PRU-12 menandakan bahawa arus politik Malaysia telah berubah. Rakyat (secara majoriti) telah menolak, antara lain :
a) Politik perkauman yang sempit.
b) Isu kronisme dan nepotisme.
c) Amalan rasuah yang menjalar ke setiap sendi kehidupan bernegara.
d) Tafsiran agama yang hanya berlegar ibadat khusus dan menolak peranan agama dalam politik dan pentadbiran dan budaya.
e) Keadilan yang berpihak.
f) Dasar-dasar kebumipetaraan yang dijadikan alasan untuk kepentingan kuasa dan harta.
g) Suara rakyat yang disempitkan melalui beberapa akta yang disalah guna.
h) Institusi-institusi kerajaan umpama PDRM dan SPRM dijadikan instrumen untuk pengekalan kuasa.
PRU-12 juga menjadi satu testimoni bahawa golongan pertengahan dan golongan muda mula memainkan peranan aktif dalam menentukan hala tuju, dan bentuk serta pengisian politik masa depan.
Satu hakikat yang tidak boleh ditolak untuk beberapa tahun akan datang (barang kali PRU-13) bahawa golongan pertengahan dan generasi muda akan menentukan pihak mana yang akan menjadi teraju negara.
Parti-parti yang boleh menyentuh secara langsung hati nurani dan aspirasi serta harapan golongan ini akan menang dalam pemilu akan datang.
Orang Melayu dan rakyat khasnya sedang ditawarkan dengan dua pendekatan politik. Pertama, pendekatan politik yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) dan keduanya, UBN.
Apabila membicarakan UBN, pembicaraan tentang bakal PM ke-6 tidak dapat dielak. UBN kini sebenarnya membawa beban yang cukup berat yang diwarisi daripada legasi dan era Maharithisme. Dan perubahan yang dijanjikan oleh Najib dan Muhyiddin bukanlah lagi perubahan kosmetik tetapi perubahan fundamental dan radikal.
Kita akui Mahathir merupakan seorang tokoh, perancang, penstrategis, dan pelaksana yang hebat. Namun ketokohan itu harus dibincangkan atau dinilai bersama dengan kerosakan institusi kerajaan sepanjang era pentadbirannya. Satu hakikat yang tidak dapat ditolak ialah:
"Jaringan kuasanya ada di mana-mana malah di setiap organ pemerintahan. Doktrin pemisahan kuasa pada era Mahathir tiada garis pemisah yang jelas. Ketaksubannya pada kemajuan ekonomi, sains dan teknologi telah menenggelamkan peranan bahasa dan agama dalam hidup bernegara."
Najib ialah anak didiknya. Mahathir ialah mentor Najib. Hakikat ini pun telah meyukarkan Najib menggarap dan melaksanakan perubahan radikal.
Salah satu syarat wajib untuk melakukan perubahan ke arah yang terbaik ialah kualiti dan integriti pemimpin atasan terutama peneraju perubahan iaitu PM. Kualiti dan integriti ini bersumberkan kekuatan intelektual dan moral yang berpaksikan kepada penghayatan agama yang mendalam sehingga terpancar dalam dirinya. Integriti ini memancar dan auranya boleh memukau khalayak. Kualiti dan integriti inilah yang memungkinkan lahirnya karisma.
Kalau kita analisiskan secara jujur dan profesional, integriti, kualiti dan karisma ini berada di pihak Pakatan Rakyat - TG Nik Aziz, TG Haji Hadi, Anwar Ibrahim, dan yang terbaru dan mula membentuk aura karisma ialah Ir Mohamad Nizar, dan Lim Guan Eng.
baca selanjutnya di[sini].
Tahniah diatas perlantikan Najib sbg Perdana menteri ke 6... Maka dgn ini lengkaplah teori RAHMAN yg diidam-idamkan oleh UMNO. Dengan itu maka akan berakhirlah era pemerintahan UMNO selepas huruf yg ke6(N-Najib) Dlam teori RHMAN tsb.
ReplyDeleteBila akan berakhir??? PRU ke 13.
