Thursday, June 04, 2009

Santai: Berita Pagi Dari Awang Terselamat

Utusan Meloya, 4 Jun 2009

Selepas ulasan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said semalam berkenaan dengan keruntuhan stadium yang baru mencapai usia satu tahun dan masih belum putus susu ibu, ADUN Idris Yusof Mahboob, ahli DUN berhampiran, dengan segera telah mengeluarkan tender beli besi buruk stadium kepada mereka yang berkelayakan.

Belum pun soal tender dikeluarkan dengan rasmi, anak menakan, sepupu belah Deris Gergasi Merah Putih, mak saudara serta mak mertua ADUN tersebut kelihatan mengambil borang tender dari pejabat negeri.

Secara kebetulan, harga besi buruk semakin meningkat ekoran dari kenaikan harga minyak. Pengusaha besi buruk yang lain terpinga-pinga apabila diberitahu yang borang tender telah habis dijual dan tiada lagi tender yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Namun, pengusaha tender dinasihati menunggu pada masa yang akan datang kerana limpahan besi buruk bakal bersepai dari struktur Bangunan Kolam Renang serta Lapangan Terbang Terengganu yang baru. Ura-ura mengatakan kedua-dua tempat ini bakal menjadi sasaran pemungut besi buruk.

Mengulas kejadian tempoh hari, adalah dipercayai Gergasi Deris Merah Putih telah merancang menggunakan sokongan gergasi lain untuk menewaskan Autaman, akan tetapi memandangkan tender lumayan besi buruk yang bertan-tan beratnya serta $$, niat tersebut terpaksa ditunda.

Rakyat sekali lagi dinasihati membaca surat khabar tempatan yang dikuasai parti pemerintah dan jangan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan parti Komunis atau Pembangkang dalam internet, sunggupun Menteri Perdana sedang melawat negeri Tiong Hua.

Sekian dilaporkan,
Awang Terselamat

Topeng Perak® Unmasked - mekasih kepada wartawan kami Awang Terselamat atas laporan dipagi yang hening ini. harap ada laporan seterusnya setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?