Bagaimanapun, saya fikir, ada juga yang boleh dikongsikan seperti berikut (kecuali ayat-ayat laporan dari saya, saya tidak edit email itu):
Email itu ialah mengenai Task Force 2010 ditubuhkan atas dasar mengembalikan kestabilan di Selatan Thai. Ia diketuai oleh seorang berpangkat Jeneral daripada Kor Risik yang dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri.sumber - ~penarik beca
Beliau adalah Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu.
Email itu menuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa telah terlibat dengan Task Force ini dan telah dua kali menguruskan pertemuan diantara Dato’ Wan Abu Bakar dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, menurut email itu, Tuan Guru dengan jelas tidak mahu terlibat dengan agenda Task Force 2010 tersebut.
Nasib baik, menurut email itu lagi, Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu membabitkan diri.
Ini kerana tidak lama kemudian, menurut email itu, agenda Task Force ini kemudiannya berubah kepada agenda perpaduan Melayu. Ianya mengalih isu Selatan Thai kepada isu menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi 'beyond 2010', menurut email itu. Tahun 2010 ialah tahun asal transisi kuasa antara Abdullah kepada Najib.
Email itu mendakwa, Task Force ini digembeling oleh Dato’ Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa untuk menganjurkan beberapa pertemuan di antara pemimpin tertinggi UMNO dengan beberapa pemimpin PAS. Akhirnya, Abdullah Badawi membuat pengakuan bahawa sedang ada rundingan antara kedua-dua parti tersebut.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin bagaimanapun berjaya membangkitkan keberanian terbuka ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO dan pemberontakan dalaman berlaku mengakibatkan Abdullah terpaksa berundur sebelum 2010.
Email itu menuduh "Task Force ini juga terlibat dengan mendedahkan maklumat-maklumat Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia yang bertujuan menjatuhkan Najib Razak. Antaranya ialah mendedahkan maklumat pembunuhan Altantunya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian kepada Raja Petra Kamaruddin".
Setelah ketiadaan Abdullah, dakwa email itu, ada usaha untuk mengekalkan semula Task Force ini. Pertemuan di antara wakil Task Force bersama Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi diadakan, dakwa email itu.
Bagaimanapun, dakwa email itu lagi, Najib Razak tidak berminat kerana dia tahu dan sedar apa yang telah dilakukan oleh Task Force ini ke atasnya. Namun akhirnya, dakwa email itu lagi, Najib lembut hati apabila nama Nasharudin Mat Isa dibangkitkan.
Email itu selanjutnya mendakwa, antara yang akan menjadi usaha terkininya ialah mengembalikan kegemilangan BN dengan membawa semula PAS ke dalamnya. Email itu seterusnya yakin Najib Razak akan menerimanya kerana ia akan meneruskan legasi ayahandanya.
Seterusnya email itu mengemukakan dua persoalan:
Apakah peranan Utusan Malaysia di dalam keprihatinan tiba-tiba terhadap PAS adalah sebahagian daripada agenda Task Force 2010?
Email itu mendakwa "Ya"
Siapakah Nasharuddin Mat Isa?
Email itu menjawab, tanya Dato Wan Abu Bakar.
Di bawah sekali tertulis seperti berikut:
Ikhlas,
Hassan
emm... artikel apa ni yek...
ReplyDeleteView Profile: Rantong™
kahkah kecian kt nasa.asyik kena hentam ja.tu la sapa suruh dok bromen ngan umno.mamat ni kita patot lelong ja..anam dirham anam dirham
ReplyDeleteTuan Guru Hj Hadi bertindak bijak enggan terlibat dengan TaskForce 2010.TaskForce 2010 adalh perangkap utk PAS sebenarnya.
