Aku dah balik dari Manek Urai sebaik selesai pengiraan undi semalam. balik, bukan bermakna aku berada di Selangor. cumanya aku balik ke Kota Bharu semula. tak tau berapa lama lagi aku akan berada disini.
Hari ni aku nak kongsi 1 kisah sedih yang berlaku di Manek Urai sehari sebelum hari pengundian.
Pagi isnin sebelum waktu zohor, ada kematian di Manek Urai baru. ini kubu kuat UMNgOk dan kematian yang berlaku melibatkan keluarga orang kuat UMNgOk (cukup terkenal dengan kebiruannnya). anak beliau yang berumur dalam lingkungan 20an mati mengejut.
Jenazah kemudian disempurnakan (aku ringkaskan) kemudian dibawa ke Masjid Manek Urai Baru untuk disembahyangkan disitu. di Masjid ni berlaku perkara yang agak tidak seronok sebenarnya.
Masa bapa arwah mohon bilal masjid tersebut untuk menyembahyangkan jenazah sebelum dikebumikan, bilal masjid berkenaan yang juga penyokong kuat PAS memberi syarat kepada bapa arwah supaya berjanji untuk mengundi PAS dalam Pilihanraya yang akan diadakan esok, atau jenazah tidak akan disembahyangkan.
Kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa orang jemaah yang kebetulan berada di dalam masjid tersebut termasuk seorang orang kuat PAS disitu yang kemudiannya mengambil keputusan menjauhkan diri dari konflik yang berlaku.
Rupanya dalam kawasan begini masih berlaku lagi kejadian-kejadian seumpama ini. malas nak komen panjang-panjang cuma aku rasa tak sepatutnya bilal tu buat macam tu dalam keadaan macam tu. menyempurnakan jenazah adalah fardhu kifayah dan tak sepatutnya menjadi masalah walaupun berbeza pandangan politik.
Itu 1 bab yang tak elok.
Lepas selesai jenazah disembahyangkan berlaku lagi 1 perkara yang mengaibkan... jenazah disembahyangkan dengan sempurna oleh tidak sampai 15 orang makmum dan untuk menyempurnakan jenazah di kuburan pula berlaku masalah kerana yang ada selepas untuk ke kuburan hanya 4 orang ahli keluarga terdekat sahaja yang langsung tidak ada asas dan pengalaman menguruskan jenazah.
Rakan-rakan politik bapa arwah langsung tak menjenguk keluarga arwah walaupun bapa arwah bukan calang-calang orang di kawasan tu... kalau sebut UMNgOk, memang akan melekat nama bapa arwah kerana kepekatan darah birunya.
Tapi malang, bila berlaku kematian, sorang pun rakan politik tak datang menjenguk jauh sekali nak bersama menyempurnakan jenazah anak beliau.
Apa yang berlaku dikuburan, malas aku nak ceritakan tapi cukup aku katakan, bapa arwah terpaksa merayu pertolongan orang kuat PAS untuk menyelesaikan urusan pengkebumian.
2 kejadian yang tak sepatutnya berlaku dalam hal ni bagi aku.
1 - Perbezaan politik tak sepatutnya menjarakkan kita dalam hal-hal keagamaan.
2 - UMNgOk hanya memerlukan PAS sekiranya mereka tersepit... contohnya dalam hal kematian. kawan-kawan dalam parti cuma peduli pada hal dunia sahaja tetapi bila masuk bab agama, semua hilang. macam tu jugak bila parti dah lemah, dah tersepit, mula la terhegeh-hegeh nak berkawan dengan PAS.
Ikut pada cerita yang aku dapat lepas sembang dengan orang tempatan, kejadian macam tu memang berlaku sejak lama dulu. tipikal orang UMNgOk... bila ada sesiapa yang sakit mereka akan melawat, tapi kalau yang sakit tu 50-50, jangan harap mereka akan jenguk.
Macam tu jugak bila berlaku kematian dalam keluarga orang UMNgOk, keluarga simati terpaksa bersusah payah menebalkan muka merayu orang-orang PAS untuk menyempurnakan jenazah. perkara ni bukan baru di sini. dah lama dah...