Teruskan perjuanga di 2 Bukit 1 Batang. Sesungguhnya perjuangan rakyat baru bermula tetapi perjuangan UMNO sudah tiba ke jurang kemusnahan.
TAKBIR....
alhamdullilah.. allah maha besar dan suci.. datuk seri najib telah menjadi perdana menteri malaysia yang ke 6. semuga negara bertambah makmur.
ReplyDeletekempunan anwar ibrahim.. takpa boleh mohon green card pi duduk kat amarika jadi balaci yahudi.
rakyat malaysia
org ipoh
Solat Mghrib di Masjid Simpang yang diimamkan oleh Nizar pada petang hari penamaan calon telah disensasikan oleh Zambry.
ReplyDeleteZambry mendakwa kononnya Nizar telah merampas majlis bacaan Yassiin dan solat hajat di masjid tersebut yang dianjurkan oleh UMNO. Zambry juga mendakwa Nizar membawa politik ke dalam masjid.
Ketika itu banyak pemimpin tertinggi UMNO ada di situ termasuk Timbalan Presiden UMNO yang baru Muhyuddin Yasin.
Hakikat yang terserlah ialah Zambry telah termalu kerana imam masjid tersebut, Hj Hashim telah memintaa Nizar mengimamkan solat setelah dia sedari Nizar ada bersama malah selepas selesai solat, imam tersebut menghulur mikrofon kepada Nizar supaya Nizar memberi tazkirah atau sedikit kupasan ayat yang dibaca Nizar dalam solat tersebut.
Untuk pengetahuan Zambry bahawa tazkirah bukan politik, itu satu bentuk pengajian agama atau kupasan ayat-ayat al-Quran yang telah membudaya dalam PAS. Bagi PAS, dan dalam Islam pun tiada garis pemisah antara agama, politik, dan masjid. Zambry juga berasal daripada aktivis ABIM, sepatutnya dia memahami budaya ini.
Dengan mendakwa bahawa tiada politik dalam masjid, Zambry telah merendahkan darjatnya dalam kalangan orang-orang yang beragama. Zambry telah menerima acuan atau budaya UMNO bahawa dalam masjid hanya boleh dilakukan ritual-ritual agama yang mengkhusus kepada fardu ain sahaja. Kalau pun mahu diadakan kuliah agama, cuma berkisar kepada ibadat khusus sahaja.
Sesungguhnya sejak Nizar menjadi MB Perak budaya tazkirah ini telah menjadi amalan beliau malah budaya mengupas ayat-ayat al-Quran dalam majlis-majlis yang dihadiri Nizar yang sesuai dengan konteks majlis telah menjadi amalan beliau. Malahan budaya ini dibawa juga dalam setiap mesyuarat rutin exco Perak.
Pada saya, Zambry sangat sedar tentang budaya tazkirah Nizar ini, dan difahami dengan jelas oleh imam masjid tersebut.
Jadi, makna sebenar dakwaan Zambry bahawa Nizar menyeret politik ke dalam masjid, lebih kepada rasa malunya kerana dalam masjid atau majlis itu hadir orang no 2 UMNO kerana kegagalannya mengawal majlis. Kalau majlis yang begitu simple pun Zambry gagal kendalikan, apatah lagi untuk mentadbir Perak yang dikelilingi oleh Adun-Adun PR yang terkenal agresif. Sepatutnya beliau yang menjadi imam, tetapi kerana imam lebih meyakini Nizar maka Nizar diminta mengimami solat tersebut. Khabarnya Muhyidin pun menyatakan rasa tidak senangnya dengan peristiwa Nizar menjadi imam ini.
Sikap Muhyidin ini menampakkan bahawa beliau juga tidak menggambarkan seorang ahli politik yang matang. Pada asasnya, sesiapa pun yang layak boleh menjadi imam solat. Nizar semasa menjadi imam, dia hanya seorang imam solat, baju politiknya telah dibuang jauh-jauh.
