Wednesday, June 03, 2009

Muktamar 55: UMNgok Gembira Jika Husam-Mat Sabu Pecah Undi - malaysiakini

Gua kurang setuju dengan saranan Malaysiawaves baru2 ni dalam http://www.malaysiawaves.com/2009/05/kalau-tak-suka-husam-undilah-mat-sabu.html

Bukan apa, pertandingan jawatan TP ni adalah 3 penjuru. Kalau perwakilan ikut nasihat Malaysiawaves, gua bimbang akan menyebabkan pecah undi plak diantara mat sabu ngan husam. Sebab gua yakin Nasa pasti dah ada undi solid dari perwakilan yg menyokong dia.

Ok, katakan la Nasa dapat undi 40 %, tapi kalau Husam ngan Mat Sabu split jadi 30% - 30%, maknanya Nasa la boleh menang. Gua tak sanggup tengok benda ni berlaku.

Pandangan gua, sekarang ni pwakilan kena letak mindset "straight-fight" antara watak protagonis (Husam) vs antagonis (Nasa).

Hujah aku kenapa Husam perlu diutamakan berbanding Mat Sabu ialah :

1) Husam adalah calon yg paling teruk diserang oleh media2 UMNO-BN, manakala Mat Sabu sangat kurang mendapat liputan. Ini menunjukkan bahawa jika Husam menang, ia akan memberi KERUGIAN BESAR kepada mereka, manakala jika Mat Sabu menang, mereka tidak terasa TERANCAM sangat.

2) Husam merupakan anak didik TGNA selama hampir 20 tahun. TGNA telah mentarbiyah dan mempersiapkan Husam sebagai aset penting PAS di peringkat negeri dan nasional. Husam pernah menjadi ahli parlimen yg digeruni kerajaan, sehinggakan Mahafiraun dan daim pernah menawarkan jawatan dan tawaran berjuta2 ringgit untuk memancing Husam masuk UMNO-BN. Tarbiyah TGNA terhadap beliau telah menyaksikan Husam menolak kesemuanya.

3) Husam telah membuktikan keupayaannya dalam pentadbiran dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan program2 yg bersifat serampang banyak mata, iaitu turut sama mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap praktikaliti Islam dalam menyelesaikan masalah umat. Husam merupakan arkitek penting yg memperkukuhkan kembali kemenangan PAS di kelantan melalui pelaksanaan program2 pembangunan rakyat kelantan.

4) Husam sering mendahului dari aspek penyelesaian masalah. Lihat saja isu Perak, bagaimana Husam telah mengambil inisiatif bertemu dengan musuh dan berjaya menyatukan pandangan komponen2 BN supaya DUN Perak dibubarkan, sebagai suatu bentuk internal force kepada UMNO. Husam memang level pemikir yg wajar diletak ke timb pres untuk membantu hadi dengan berkesan

5) Semua tuduhan terhadap Husam TIDAK PERNAH dapat dibuktikan oleh pemfitnah2. Malah Husam telah berjaya melalui zaman pentadbiran Kelantan tanpa melakukan sebarang penyelewengan. Segala tuduhan liar yg dilemparkan, telah berjaya dibuktikan sebagai TIDAK BENAR.

Gua sayangkan Mat Sabu. Tapi gua lebih sayangkan parti. Sebab tu, bagi gua, kalau pwakilan BENAR2 nak angkat parti dan membawanya JAUH ke depan, pwakilan WAJIB memilih calon yang PALING TEPAT, iaitu Husam. Sebab dengan naiknya Husam, akan mempercepatkan proses pengebumian UMNO-BN.

Perwakilan perlu sedar bahawa pemilihan kali ini berbeza dengan pemilihan sebelum2 ini. Ia bukan berlegar di sekitar organisasi PAS semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan soal memilih kepimpinan negara menjelang PRU-13. Seandainya PR berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan, maka kepimpinan parti yg dipilih dalam muktamar kali ini perlu bersedia untuk memimpin kerajaan. Maka, pwakilan perlu memastikan kabinet PAS kali ini dibarisi oleh pimpinan2 "government-in-waiting" bersama rakan2 PR, yg bersedia untuk menjadi pemimpin rakyat berbilang kaum kelak.

Sekarang masanya utk membuat PILIHAN TEPAT.

Keraguan2 yg ditimbulkan terhadap Husam TIDAK PERNAH DAPAT dibuktikan. Maka, UNDI SOLID wajib diberi kepada Husam. Mat Sabu harus memberi laluan kepada Husam kerana lu org berdua mempunyai fikrah yg sama, iaitu pro-PR.

Jangan pecahkan undi. Kerana jika undi pecah antara Husam dan Mat Sabu, Nasa akan tersenyum gembira. Buat lah pilihan yg tepat dan solid. Undi solid kepada Husam lah yang akan memenangkannya terhadap Nasa. Ini soal halatuju PAS. Sama ada condong kepada UMNO-BN atau condong kepada PR.

Jika mahukan PR mengkafankan SEGERA kabilah UMNO-BN, pilih lah Husam Musa.

Gua tak sanggup tengok Husam dan Mat Sabu masing2 dapat undi 30%.

Jangan kecewakan rakyat Malaysia.

Sumber - KEPALA OTAK BERJAMBUL

9 comments:

  1. Bagi aku elok Bang Mat Sabu kedepan...lagipun dia orang Senior dlm PAS...Husam masih ada masa lagi selepas ini...Dari segi gerak kerja boleh dikatakan semua ada tanggungjawab masing2...

    ReplyDelete
  2. mat sabu hang nak pilih sebagai timbalan presiden? dah gila per? apa kelulusan mat sabu? itm pun kantoi dulu, lepas tu tak berusaha utk sambung belajar.

    jadi timbalan presiden ber, bukan ajk, perlu ada academic qualification yang basic setidak-tidaknya ijazah.

    tapi jgn cari yang tinggi sgt academic qualification sampaikan terlupa akar umni mcm ust nasha.

    so pilihan terbaik ialah husam. pemegang ijazah sarjana muda ekonomi, universiti malaya. berperibadi baik. kemampuan mentadbir dan mengurus kelantan. menjadi naib presiden parti sblm ini. boleh berpidato, dicemburui musuh.

    ReplyDelete
  3. salam,

    secara peribadi, husam adalah pilihan terbaek dalam situasi politik sekarang. naiknya nasha sebagai timb presiden maka si umno akan bersorak gempita.

    ReplyDelete
  4. baguslah semua org buat fitnah kat ustaz nasha..ni mesti pejuang Anwar Ibrahim..kalau korang semua masuk PKR kan bagus..boleh undi husam jadi timb. pres.

    ReplyDelete
  5. WAJIB pilih HUSAM kerana dia CALON YANG TEPAT UNTUK JAWATAN TIMB. PRES

    ReplyDelete
  6. Bersungguh benar blog ni mempromotekan Husam sampai sanggup menjatuhkan calon Timb Presiden PAS yang lain?

    Hmmm....(geleng kepala)

    ReplyDelete
  7. hahaha umngok....sibuk plak Pas punya pemilihan....pegi betulkan pemilihan sendiri dulu yang penuh dengan rasuah dan money money money

    ReplyDelete
  8. agaknyer, betul ler yg digembar gemburkan oleh media UMNngok, Husam ni anak didik DSAI..blog ni pun asyik kempen husam jerr. rasanya dulu PAS x pernah ada cara macam ni, kempen,promote lbh2 kat calon...
    Bahaya dah PAS skrg,adanya 'musuh dlm selimut',yg berpaksikan kpd DSAI, bukan memperjuangkan agama lg agendanyer..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?