Tuesday, June 30, 2009

Manek Urai: Kenali Calon Anda Fauzi Abdullah - malaysiakini

Kali ni aku malas nak pangkah calon UMNgOk... aku nak up calon PAS pulak dalam post ni. kenali calon Fauzi Abdullah, calon PAS mewakili Pakataan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Perniagaan - hampir 20 tahun menjalankan perniagaan memborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Seorang yang amat-amat cakna pada masyarakat sekeliling. amat mudah didekati kalau dalam kesusahan. bukan sedikit warga Kuala Krai yang pernah mendapat bantuan peribadi dari beliau baik dalam bentuk wang ringgit mahupun kebendaan. orang UMNgOk pun tahu dan mengakui hakikat ini.

"Sinis" - amat susah untuk bertemu beliau kalau korang ni jenis malas pergi ke Masjid sebab kebanyakan masa beliau dihabiskan dengan mendekatkan diri kepada Allah didalam Masjid PAS berhampiran dengan CIMB Bandar Kuala Krai. kalau nak jumpa dia cukup mudah, sembahyang 5 waktu sehari semalam di Masjid berkenaan dan korang akan nampak kelibat beliau bersama-sama jemaah-jemaah yang lain.

Tapi dalam musim kempen Pilihanraya ni aku tak jamin la dia ada dekat situ, cuba jenguk ke Masjid atau Surau-Surau lain, insya-Allah pasti ada (lepas ni KOMPOM Tuan Aziz pun jadi kaki mesjid ngan surau jugak..! hahaha...!!!).

Seorang yang amat merendah diri. kalau bersembang dengan beliau, amat-amat jaranng beliau meninggi suara, bila bercakap, mata beliau tidak akan terarah kelain melainkan kemuka orang yanng sedang bercakap dengan beliau. salah 1 faktor yang ada pada orang yang ikhlas bila berkata-kata.

Arwah bapa beliau (Al-Fatihah) adalah seorang penarik beca semasa hayatnya, amat dikenali kerana sifatnya yang suka berkhidmat kepada masyarakat setempat dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya. arwah bapanya dikenali di Kuala Krai sebagai "Pok Loh".

Ibu beliau juga adalah seorang peniaga (peraih) sayur-sayuran di Pasar Kuala Krai (id tidak dapat didedahkan atas permintaan) juga dikenali kerana sikapnya yang cakna dan suka membantu sesiapa sahaja yang dalam kesulitan.

Yang paling menarik bagi aku tentang calon yang ditonjolkan oleh PAS ini ialah beliau mempunyai sebuah Van persendirian yang diwakafkan sebagai Van Jenazah kepada penduduk Kuala Krai. sesiapa sahaja boleh menggunakan Van Jenazah tersebut jika mahu dan tiada bayaran dikenakan.

Calon UMNgOk pulak macam mana..?

11 comments:

  1. apa depa nak kata lagi bro TP.... hehehe paham2 sendiri ler.... cadangan ikhlas dari aku lebih moleklah calon UM_no tu tarik diri jelah..... usahlah dibiarkan parti anda di malukan buat kesekian kalinye.. kalau nak lawan jugak terserahlah.... seblm tu aku ucapkan sekalung takziah buat UM_no di Manek Urai....

    ReplyDelete
  2. Calon UMNO seorg PTD, gaji pokok lebih RM5k sebulan. Bini cikgu. Tgal di rumah papan yang disewa..pakai perdana cabuk..sebelum pakai iswara shj. Duit poket dia byk habis ko rakyat. Nok tau lg?...coming soon.

    ReplyDelete
  3. kuikuikui! penjual ikan

    ReplyDelete
  4. calon umno takdak harta??biar betul beb...kalo betul la kata ko make-budu,maka telah tercipta satu sejarah nih...boleh la tulis dalam buku sejarah tingkatan 3,wat lulus pmr nanti...

    orang melayu kalo nak jadi pemimpin bukan tgk pada harta,tgk la pada agama dia....nescaya kalo kuat agama,selamat dunia akhirat...

    ReplyDelete
  5. Klu tak percaya, sila ke Kg Rahmat, Kuala Krai (depan MRSM), tanya org kaat situ..mana rumah Tn Aziz. Mereka akan tunjukkan..

    ReplyDelete
  6. make_budu...tu bukan umah sewa... tu rumah peninggalan arwah isteri tuan_aziz...rumah pusaka...time raya saper2 sajer akan g beraya umah x kira pihak mana skali pun...bulan puasa dia banyak bg sumbangan kpd yg perlu terutamanya keperluan asas spt beras gula dan sebagainya...tu pun bantuan x kira kpd ahli UMNO atau PAS... x berkira punya org...