Tapi aku heran... kenapa masih ada orang UMNgOk yang keras hatinya dan susah sangat nak berubah..? jadi aku cari 5-6 orang UMNgOk untuk dapatkan cerita dari mulut mereka sendiri. jawapan yang amat mengejutkan yang aku dapat ialah... "mati ni bukan selalu, biar orang PAS je yang urus, kita nak hidup tiap-tiap hari, jadi UMNgOk je yang boleh tolong kita..."
Dalam hati aku...
Masya-Allah...
Salam,
ReplyDeleteSaya setuju sangat dengan posting anda TP, terutamanya pada kesimpulan yang TP buat.
Pada orang PAS dan UMNO, janganlah jadikan perbezaan ideologi menjadi modal untuk 'balas dendam'. Yang PAS tak mahu selesai masalah agama yang terjadi pada orang UMNO dan yang UMNO pulak sekat projek, pembangunan dan peruntukan (termasuk royalti hidrokarbon) kepada orang PAS.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKisah yang diceritakan itu memang menyayat hati..Tang bab Bilal tu suruh macam tu memanglah tak patut..kita bukan macam UMNGOK tu yang nakkan Jambatan pun kena undi depa..
Tapi part pengurusan Jenazah ni dan hal melibatkan kebajikan memang UMNGOK sama di mana2 saja termasuklah ditempat saya di Sabak Bernam..
Memang ahli2 PAS lah yang akan menguruskan kematian Depa selalu..bukan itu saja kadang2 kenduri Pun memang ahli2 PAS lah yang bertungkus lumus membantu ..
Contoh di KG tebuk Jawa dalam Sg Air Tawar pernah berlaku ahli UMNGOk yang kenduri langsung tak dibantu pun oleh ahli2 UMNGOk yang lain kerana berbalah..
Kami orang PAS lah yang membantu mereka menguruskan segalanya sehingga majlis selesai..
Pernah juga berlaku kematian orang UMNGOk ahli2nya datang bukan untuk menguruskan Jenazah sebaliknya duduk dibawah rumah berborak2 sambil bergelak ketawa. Kamilah orang PAS yang dirayu warisnya menguruskan Jenazah tersebut.
PAS disini sering membantu tapi takdelah sampai macam Bilal diatas..sebab tu di kawasan ini semakin ramai penyokong PAS kerana Ikhlasnya ahli PAS membantu jika ada masalah disini..
Mungkin Bilal tu marah lah kot sebab puak UMNGOk ni masa susah je ingat kat orang PAS. Tapi bila masa Pilihanraya mereka anggap orang PAS macam musuh ketat mereka.. Disini pun macam tu..
Bila Pilihanraya orang UMNGOK yang ramah menjadi Singa bila memandang orang PAS..Bila susah ada kematian Orang PAS dirayunye..
Takpelah tolong je dengan Ikhlas moga terbuka lah hati mereka..
Naruto tak suka berdendam
Salam..
ReplyDeleteAku fikir pemikiran cam bilal ni tak patut ada sebenarnya dalam Pas. Bagi aku, biar la dia nak pangkah sapa pun, tak perlulah nak letak syarat klau nak buat kebajikan kerana Allah. Tapi aku yakin bukan semua org Pas cmtu. Cuma segelintir jer yang taksub sgt atau pernah berlaku sesuatu pada dirinya yang buatkan dia bertindak begitu. Bagi aku, klau salah, kita kena tegur. Tak kira la Pas ke Umno. Aku bukan jenis pengikut Pas yang jenis angguk jer cam puak2 belah sana.
Kebenaran mmg pahit untuk ditelan, tapi klau kunyah slow2 aku ingat ok kot. ;p
Salam perjuangan..ISLAM 4 ALL!
Inilah salah satu dendam kesumat turun temuran yg dibawa oleh penganut PAS. Yg jahil tetap jahil. Yg hidup wajib menolong menguruskan jenazah hingga keakhirnya. Sepatutnya keadaan spt inilah yg paling berkesan utk menyedarkan yg jahil dgn mengambil pendekatan yg paling lembut, dan menginsafkan. Subhanallah!
