Friday, May 22, 2009

Al-Fatihah: ADUN Manek Urai Kembali Ke Rahmatullah

Sebetulnya aku dapat berita ni seawal sesudah subuh pagi tadi daripada Tok Ggawo, tapi sebabkan aku keluar rumah awal hari ni (kejar keretapi untuk ke Ipoh), maka aku tak dapat nak update blog sebaik aku dapat khabar ni cuma sempat buat call pada PrimaMaya (MatSamanKati) untuk maklumkan berita ni untuk diupdate kedalam blognya.

Allahyarham Ismail Yaacob (ADUN Manek Urai dalam Kawasan Parlimen Kuala Krai) meninggal dunia kira-kira jam 5.55 subuh pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memenangi kerusi DUN Manik Urai pertama kali pada PRU 1986 dan telah memegang kerusi DUN tersebut selama 5 penggal.

Baru je minggu lepas aku menjengah ke Kuala Krai, DUN Dabong dan banyak berita-berita "menarik" yang aku dapat dari sana. tu cerita ringkas kawasan DUN Dabong, DUN Manek Urai tak banyak yang aku tau, tapi lepas buat 4-5 panggilan dari geng-geng aku dekat sana, setakat ni tak banyak masalah berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan ADUN kepada penduduk-penduduk Manek Urai dan itulah yang jadi penyebab utama kenapa Allahyarham berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai selama 5 penggal.

Al-Fatihah kepada Allahyarham, ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kembalinya kerahmatullah.

Nampak gaya akan berlaku 1 lagi pilihanraya kecil dan kali ni pula di Kelantan, tempat lahir aku.

Yanng ni memang confirm aku turun.

11 comments:

  1. adun tu dari parti ape ek??

    ReplyDelete
  2. kalau ameno suruh spr batalkan kematian adun manik urai tak jadilah pilihanraya kecil, boleh ke? ameno dah fobia dengan pilihanraya la ni.

    matbodo.

    ReplyDelete
  3. salam.
    1. Al-Fatihah utk arwah Ismail Yaacob. semoga ruhnya diampuni & dirahmati Allah SWT. takziah juga utk semua kaum keluarga, sanak saudara & sahabat handai beliau. semoga ruh arwah ditempatkan di dalam golongan kaum mukminin yang berbakti.

    2. urusan pilihanraya kali ini tentu ada. takkan Najib 'the absolute loser' nak kata ini permainan politik PAS?

    3. semoga perjuangan dan kepimpinan arwah diganti Allah dengan perjuangan dan kepimpinan baru yang terus mengekalkan kecemerlangan PAS di Kelantan.

    wassalam.

    ReplyDelete
  4. bro, mu kelate kat mano?
    uuhh...boleh la nok tengok lautan bendera PAS&PR nanti..pakat2 kelik oii..

    i'm no king

    ReplyDelete
  5. kalu bunyi demo nok turun..insyallah kawe pon nok turun..masuk estate getoh..kwsn tu..haha

    ReplyDelete
  6. "kematian ini adalah mainan politik tuhan nak kasi pembangkang menang"

    "SPR diminta untuk membatalkan kematian ADUN tersebut kerana ianya mainan politik pembangkang. PRK hanya membazirkan duit rakyat"

    Tu semua kata-kata Mat Monggol.

    Kata-kata kau pulak...

    "SPR akan menyiasat punca kematian untuk memastikan kematian tersebut tidak disengajakan dan akan mengkaji sijil mati samada lengkap disign atau tidak"

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  7. UMNO tak masuk kot.sebab buang duit.kahkahkahkah

    ReplyDelete
  8. apa agaknya yang tok najis akan berikan..

    ReplyDelete
  9. bro cuping merah,
    agak2 lu lg mulia dr tg nik aziz ka? konfom bukan perasan.
    cermin2 diri sblum nak gelar orang
    entah kau ni keturunan shit atau selalu gelumang shit sampai orang wangi pun kau bau shit gak...

    ReplyDelete
  10. tiada pilihanraya manik urai coz:
    1.membazir wang rakyat
    2.Bee End anggap ini taktik PR
    3.Spr berkuasa menentukan tiada kekosongankecuali drestui BN
    4.Polis anggap ini isu keselamtan negara..tk perlu plhraya..ada rasis
    5.SPRM akan siasat ujud salahguna sijil kematian.
    6.BN mohon Mahkamah memutuskan kematian tidak sah dan wujud keraguan munasabah...kahkahkahkah
    dah smua agensi depa punya

    ReplyDelete
  11. ikut...ikut...ikutttt.....tp kena bawak pondok panas sendiri la....
    hurm...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?