Pada 16/07, saya telah menerima sms mengenai kes kematian Beng Hock di pejabat MACC, saya tidak dapat mempercayainya dan telah medapatkan kesahihan berita tersebut melalui telefon... Pada petang 15/07, Beng Hock telah dibawa ke pejabat MACC untuk siasatan peruntukan ADUN Seri Kembangan, saya terfikir, ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk mengetahui "rahsiah" bagaimana mereka menjalani sesuatu siasatan dengan menemui Beng Hock selepas beliau dibebaskan.
Namum tidak sampai 24 jam, saya tidak berpeluang lagi untuk menemui Beng Hock.
Saya, begitu juga dengan orang ramai, tidak dapat menerima berita kematian Beng Hock dan timbul pelbagai pertanyaan mengenai bagaimana, mengapa, kenapa kematian Beng Hock.
Sebelum ini, Saya sering bertemu Beng Hock di aktiviti tempatan kerana beliau berkhidmat di Seri Kembangan (Penolong ADUN Seri Kembangan, Eun Yang), maka dengan adanya peluang itu, hubungan kita menjadi semakin rapat, mungkin faktor sebaya juga mendorong kepada itu. Beng Hock adalah remaja yang penuh dengan semangat, kenapa dia harus membunuh diri sedangkan dia telah bercadang untuk bertunang dengan teman wanitanya dan siasatan juga tidak tuju kepadanya.
Terdapat pelbagai soalan yang timbul dari kes ini dan saya tidak mahu berhurai panjang lagi kerana saya menggap media telah memberikan laporan yang lengkap mengenainya. Kes kematian ini adalah berlaku di Bangunan MACC dan masa beliau disiasat oleh MACC, maka bukan caranya untuk MACC menolak tanggungjawab tersebut dengan menjawab mereka "Tak Tahu".
MACC yang sering melaungkan kata pembaharuan, apakah usaha yang telah dilakukan mereka untuk mencapai matlamat ini?Alasan yang diberikannya dalam kes Beng Hock sudah cukup menunjukkan "usaha" mereka.
Bukan susah nak cari kes-kes di Malaysia, beberapa contoh disini, laporan kes kugan yang mati di lokap polis, kenapa laporannya penbedahan bertentangan antara 2 doktor? video lingam, apa kesudahannya? keruntuhan Stadium Terengganu, siapa yang perlu bertanggungjawab? kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang masih tidak diselesaikan? Laporan ketua audit negara?... Sekiranya salah satu daripada kes tersebut berlaku di negara lain, sudah pasti ia akan mengugat sesebuah kerajaan, tapi Malaysia, masih ada rakyat yang melihat isu ini tidak berkait dengan kehidupan harian mereka, dan mereka akan lupa selepas sesuatu masa.
Mereka yang tidak peka terhadap isu semasa inilah yang menyebabkan kes ini sering berulang di Malaysia, dan beberapa biji gula (hadiah) sudah memadai untuk mereka memaafkan/lupa kejadian ini.
Saya tidak dapat menghadiri upacara peringatan Beng Hock kerana berada diluar negara, saya cuma boleh menyeru supaya rakyat tidak sia-siakan pengorbanan seorang anak remaja ini. Pengorbanan ini sudah cukup dan kita tidak mahu satu lagi kes beng Hock daripada berlaku. Kepada Rakyat Malaysia, pekalah terhadap isu di sekitar anda, ubah penyakit mudah lupa itu, masyarakat kita perlukan satu pembaharuan.
Penulis SinChew Daily
Ling Guo Wen
http://opinions.sinchew-i.com/
tak ada bezanya.
ReplyDeletecuma berlainan individu...
individu yang mengambil kesempatan
atas kekojolan apek teoh untuk
kepentingan pihak tertentu.
harap lepas nih tiada lagi telahan
telahan liar yang di lontarkan
sehinggalah siasatan selesai.
otak singkat, dangkal dan bercampur bodoh betul geng2 PR ni ble menuduh sprm yg bunuh beng
ReplyDeleteKepada Jootspering
ReplyDeleteSaya amat mendoakan apa yang berlaku kepada mendiang Beng Hock tidak berlaku ke atas saudara terdekat atau kenalan Jootspring.
Saya berharap kematian Beng Hock adalah yang terakhir.
Memang andaikata, PR bodoh dan dangkal seperti dakwaan Jootspring, namun PR tidak mempunyai niat hati dan pemikiran sebusuk dan serendah tahap Jootstpring.
Sungguh memalukan kalau Jootspring dari pihak BN dan entah Jootspring pernah menerima pelajaran sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.
Sekian
Sape yang korban sape ni..
ReplyDeleteden dengar, ade kongsi gelap nak suruh beng hock bunuh diri, kalau tak sendiri mahu ingat la, dah bocor rahsia kat sprm..
ni politik yang melalak melolong..
logiknya, buat apa sprm nak bunuh beng hock, dia tu saksi utuma, la ni dah mati..
siapa yang bunuh,ronie liu ka??dengar kabar dia banyak kongsi gelap..
saja cilok ni dari utusan online
ReplyDeleteuntuk mengingatkan pencacai
penjilat pr :
SEPANG 21 Julai – Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan
mengingatkan mana-mana pihak
supaya tidak mencetuskan
ketegangan dengan memutarbelitkan
fakta kes Teoh Beng Hock, 30,
yang ditemui mati di Plaza
Masalam, Shah Alam, Khamis lalu.
Tegas beliau, pihak polis perlu
diberi peluang menyelesaikan
siasatan kes yang kini siap 60
peratus.
Salam TP..
ReplyDeleteSaya ni jarang2 komen kat kat blog ni..Tp saya selalu mengikuti blog ni..Tq TP atas maklumat2 yg berguna ni..
Utk zali dan yg seangkatan dngnya,sudah2 lah,rakyat malaysia bukannya NGOK seperti kau org,rakyat malaysia sudah dapat menilai yg mana benar dan yg mana salah..Dng komen Zali dan yg Seangkatan dngnya dlm blog2 Pakatan Rakyat,saya yakin dan percaya,lg cepat UMNO akan DIKUBURKAN..
Bg TP,teruskan usaha anda memberi info2 yg terkini dan sensasi ini..Semoga anda dilimpahi dng rahmat ALLAH dan mendpt keberkatan dariNYA..
sebagai pemerhati ..Utk Zali dan the geng ni ..banyakkan lagi comment anda disini ..dan ..comment anda lah yang mencepatkan UmNo and the geng akan tersungkur dan putus tali hayat...Kita yg berfikir waras dpt nilai lemahnya anda dlm politik sebenar @ putarbelit ...utk visitor layankan zali and the geng ..biarkan luncai dgn labu2nya
ReplyDeleteInfo seperti ini, memang tidak dipublish dalam media perdana... kalau setakat utusan melayu (meloya) online ke, berita harian (hairan) online ke, tv3 Suku ke, tv1 tv2 pencacai ke atau ape-ape je lah media pencacai UBN, tak menghairankan kalau setinggi langit pun kenyataan yang dibuat.... tetap PUTAR BELIT jak yang banyak... Biasaklah.... Yang bodohnya, pembaca yang percaya sepercaya percaya nye sampai putus urat nak bertekak mempercayai apa yang dibaca dari semua media perdana nie.... Rasa nak kiamat le kalau tak percaya dari laporan media perdana nie....
ReplyDelete