ReplyDeleteUMNo mahu PAS terlibat secara langsung dengan kemelut diPatanni.Selepas itu mereka akan menuduh PAS memberi sokongan logistik dan material pada Gerila Pattani.Selpas itu PAS akan dituduh sebagai pertubuhan pengganas dan pemimpin pemimpinnya ditangkap
Perlu diingat,apa shj usaha yg melibatkan UMNO,pihak PAS perlu berhati hati.sebab ular akan mematuk bila kita cuai.
gerakan erdogan sial....xhbs nk jatuhkan golongan ulama..tambah2 lg dkt musim pemilihan...ternyata kebanyakkan penulis blog pakatan adlh golongan erdogan dan Pkr..penjilat jubur ALJUBURI
ReplyDeleteSalam Kepada Perisik Rakyat,
ReplyDeleteSaya nak tau apa matlamat saudara selain nak pecah belahkan PAS. Ya, walaupun ia sumber bukan dari saudara tapi saya nak tau kenapa Saudara siarkan juga. Saya tak tau erdogan ke, muqabalah ke yang saya tau PAS, PASlah. Tak da PAS - dot dot dot. PAS hanya PAS. Tolong kaji balik artikel. Saudara Erdogan ke, Muqabalah ke saya tak nak ambik tau. TAPI NAMPAK GAYANYA SAUDARA MACAM PENYEBAR FITNAH. Saya kagumi saudara kerana blog ini tapi jangan wat saya benci. KALAU BETUL UST NASA WAT MACAM TU, KITA USUL / CADANG PECAT DIA SEBAB MERBAHAYAKAN PARTI. TOOOLOOOONG HENTIKAN KERJA BANGANG NI........
DARI PEMUDA PAS PAHANG YANG SEJAK
PAS BERSAMA APU,
Firdauz.
aidilbalsus@yahoo.com
kah kah kah bila masa pulak joostring ni memperakui golongan ulamak dalam pas.... sebelum sebelum ni tak penah mengaku pon golongan ulamak ni....etibe pulak aih nak letak komen nyokong ulamak PAS...
ReplyDeletesudah laaa wei, lu kalau setakat nak pecah belahkan PAS, tak laku laa...
Semoga segala macam artikal akan mematangkan lagi para pejuang dalam kancah perjuangan dan jgn kita mudah melatah tanpa berfikir ...Dalam perjuangan apa2 boleh trejadi ..so berwaspadalah...Tak perlu emosional..ok
ReplyDeleteutk penyokong pas,
ReplyDeletejgn le terlampau naive dalam berpolitik. teman tak juga nak percaya nasa 100% seperti digambarkan. tapi jgn kita lupa amno mempunyai pakar perang saraf/SB utk infiltrate pas.
kalau ceruta pasala al maunah dulu teman haram tak percaya mereka begitu hebat pi mencuri senjata. melainkan mereka dibelak dgn info dan ditipu.
mcm nasa pun tak mustahil beliau ditipu amno. bukan susah nak menipu org yg mempunyai cita2 tinggi hehehehe
kalau nasa naik lagi tahun ni.. aku keluar pas.
ReplyDeletetu aku pasti.
bukan sebab pasal atikel ni saje.
Aku tak pandang dia belah mana, ulamak @ profesional, pro muqabalah @ pro PR (Erdogan). Juga aku tak terpengaruh dengan artikel ni. Kalau la aku boleh undi, aku tetap tolak Ust Nasaruddin Mat Isa. Dia langsung tak perform. Kita dah bagi dia peluang 2 penggal jadi Timbalan Presiden. Ramai lagi pemimpin2 PAS yang bagus2. Jadi pilihlah selain Ust Nasaruddin, pilih Husam @ Mat Sabu. Mereka berdua ni lagi kuat bekerja, bijak dan ada wawasan. Jangan kerana Ust Nasaruddin golongan ulamak, dia diharamkan untuk dijatuhkan. Kejatuhan dia boleh jadi pengajaran dan di masa depan dia boleh perbaiki mana yang lemah, jika cukup piawai, kita boleh lantik dia semula.
ReplyDelete