Friday, May 01, 2009

BloggersNetwork Lupa Daratan..

Ni aku cilok dari PerakExpress...

Selalunya aku kutuk UBN…itu wajib. Kadang-kadang aku kutuk PR..itu sunat. Sesekali kena kutuk rakan-rakan blogger..itu harus.

Sebelum ini..sepanjang ingatan aku..belum pernah aku kutuk sesama blogger. Mungkin satu masa dulu ada sedikit perselisihan dengan blogger Perak Kini..tapi dah settle.

Hari ini aku dapat satu komen yang memperli Bloggers Network. Komen ni datang dari sorang bloggers dalam Bloggers Network jugak…tapi tak tau pasai apa dia tukar nama kepada sekotakrokok. Mula-mulanya aku tak tau sapa dia..tapi bila aku trace..rupa-rupanya member jugak!

Dia tulis didalam blognya…http://sekotakrokok.blogspot.com, dan kemudian dia paste postingnya kedalam ruang komen disetiap blog milik member Bloggers Network.

“buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

Sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamour yang lain.

Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.”

Mungkin dia ingat..apabila menggunakan nama lain…orang tak tau. Tapi bila aku trace dia..dia kelam kabut. Akhirnya dia delete blog dia. Sebab apa dia takut?

Bloggers Network pada peringkat permulaanya adalah hasil perbincangan aku dengan Dr. Wahab. Dari situ kami merangka dan merancang..dan apabila Konvensyen Teh Tarik diadakan pada 22/11/2008, seramai hampir 50 orang mendaftar.

Bloggers Network bukan pertubuhan berdaftar. Sapa nak join pun boleh. yang tak ada blog pun boleh join. Sapa yang mendaftar pada Konvensyen tersebut kami terima. Kami percaya kepada semua orang. Itu prinsip kami…we trust anybody..until they proved they cannot be trusted.

Daripada yang mendaftar tu…ada jugak yang cuba mengambil kesempatan. Ada yang mengambil kesempatan nak jumpa Nizar…bila waktu rehat dia terus jumpa Nizar kat meja makan…melobi supaya diberikan jawatan dalam GLC! Lepas tu terus hilang. Bloggers Network dapat nama busuk.

Ada yang datang untuk melihat peluang untuk buat duit! dalam diam-diam..dia pekena sorang VIP…kononnya dia konsultan dalam web design. Dia charge VIP tu untuk buat blog menggunakan blogspot ..RM5,000.00! Lepas tu hilang!! Bloggers Network dapat nama busuk.

Ada blogger yang ciplak posting aku..Kampung Direct Investment, CERIA dan Politikal Innovacione…dijadikan proposal untuk buat bisnis. Guna nama Bloggers Network…dah dapat hilang. Lepas tu kutuk balik aku.

Ada blogger yang minta sumbangan dari ADUN-ADUN Kelantan kononnya untuk Bloggers Network. Kalau tak ada orang pecah rahsia…aku pun tak tau.

Ada blogger…yang cuba pekena member sendiri. Kalau masih ingat…dulu ada sorang blogger..Ofis Boy Tingkat 4. Sekarang apa jadi kat dia? bankrap kerana ditipu oleh member sendiri.

Dan banyak lagi. Kalau aku nak cerita semua..boleh buat tujuh siri. Albanjari boleh buat posting tiga kali malam Jumaat.

Blogger-blogger macam ni yang kena kikis dari Bloggers Network.

Aku tak suka nak meminta..malu. Lebih baik aku merompak macam Robin Hood daripada aku minta sedekah. Itu sebab bila nak buat tabung Bukit Gantang…Albanjari buat tanpa persetujuan aku dulu. Sebab dia tau aku tak akan bersetuju.

“Sumbanglah RM1 seorang untuk Tabung Bloggers..! Maaf cakap, mungkin bloggers lain malu untuk memulakannya, biarlah wak yang bersuara. MSK… hmm, wak faham sangat… susah Wak nak cakap. Dia bukan jenis suka meminta-minta, tapi bagi wak… susahnyer nak cakap… takpa Wak buang malu tu.”

