Thursday, July 23, 2009

Ceramah Pertama Chua Selepas Sertai PKR

Chua addressing the rally in Sungai Besar last night. — Picture by Choo Choy May (TMI)

Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng semalam menyampaikan ceramah pertamanya selepas keluar dari MCA di depan ratusan penyokong PKR di Kuala Selangor. Chua berkata keputusan meinggalkan parti berkenaan adalah satu tindakan yang tepat setelah melihat pelbagai propaganda yang dicetuskan oleh BN.

Katanya tempoh bersama BN selama 30 tahun banyak memberi pengalaman yang telah membuka mata beliau untuk berhijrah dari parti itu dan berhasrat untuk membawa 'harapan baru' kepada pentadbiran negara dengan menyertai PKR. Beliau berkata,
  • "Terdapat banyak sebab kenapa saya meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Sudah 30 tahun saya dalam MCA, menjadi anggota pentadbir termasuk memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan selama Sembilan tahun. Pada hujung hayat ini baru nak masuk parti pembangkang setelah saya melihat peristiwa yang berlaku di sini, pertamanya bermula dari isu Perak di mana BN telah merampas kuasa.
  • Terdapat satu media bertanyakan pendapat saya mengenai isu tersbut dan saya telah mencadang perlu adakan pilihan raya di Perak, tapi BN tidak setuju. Institut Persekutuan, PDRM, MACC dan lain-lain ini tugas sebenar adalah untuk menjaga hak rakyat Malaysia, tapi sebaliknya digunakan untuk mengancam rakyat kita. Ini merupakan hal kedua kenapa saya masuk ke PKR.
  • Hal ketiga adalah bagaimana BN nak buat dakwaan terhadap pemimpin PKR dengan membawa ke mahkamah secara selektif. Ini adalah satu cara untuk mendikriminasikan tokoh politik kita di pihak PKR. Kes sodomi DSAI juga memperlihatkan BN sengaja mewujdkan propaganda.
  • Parti MCA bukan sebahagian daripada konspirasi itu tapi dating satu parti iaitu UMNO yang telah menghumbankan beliau ke penjara selama enam tahun, kasihan kepada Datin Azizah dan juga anak-anak yang masih bersekolah. Setelah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, sekarang timbul pula sodomi yang kedua".
Chua yang juga Bekas menteri kesihatan ,turut melahirkan rasa bangga apabila 323 ahli MCA cawangan Sungai Besar di bawah kepimpinan Lim dan Goh, akan mengikut langkah beliau menyertai PKR. Menurut Chua penyertaan itu sedikit sebanyak mampu mengukuhkan parti PKR di kawasan berkenaan dan mengharapkan agar ahli MCA kawasan lain akan turut mengikut langkah tersebut. Beliau berkata,
  • "Jika nak satu kerajaan yang adil terhadap Negara yang terdiri daripada berbilang kaum, kita semua hendaklah memainkan peranan, kita perlu bekerja kuat untuk dirikan bendera PKR di Malaysia".
Dalam pada itu, Ketua Umum PKR, DSAI menyifatkan kemasukan Datuk Chua dan ahli MCA lain ke PKR adalah berpunca daripada hilangnya kepercayaan mereka terhadap kerajaan BN. Beliau dalam ceramahnya berkata, konspirasi BN itu telah menjadikan pemerintahan negara seperti zaman gila dan kacau bilau apabila yang salah dibela dan yang benar dihukum. Beliau berkata,
  • "Setelah pengalaman dalam kerajaan dilhat kacau bilau dan haru biru, keadaan sekarang tidak ada pilihan maka mengambil keputusan segera untuk membawa perubahan kepada Negara tercinta.
  • Dengan semangat itu telah membawa anak-anak muda MCA Taman Ria dan Taman Desa yang turut sama, kerana tahu bahawa BN dan UMNO di zaman kacau bilau dan tidak ikut amanah, rosak akhlak, pemimpin rasuah dan salah guna kuasa. Sama seperti pemerintahan di zaman gila.
  • Zaman gila ini apabila orang rasuah dianggap baik, orang zalim diangkat, orang yang nak menegakkan keadilan di humban ke penjara, orang yang nak perbetulkan keadaan di lempar jatuh mati".
Sementara itu kepimpinan MCA Kuala Selangor Goh The Seng dan Lim Chee Ho melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusannya menyertai PKR kerana yakin parti tersebut mampu untuk membawa 'harapan baru' kepada kawasan itu. Beliau berkata,
  • "Rasa gembira kerana akhirnya kita sedar di mana jalan ekspresi yang sepatutnya kita pilih menggalakkan ahli-ahli poltik kita dalam membantu rakyat. Harapan utama adalah untuk mengatasi masalah rakyat setempat terutamanya yang berkenaan dengan majls daerah selepas itu peringkat negeri dan nasional.
  • Sudah hampir empat tahun saya dalam MCA tapi pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mendapat tekanan daripada orang atasan, sekarang hanya bergantung kepada ahli-ahli untuk menwujudkan kekuatan. Tiada apa yang luar biasa, ada harapan yang lebih cerah untuk penduduk setempat di sini. Saya ambil sebagai contoh langkah yang telah di sebut oleh Datuk Chua".
(sumber TVA)

