ. kalau lu tak reti baca.. lu pi belaja la balik kat Tadika Kemas tue...

    Tengtang hukum kafir tue... semua sudah jelas beb.. lainla kalau ko pon kafir gak... Takder dakwa dakwi la bak kafir-kafir nie... guideline dah jelas dalam Al Quran.

    ReplyDelete
  52. yang korang dok bertekak nape gasenya korang yang sokong pas ke, umno ke pkr ke apatah lagi dap tak reti nak fikir, sesama islam pun nak bertekak. fikirla sikit macam bebudak

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?