Monday, June 22, 2009

Lupakan Sengketa,Rapatkan ukhuwah,Reputkan Umno-Malaysiakini

Dalam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak,Seluruh pimpinan PAS sepakat menguburkan sama sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan Umno/Bn.

Selesai masyuarat khas di pejabat agung PAS di ibu negara 6.55 petang tadi,Mursyidul Am PAS Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Presiden PAS Dato Sri Abdul Hadi Awang dan Timb.Presiden PAS ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata,PAS tidak lagi mahu terjerumus dalam tektik murahan Umno/Bn.

PAS dilihat menjadi permainan media arus perdana yang cuba melaga-lagakan antara Mursyidul am (Nik Aziz) dan Timbalan Presiden (Nasharudin) dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Namun Pakatan Rakyat hari ini mencapai satu keputusan tepat menolak sama sekali isu Kerajaan Perpaduan yang hangat diperdebatkan saban hari.

Dato Nik Aziz berkata dugaan ini tidak pernah melemahkan semangat setiakawan parti aliran islam itu,sebaliknya menguatkan lagi iltizam dan tekad PAS untuk melawan politik kotor Umno/Bn.

"Kami bersetuju sebulat suara bahawa polemik Kerajaan Perpaduan dihentikan serta merta" Tegas Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan itu.

Menyentuh kata dua kepada ustaz Nasharudin Mat Isa tempoh hari,Dato Nik Aziz menjawab,Isu antara beliau dan Timbalan presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok itu telah diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan dan keharmonian dengan menarik balik segala kenyataan terhadap Nasharudin.

Sumber:Anjung Info

BN?ada isu lagi dijaja di Manik Urai??ada.....Isu komunis nak balik kampong le....

18 comments:

  1. BN tak susah2 nak cari isu dalam pilihanraya. Lebih baik tumpu kerja jangan buat rakyat jadi huruhara. Kalau menang satu kerusi pun tidak ada makna di Manek Urai. Lebih baik tumpu kes Saiful. BN tak perlu bersusah2 nak tawan hati rakyat yang sudah diracuni oleh Al Juburi. Yang penting Al Juburi perlu diperhitungkan dulu maka longlailah Pakatan songsang

    ReplyDelete
  2. [[ Alhamdulillah..sekali lagi penulis manarik lafas lega disusuli kalimah memuji Tuhan yg Esa...seperti yg telah dinyatakan penulis sebelum ni, harapan dan doa penulis akhirnya dimakbulkan..

    Penulis ada menyatakan perihal ini disini, dgn tajuk "Mesyuarat ukhuwah - Alhamdulillah..inilah yang sebaiknya"....penulis postkan sebahagiannya disini..

    Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...

    Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..

    Teguran si ayah kpd si anak...

    Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

    Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..

    seterusnya boleh baca di sini ..

    Akhir kalam, semoga saf kepimpinan mengambil pengajaran dari episod duka ini..selain isu 'kerajaan perpaduan', kelemahan dlm berinteraksi (pertemuan, mesyuarat, meja rundingan, face to face dll) sesama barisan kepimpinan, adalah penyebab utama kepada berlangsungnya krisis dan sengketa yg agak mendebarkan ini..semoga Allah merahmati kita..

    wallahualam...]]

    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/happy-ending-nik-aziz-tarik-balik-minta.html

    ReplyDelete
  3. isu baru UMNO nak perangi along pulak....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,

    Syukur akhirnya hal yang memeningkan kepala kita ni dah selesai.
    Kita pun bukan suka sangat nak kritik orang, lebih lebih lagi pemimpin pas yang kita sangat sayangi.
    Tapi kerana kita lebih sayangkan Pas, terpaksa jugakla.

    Umno terpaksala bukak cerita itu bukan Ustaz Nasha yang sebenar,yang tulen ada di Pekan sekarang.....hahaha....

    Takziah apa apa pun untuk Umno.
    Memang hari yang malang untuk mereka.

    ReplyDelete
  5. SYUKUR ALHAMDULLILLAH KE HADRAT ALLAH TUHAN SEMESTAR ALAM YANG MEMBERIKAN TAUFIK HIDAYAH KEPADA PENDOKONG DAN PEJUANG ISLAM.
    MAKA KAMI AKAN JUGA MENGHENTIKAN SEGALA KRITIKAN PEDAS TERHADAP
    MEREKA YANG TERLIBAT DALAM MASALAH KERAJAAN PERPADUAN DAHULU,TAPI ITU TAK BERMAKNA KAMI TIDAK AKAN MENEGUR DAN TERUS MENGKRITIK DEMI KEBAIKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah....semoga dengan apa yg berlaku ini akan menguatkan lagi ikatan perpaduan dikalangan PR

    ReplyDelete
  7. BN PUTIH MATE LEEEE......WARGH WARGH WARGH....

    ReplyDelete
  8. pm najib dengan cool nya berkata bn tak ada effect apapun sebab idea kerajaan perpaduan ni pun dari pas sendiri...

    boleh la di kata...pas berak dan pas lahap taik tu dan pas sendiri bersorak menang...

    sewel!