Dan hingga sekarang duit tu masih banyak yang belum digunakan..sebab …apa yang datang dari rakyat perlu kembali kepada rakyat.Aku tak mau duit tu masuk poket blogger. Susah aku nak jawab dah mati nanti.

Dan untuk hidup..kami merancang untuk memulakan sesuatu.Dan untuk mencari modal..itu pasal kami rancang untuk mengadakan Hi-Tea bersama Nizar. Tak kan selama-lamanya minta sedekah. Tak kan setiap kali ada pilihanraya…kena buka tabung! Itu pun ada yang perli..nak kejar glamour.

Dan apa lagi program glamour yang kami buat? Pelancaran buku “Rampasan Kuasa di Perak” oleh Nizar? Betul..kami yang susun. Cyberboron yang bercekang mata tengah malam untuk menyiapkannya…tapi masa pelancaran pasai apa tak ada dari Bloggers Network yang hadir? Kalau dijemput duduk atas pentas sebelah Nizar..boleh tahan jugak..tapi duduk celah pokok pisang dalam gelap. Glamour apa? Tanya Albanjari berapa yang dia dapat? Nak beli sekotak Tricajus pun tak cukup.

Macam kata Topeng Perak..”jadi blogger dapat apa? kena maki.” Tapi tak apa..orang nak maki ka..orang nak kutuk ka. Mampuih pi la. Nak buat macam mana…gatai jadi blogger.

44 comments:

  1. JADILAH BLOGGER ALA BAWEAN TERMENUNG AJA.. SANTAI.TAK TERIKAT..SALAM PERJUANGAN..PERJUANGAN HARUS TAHAN DARI HINAAN DAN HATI HATI DENGAN OPORTUNIS..SALAM MANIS DARI KOMUNITAS BAWEAN

    ReplyDelete
  2. Hati hati bloggers dan pemimpin Pakatan rakyat . Musuh tahu mereka tak boleh menang jika berdepan, maka mereka masuk menyusup ke dalam jemaah. Walaupun mengambil masa, tetapi mereka akan hancur dan pecah2kan antara kita. Bacalah sejarah kejatuhan Acheh di tangan Belanda. Semuga Allah melindungi blogger yang sejati dan berjuang kerana Allah bukan material macam puak2 sebelah lagi.....

    ReplyDelete
  3. kuatkan semangat blogger ku..roda politikus ligat berputar

    ReplyDelete
  4. yez dapat speaker baru! tak lama lagi negeri perak di perintah oleh ATM pulak.kesian..............

    ReplyDelete
  5. hi-tea ni kira perah duit bloggers jugak.mintaklah nizar sponser.kalau setakat nak blanjer bloggers pun tak mampu,memang tak layak jadi mb pun.WAJIB tukar.pintarnya sultan perak buat keputusan.

    ReplyDelete
  6. aku tak berapa kenal hangpa Bloggers Network tapi aku rajin merayau masuk baca posting hangpa. Yang aku boleh andaikan berdasar pengalaman dalam blog dengan penulisan hangpa ni, hangpa memang jujur dalam perjuangan yang hangpa tujui.

    Perjuangan itu suatu perjalanan, bila letih perlu berehat dan makan/minum. Berjalan semula dan perlu bertukar selipar dan sediakan plaster berubat jika tersepak batu. Namun jika terus berjalan jalan dituju tetap akan sampai. Cuma cepat atau lambat.

    ReplyDelete
  7. den nak join bloggers network...!!

    ReplyDelete
  8. HAI...PUAK-PUAK BLOGGER PUN DAH NAK BERBALAH..DAH LA DALAM PAS PUN HURU HARA SEKARANG NI....UM....

    ReplyDelete
  9. itulah lumrah dunia ni tuan TP.banyakkan sabar istighfar byk2 mudah-mudahan menemui kejayaan yg hakiki.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. baaguih baguih... layan

    ReplyDelete
  11. Blog anti PR tak dapat sponser pun makin lama makin bertambah..ini baru "Rakyat Betul2 sedar".

