Wednesday, April 15, 2009

YB Nizar: Wat Tu Du In Bukit Gantang - malaysiakini

Artikel best ni aku cilok dari sini - COMRADE1 (dulu 8) - priory of jenin jadi kalau nak komen, dekat sini pun boleh, dekat tuan punya artikel asal ni lagiiiiii la boleh, jemput la ke blog dia... jangan memalu...

Saja aku boh title macam kat atas tu. Bukan maksud nak bagitau apa dia kena buat, tapi bagi pandangan apa dia boleh buat tolong orang bukit gantang. Aku ni local, kira berhak jugak la nak cakap. Apa-apa pun aku try tulis benda yang orang lain tak pikir. Maybe ada yang fikir jugak..

1. Makam Long Japaq tu buat taktau pun takpa. Puak ‘feudal’. Aku tak bangga dengan dia. Aku mungkin salah anggap.

2. Ada tempat berkhelah nama Batu Hampaq, dekat area Trong. Buatlah tempat ni jadi glamour sikit. Jadikan macam ‘Burmese Pool’ kat kaki Bukit Larut nun. Rasanya billboard promosi tempat ni pun takdak. Paling sesuai boh kat tepi jalan masuk ke Tol Plus tu. Elok jugak kalau ramai orang mai mandi sini, sekurang-kurangnya kurang la lagi remaja buat projek dan hisap dadah kat situ.

3. Gelanggang futsal kat sebelah tempai juai durian tu, buatlah ‘Liga Perpaduan’ ka apa ka, sekurang-kurangnya YB ada tempat jumpa orang muda. Yang mana ‘kahaq’ sangat lawan YB masa berkempen haritu lama-lama cair la. Kat Malaysia ni mana ada lagi liga futsal yang berlanjutan sampai 6 bulan. Paling kurang dalam seminggu ada 1 hari untuk ‘hari perlawanan’. Projek ni bukan setakat menguntungkan dari segi politik, tapi kalau pandai boleh buat duit. Lagipun malu la kalo Presiden PAFA takdak apa-apa inisiatif. Paling siknifikan, sama aje la dengan presiden-presiden yang Umno. Nak cerita bab futsal ni duduk minum kopi pun tak abis.

4. Yang juai buah-buahan kat tepi jalan nun ramai, cuba fikirkan sikit apa boleh tolong depa. Geng Bloggers Network dengarnya dulu ada projek ‘CERIA’ tapi stuck sebab macam-macam terjadi muktahir ini. Cuba bawak berbincang dengan depa ni. Janganlah ingat depa time nak pilihanraya jer.

5. Kat Matang ada pasar borong, cuba bagi glamour dan besarkan sikit. Sekarang ni yang kat Kemunting lagi glamour. Sekurang-kurangnya dapat orang Bkt Gantang juai hasil tani dan orang Kuala Trong juai hasil laut. Nak cakap banyak pasal Trong saya taktau, mungkin sahabat kita Cyberboron boleh tolong.

6. Kes dadah. Dari masa YB dari Gerakan dulu, sampai la ke arwah Roslan tadak sapa ambil peduli pasal remaja-remaja Melayu yang terlibat dengan dadah, dari yang duduk dalam Kg Cheh sampai la kat Kuala Sepetang. Minta uruskan. Buatlah program bodoh-bodoh ‘Belia Bukit Gantang Sifar Dadah’ ka. Yang penting dokumentasi, tak kiralah dalam apa bentuk. Jangan jadi macam lepaih, buat macam-macam tapi rakyat marhaen tak paham apa pun.

7. Kat tepi replika buah-buahan tu eloknya ada papan besar yang tunjuk apa yang YB nak buat dan apa yang dah dibuat seeloknya ada kotak kosong untuk ditandakan. Biaq sampai orang yang lalu lalang pun tau apa YB nak/dah buat. Lepas tu boh la nombor-nombor telefon sapa yang patut. Tadak la longkang tersumbat pun nak panggil YB. Haru yob!