    ReplyDelete
  9. Slm TP.
    orang BN ni tak dapat lari dari memfitnah DSAI, balik2 Aljuburi knp tak modal lain ke..?hei TopkAyah carilah modal lain nak buat kempen tu.

    ReplyDelete
  10. ada hikmah di sebalik semua ni... ikatan PR akan lebih kuat! amin

    ReplyDelete
  11. Dlm isu perpaduan ini, org yg paling cemas adlh para pemimpin PKR kerana apabila wujudnya perpaduan UMNO-PAS maka PKR akan terkubur.Begitu juga DAP yg akan hilang sokongan pengundi Melayu. Melayu PKR adlh serpihan org UMNO yg kecewa tak dpt projek dan jawatan.Kalau benar nak berjuang mengapa tak masuk PAS shj dan masuk PKR yg majoriti ahlinya adlh berbangsa India dan Cina (Tak percaya, semaklah dan hal ini dirahsiakan pemimpin Melayu PKR takut akan hilang sokongan).Kalau masuk PAS mereka ini sudah tentu tak akan dpt jawatan justeru PKR adlh wadah terbaik utk mendpt pangkat. Apakah perjuangan PKR yg sebenarnya? Saya masuk PKR sejak tahun 1999 dan keluar pada Disember 2008 setelah melihat byk kepincangan dalaman yg berlaku. Org yg ikhlas berjuang dahulu semakin dipingirkan oleh puak2 pemimpin bekasan UMNO ini. Mereka ini lbh gilakan jawatan dan projek.Sebab itulah pusat judi (kuda), rumah urut dan lain2 semakin bertambah byk di Selangor khasnya. Ada sebhg. drp. mereka ini menjd ahli majlis (PKR dan PAS) yg dibayar sebyk RM3,000 sebulan oleh taukeh2 judi. Tak percaya buatlah siasatan di Ampang, Serdang, Kajang, Subang, Sri Kembangan, Subang Jaya, PJ, Kelana Jaya juga di kawa. Hulu Selangor. Kita kini lbh banyak berpolitik drp mementingkan rakyat. Kebanyakan YB PKR semakin jarang turun padang. YB Sivarasa (Subang) nak nampak muka sebulan sekali di Subang pun susah dan kalau turun pun ke program kaum India. Jgn sembang pasal kesaksamaan lah dlm PKR kerana sebenarnya ia memang tak ada. Isu baling kerusi semasa mesyuarat adlh biasa cuma ia tidak dihebahkan, takut diketahui oleh puak2 UMNO (check mesy. PKR di Cabang Ampang....org2 PKR kini lebih selesa di coffee house, dangdut dan karaoke. Tak percaya pergilah ke sana dan lihatlah....hebat kita beretorik di depan rakyat kan!



    Abg. Mat
    X-PKR Ampang
    Dulu org kuat Sdra. Azmin

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..ini lah yang di namakan perpaduan..marah tok nik sebagai bapa yang marahkan anaknya yang sesekali nakal..rasanya dalam umeno gila tu ada ke perkara camni berlaku??hmm..silap2 kene c4 mau kot..hahaha..HANCUR2!!HANCUR UMNO!!! TAKBIRR!!!!

    ReplyDelete
  13. UMNO mati kutu idea UG tak menjadi...

    ReplyDelete
  14. isu komunis tak jadik...UG pon tak menjadik jugak...kah kah kah dah isu bodo, memang tak boleh blah

    ReplyDelete
  15. Tolak gelaran Dato' ................
    Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan......ramai orang/ahli PAS marah......sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno...

    Saya mendapat berita...... Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato' untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie......

    Ini bukan kali pertama rupa2nya....

    Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato' dari TYT Penang.....

    Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia...... negeri lain yang PAS perintah jangan harap...

    Walaupun sebenarnya ....itulah prinsip beliau kerana...Dato' tiada membawa apa2 makna di dunia ni.....beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ....kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari "Mardho Tillah....." bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang.....

    Bak kata Mat Toi juga......." semua dunia tu......."

    Prinsip pemimpin PAS lain......ha ha .....saya tahu

    ReplyDelete
  16. wahai. . saudaraku. . sedarlah. .
    parti org melayu dahulunya ada 2, PAS dan UMNO. sekarang dah jadi 3, PAS UMNO dan PKR. . . . ni semua kerja anwar. dah berpecah bang oiiiii. . . parti cina tetap 2 DAP dan MCA. taktik cina sekarang, disesebuah negeri kalau diorang x sokong DAP diorang ramai2 pergi MCA. suatu hari nanti klu diorang bergabung !!!! apamacam. . . satu persatu negeri di Malaysia ni dah diorg kongker. Perak dulu betul ke Nizar yg berkuasa. topeng la beb. korang bergaduh dan mengumpat la sesama sendiri lagi dan lagi sampai puas hati perut korg . . aku x faham la. ape jenis manusia la korg ni. apa yg penting ??? KERJASAMAAAAAA. . . . budak2 pun tau la. bikin malu la korg ni.. layar2 lah blog cendawan MALAYA. sekian - harap maaf - wslm.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?