Tuesday, June 02, 2009

MSO Meroyan Menjelang Muktamar PAS Ke 55

Salam Sejahtera....

Nampaknya perlawanan idea, hujah dan buah fikiran masih berterusan di antara penulis/blogger politik cari makan MSO berhujah dengan blogger Kickdefella...

Kedua-dua mereka ni aku tak kenal pun, cuma aku ada baca dua tiga buah buku tulisan MSO dan ruangan blognya, manakala Kickdefella aku hanya baca blognya...

Hangpa mungkin tanya balik, yang aku dok sibuk apa hal... aku sibuk pasai MSO terlampau-lampau menghentam Dato' Husam, kalau ada sekali pun masalah peribadi mereka berdua, janganlah dihentam sebegitu rupa, dia sendiri sebut TGNA minta dia berhenti menghentam Dato' Husam, tapi dalam dia dok bercerita tu dia hentam lagi, apa jenis manusia ni...

Apa yang aku nampak MSO memang jenis manusia pendendam apabila kehendaknya tak kesampaian... hangpa perasaan atau tidak, memang dia dah buat persediaan terancang untuk menjatuhkan Husam, cuba hangpa klik dairymaya MSO dalam blognya, dah masuk siri 11 tajuk baju petak merah... ini pun satu dari usaha penulisannya untuk menjatuhkan Husam.

Sebagai penulis politik, MSO tak peduli apa dia tulis, yang penting dia nak glamour, dia nak terkenal, dengan cara itu blog dia sentiasa di kunjungi pembaca, mempunyai pengikut yang cukup tinggi sampai 371 pengikut, disamping itu buku-buku tulisan politik yang dia nak menjatuhkan seseorang itu laku terjual, memang itu punca dia cari rezeki.....

Sekarang MSO dah rasa terdesak, bila Kickdefella mengeluarkan bukti-bukti mengenai kes projek kambing jamnapari. Pandai pulak mengaku dia tak terlibat, mana ada nama dia sama kat dokumen-dokumen tu, cittt... macam bebudak darjah 1 punya jawapan... hangpa baca blog dia tu hangpa sendiri fikirla... standard MSO yang dah nak hampir terjerat diri sendiri.

Kemudian si MSO ni buat pengakuan yang si Mohd Amin tu bukan kenalan dia... dia kenal Mohd Amin sama dengan kenal Husam, satu lagi cakap yang sukar untuk di percayai... Kalau dah baru saja kenal Mohd Amin kenapa sehingga sekarang dendamnya kepada Husam, cuba hangpa bayangkan... kira hebatlah MSO ni... seorang yang begitu pengasih kepada orang yang teraniaya macam Mohd Amin... walaupun sebelum tu dia tak pernah kenal...

MSO sebelum ini ia sangat berbangga kerana dia ada menulis mengenai ramalannya Anuar akan jatuh dalam era Mahathir seketika dulu, kebetulan dengan izin Allah S.W.T maka berlaku betul kejadian tersebut, itu yang aku selalu baca apa yang ditulis dan diulang-ulangnya... yang mana dia juga meramalkan dengan ini tulisan-tulisannya akan menjatuhkan pula Dato' Husam...

Oiii... jangan takbur sangat... itu semua kerja Allah, kalau dah tertulis yang Dato' Husam akan menggantikan Ustaz Nasa sebagai presiden, tak ada sesiapa yang boleh menghalangnya... itu semua kerja Allah, kalau niat Dato' Husam ikhlas nak memperjuangkan Islam, nak menjatuhkan UMNO laknatullah, Insya-Allah Dato' Husam akan menang pada pemilihan muktamar nanti. Yakinlah... perwakilan yang memilih hanya sebagai sebab sahaja, yang nak memenangkan itu semua kerja Allah.

Sumber - Manjung Mari

7 comments:

  1. Hangpa nak tau dak
    taraf MSO sekarang sama dengan Jawa sorang di Selangor..taraf dah sama dengan Khir Toyo...merapu meraban tak abis22

    ReplyDelete
  2. perisik rakyat kaki pit
    kutip derma utk beli ganja

    ReplyDelete
  3. Anonymous said...
    perisik rakyat kaki pit
    kutip derma utk beli ganja

    ==nak kena siasat gak ni==

    ReplyDelete
  4. Woi anon..

    Ko g siasat sapa kontraktor yang wat Stadium Sultan Mizan kat Terengganu tu? Buat untuk SUKMA 2008, Jun 2009 dah runtuh..

    Juta-juta 2 duit rakyat habis..

    ReplyDelete
  5. anon kat atas tu dah pening hisap pit..hahaha..sampai ternyayuk kata TP yang hisap pit..

    ReplyDelete
  6. betul tu..studium dah runtuh tak sampai setahun, pergilah siasat anon hoiii..

    ReplyDelete
  7. anonymous yang isap pit tu ketagih sangat ker? Setiap kali komen takde benda lain selain dari isap pit apparaaa !!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?