Saturday, April 04, 2009

Pelancaran Banner Rakyat Pilihanraya Kecil P-059 - malaysiakini

Kemaskini 2:59 - Lepas aku publish artikel ni ramai pulak geng-geng dari jauh yang baru sampai Bukit Gantang dok call, sms tanya pasai kedai ni. aku pulak lupa nak bagitau semalam. kedai ni beroperasi dari lepas Maghrib sampai pagi. kalau hangpa sampai awal, kena pi kedai lain dulu. mintak maaf sebab tak bagitau semalam. mekasih...

Semalam lebih kurang jam 8:30 malam bertempat di Restoran Zamri (bukan Zambry gelap) berlangsung majlis kecil-kecilan Pelancaran Banner Rakyat untuk Pilihanraya Kecil P-059 oleh Dato' Seri Ir Nizar calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P-059.

Banner berukuran 12x4 kaki yang mengambil gambar panorama ketika hari penamaan calon (29hb. Mac, 2009) ini adalah hasil dari sumbangan berbagai pihak. gambar panorama hari penamaan calon adalah sumbangan ibnibrahim, rekaan Dugong Darat dan sumbangan adalah dari pihak yang tidak mahu dikenali.

Pihak kami hanya menerima panggilan dari pihak pencetak mengatakan bahawa bayaran kepada pihak pencetak telah dibuat dan kami hanya perlu menghantar design banner untuk dicetak. terima kasih kepada semua dan oleh kerana itu kami namakan banner ini sebagai "Banner Rakyat".

Banner Rakyat telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato' Seri Ir Nizar dengan menandatangani salah satu dari Banner Rakyat. korang boleh tengok Banner Rakyat yang ditandatangani oleh Dato' Seri Ir Nizar yang telah digantung di Markas Induk Pilihanraya Kecil P-059 di Air Kuning.

Banner Rakyat yang telah siap dibikin kesemuanya dalam 4 bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa tamil dan ianya digantung ditempat-tempat strategi mengikut kawasan dan kesesuaian.

Sat ni kalau hangpa nampak ada yang pi perosak Banner Rakyat tu, hangpa pakat-pakat katok je tukang dajai tu... hahaha... itukan Banner Rakyat... sama-sama la kita jaga.

Ni lagi satu nak tolong promosi kedai makan tempat kami buat pelancaran Banner Rakyat semalam. kot-kot kalau hangpa mai sini (Bukit Gantang), hangpa try singgah kedai Zamri (bukan Zambry Haram). kalau nak rasa nasik kanji arab, ni la tempatnya.

Lain-lain makanan semua ada, kue tiow kerang dia pun baguih, kue tiow udang dia pun baguih. nak makan western food pun ada.

Tapi bab minum ni nak cerita sikit... kalau hangpa singgah sini, jangan dok gatai-gatai nak order minuman brand Nestle. depa boikot habis-habisan. nescafe tak dak, milo tak dak, horlicks tak dak, sebut je yang dalam list boikot Israel tu semua tak dak. ini betul-betul punya boikot, bukan main-main..!

Oit... lupa nak sebut... lokasi Restoran ni dekat Batu 6... kampun apa aku tak berapa tau, tapi kalau hangpa tanya sapa-sapa orang sini, memang depa kenai sangat kedai ni.

Ok chiow..!

15 comments:

  1. Ooooooo kedai Zambri kaaa, wat tak habaq , mmg cek tatau..akakakak thanks dude! boleh singgah pekena esok esok

    ReplyDelete
  2. lingkuplah kedai ni nanti....

    ReplyDelete
  3. Klau lingkup pun pasai org umno pedajal laaa... tp kena igt yop.. rezeki bkn umno bagi...

    ReplyDelete
  4. Apa lak lingkupnya..
    Balik kg nnt aku nak ajak semua adik beradik, sahabat handai, suku sakat datang mkn kt kedai ni.. InsyaAllah murah rezeki..

    ReplyDelete
  5. aku pun nak pi kedai nii...
    sokong peniaga islam

    ReplyDelete
  6. ko ni NIK mulut celupaq sangat,pasai apa hang doakan kedai tu lingkup..tolong promosi kan baguih...

    ReplyDelete
  7. KEHKEHKEH DIORANG NI DH TUNING MOLOT MASING2 KHAS UTK CACI MAKI FITNAH KT SAPE YG DIRASAKAN BAKAL MENGUGAT PR NI CUPING.

    YG BAIK SEME HANYE DTG DR MEREKA HUHUHU

    ReplyDelete
  8. tang mana kedai ni, aku pun nak singgah bila balik utara, macam singgah makan mee udang laaa....aku respek dia boikot barang yahudi tuu

    ReplyDelete
  9. salam....

    aduss!!! brpoluh den kat PB td.
    hampes tul...

    mrL

    ReplyDelete
  10. mrl, aku ade baca kt blog PB, rajin ko melayan puak2 hampeh tu..sekalung tahniah

    ReplyDelete
  11. mrL - elok hang bukak blog... hang sesuai jadi blogger. ada potensi. boleh kongsi2 maklumat dan hujah.

    jom meriahkan lagi dunia blogging..!

    ReplyDelete
  12. Pandei bebenor le kome.. saling doa mendoakan kemudaratan ,kehancuran antara satu sama lain...Kurang tarbiah UMNO PAS... KEMBALI KEPADA DAKWAH RASULALLAH.

    ReplyDelete
  13. Kalau nabi masih hidup pun dia akan kata sokong PR

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?