ReplyDeletecerita buatan sendiri ke cik? waakakaka! bagus2... :)
ReplyDeleteInilah politik cara kampung yang perlu dihapuskan. Atas nama Islam, tiada yang membezakan kita. Politik biarlah kena pada masa dan ketikanya.
ReplyDeleteCarl
bilal pas tu mungkin dah serik dgn perangai org umno yg bila terdesak baru baik dgn org pas...
ReplyDeleteitu pun nasib baik bilal tu suruh berjanji kalau dia langsung tak nak layan org umno tu camne
mungkin dah berulat baru mayat tu diuruskan kalau tak satu kampong tanggung dosa...
pendapat aku la, tindakan bilal tu bergantung atas seseorg tu. mungkin pada ahli umngok yg lain dia tidak bertindak camtu...
ReplyDeleteasas aku perkatakan camtu adalah kadang tu demi membela umngok ada sesetengah ahli yg tercelupar dalam berkata-kata dan kata-kata tersebut memberikan kesan yang mendalam.
sama la cam tempat aku, umno yang betul2 totok ada cakap sampai mati pon xkan sokong pas, kalau mati dia kapan pakai bendera umngok dsb. kata2 camni blh menimbulkan kemarahan ahli pas. sebab ahli pas tahu, suatu hari dia akan mencari org pas untuk urusan2 keagamaan...
persoalannya knp mencari ahli pas bila kejadian camni, kalau betul2 x suka pada pas toksah cari org pas. cari la org umno...
mrL
betoi apa yang bilal tu buat...ingat time mati je baru nak ingat islam...bukan kat sana ja jadi mcm tu...kat perak pun dah jadi mcm gak...biar kita ajar org umno mcm tu bagi kesedaran sket....
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleteselalunya kes macam ni terjadi sebab bila masa hidupnya org umno ni bongkak nak mampus, sebab selalunya penyokong umno ni dr segi material lebih baik dr penyokong PAS yang miskin. bila kenduri tak jemput orang PAS. sembahyang jemaah pun ada dewan masing2. jalan raya depan rumah depa tak bagi orang PAS guna sebab kerajaan (umno) yang buat. PAS tak buat jalan. Maunyer tak hangat hati geng2 PAS ni.
Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu agar individu terlibat waima Bilal atau pun Orang Umno tersebut bermuhasabah diri, tak mau la pulak nak menyalahkan sesiapa ... kalau dibandingkan dengan TPM dengan Bilal tu 2 x 5, TPM kata kalau nak jambatan kena undi BN, Bilal tu balas balik kalau nak suruh solat jenazah undi PAS.
ReplyDeleteaku setuju. memang tak patot pak bilal tu letak syarat gitu. memang tak patot. tapi semuanya ada hikmah. kadangkala puak2 UMNO kena hajar gak biar dia tersentak sebab selama ini mereka syok buli org PAS sana sini. Baja, benih getah dll kalau boleh jangan sampai ketangan pengundi PAS. Dah tu pulak bercakap sombong mentang2 mereka ada banyak duit. bila sakit demam dan kematian, baru nak ingat surau dan orang yang ketayap.
ReplyDeleteKepada orang UMNO nak tanya satu soalan,sekiranya anda mati dan diberi pilihan,siapakah antara 2 manusia ini yang akan anda pilih utk menjadi imam sembahyangkan jenazah anda..Tuan Guru Nik Aziz atau Datuk Sri Najib?
ReplyDeleteKalo mengaji lebih mendalam dlm bab tauhid dan tasauf, apa yg dibuat oleh bilal itu mungkin betul, dengan mengambil kira aqidah org UMNgOk tu yang benar2 memisahkan agam dalam soal/urusan hidup..
ReplyDeleteAku sendiri seboleh-bolehnya akan merisik dan menyelidiki jenazah2 yg aku diminta untuk menyembahyangkan..
Kalo UMNgOk yg zalim., jgn harap la..
Sorang-dua sedara terdekat aku ni pun, kalo mati memang aku takkan sembahyangkan.. Dapat dosa lagi ada la..
Salam..
