Sunday, May 31, 2009

Abah Dipisahkan Dari Kami Lagi...

Hari ini, masuk hari kelima nenek meninggalkan kami. Adik beradik dan saudara-mara dari jauh semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Tetapi kami anak-anak yang tinggal berdekatan, tetap pulang kerumah walaupun sekejap untuk menjenguk Tok Mat di Kg Pandan.

Semua masih merasai kepahitan dan kesunyian di tinggalkan arwah nenek...

Suhaib adalah salah seorang dari kami semua yang amat terasa dengan perpisahan itu. Dari bayi lagi, arwah nenek amat senang dengan Suhaib. Sejak Abah ditahan dibawah ISA tujuh tahun lalu, tiap kali memandang Suhaib, nenek akan menangis tersak-esak lebih-lebih lagi bila Suhaib sudah besar seperti sekarang. Nenek selalu kata, sikap dan perangai Suhaib yang "cool", pendiam dan mudah tersenyum itu, amat menyamai dengan Abah.

Sebaik saja selesai upacara pengkebumian, kami semua sangka Abah akan dibenarkan pulang ke rumah Tok Mat di Kg Pandan, tetapi ternyata segalanya penantian adalah hampa belaka.

Walaupun Tok Mat (bapa Abah) beberapa kali memohon supya Abah dibenarkan pulang sekejap untuk menghadiri majlis tahlil , namun segala permintaan itu tidak dilayan.

Suhaib dan adik beradik Abah yang lain semuanya kecewa kerana Abah cuma pulang 30 minit ke rumah dan selebihnya berada di perkuburan. Cara KDN melayan Abah juga menyedihkan.

Setiap kali Abah pulang, sekumpulan polis berpakaian biasa akan berkumpul di jalan menuju kerumah Tok Mat. Dari kenderaan berjalan menuju kerumah, biasanya tidak kurang 5-10 polis berpakaian biasa digunakan untuk mengiringi Abah, seolah-olah ingin menggambarkan kepada orang ramai dan masyarakat bahawa Abah adalah "penjenayah" yang paling ditakuti dan paling menggugat keselamatan negara.

Adakah KDN dan Menteri Dalam Negeri masih berpendapat bahawa rakyat Malaysia tidak tahu bahawa penahanan Abah tanpa bicara selama 7 tahun itu adalah satu kezaliman yang paling besar?


Sumber - Merah Hitam - Penulis Blog Merah Hitam adalah isteri kepada Saudara Mat Sah, mangsa tahanan ISA yang setakat hari ini telah masuk 8 tahun penahannya dibawah akta zalim ini.

2 comments:

  1. Semoga Allah membalas kezaliman pemimpin2 UMNO dan penyokong2nya Dulu Kini selamanya...Ameen...
    Seperti Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya kedalam laut.

    ReplyDelete
  2. alamak...salah sorang SB pengiring tu sepupu aku...uhuhuuh..
    aper pun dia tu pendiam....baik...dah tugas...
    pegawai atasan yg celaka.....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?