Sikap Zambry dan Muhyidin dalam isu ini memberi mesej pada pengundi Islam yang mengerti hakikat Islam itu addin bahawa UMNO menolak Islam sebagai addin.
Akhirnya, bukan imej Nizar yang cedera, tetapi diri sendiri yang terjejas!
dipetik dari blog Pencak Dimensi
Sememangnya kita patut memberi ucapan tahniah kepada Datok Seri Najib Tun Razak kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri malaysia Ke-6
ReplyDeleteSeperti apa yang telah kita ketahui setiap orang ada kerenahnya sama ada tentang kebaikannya atau tentang kejahatannya.
Patutkah rakyat yang bukan ahli UMNO merasa takut akan berlaku kezaliman dalam pemerintahan PM ke-6 ini...?
Alang-alang berjuang "biar mati jasad jangan mati akal"
mesjid di malaysia tak lama lagi akan dipasang cctv untuk melihat bukti perkara2 yang berlaku dalam mesjid
ReplyDeleteKenali calon-calon yang bertopengkan parti 'BEBAS' bukit selambau
ReplyDeletehttp://nmjnh.wordpress.com/2009/04/03/independents-undressed-at-bukit-selambau-by-election/
terbaru dan mula membentuk aura karisma ialah Ir Mohamad Nizar, dan Lim Guan Eng."
ReplyDeletelwak gila..
macam tu ke pemimpin?
Nizar? pengkhianat mcm tu nak jadi pemimpin? bangsat ada la
pantun kpd Bengap2 Pencacai Naji* a.k.a persatuan Bekas2 Pondan Negara @ BPN..
ReplyDeletedepa menempik lagak bak panglima,
kononnya nak berdebat isu semasa dan hal negara,
tinggal tentukan tempat dan masa,
bila pelawaan diterima dgn hati terbuka,
utk berhujah di depan mata rakyat jelata,
tetiba..khabarnya nak berdebat di YM pula,
ada yang bertanya YM tu apa..?,
takkan itu saja langkah panglima depa, buat malu sahaja,
jadi bahan gelak rakyat Malaysia,
kelaku macam budak sekolah darjah tiga...
kah..kah..kah..
tahniah Najib...pelengkap teori RAHMAN...
ReplyDeleteTeori RAHMAN dah lengkap...teori baru lak yg akan muncul..
nantikan...bermula dgn huruf A...
salam..
ReplyDeleteumno terlebih dulu guna masjid utk tujuan politik..nape x buat bacaan yassin n solat hajat kt bangunan2 umno?nape?? takut org x de nk join ko?huhuhu..
amboi2 zambry bkn main lagi ko ye dgn angkuhnya n sombong tahap cipan nk beranak ko jwb kt tv :"saya boleh jd imamla boleh tafsir ayat quranla"..padahal...HAMPEHHHH!!!nape x jd imam sblm yb nizar naik jd imam?ko mmg hampeh sehampeh2nye...
org mcm tu ko nk jd pemimpin rakyat???sedarlah wahai zambry merangkap MB HARAM(x sedar2 lagi ko)dah le bersikap x profsional langsung...gelabah beruk lak tu tgk YB Nizar jd imam...huhuhu..TAHNIAH YB NIZAR!!!
ReplyDeleteYB Nizar,anda adalah pemimpin berjiwa rakyat!kami mesti pilih dan anda smua pn mesti pilih YB NIZAR!
ReplyDeleteHIDUP,HIDUP,HIDUP...HIDUP RAKYAT!HANCUR,HANCUR,HANCUR...HANCUR...UMNO/BN...
TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR!!!!
hiduppp yopp.....lawan tetap lawan kasi depa makan kicap kasi lg hitam legam......
ReplyDeleteSPR busuk punya kaki... PKR letak no 4 chinese said mati. BN letak no 8 ong maa. SPR ni parti BN ker??
