Friday, July 31, 2009

Al-Fatihah...

Hari ini kita menerima 2 perkhabaran yang menyedihkan... 2 insan telah dijemput Allah... Al-Fatihah buat ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang YB Haji Hamdan yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini... itu masej yang diterima dari seorang sahabat...

Berita ke 2... adik kepada SetPol DS Nizar, Ustaz Misbahul Munir yang diberitakan tenat beberapa hari yang lepas juga telah kembali ke rahmatullah subuh tadi... Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kg.Sungai Tiang Darat, Selekoh hari ini...

Dari Allah kita datang... kepada Allah kita kembali... semoga roh keduanya dicucuri rahmat... Al-Fatihah untuk kedua jenazah dan takziah kepada seisi keluarga.

Berita kematian ADUN Permatang Pasir ini akan disusuli oleh 1 lagi pilihanraya kecil di Perrmatang Pasir menjadikan keseluruhan pilihanraya kecil yang telah diadakan di Parlimen Permatang Pauh adalah 3 semenjak selesai PRU-12.

10 comments:

  1. Daripada Allah kita datang dan kepadanya jugalah kita kembali.Kematian tidak mengira usia tua atau muda bila sampai masanya kita semua pasti kembali kepadanya.Kita hidup didunia hanyalah sementara.Takziah diucapkan ke atas pemergian Allahyarham Datuk Hj Hamdan kerahmatullah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Alfatihah..

    ReplyDelete
  2. Alfatihah....

    Musibah dari ALLAH akibat keceluparan mulut TNA yang suka menghina sesama islam. Akibatnya, menyusahkan Parti dan ini bakal mengecilkan wakil PAS dalam kerajaan negeri. Apa pun sama sama kita menguatkan barisan agar kita dapat mengekalkan kerusi ini lagi.

    ReplyDelete
  3. semoga PAS terus kekal di Permatang PAsir kalau tidak, habislah nasib orang ISLAM Pulau Pinang

    ReplyDelete
  4. bukan salah TNA apasal bangang nak mampus..dh sampai ajal.ko pun kalo dah sampai ajal salah TNa ke.memang tak ada otak.nama je islam.perangai cam haram jadah.

    ReplyDelete
  5. Bersiap sedialah kita utk menghadapi satu lagi PRK yang tidak dapat dielakkan ni..Pelajari kesilapan dan awasi taktik umno dari apa yang berlaku di prk manek urai dulu.Insyaallah,kerusi Dun ni akan dapat dikekalkan berdasarkan rekod baik Allahyarham sebagai wakil rakyat hingga dianugerahkan gelaran Datuk oleh YDP Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  6. ini DUN kasi org India PKR/DAP jd calon la.lu orang melayu sudah banyak kaya jd YB.ada baik kasi orang India juga.bagi PAS ka tapi mesti org India la.kita org Malaysia mesti kasi sama rata..Makkal Sakhti!

    ReplyDelete
  7. InshaALLAH,saya akan balik mengundi dun pmtg pasir,semuga pas terus mantap kuburkan amno.ini kali 7 aku mengundi semenjak umur 21 tahun.Kali ni aku nak tengok kj bagi umpan apa pulak utk org kg sekitar pengkalan tambang,kota,pmtg pasir,kg kepala bukit,kg petani,pmtg pauh ,pmtg janggus dan kawasan mesjid batu.biasanya org yg sering hadir majlis ilmu dia tak mau parti rasuah ni..so target depa suri rumah jenis2 ni ramai d pmtg ara..kg ni memang sedih,sebab suka takjub duit dan tak hadir majlis ilmu melingkar dlm rumah memanjang kurang jihad.Dekat simpang pmtg ara tu mesti amno buat jamuan makan,oh ya lupa utk info kau org ...amno ni jarang pi surau mesjid jamaah..kesian sungguh bila mati esok2..jangan tertipu umur yg muda..satu lagi kawasan amno balairaya kepala bukit tempat hj pirdaus hilang kasut semasa bertanding utk kempen lwn dr wan azizah dulu.

    ReplyDelete
  8. Nasib orang Islam lagi susah di bawah PAS, yang suka menyelewng hukum, menyesat kan akidah dan fatwa yang tidak sejajar dengan ajaran Islam sebenar. TIADA Pendukung Ajaran Syaitan, KEMENANGAN BUAT ISLAM. ALLAHUAKBAR...

    ReplyDelete
  9. Suruh BN angkat bendera putih sajalah. Pasal PRK membazir wang saja walau apa pun alasannya.

    ReplyDelete
  10. Timbullah pulak nanti ni citer si Minah Ronggeng dengan promosi Vcd episod kedua ni kat situ..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?