ReplyDeleteKes begini pernah gak berlaku pada Kamal Atartuk suatu masa dahulu yang merupakan bapa sekular Turki. Pada zaman itu, para imam2 dan bilal2 semua tidak mahu sembahyangkan jenazahnya kerana pemimpin tersebut sangat zalim dan banyak merosakkan agama Islam. Setelah dipujuk dan dirayu oleh adik dan keluarga Kamal Artartuk, barulah mereka setuju untuk menguruskan jenazahnya, itu pun atas dasar ehsan.
So, aku harap perkara ni tak berlaku lagi la kat negara ni. Tapi sapa yang tahu? Kdg2 sejarah tu akan berulang dengan sendirinya. So bagi yang masih hidup, sendiri mau igtla. Jangan la taksub sgt pada pemimpin korg sampaikan rasuah yang jelas depan mata pun masih lagi buat2 tak nampak. Kdg2 ideologi politik sempitlah yang membutakan mata2 kalian untuk melihat kebenaran..Berilah bukti sebesar gunung pun, klau tidak diketepikan fahaman politik /ideologi sesuatu parti, nescaya tidak akan terlihat kebenarannya.
ISLAM 4 ALL!!
Hebat mu wat cerito weh! Mu jange duk wak reko2 cerito nanti aku doa mu balik kl mapuh keno langgar dgn lori aye.Mu kecek biar molek sikit.Ore PAS dan UMNO di Kelate memang takdok masalah doh loning.Hok duduk buat kucar ari tu menatang beruk dari luar maghi kelate pahtu duk wat busuk namo ore Kelate.Kalu betul certo mu ni goyaklah namonya....Mu ingat, kalu takdok cerito jange dk wat main ikut se!
ReplyDeletePandai wat crite... pembohong betul
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBro, aku kt cni cm nk menegur skit sikap bbrpa blogger. Sblm tu, aku nk ckp yg aku adlh org M.Urai. Aku bkn pengundi berdaftar kt sana, tp majoriti sdare mare aku ade kt sana. Malah nenek aku pn msk tv3 ritu. Tkpe, yg kisah ni biar aku cite pasni.
Yg aku nk smpaikan kt cni adlh skp bbrp bloggers. Biar aku mulakan dr awal. Sejak dari pengumuman PRK MUrai, aku rs lain semcm aje dgn segelintir blogger. Coz, ms PRK sblm ni, bloggers begitu ghairah menyampaikan berita2 terkini. Permatang pauh, Bkt Gantang, K.T, sumanya mmg btl2 lain. Liputan mmg hbt. Tiap2 blog ade berita..
Tp utk PRK MUrai ni, semacam aje aku tgk. Bl bukak blog, hy bbrp aje yg cover. Yg lain2 tk ambil port pn. Malah ade yg awl2 lg dok kritik petugas2 PAS kt MUrai. Yg cover btl2 hy la blog hang n bbrp rkn2 yg lain.
Bila tkde berita or liputan dr media baru ni, org mula kembali kpda media lm, yg ni pn sm mempengaruhi undi golongan muda. Aku mula2nya pk, maybe ramai bloggers tk dpt trn coz pedalaman kot. Tk pn ekonomi gawat. Aku berpikiran positif. Mls nk buruk sangka.
Tp semakin dkt dgn tarikh ngundi, tempo ttp sm. Tkde senjata rahsia etc dr bloggers PR. Yg Media UMNO plak semakin rancak dok kempen kebaikan UMNO. Ape UMNO yg UMNO janji depa canangkan. Yg sebelah kita plak msh lg ade yg dok berbncg psl UG n wacana ilmiah. Adess..
Pastu, aku call kg aku n ty kabar. Depa suma ckp, ramai yg nk swing coz UMNO byk janji nk bg hadiah klu mng. Hadiah jmbtn pn mmg depa nk sgt2. Sbb ape depa mudah terpengaruh?? Sbbya ramai penundi cni dtg dr low social class. Mereka cm nk better life. Aku tk blh slhkan mrka.