ReplyDeletemelayu pr dah hanyut dan dah mula
ReplyDeletepercaya pada nombor-nombor dan
ramalan-ramalan.
ada nombor mati
ada nombor ong
ini membuktikan pengaruh cina
lebih kuat dari pengaruh islam.
dap lebih dominan dari pas.
inikah kepimpinan masa depan yang
kita mahu untuk anak-anak,cucu
kita nanti?
jangan sampai anak kita kata :
'hari ni saya tak mahu pegi
sekolah sebab hari ni hari no 4
[rabu] hari mati'
TP,esok tok di bukit gantang.
ReplyDeleteapa yang boleh tok tolong.
Salam tok... tok hubungi saya 019-973 9721. dah sampai nanti baru kita cerita... kami tunggu tok.
ReplyDeleteok.tkasih.tok datang sorang je..balatentera tak ada.
ReplyDeleteTak pe... lagi senang nak bergerak...
ReplyDeletetok tak ada apa-apa kelengkapan.tok macam musafir je.yang ada pada tok semangat yang tinggi utk kalahkan umno-bn
ReplyDeleteSemangat tu dah kira satu kelengkapan dan senjata yang cukup baik. kita nak perang minda, perang cyber...
ReplyDeletekelengkapan kita cuma akal. tak gitu tok?
betul.jadi peraih undi pun tak pe.
ReplyDeleteKabinet dapur najib agaknya Pak Lah masih kekal sebagai menteri pertahanan.
ReplyDeletetakkan ahli parlimen je
Mamak menteri pencen jadi menteri tua.
tak ada tempatlah orang muda dalam umno
to zali...
ReplyDeletemasalahnya SPR & BN lagi percaya dgn no. termasuk ler ko... letak PKR no 4 dgn harapan pengundi cina tak pangkah... mintak maap laa... org dh benci BN.. seumor hidup aku tak akan pernah aku bg undi pada BN...
Berita Hairan lapor,PAS ketinggalan di belakang UMNO dari segi mendapatkan undi melayu.
ReplyDeletePatutlah nama paper kau berita hairan.mana paparazzi kau dapat sumber,tak tahulah tok.
Blogger kuda kepang cakap mahathir ikon generasi muda.tak tahulah tok generasi muda yang mana satu.yang kena sembur masa jadi Streetfighter di sekitar jalan tunku abdul rahman,sogo dan jalan tok perak memag benci habis kat mamak menteri pencen ni.mau tidak....kena belasah dengan FRU dan kena hambat dengan SB.
Tok sedih pasai hari ni tok jib jadi PM.rupa-rupanya kasih sayang pak lah kepada umno melebihi kasih sayangnya kepada rakyat dan negara tercinta sampai dia teramak bagi negara kita diperintah tok jib.
Hari ni je,musuh-musuh politik tok jib dah kena penangan.kilang penerbitan harakah diambush oleh komando KDN.RPK hari ni diperintahkan oleh mahkamah bayar saman RM1 juta.
Esok lusa gamaknya giliran kita.Nampaknya era reformasi berulang kembali dengan kemasukan mamak menteri pencen ke dalam umno.
MCA hari ni nak jawatan TPM.....Totok umno dalam umno tentu tak sokong.yelah..nizar bagi tanah kat cinapun korang dah bising....
kita tengok tok jib nak layan ke tidak permintaan MCA ni
YB Nizar,anda adalah pemimpin berjiwa rakyat!kami mesti pilih dan anda smua pn mesti pilih YB NIZAR!
ReplyDeleteHIDUP,HIDUP,HIDUP...HIDUP RAKYAT!HANCUR,HANCUR,HANCUR...HANCUR...UMNO/BN...
TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR!!!!
-----------------------------------
Inilah pemimpin yg kasi hancur.
HANCUR!!!
ADESSS
Aku pun sama, aku tak akan bg undi aku & seluruh keluarga aku pada BN sampai bila2....mari kita sama2 berikrar...perubahan bermula dari diri & keluarga sendiri & rumah sendiri..Tolak UMNO & BN...demi Malaysia yg lebih gemilang!!..dpt ajak sedara mara lg ok!!..
ReplyDeleteaiiiiiikkkkk .....ada juga malaun yang namanya macam islam tapi perangainya dah selupa itu lim yang nga dan ngeh.