    ReplyDelete
  7. ops...arwah ibu kpd isteri....

    ReplyDelete
  8. dah tu... cerita pasal kena turun pangkat pasal bergaya lebih dari kemampuan... dan cerita suka mengunjungi siam, dan vietnam... cemana pulak tuh???
    sisi gelap dia ke???

    ReplyDelete
  9. xde plak aku dgr dia turun pangkat... naik pangkat adalah...

    ReplyDelete
  10. Sensasi Manek Urai http://dedahmanekurai.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Seperti yang telah diketahui ramai calon-calon yang bertanding untuk mewakili pihat BN dan PAS telahpun diumumkan. Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon BN dan tauke ikan tersohor Fauzi Abdullah mewakili PAS. Seperti juga yang telahpun diagak perang saraf terhadap kedua-dua calon ini telahpun bermula dalam dunia maya.


    Saya sendiri adalah anak jati Kuala Krai. Semasa meluangkan masa selama 4 hari di Manek Urai dua minggu yang lepas kedua-dua nama ini menjadi sebutan ramai sebagai calon yang paling layak mewakili parti masing-masing untuk bertanding.


    Fauzi Abdullah sendiri bagi saya adalah calon pilihan tepat PAS, penjual ikan tersohor yang sememangnya telahpun dikenali ramai. Tiada apa lagi yang saya boleh katakan mengenai Fauzi kerana jika saya menulis berdasarkan cakap-cakap orang tanpa sebarang bukti nyata, maka itu adalah fitnah belaka.


    Begitu juga dengan Tuan Aziz, telahpun ada kata-kata fitnah yang dilemparkan terhadap beliau seperti yang ditulis dalam laman webSatu Malaysia. Adakah fitnah ini dilemparkan berdasarkan bukti yang nyata. Satu yakin bahawa penulis yang melemparkan fitnah tersebut tidak sama sekali mengenali Tuan Aziz dengan lebih dekat.







    Fitnah 1:
    Tuan Aziz didakwa menyalahgunakan kuasanya dan terbabit dalam rasuah


    Ini adalah satu kenyataan yang "ambigious" bertujuan hanya untuk mengaburkan mata pembaca.




    Fitnah 2:
    Tuan Aziz hidup mewah melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB). Jawatan ini disandangnya sebelum dilantik menjadi pengurus di Kesedar


    Setahu saya Tuan Aziz hidup secara sederhana. Walaupun berjawatan sebagai CEO Kesedar, beliau hanya mempunyai rumah papan satu tingkat di Kuala Krai. Isteri beliau bertugas sebagai guru. Pasal kereta pula, beliau memandu Proton Perdana second hand dan isteri beliau memandu Perodua MyV.




    Fitnah 3:
    Beliau melakukan lawatan yang “meragukan” bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran


    Lawatan itu dilakukan secara rotation oleh pegawai-pegawai Kesedar selepas mencapai kejayaan memasarkan minyak masak di negara-negara Asean. Tuan Aziz sendiri tidak pernah mengikut serta dalam lawatan tersebut.




    Fitnah 4:
    Beliau menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai


    Keputusan akhir pemberian kontrak tersebut bukan terletak di tangan Tuan Aziz. Lagipun Tuan Aziz tidak perlu melobi untuk medapat sokongan semasa pertandingan jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Sokongan beliau pada peringkat akar umbi adalah padu. Lawan Tuan Aziz untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah juga kenalan rapat beliau, Salihin Ismail.
    Tambahan pula, dari sumber yang telahpun disahkan, Tuan Aziz juga meminta beberapa cawangan memilih lawannya Salihin sebagai calon Ketua Pemuda Bahagian supaya nanti Salihin cukup bilangan pencalonan. Maka tidak mungkin wujud aksi lobi-melobi seperti dinyatakan.




    Kesimpulan:


    Perlembagaan menuntut parti-parti yang bertanding supaya berlawan secara demokrasi. Tetapi tidak pula tertulis bahawa demi demokrasi parti-parti berlawan mestilah menabur fitnah untuk mewujudkan perasaan saling membenci. Tambahan pula teramatlah hina jika fitnah itu dilemparkan oleh pendokong-pendokong parti yang memperjuangkan agama Islam, kerana Islam tidak meminta umatnya saling membenci, tetapi saling menyayangi.


    Oleh kerana kedua-kedua calon tersebut adalah pilihan terbaik parti, maka sesiapa yang menang sememangnya akan membawa kebaikan kepada penduduk Manek Urai sendiri. Dengan itu tidak perlulah memfitnah atau menceritakan keaiban sesama manusia, sama ada dari pihak PAS. atau UMNO.

    anak kelantan yg cintakan kebenaran!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?