Nampaknya, suara rasmi UMNO, Utusan Malaysia sedang berkempen lagi untuk calon idaman kalbu UMNO dan BN.
Artikel terbaru pengarang Utusan, Zulkiflee Bakar bertajuk ”Menilai Hujah Husam” mendedahkan kepada kita betapa bencinya Utusan Malaysia kepada Husam Musa.
Jelaslah, bahwa satu-satunya calon yang dibenci dan ditakuti oleh UMNO/Utusan Malaysia adalah Husam Musa. Jelas juga, bahawa UMNO amat takut calon idaman hati mereka kalah dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden mereka.
Zulkiflee Bakar juga menulis:
” Sebenarnya Husam terlupa bahawa kelompok yang benar-benar membenci UMNO sehingga tidak boleh duduk semeja berbincang ialah PKR bukan Pas, ini kerana PKR ditubuhkan atas dasar dendam dan benci akibat apa yang berlaku kepada Anwar. Oleh itu dengan hujah Husam tersebut apakah ia bermakna beliau sendiripun sudah terpengaruh dengan politik sempit yang dibawa oleh PKR? Hanya Allah Maha Mengetahui”
Ia mengesahkan bahawa UMNO tidak mahu Husam menjadi Timbalan Presiden kerana tidak mahu usaha membawa PAS kepada UMNO ini dihentikan.
Zulkiflee Bakar juga menampakkan kebodohan dan ketonggongan beliau berkenaan dengan PAS. Hakikatnya, kuasa atau faktor yang menyebabkan PAS tidak mahu langsung merapati UMNO sekarang ini adalah faktor Tok Guru Nik Aziz dan tiada kena mengena dengan Anwar Ibrahim.
Kalau sayang sangat Utusan Malaysia dan UMNO kepada ulama, maka pergilah memohon maaf kepada keluarga dan balu Ustaz Ibrahim Libya yang kamu telah bunuh dan fitnah selama ini.
Jangan bersandiwara dan berdondang sayang kononnya kamu sayangkan ulama dan kamu sayangkan Islam. Kata-kata kamu hanya dusta semata-mata.
Hakikatnya UMNO adalah hamba kepada tokeh2 judi dan arak di Malaysia ini.
Untuk membaca lagi berkenaan dengan dosa-dosa UMNO kepada PAS sila klik:
http://kickdefella.wordpress.com/2009/05/31/menjawab-rencana-zulkiflee-bakar-mingguan-malaysia/
Disenaraikan bukti betapa Kelantan ditindas oleh Kerajaan Pusat selama ini adalah atas desakan pimpinan2 UMNO Kelantan semata-mata.
Tolonglah para perwakilan semua. Kalau tak suka kat Husam Musa pun, undilah Abg Mat SAbu. Janganlah undi calon yang mahu merapatkan hubungan dengan mereka yang telah membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan memfitnah beliau.
Sayanglah PAS dan sayanglah Islam. Janganlah beri peluang UMNO menghancurkan Islam sebegini rupa.
Inilah tahap kebijaksanaan orang melayu sebegini..fikir-fikirlah sedikit...ini zaman persaingan..sekira kita tiada daya saing ynag baik maka pudarlah kewibawaan kita dan melayu mungkin akan hilang di dunia! banyak sangat duit rakyat dibolos oleh orag kita sendiri
ReplyDeleteJgn takut bro!
ReplyDeleteSkrg ni aku dah tau duduk perkara yg sebenarnya. Aku dah baca dan faham dari 2 3 dan 4 belah pihak. Semoga allah bersama org yg benar. Walaupun aku x mengundi, semoga berjaya! Kulil hakki walu kana murro! Hati dan fikiran aku nak semua pihak bersatu dlm jamaah tp masalahnya, ada puak2 yg mmg xnak kita bersatu dlm PAS dan membawa fahaman yg berbeza. Dibelakang mereka juga terdapat opportunis yg sanggup menghunuskan senjata pena yg sanggup menikam pendekar yg menghalang ditengah jalan tapi sayang, bangkai gajah manakan boleh disorok. Wallahu A'lam! Bagi mereka yg belum faham kisah, sila dapatkan maklumat dan sumber dari mereka2 yg terlibat. Baru senang dan lapang fikiran. Jgn main terjah dan komen tanpa usul periksa walau untuk kebaikan. Semoga pihak yg dianiaya berjaya! Aku taknak dituduh pelobi nanti tp sendiri mau ingatle!
Biar kalah menyatakan kebenaran dari menang membawa kebathilan. Wallahu A'lam!
elok lah pilih husam atau bang sabu ,,,,,masaalh nya aku bukan ahli pas,,, sama lah macam org yg menulis menghentam husam tu,, tak ahli pas pun ha ha ha ha !!
ReplyDeleteBila musuh menyukai kita maka ada satu yang tak kena.Kata kata Al maharhom Ustaz Fadzil Nor .Utusan hentam Hussam sebab mahu Naza menang tim Preseden PAS supaya ajinda tersembunyi dapat di laksanakan.Maka akan berjalanlan operasi divide and rule dalam PAS.Bila dok perati tegok issu ni rupa rupanya Bapa Divide and Rule" Master mind dia TM dah pun kembali ke lubok asalnya UMNO .Tak hairan lah main jarum untuk pecah perentah PAS.To TM sorry lah we know whose game is this.To you baby boy Naza for sure we will chop you out in this muktamar.Dont be surprise the most UMNO benci Mad Sabu will win the game and we will send him to hunt you every conner in this country.Orang yang paling sesuai untuk kita hantar bagi menghadapi serangan halus UMNO ni ialah Bang Mad sabu.Allah Huakbar!!!
ReplyDeleteperisik rakyat kaki fit
ReplyDeletekutip derma utk beli ganja
weyy...aku hensem x?..kalau hampa jumpa aku kat mana2 hampa jgn malu2 teqoq nooO..heheh
ReplyDeletekaki fit beli fit la weyy..mana ada beli ganja..podahhh...heheh
ReplyDelete