6 comments:

  1. harapan baru?

    ya...chua bakal menggantikan el
    juwuri sebagai no 1 dalam
    pkr...apabila el juwuri sambung
    belajar maksima 20 tahun plus
    sebatan sikit masa lagi.

    apapun chua...jalankan tugas
    dengan baik untuk bn semoga tak
    banyak rintangan semasa dalam
    tugas di pkr tu...

    oppsss...tersebut pulak.

    ReplyDelete
  2. bukanpencacaiangkatnajisJuly 23, 2009 at 8:34 AM

    butoh ko la zali...hahaha...

    ReplyDelete
  3. saya setuju sama latuk zali
    mana2 ketua pembangkang yg cuba menolong rakyat jelata kita cantas
    kita bn kan bykk duittt
    kitaa taburr jerr
    ikut jejak langkah bos kita KJ
    ALA KITA RASUAHH ORG PON TALAK HAL LA
    JANJI BN MENANG MAA
    KAKAKAK BOLOH PONYA LATUK ZALIIII

    ReplyDelete
  4. Saya sokong umno, hari tu kat manik urai dpt rm 1000 seronoknya.

    ReplyDelete
  5. kalo cam ni aku nk sokong umno gak laa..
    dapat rm 1000 banyak tuuu..

    jom zali kat mana ada umno show aku nk ikut ni..

    ReplyDelete
  6. Marhain Sabak BernamJuly 24, 2009 at 12:17 AM

    Masa yg sama di Sg.Besar, Pemuda UMNO juga ada buat program dan ceramah disampaikan oleh Ustaz Toharudin (mantan exco DPP PAS Pusat) dan Sdra. Budiman, KP UMNO Sg. Besar. Alhamdulillah, walapun dalam masa yg sama PKR dgn nama2 yg hebat iaitu si Anwar, Chua Jui Meng dan Bakhtiar (sebenarnya anwar turun nak lobi mamat ni jadi Ketua Cabang Sg.Besar) kehadiran 1,000 org lebih walaupn mereka tidaklah sehebat nama pembohong negara si anwar. Ceramah anwar yg dikatakan 3,000 org tu hanya dihadiri oleh dlm 1,500 org shj dan kebanyakannya adlh Apek2 Sabak Bernam...

    Kesimpulannya, org Melayu dah mula menyampah dgn si anwar pembohong besar ini! Harap maklum...

    Kenapa korang tak masukkan cerita ini..hahahhaha takut org tahu yg PKR dah mula ditolak rakyat Melayu kan kan!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?