Thursday, July 23, 2009

Gas Naik, Elektrik Naik..?

Tarif | Kamus Dewan
Gas Murah = Elektrik Murah

Hanief: Video di atas membawa satu kenyataan bahawa apabila harga gas/minyak naik, maka tarif atau caj elektrik juga akan terpaksa ikut menaik. Realiti ini bukan suatu perkara baru.

Jika kita rujuk video tahun lepas (2008) di bawah, sememangnya betul apabila harga gas/minyak melambung, maka TNB juga akan menaikkan caj elektrik mereka.
Tarif Elektrik Naik 26% , CEO TNB Naik Gaji 100%

Anda musykil TNB syarikat siapa? TNB ialah milik Khazanah Nasional Berhad. Khazanah Nasional Berhad ialah milik kerajaan.

Dari sinilah kerajaan Malaysia mendapat pendapatan berbilion ringgit. Bukan sahaja TNB malah pelbagai syarikat lain lagi di sini.

Sebelum itu, bukankah harga minyak ditentukan oleh PETRONAS? Siapa kepala-kepala di dalam PETRONAS? Penasihatnya adalah Tun Mahathir. Manakala mengikut orang PETRONAS, hanya PM (Najib) memiliki kuasa penuh untuk membuat sebarang keputusan.
PETRONAS Di Bawah Kawalan PM , Bukan Kabinet
Mahathir Janji Letak Jawatan Penasihat PETRONAS & PROTON

Kesimpulannya, apabila PM (Najib) menaikkan harga gas/minyak di atas nasihat penasihat PETRONAS (Tun Mahathir), maka CEO TNB (Che Khalib) pun menaikkan caj elektrik. Wah! Ini suatu perniagaan bijak bistari oleh kerajaan.

9 comments:

  1. salam saudara TP yang dikasihi

    pertama sekali saya nak maklumkan bahawa sebelum kita berkata2 dalam soal apa sekalipun mestilah ada ilmu kalau tidak ianya nampak macam hujah bodoh sahaja...

    merujuk kepada posting di atas...

    isu penentuan harga dipersoalkan... dikatakan harga minyak ditentukan oleh Petronas???

    siapakah yang memberi pandangan bodoh ni???

    kalau tak tahu jangan cakap bukan sahaja mengelirukan orang ramai malahan mengfitnah pula...

    harga minyak sebenarnya ditentukan oleh pasaran dunia kalau di belah asia ni kita mengikuti harga yang ditentukan oleh pasaran yang berpusat di singapura...

    harga ni ditentukan oleh permintaan dan tawaran yang ada dalam pasaran tetapi kadang2 ianya dipengaruhi oleh sentimen psyikologi pasaran seperti berlakunya peperangan dan sebagainya maka naiklah harga minyak...

    bukannya Petronas yang menetukan dan lebih bodoh lagi bukan Tun Mahathir yang tentukan...

    begitulah halnya dengan harga gas...

    persoalan timbul kenapa harga gas naik maka harga atau caj elektrik akan naik???

    kenapalah tak cerdik orang yang menulis artikel tu... jangan tulis kalau tak tahu...

    cuba lihat turbine yang menghasilkan elektrik tu dijanakan dengan menggunakan kuasa apa???

    air atau lembu yang memusing turbine tu???

    semestinya turbine menggunakan gas untuk menjanakan bagi mebghasilkan elektrik...

    maka setelah jelas janganlah guna akal bodoh mengeluarkan hujah bodoh bagi mengelirukan orang ramai...

    salam

    ReplyDelete
  2. tungaklangit yg telebih ceghodik,

    cakap2 yang tu semua betoi belake. teman sookong 100%. cuma teman musykil bila harga minyak turun sekarang ni/ 5-6 bulan lepas dan harga arang batu juga turun tarif letrik kita tak turun atau lambat turun.

    tu belum kira harga minyak yg kita pump kat stesen minyak hehehehe. dengar2 dulu kerajaan nak buat harga siling tapi mungkin depa tak jumpa siling kot.

    ReplyDelete
  3. haha.. tunggaklangit ni memang pencacai umno no 1 lah. bangang tahap dewa bangang dah ni. haha.. iyolah, kita ikut harga dunia. tapi kita pembekal minyak. bangang. lagi minyak naik. lagi kita untung. alahai. inilah pencacai2 umno. bangang bonar eh. harga minyak di malaysia ditentukan oleh orang luar ko?? jawab wahai si bangang tunggaklangit. lagi 1, ekau tengok la harga minyak dunia sekarang ni. sekitar usd60 ja. mahal ko murah? apa ke halnya nak naikkan harga minyak, harga tarif elektrik. sudahlah pencacai2 umno. tak payah la nak jilat buntut najib tu. busuk. heiiyrakk!! lagi2 lak buntut wanita puaka tu. ahaha..

    ReplyDelete
  4. kena mintak zali tokbatin senoi nasihat bab pasaran dunia ... dia ni semua pasar dia tau .... lelong lelong

    ReplyDelete
  5. projek tipu 1malaysia lagi!

    ReplyDelete
  6. 1Benda ini mesti kena naik..tidak dapat dielakkan ..kalau tak naik, masalah lagi besar akan timbul. Perjuang hak wanita akan mengadakan demo besar-besaran diseluruh negara jika 1Benda ini tak naik.

    ReplyDelete
  7. Salam saudara yang dkesiani si anon

    Saya bukan nak marah pasal bahasa yang tak melambangkan adab dalam Islam tapi kedangkalan kamu berhujah kemudian mengata orang yang bodoh... ketawalah ke atas kebodohan kamu....
    Siapa yang kata Malaysia pembekal minyak di dunia ini???? Ha ha ha
    Malaysia pun tidak menjadi anggota dalam OPEC??? Ha ha ha
    Untuk makluman saudara harga bagi crude oil di pasaran pada hari ini ilaha sekitar 64.70 – 65.6 Dollar per barrel dan inaya dijangka akan meningkat 70 dollar per barrel pada bulan Disember 2009.
    Siapakah yang menetukan harga minya??? Bukan Petronas atau Malaysia ... para perdagang minyak di New York yang menentukan harga sebulan lebih awal melalui kaunter dagangan masa hadapan...

    Kalau tak tahu jangan kata orang bodoh... fakta kamu pun salah mahu membodohkan orang... ha ha ha

    ReplyDelete
  8. abis malaysia jadi ape ek? pengeluar ke,pengeksport ke, pengimport ke? ade penungaklangit........har harun

    ReplyDelete
  9. jgnla lyn pencacai2 umno tu, pemikiran mereka dah dibonsaikan oleh pemimpin2 mereka sbb tu mereka tak cerdik....kesian...dah tua2 pun bodo biol lg....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?