Sunday, July 19, 2009

Al-Fatihah: The Ancient Mariner Kembali Ke Rahmatullah...

Aku baru sahaja melayari blog ~penarik beca setelah tertarik dengan satu post bertajuk Al-Fatihah kepada The Ancient Mariner. sebaik selesai membaca post tersebut, terus aku melayar blog Capt. Yusof Ahmad - The Ancient Mariner.

Seterusnya aku cuba menghubungi blogger Duke The Whisperer tetapi panggilan aku tidak bersambut, aku hubungi pula sifu Unmasked iaitu zorro-unmasked untuk kepastian dan bro zorro-unmasked mengesahkan berita tersebut dan pada waktu ini, jenazah sedang dibawa ke Negeri-9 untuk dikebumikan disana.

Post terakhir beliau bertajuk Al-Fatihah merujuk kepada ibunya yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada 14hb. Julai, 2009 dan tak sangka pula akhirnya beliau mengikut langkah ibunya pulang kepangkuan yang Maha Esa tidak sampai seminggu selepas pemergian ibunya...

Begitulah kasih seorang anak dan janji Pencipta kepada kita. tidak kira bila saatnya dan dimana sahaja, ajal itu akan datang.

Aku tidak kenal secara mendalam blogger The Ancient Mariner yang nama betulnya ialah Yusof Ahmad tetapi blog beliau hampir setiap hari aku layari dan tulisan-tulisannya akhir-akhir ini banyak yang selalu aku baca kerana banyak yang berlaku disebalik skandal PKFZ dikupaskan menjelang hari akhirnya.

Hari ini ramai sahabat-sahabat blogger yang mengenali beliau bersedih diatas kehilangan beliau tetapi semangat beliau akan tetap berada didalam jiwa dan roh kami yang mengenali beliau...

Al-Fatihah untuk Kapten Yusof Ahmad... seorang blogger dan juga penegak keadilan

3 comments:

  1. takziah untuk keluarga allahyarham semoga tabah menghadapi hari-hari yang sukar begini.

    ReplyDelete
  2. terpikir jgk aku
    kalo harimau mati meninggalkan belangnye
    blogger mati meninggalkan blognye
    takziah untuk keluarga Allahyarham
    syukur kerana beliau turut menegakkan kebenaran

    ReplyDelete
  3. abe zali....
    abe zali tok ucak
    hok serupo ko,,,ko mendiang toeh...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?