Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah. Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek di letakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau.
Abah duduk berteleku disebelah jenazah, perlahan-lahan beliau tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan... itulah ciuman terakhir dari Abah untuk nenek... Ku perhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin selama ini Abah tidak pernah terfikir, penahanan dibawah ISA akan menyebabkan beliau dan ibu kandung kesayangannya terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa... Ahh... terlalu zalim ISA ini ku rasakan...
Sebaik saja mengangkat wajahnya setelah mencium pipi nenek, ku lihat Abah menyapu matanya yang merah dan berair beberapa kali. Aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak melihat Abah berbuat demikian. Aku amat memahami, tentunya kerinduan Abah terhadap nenek tidak pernah terubat kerana selama tujuh tahun di kurung di Kem Kamunting, peluang untuk Abah bertemu nenek amat terbatas sekali. Pastinya Abah amat terkilan, cita-citanya untuk menjaga nenek ketika nenek tua dan sakit, tidak kesampaian...
Menyaksikan peristiwa itu, semua yang berada disekeliling jenazah nenek, turut merembeskan airmata. Masing-masing tak tertahan untuk meluahkan sebak didada. Tok Mat cuba menenteramkan Abah dengan kata-kata yang baik.
Abah tidak lama berada disisi jenazah nenek. Sebaik saja mayat dimasukkan kedalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung abah untuk dibawa kedalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan keluarga Tok Mat di Segambut. Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan... Aku memandu sendiri ditemani Suhaib ke Segambut. Abah telah lama tiba disana dan beliau dibenarkan keluar dari Van untuk sama-sama membantu pengkebumian itu. Kesemua polis berpakaian biasa turut berada dikawasan sekitar lahad yang digali untuk menyimpan tubuh arwah nenek.
Aku menunggu hingga segalanya selesai termasuk bacaan doa talkin. Kemudian Tok Mat dan anak-anak bergilir-gilir menyiram air mawar dipusara nenek. Sebaik saja siap siraman terakhir, Abah diberi masa beberapa minit untuk bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara yang hadir di tanah perkuburan itu... termasuk aku dan Suhaib. Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya... pegangan itu terlepas dan bila kepala ku angkat, beliau telah berada beberapa meter jaraknya dariku , berjalan pantas di kerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul dihadapan kawasan perkuburan...
Selepas itu, aku tidak tahu dimana Abah berada... adakah beliau masih bermalam di salah satu balai polis di Kula Lumpur ini, atau pun terus dibawa pulang ke Kem Kamunting...
Yang jelasnya, kerinduan, cinta dan kasih sayang dari seorang ibu seperti nenek, yang telah dipisahkan dengan anaknya tanpa perikemanusiaan oleh akta Zalim ISA ini... akhirnya dibawa bersama ke liang lahad...
Al Fatihah...
*ralat (pembetulan)
Sumber - Merah Hitam - Penulis Blog Merah Hitam adalah isteri dan bukannya anak kepada Saudara Mat Sah seperti yang dijelaskan sebelumnya, mangsa tahanan ISA yang setakat hari ini telah masuk 8 tahun penahannya dibawah akta zalim ini.
*ralat (pembetulan)
Sumber - Merah Hitam - Penulis Blog Merah Hitam adalah isteri dan bukannya anak kepada Saudara Mat Sah seperti yang dijelaskan sebelumnya, mangsa tahanan ISA yang setakat hari ini telah masuk 8 tahun penahannya dibawah akta zalim ini.
Firman ALLAH S.W.T:
ReplyDeleteWahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)
Penulis Merah Hitam bukan anak Mat Sah, tetapi isteri beliau.
ReplyDeleteSemoga mereka yang terlibat diberi pembalasan yang setimpal.
ReplyDeletesetiap perjuangan ada cabaran dan dugaannya, hanya Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Menghakimi
ReplyDeleteTakziah...
ReplyDeleteI.S.A kejam......
~tekon~
Meraka Yang Zalim tak akan kekal lama!!!!
ReplyDeleteYa ALLAH ya Tuhanku, ALLAHUAKBAR!!! ALLAH yg MAHA BESAR...
ReplyDeleteair mata aku hampir menitis bila mendengar kisah ini... inilah dia yg dinamakan perjuangan, airmata, darah dan nyawa menjadi taruhan...
Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku dalam menentang kezaliman ini Ya ALLAH!!! berikan kemenangan kepada pejuang2 agamaMU YA ALLAH!!!
air mata aku pernah menitis tatkala mendengar khutbah jumaat yg disampaikan oleh Tn Ibrahim Tn Man, beberapa hari sebelum pru12. rata2 makmum turut menitiskan airmata...
ayuh rakan2 sama2 kita berjuang dalam menegakkan agama ALLAH, kalau kita penat tok2 guru beribu2 kali penat menyebarkan agama ALLAH!!!
wassalam...
aduss..sebak......
ReplyDeleteMEREKA YG MELAKUKANNYA DAN MEREKA YG BERSETUJU DENGANNYA SUDAH DISEDIAKAN TEMPATNYA DIDALAM NERAKA BAHKAN SEMASA DIDUNIA LAGI MEREKA AKAN DIAZAB OLEH ALLAH DENGAN BERBAGAI CARA YG PEDIH
ReplyDeleteKITA TIDAK BERDAYA MELAINKAN DGN PERTOLONGAN ALLAH.BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA MEREKA YG DIZALIMI BAHAWA SYURGA SEDANG MENANTI BUAT MEREKA...
apa la punya bahlol dan zalim, zalim, zalim ISA, 8 tahun menahan orang tanpa bicara!!! Kalau salah seseorang tu bicarakan, jangan menahan Ikut Suka Aku jerrr. Ya Allah berilah kekuatan kepada keluarga Mat Sah, dan berikan balasan yang setimpal pada mereka yang tiada hati perut menggunakan hukuman sesuka hati jaaa
ReplyDeletepuak2 umno yahudi...jawablah kome di alam kubur nanti ttg menzalimi org2 islam. mrk yg dizalimi x di beri peluang untuk membela diri....ingatlah pemimpin yahudi laknat umno...seksa Allah terlalu pedih. kepada para penyokong umno yg memberi undi juga akan bertanggung jawab dan bersedialah kome dengan Allah tuan punya dunia.
ReplyDeletedunia2....
ReplyDeleteantara perkara yang paling aku meluat dengan UMNO dan BN bukan pasal rasuah. tapi pasal ISA. kesian tengok keluarga yang kena ISA. aku dah kena dengan ISA mana tak aku tak tahu. jahanam BN
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga saudara.al-fatihah!
ReplyDeletesesungguhnya berbuat baiklah kamu semoga kamu tidak di tahan di ISA.
Posting yang paling sedih kat blog ni so far. Al fathihah
ReplyDelete~Penang Mali
jangan main sentimen cerita sedih la... tu taktik lama la... anwar dulu pun main tektik sama gak, bunuh mak yaa untuk tarik simpati rakyat.
ReplyDeleteAkta penjajah yang masih di gunapakai oleh waris penjajah umno..ingat penjajah british ..ingat umno..umno adalah penjajah melayu abad ini..jika anda tidak mahu di jajah ..kuburkan umno selama lamanya..ingat !!!! umno adalah penjajah bangsa melayu abad ini.
ReplyDeletesalam semua!!!!
ReplyDeletetuNGOK langti tak komen ke? kenapa? oooOOO lupe tuNGOKlangit sayang ISA... hampeh ISA kojam mengalahkan chinpeng... sajo je bakaq line
Pada hari kejadian ni Najib mungkin tengah gembira menjamu selera yang sedap2 bersama isteri dan anak2 di mahligai perdana, pemimpin2 UMNO lain mungkin sedang menghayun kayu golf sambil ketawa riang. KEJAMNYA ISA......BICARAKAN MAT SAH DI MAHKAMAH
ReplyDeleteBRO, AKU PUN SEDIH GAK, TAPI INI TAKTIK LAMA, INI NAMANYA TAKTIK DRAMA TAMIL!
ReplyDeleteSENTIMEN BRO, IT IS SO LAME....COME ON JANGAN JADIKAN POLITIK TANAHAIR MACAM AF BRO!
TAKZIAH BUAT KELUARGA YANG KEHILANGAN! AL FATIHAH!
Ini bukan masalah taktik, tapi kenyataan. Allah akan membalas terhadap org-org yang zalim, lebih-lebih lagi dengan saudara seIslam...takbir!
ReplyDelete