    ReplyDelete
  12. puak pas huru hara,
    puak blogger pas berbalah,
    puak pr di perak berebut kuasa,
    puak pkr x habis habis buat susah.
    puak cina juga yang hidup aman kat malaysia.

    ReplyDelete
  13. ada bangsat pengecut anak sundal umno yang takberani letak nama. Lepas tu baling batu tak berani tunjuk muka sebijik macam munafik umno.

    ReplyDelete
  14. NAMA SAYA PULA ANON

    ReplyDelete
  15. my name is nony

    ReplyDelete
  16. apa namaaaaa.......... NYMO

    ReplyDelete
  17. nampaknya anon pencacai UMNO pun dh kena serangan SELSEMA BABI, awas jika sentuh dgn pesakit SELSEMA BABI UMNO..merbahaya..

    buat TP dan blogger BNP,
    sabo je la, jika korang buat kerana Allah insyaAllah xmakannye dek kutukan dan makian..

    ReplyDelete
  18. untuk semua rakan2 blogger, kita buat lah kerja setakat termampu, tak payah lah nak susah2kan sesiapa saja baik sesama blogger atau pun org ramai. Ini kerja sukarela, tak ada saper yg minta pun, baik org ramai atau mana2 parti politik. Jadi nawaitu tu kena betul lah. Memang niat kita murni utk menyalurkan maklumat terkini dan tepat, tapi kalau sampai menyusahkan badan saya rasa tak perlu lah kot, maksud saya minta derma ni rasanya tak perlulah. ... Wassalam

    ReplyDelete
  19. Pengorbanan kalian tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Hanya tuhan mampu membalasnya. Teruskan perjuangan. Kalian akan ku ingat dalam lipatan sejarah.

    ReplyDelete
  20. mana yang tak elok perlu diperbaiki

    manusia tak bleh lari dari hawa nafsu gila glamour dan kemewahan ... tapi harus diingat juga ada batu batu yang boleh mengeluarkan api ...

    ReplyDelete
  21. apa perjuangan korang sebenarnya? boleh terangkan secara ringkas?

    Perjuangakan Negara Islam? Nizar kata PAS tak perjuangkan ISLAM. habis apa perjuangan korang?

    Berjuang untuk Pak Nuar? Manusia yang dah sah2 macam kaum Nabi Luth.

    Berjuang untuk rakyat? rakyat malaysia sekarang di tindas? cina india semua di tindas? owh patutla cina boleh jadi kaya raya di malaysia, rupanya mereka di tindas. Dan aku tengok korang yang byk menyusahkan rakyat dari membantu rakyat.

    hmmm atau perjuangan korang hanya nak jadi pemerintah di Malaysia? Ini yang betul aku rasa, korang hanya memperjuangkan pemimpin korang je. apa pun tak kisah, perjuangan asal boleh di lupakan asalkan boleh jadi MB.

    Apa pun pada aku korang kene belajar melihat dgn hati yang terbuka. Hati korang sekarang ni tertutup dan tak dapat menilai sesuatu dgn baik.

    Lihat sahaja lah ayat penulis ini "Selalunya aku kutuk UBN…itu wajib." Wajib? Kalau blog pro BN menulis sesuatu yang baik pun korang kutuk. inilah buktinya korang melihat dgn hati yang BUTA!

    ReplyDelete
  22. AKU PUN PELIK DENGAN KORANG NIE...

    SUSAH KALU DAH TERIKAT MACAM NIE..ELOKLAH BUKAKAN HATI DAN MINDA UNTUK MELIHAT DUNIA YANG LEBIH LUAS DAN MENCABAR..

    ReplyDelete
  23. TP, saya nasihatkan gunalah bahasa-bahasa standard kalau dah ya nak salurkan maklumat untuk semua, bahasa yang anda gunakan sekarang seolah-olah bahasa melepaskan geram, dan bahasa budak2 tahun 6. Ingat lah dengan bahasa, orang dapat menilai keperibadian anda. Nak guna loghat perak ke penang ker tak kisah, tapi bahasa tu kena la elok sikit yer TP.