8. Tolong adakan sekretariat yang menguruskan masalah birokrasi orang kampung, dari hal pinjaman ke, undang-undang ke.

9. Kalau ada wang kot-kot boleh dipertimbangkan untuk buat open-stall mi udang dekat jalan KualaKangsar – Taiping. Mi Udang dan tak lupa Kanji Arab dah popular. Minta tolong sangat jangan la buat gerai-gerai rakyat macam yang dok ada sekarang ni. Orang Melayu dok bukak kedai juai benda makan (tomyam, tomyam, tomyam)yang sama jer. Mana nak produktif. Kalo boleh bagi kat puak-puak kita jer. Ada gak pekdahnya. Tapi apa hidangan yang nak dijuai tu kena ada proposal dulu. Kroni kita pun tapi dok juai macam yang saya dok cakap tu, baik tak payah. Nanti buka 6 bulan, lepas tu tutup.

10. Selain Festival Buah-Buahan yang diadakan sebelum ni, Bukit Gantang banyak benda yang boleh boast tourism industry. Blajo sampe Birmingham kalo tak nampak lagi tumpo Yob, spek dah pake.. lagi satu festival buah-buahan tu kal takdak lepas ni, naya..

11. Tiap-tiap apa yang dibuat diatas ada faedah politiknya kalo YB reti expand the horizon. Jangan lambat-lambat. Orang UMno berdengki dengan YB, takut baru 11 bulan kena pecat lagi!

12 comments:

  1. Saya memohon izin mengambil sedikit artikal saudara

    ReplyDelete
  2. semoga Nizar berjaya membangunkan Bukit Gantang demi kepentingan rakyat di sana. InsyaALLAH Nizar takkan di PECAT dari MP lainlah kalau dia makan rasuah dan buat kerja2 yang menyalahi undang2 kan.

    ReplyDelete
  3. saya sokong artikel ini, hrp DS Ir Nizar dapat baca n pertimbangkan

    ReplyDelete
  4. tq malaysian2day, komen anda benar.

    ReplyDelete
  5. tolong dato seri presiden bawa lagi rombongan team bolasepak perak ke parlimen bukit gantang untuk perlawanan persahabatan..ritu liputan pun tak meluas untuk game tu,hujan ribut lagi...senget jambul karathu

    ReplyDelete
  6. Salam semua,

    1) Ngapa tak dicadangkan saja tubuh sebuah koperasi, contohnya Koperasi Bkt. Gantang? utk bangunkan prasarana perniagaan yg ada potensi;

    2) Ngapa tak dicadangkan saja tubuh sebuah badan bertindak 'Belia Anti-Dadah Bkt Gantang'? utk atasi masalah dadah yg udah sekelian lama menghantui penduduk;

    3) Then, salurkan kepada agensi, NGO, pihak berkuasa berkaitan utk dapatkan whatever support;

    4) Jangan kita pikiokan semua masalah dapat diselesaekan via saluran politik semata!! Masalah sosial, masalah ekonomi adalah masalah bersama... lebih tepat kita katakan masalah penduduk setempat;

    5) Jangan le kita harapkan perubahan, kalo perubahan tu idak bermula dari diri sendiri ( maksud Ar-Ra'd: ayat 11)

    Selamat Maju Jaya. Wassalam

    ReplyDelete
  7. baguih...4ward kat email mb la jgk.

    jg jgn sampai zambry baca benda ni...nanti dia tiru, dia buat signboard "Projek Kerajaan BN".

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa kat parlimen bkt gantang ada lagi adun-adun yang lebih bertanggungjawab terhadap perkara dalam negeri, sila maklumkan pada mereka juga.

    Ir Nizar boleh tolong2 dalam bidang kuasa dia, tapi fokus dia aku rasa pada negara, dlm dewan rakyat.

    sapa boleh terangkan, apa beza peranan ADUN dan ahli Parlimen?