ReplyDeleteapele bongok-bongok pkatan tipu rakyat..entah dap...entah pkr dan biasanya pas.....dok takut sangat kat penyatuan UMNO....nampaknye tak jalan le lagi dakyah-dakyah janji palsu pakatan.....iyeleeee dulu menang pun pasai simpati dan undi protes.....PAKATAN PAS PKR DAP PENIPU RAKYAT....TAK AKAN AKU UNDI PENIPU....MULUT MANIS HATI BUSUK....JUAL MARUAH ,AGAMA KERANA NAK KUASA....INSAFLAH WAHAI PAS...MANA PERJUANGAN NAK TEGAKKAN MARTABAT ISLAM....??????YA ALLAH HANCURKANLAH AHLI=AHLI DIDALAM PAKATAN RAKYAT YANG MENOLAK ISLAM....AMIN
slm wbt
ReplyDeletehaha..lawak la mu anon 8.16, doakan ahli2 dlm PR sj yg tolak Islam? yg dlm UMNO yg tolak Islam paciter? berdegar2 kutuk kononnya hudud PAS. dah kalo xbetul sgt 'hudud PAS' tu korang bentangkanla hudud yg korang rasa lebih baik dr apa yg PAS cuba usahakan. ini tak, asik2 dok main isu hudud. aku tak kisah sapa punya hudud, janji hukum ALLAH tertegak di Malaysia! UBN selaku pemerintah sekarang lebih dipertanggungjawabkan dlm hal ini. sedangkan PPSMI korang leh suka2 je tukar dasar dan laksanakan tanpa perancangan, takkanla bab memartabatkan hukum Allah korang takmo usaha?
itu bab hudud.laie satu bab puak2 UMNO yg bertopengkan Sister in Islam. baru2 ni dijemputnya ahli2 Islam liberal seluruh dunia berkampung di KL utk seminar ttg bagaimana Islam mendiskriminasikan kaum hawa? jd sedara anon 8.16,apa pndgn anda ttg perkara ini pula?
dan sejauh mana pula UMNO yg mengaku bhw menegakkan Islam berusaha utk berdakwah kpd Wanita & Puteri UMNO yg pd pndgn dasarnya kurang memenuhi ciri2 wanita solehah?sehinggakan dh ada gelaran 'tudung wanita UMNO' (sekadar berskaf dgn menonjolkan jambul). ada pulak yg cakap berdegar2 di dlm mesyuarat dgn meletakkan al-quran sbg saksi, tp dia sendiri langsung tak bertudung! seolah2 menghina kembali ayat2 perintah menutup aurat yg terkandung di dlm kitab Allah tersebut!
tlg la, jgn guna alasan "itu bab hidayah Allah, kita xleh nk wat apa2". eh, Allah akan bg hidayah pd siapa yg berusaha mencarinya & memohon utk hidayah tersebut. bukan sekadar bg alasan "alaa..nanti sampai seru aku tutup la aurat"..
kalau betullah UMNO ni turut memperjuangkan Islam,maka puak2 korang ni perlu berusaha tunjukkan cth teladan yg rakyat nampak sesuai dgn gelaran pejuang agama. berlaku adillah kpd semua, tak kira kawan lawan. anjurkan lebih byk prgram2 agama, pengajian kitab2, hentikan hedonisma, hiburan yg melampau, rancangan realiti di sana sini, konsert itu ini. bukankah kamu yg memegang tampuk kuasa sekarang? kamu mmg berupaya melakukan perubahan sptmana yg Allah kehendaki!
Dulu aku ingat lagi orang PAS kata.Nanti dalam kubur bila malaikat munkar nakir tanya "siapa saudara kamu"? kata mereka orang UMNO tak boleh jawab.Kalau jawab pun "Samy V , Kheng Y.." saudara aku.Tapi la ni agaknya orang PAS nak jawab pula "Ngeh K.., Nga..,Singh ,.." saudara aku.KEMBALILAH KEPADA DAKWAH RASULALLAH
ReplyDelete