    ReplyDelete
  24. dan satu lagi, saya pernah terbaca dalam satu blog, tapi tak ingat apa nama blog tersebut. Dia telah menulis berkenaan dengan bloggersnetwork@perak yang dikatakan tidak dilayan oleh pas/pkr semasa PRK Bkt Gantang tempuh hari. Susah nak dapat maklumat dan susah untuk mendapatkan Pas masuk dan sebagainya. Saya beretuju dengan komen di blog tersebut bahawa bloggernetwork@perak ni bukan lah seperti malaysiakini, harakah or suara keadilan. Anda sekalian melakukan kerja atas kapasiti sendiri, untuk blog sendiri tidak mewakili mana-mana akhbar. Jadi kenapa perlu anda rasa tidak diendahkan? Walau apa pun network anda, anda harus berpijak dibumi nyata, anda hanya blogger bukan pemberita akhbar. Betul juga seperti komen diatas anda-anda di bloggernetwork@perak gila glamer, kecuali perakexpress.
    Kerja blogger kerja sendiri, kederat sendiri, masa sendiri, duit sendiri, kalau dah sampai nak minta derma dari orang saya rasa baik tak payah.Duduk saja dirumah tulis saja cerita sendiri .. tapi tak glamer kan? Tak payah lah nak cari glamer dengan minta derma dari orang ramai.

    ReplyDelete
  25. aku nak bertanya juga apa sebenarnya bloggers perjuangkan?kenapa kata pas perjuangkan islam tapi umno tidak perjuangkan islam?sedangkan umno tu orang melayu semua islam.di malaysia asal orang melayu mesti islam.tak tau la kalau melayu perak bukan islam.orang melayu perak memang suka mengutuk sesama melayu, bermakna mengutuk bangsa sendiri dan mengutuk agama sendiri.

    persoalannya orang pas ni juga kenapa mengutuk sesama blogger sendiri?
    adakah ini perangai orang perak?
    adakah ini perangai orang melayu?
    adakah ini perangai orang islam?
    adakah ini perangai orang pas?

    muskil aku dengan orang pas ni....

    ReplyDelete
  26. Saya harap ada pihak akan compilekan semua tanah tanah yg digadaikan oleh UMNO kepada Tokeh Cina Malaysia dan Singapura.Kita perlukan data data ni menjelang PRU13.Kita menjangkakan UMNO akan menggunakan isu DS Nizar menggadai tanah kepada Cina semaksimum mungkin..

    ReplyDelete
  27. compile pun laku ke???........
    perjuangan apa yang korang buat ni?

    ReplyDelete
  28. yes! 1 malaysia.

    ReplyDelete
  29. Salam
    para BloggersNetwork, saya harap kalian baliklah ketujuan asal.
    janganlah lakukan perkara karut marut ni, kami peminat kalian tak mahu dgrlah hal2 seperti ini.
    susun dan baikpulihlah perpaduan kalian, kami mahukan kalian terus memberikan fakta untuk kami penggang menanti pr13 ini..........lnsyaAllah

    ReplyDelete
  30. apa yang kami mahukan adalah berita terkini yg sah bukan berita karut marut o berita melepaskan geram blogger. bukan berita blogger bgaduh dgn blogger. blogger tak dapt pas, berita nak cari glamer, berita malam jumaat albanjari, berita kutipan dari rakyat ... alahai itu baru 1 prk, kalau dtg PRU nanti mcmmana pula korang bergaduh yer

    ReplyDelete
  31. itu baru jadi bloggers, kalau jadi wakil rakyat lagi lah teruk bergaduhnya.macam mana nak jadi contoh pada rakyat?

    UMNO juga yang berjaya!

    ReplyDelete
  32. geng bloggernetwork@perak ai (tak tmasuk MSK), ni aku nak habaq bagi,sapa suruh hangpa susah payah pi duk buat lapuran (konon)masa prk bkt gantang itu hari? adakah ir nizar or anwar atau tn guru nik aziz yg suruh? depa tu tak suruh pun. hangpa yg gatai. Nak cri glamer? kah kah kah ... habok pun tak dak. Lepas tu duit belanja tak dak minta derma kat org ramai. Wei kalau dak baget tak dak tok sah dok gatai nak buat keja-keja mcm ni la, ni keja sukarela la TP. Ni dgr kata nak berkampung di penanti mulai 5hb ni pulak...ada duit ke tak ni? nak minta derma lagi ka?

