"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Beliau diminta menjelaskan kenyataannya seperti dipetik Berita Harian semalam bahawa Perkasa dan NGO lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara."
"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya, seorang bekas tahanan akta itu sebanyak dua kali.
Tambahnya, GMI seharusnya menunggu tindakan lanjut kerajaan untuk menyemak akta kontroversi tersebut - seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengambilalih teraju kepemimpinan negara awal April lalu.
"Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara.
"Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini hari ini.
Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.
Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.
Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.
Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta Himpunan MANSUH bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pengliporlari - Jangan silap masuk kumpulan... Jangan tengok saje peta tu,pastikan warna baju kumpulan anda macam sukan sekolah... pada yang rabun warna sila dapatkan bantuan FRU atau
Polis berpakaian preman untuk tunjukkan jalan ke kumpulan masing-masing..!
Dianggarkan yang menyokong ISA akan hadir tak sampai 500 orang, cayelah!
ReplyDelete500 je. Kita tengok sapa yang Tumbang. Yes To ISA or GMI...
ReplyDeleteYES TO ISA. Hua... Hua.. Hua...
salam...saya rasa kita tak patut pandanfg remeh perkara ini.kita semua tahu yang sokong ISA mungkin tak ramai tapi kenapa mereka sanggup buat sama hari ngan kita..pasti ada sesuatu kerja sial yang di rancang...
ReplyDeletekorang tk tau ker...percayalah ckp aku, yg akan turun sokong isa nti geng FRU. Geng2 ni la yg akan buat huru hara nti
ReplyDeleteKalau ada satu kumpulan membantah kemudian muncul pula satu lagi kumpulan menyokong bermakna akan wujud satu pertembungan dua kumpulan yang berbeza slogannya ditambah pula dengan kegilaan FRU.
ReplyDeleteKedua-dua kumpulan ini ada alasannya sendiri. Dan rakyat satu Malaysia tidak boleh mengambil sikap "atas pagar" tetapi perlu berfikiran waras apabila memilih satu diantara dua.
Sebenarnya FRU bukan kumpulan yang boleh menakutkan kita yang ingin menyuarakan bantahan kepada kerajaan, tetapi yang menakutkan kita sebenar adalah apabila "ISA" digunakan untuk melemahkan kekuatan rakyat yang tidak bersalah.
Kita tgk nanti fru akan menembak air dan memukul kearah kumpulan mana..Dan media2 lidah setan mereka akan menuduh kumpulan penentang ISA yang membuat kacau walaupun ianya dilakukan oleh kumpulan penyokong ISA.Akan ditunjukkan kecederaan2 yg dialami oleh oleh mereka.Inilah sikap berat sebelah mereka terhadap pihak pembangkang dan tiada jalan lain lagi yang rakyat boleh lakukan melainkan turun kejalan raya berdemo bagi menyuarakan ketidakadilan.
ReplyDeletemeh woii!!turun ramai2 kot la jumpa si katak lompat aku nk baling kasut..
ReplyDeleteAlah..berapa ekor je nak ikut si katak puru tu..berapa lama diaorang bleh tahan berdemo tengah panas tu ngan upah 50 ringgit..pakat gocoh je brahim gedebe tu... dia gian nak masuk umno sangat tu..
ReplyDeletetime ni la nak belasah si katak
ReplyDeleteNI LE KATAK GEMUK YANG PALING LEMBAB SEKALI .. NAK LOMPAT SOKONG ISA .. NAPE ? SBB ITULAH SAJA YG MEMBOLEHKAN KERAJAAN MELIHAT DIA SEBAGAI PEMBELA.. BERAHIM NI TAK DE MODAL LAIN DAH .. SATU-SATUNYA MAKHLUK YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI DIMUKABUMI NI .. TENGOK JE MACAMANA DIA KENCING NIK AZIZ.. PAS NI DIA KENCING PIEM PULAK .. BERAHIM BERAHIM ..BAIK KO TENGUK PARLIMEN PASIR MAS TU .. MACAM SAMPAH
ReplyDelete