Bloger Raja Petra Kamaruddin hari ini berkata beliau terpaksa "menghilangkan diri" buat sementara kerana percaya dirinya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk kali ketiga.
Raja Petra juga berkata beliau bertelingkah dengan Sultan Selangor berhubung pendiriannya bersabit kemelut politik di Perak dan telah bertindak keluar dari negeri itu. .
Blogger popular itu berkata, sebagai seorang kerabat diraja Selangor, beliau memutuskan untuk keluar dari Selangor, selaras dengan hukuman ke atas kerabat negeri yang dianggap derhaka kepada Sultan.
Atas dua sebab itu, Raja Petra berkata beliau tidak dapat hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini untuk membolehkan kerajaan mendakwanya di bawah Akta Hasutan.
Blogger berusia 57 tahun itu dijadual dihadapkan ke mahkamah kerana artikelnya bersabit pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Rencana itu mengaitkan pembunuhan Altantuya kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera.
Mahkamah Sesyen seterusnya mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra kerana gagal hadir untuk kes berkenaan.
Raja Petra berkata sebelum ini beliau ditahan di bawah ISA bersabit artikel sama. Selain itu, beliau turut menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah Kuala Lumpur kerana menulis fakta-fakta sama berhubung pembunuhan Altantuya.
"Perkembangan masa kini tidak menyakinkan saya bahawa saya akan menerima pengadilan yang saksama," kata Raja Petra dalam laman Malaysia Today.
Beliau juga berkata setelah ditahan dibawah ISA dua kali, "saya tidak akan memudahkan tugas mereka untuk menahan saya buat kali ketiga. Saya juga tidak mahu didakwa atas tuduhan derhaka yang boleh membawa kepada hukuman gantung," sebagaimana yang berlaku kepada ahli Al Maunah, kata Raja Petra.
(Malaysia Today)
beta membawa diri utk membuka satu negeri yg baru... "negara pasir berdengung kurang berdesing".
ReplyDeletedari duduk di negeri di sana yg berdesing yg banyak sangat kera-bat ni payah... susah cari makan.
ada sesapa mamak menteri yg ingin bersama beta.
ada banyak kekosongan jawatan menteri di negeri baru beta.. kabinet dapur beta adalah yg terkecil dari kabinet dapur bijan. kerana di sini big mama tak muat.
klu nk tangkap,..tangkap lah cepat2 wahai polis,..
ReplyDeletesemoga Malaysia lebih aman tanpa RAJA FITNAH ini,..
ni lah nasib penentang kerajaan... dan ni lah dipanggil negara demoKERAsi....nanti dln reseach aku aku nak pilh tajuk DemoKERAsi la agak2 lecterima x?..hari tu dah buat tajuk biroKERAsi di msia lec puji
ReplyDelete