    ReplyDelete
  33. Bai, takder duit buat cara takder duit, jgn belagak ada duit...lepas tu mintak derma orang ramai, kalau ada duit lebih tu korang nak buat aper? Masuk kocek sendiri? Korang jawabla masa kat padang Mahsyar nanti....Kalau takder duit tu carila kerja, jangan isap rokok...Rokok tu membazir...korang nak betulkan orang lain tapi korang sendiri buat naya kat tubuh badan korang...mana kredibiliti korang nih?

    ReplyDelete
  34. Korang ni bai kalau menulis macam2 bahasa keluar, semua orang tak betul.yang korang ni macam betul semua.mengalahkan pemimpin.perosak bangsa & bahasa la korang ni.macam ketam.ajar orang lain jalan tegak,sendiri jalan senget.

    ReplyDelete
  35. Untuk geng bloggernetwork@perak,... cari lah glamer,seperti yg korang idam2kan,tapi guna lah duit sendiri,jangan nk minta2 derma. Nampak sengkek sgt blogger ni.Jgn sampai semua blogger dianggap sengkek mcm korang oleh masyarakat.

    ReplyDelete
  36. salam Bro:

    Ko Punya cerita ni semacam aku akan terasa sesuatu yg aku macam kenal sapa yg hang maksudkan tu.

    ReplyDelete
  37. berderma utk kebajikan dan kebaikkan tidak salahnya. Niat yang penting untuk berderma. Wahai bloger network teruskan perjuangan kalian kalu perlukan bantuan wujudkan tabung INSYAALAH kami penyokong kalian sudi untuk menghulurkan sumbangan demi mengangkat mertabat berita terkini tepat dan cepat.

    ReplyDelete
  38. auta lah bloggers ni.

    ReplyDelete
  39. ni buat semua yg dok komplen pasal derma..ada BNP paksa korang bg derma ke?? kalau xnak bg dok diam la..biar saper2 yg bermurah hati dan nk dpt pahala sj yg derma..korang dh la xbg derma pastu dok ngutuk pulak..dosa tau tak??? mangkuk !@#$

    ReplyDelete
  40. Salam, teruskan perjuangan, hati2 dgn 'nasihat'2 yang diberikn diatas2 ni, sesetengahnya mmg ikhlas, sesetengahnya dari 'syaitan' berwajah manusia...sesetengah nampak mcm 'alim' tapi sbnarnya busuk ati...Teruskan perjuangan, klu perlu kutip derma, kutip la, bg 'share' org buat pahala...Gunakan derma dgn berhemah dan hati2...bahasa derma ni xdifahami oleh 'musuh'2...Islam ni tertegak dgn 'pengorbanan'-harta nyawa dsbgnya...SALAM PERJUANGAN!

    ReplyDelete
  41. Teruskan perjuangan anda semua dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT.Harta benda dan wang ringgit hanya hiasan didunia.Amal bakti akan dibawa ke akhirat.Jgn pedulikan tohmahan org yang hasad dengki, kuatkan semangat.Jika kita niat perjuangan untuk tolong agama Allah, pasti Dia akan beri pertolongan kpd anda semua.Apa salahnya meminta derma pada perjuangan yang baik,siapa menderma dapat pahala. Teruskan berjuang,kami menyokong Bloggers Network.

    ReplyDelete
  42. Biasalah manusia, jarang nak buat sesuatu dgn ikhlas.Asal ada kerja nak upahnya.

    Jadilah blogger yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan dan elakkan dari menjadi penulis2 cari makan seperti yg sedia ada di BH,UM,TV3,RTM dan lain2 akhbar perdana.

    Jadilah pejuang tulen yang mengutamakan Rakyat terutamanya gulungan bawahan yang dok kena tipu saja dgn puak depa tu.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?