    ReplyDelete
  9. samagreen,
    terimakasih atas segala respon. yang hal koperasi tu geng BNM ada bincang dahulu. masalahnya perlaksanaan peringkat kerajaan yang kantoi. birokrasi. mcm2. ditambah pulak kerajaan dirampas, jd tak sempat nak buat apa pun.
    bak kata MSK, dlm PR idea banyak gila, tapi sapa nak buat? kalo blogger nak buat, yg ataih mau tolong ka? ada yg nak tolong, tapi tolong pijak balik. ada cerita exco yg lompat tu boleh pulak mintak projek tu utk depa, kat org bg proposal dia nk bagi 10%.
    kat pembuka kata aku dah habaq aku takmau tulih apa yg org lain dah tulih. cerita nak bikin koperasi dah byk sgt aku dengaq.jikalau anda hebat dari segi koperasi, hulurkan tangan anda. expertise aku kat tempat lain.
    ya, aku boleh buat segala yg dicadangkan, tp skg aku bukan ada cita-cita politik pun. kalo YB nizar buat, biaq dia yg dpt nama. aku mau tolong boast nama dia je. kalau aku bigtime biznessman aku boleh bg duit utk buat semua tu. nizar kan 'bole' dpt rm120k duit peruntukan utk parlimen.
    the point here, aku nak bg nama nizar naik. kalo aku yg buat pun, nama aku yg naik. aku tak hingin pun semua tu. so its not the point that 'we depend entirely at other people to manage ourselves'. even if so, that's the legacy of BN for 50 years of tenure.
    kes dadah umpamanya, hang ingat aku tera ka nak deal dgn pirates kat kuala sepetang tu? dari dulu cina port weld terkenal dgn berani matinya. aku tak ready. so baik org yg dihormat yg deal semua tu.
    sebelum lupa, part yg last (kena pecat) tu mmg susah nak jadi. saja tulih bg lebih suspen. haha. mana tau kot betui2 jadi menteri ka, pastu BN guna ashkar wataniah rampas kuasa balik.

    ReplyDelete
  10. albinjaie,
    bab buat benda baik biaq la sapa yg mula dulu. mmg kalo boleh aku nk PR yg buat, tapi kalau dah lembab sgt nasib hangpa la.
    hanif,
    aku ada terbaca somewhere yg suruh YB Nizar tgk keadaan jalanraya. bg aku tu bukan kerja MP atau adun. cerita melawat longkang semua tu dakyah BN konon nk tunjuk keperihatinan. PR pun kadangkala terikut-ikut. tak dipersalahkan, nanti org kg kata yb bn rajin, yb PR dok ghumah aje.
    lg satu, nak harap adun cgkt jering ka? atau adun trong (bn) tolong nizar? :) nizar kena bertindak dgn yb tai nampak gayanya.


    http://prioryofjenin.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. artikel dlm http://prioryofjenin.blogspot.com
    tadak hakcipta. kalo nk amik silakan. tapi boh la kredit sikit. tq

    p/s.. TP, kemut hang dgn kotak besi 'saat' tu noo?

    ReplyDelete
  12. Betoi le Beb...

    Bukit Gantang banyak tempat yg.bole di majukan.

    Dulu masa aku sekolah kat KE.selalu round round kat ayak kuning (Ada buah... hati kat situ)lps tu round dgn kapcai menghala ke jln Kuala Kangsar ,tengok kiri kanan line clear lepak kejap kat batu hampak...

    Otw balik pegi pasar Cangkat Jering,beli buah tangan.,bagi kat bakal Mak Metua.

    Sekarang bila balik sekali sekali singgah lagi kat tempat tempat tur.,kata orang tempat jatoh lagi dek kenang...ini kan pula .....

    Awek yg.dolu cun trang tang tang dgr kabar nya, dah pon beranak 5.

    Changkat Jering/Bkt.Gantang dan sekitarnya dok mcm tur lah jugak.

    Buat la yeop apa yg.patut.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?