PM Najib Razak dari 1 April 2009 - ???
PM Abdullah Badawi Oktober 2003 - 2009
PM Mahathir tahun bersara pada Oktober 2003.
(Sidang akhbar bersama DMPP di bangunan PAS, Jalan Raja Laut.)
Dalam sidang akhbar itu, saya terpaksa nyatakan kisah benar ini iaitu Mat Sah Bin Mohd Satray ditahan pada 18 April 2002, ketika pemerintahn PM Mahathir. Penahanan itu berterusan hinggalah Abdullah Badawi@Pak Lah menjadi PM...
Ketika Pak lah memulakan tugas barunya sebagai PM, rakyat Malaysia semuanya berharap beliau akan membebaskan tahanan ISA yang berjumlah lebih 100 orang ketika itu. Namun, Mat Sah@Abah Suhaib tidak tersenarai dikalangan mereka yang dibebaskan.
Kemudian, bila Najib menjadi PM, beliau telah dua kali membebaskan sejumlah tahanan ISA, tetapi amat malang sekali... Abah Suhaib masih belum layak untuk disenaraikan dikalangan mereka yang sepatutnya bebas!!!

Jelas terbukti, walaupun Perdana Menteri silih berganti, namun sikap mereka tetap sama... iaitu kurang rasa perihatin dan perikemanusiaan terhadap nasib rakyat... padahal ketiga-tiga Perdana Menteri itu dari bangsa Melayu dan berugama Islam.
Ketiga-tiga PM itu tetap mempertahankan ISA yang masih menzalimi kami sekeluarga... Bilakah semua ini akan berakhir ya........?
-Merah Hitam
Ketiga-tiga PM itu tetap mempertahankan ISA yang masih menzalimi kami sekeluarga... Bilakah semua ini akan berakhir ya........?
-Merah Hitam
Apa kesalahan dia?
ReplyDeletekalau ditahan ISA secara teorinya mana ada salah. Kalau ada salah dah lama masuk mahkamah. Dengar dulu nak pinda tapi tak pinda pun. Kerajaan patut hantar dulu pindaan pada parlimen baru umumkan di Media tapi umum dulu baru buat kerja. Dah tiba masanya kuasa tahanan ISA di bawah kuasa mahkamah bukan semata bawah Menteri. Kalau ada Prima Facie(ataupun kes yang hampir2 nak sampai Prima Facie) baru boleh tahan bawah ISA dan tahan mereka yang betul2 terlibat dalam keganasan bukan berunsur politik dan sebagainya. Aku memang tak berapa setuju kalau ISA dimansuhkan terus tapi kalau kerajaan nak hapuskan ISA aku tak bantah.
ReplyDeleteAku juga berasa kasihan kepada Mat Sah apabila membaca kematian ibunya haritu. Beliau dikatakan ditahan berikutan pembabitannya dalam Jemaah Islamiyah. Dengar khabarnya kerajaan melanjutkan penahanannya sehingga 2 tahun lagi. Mungkin ini dugaan yang terhebat bagi beliau.
ReplyDeleteWalaupun aku agak sedikit condong ke arah kerajaan, aku juga tidak bersetuju dengan beberapa kaedah ISA yang tidak selaras dengan hukum Islam. Iaitu menahan seseorang tanpa dibicarakan terlebih dahulu. Dan ditahan kepada satu tempoh yang tidak diketahui masanya.
Bagi aku ISA ini perlu sekiranya negara ini dalam keadaan darurat dan berperang, di mana ianya digunakan untuk menangkap pemberontak dan penjenayah perang yang boleh mengugat keselamatan negara, tetapi mereka juga harus dibicarakan selepas ditahan selaras dengan keadilan dan undang-undang yang ditegakkan.
Jangan biarkan orang yang ditahan tidak mengetahui akan nasibnya sampai bila dia akan ditahan.