Bila, tb saat nk umum, aku dh agk yg majoriti mesti ciput py. Pastu dlm kpla aku, klu majoriti ciput ni, maka ramai la yg akn menyerang PAS Kelantan. Aku bkn ckp UMNO yg serang, tp org PAS sdri yg tggu ms aje nk attack. Yg UMNO ni toksah ckpla mmg keja depa.
Telahan aku tepat. Bila di umukan menang ciput, maka ade la segelintir blog yg mula tulis psl 'Pengajaran kpd PAS Kelantan', 'cermin diri', 'jgn slhkan org lain', 'jgn sombong' n mcm2 lg. Ade jgk yg dok kritik jentera yg keja kuat scra open. Mcm UMNO kt KT ritu plak. Dh klh, slhkan jentera mls n tk berkesan. Hang blh review bbrp blog yg kaurkan komen mengkritik. Aku mls nk bg link, tk baik buruk nm org.
Klu nk buat post mortem yg sbnr, pi trn pdg n jupe dgn pengundi sekali lg. Ty depa nape tknk skg. Jgn dok kritik yg pecahkan jemaah lg. Yg kes UG ritu pn dh jd mcm racun kt PAS. UMNO gembira bwk isu UG, yg sstgh drpd kta plak, hepi aje dok kritik sesema sdri, kononnya PAS Kelantan sombong. Dh kna tarik balik nikmat kemenangan. Ntah ape2 lg.
Klu ade PRK lg, nk ke kita dgn perpecahan cmni? Cm nk bg renungan skit. Aku tk peduli ape org nk ckp psl ape yg aku tls ni. Aku tulis sbb aku ikhlas nk bg teguran. Jgn belum smpai PRU13, sumanya terkulai sbb ego msg2.
Sekian, wassalam..
-Cucu Manek Uria-
TP dah tipu semua..buat cerita nak mengaibkan orang...Inilah hasil idea terbaik TP setakat ini setelah sehari suntuk berdengu ganja/dam.
ReplyDeleteAku x psti TP tipu ke x..tp bnda ni mmg slalu berlaku dri dulu smpai skrg...
ReplyDeleteapa yg aku nk kata adalah...jgn la buat mcm tue oleh kerana berbeza parti...jgn nk samakan pengundi UMNgOk dgn kamal artartuk..mungkin mereka belum dibukakan hati..apa salahnya tolong mereka...cuba bayangkan klu jd kt family kita...
mungkkin hari ni kita tolong org..esok lusa tuhan tolong kita plak...mana tahu...
walauapapun aku tetap x setuju dgn imam tu. siapa pun kita kenalah jln kan perintah Allah. x slh kalo kita jadi org kuat mana2 parti tp agama dan perintah Allah tetap kena utamakan. jgn jadi puak2 UMNO YAHUDI...bila ada kematian mula cari org pas. jenis deme ni kalau nak tgk ramai dtglah kat mana2 parti karaoke. yg haram deme serbu yg halal d tinggalkan.
ReplyDeletesaya setuju kadang2 amno kena di beri pengajaran gertak sikit..baru dia tau tok wakil yg dia nak pilih mandi, nak bungkus mayat cam no,..solat jenazah pun tak tau..pandai nak bagi jambatan dunia,jambatan akherat amno bukan peduli..dlm solat pun kita kena cermat pilih imam sembahyang inikan pula utk urusan sehari2 hidup dan mati.amno ingat duit ada semua boleh kautim..upah belaka..
ReplyDeletelain kali letakkan mayat tu depan pintu rumah ketua umno cawangan...
ReplyDeletebiar ketua cawangan dan anak2 buah dia yg uruskan
takkan dia nak biarkan mayat tu kat depan pintu rumah dia sampai malam...
hanya itu cara utk menyedarkan org umno yg buta hati...
salam !
ReplyDeleteaku sebagai saksi apa yg TP cite, pembetulan, Kg.Manek Urai Lama, kampung ni tempat aku minum tea pagi.
aku cadang kan pd UMNgoK, kerana korang kaki duit dah tentu banyak duit kan ? korang upah je urusan jenazah tu.
lagi satu, oi !! masa tu dekat sangat ngan hari mengundi, orang luar dan pemimpin semua berkampung kat manik urai, mana pegi ulama lebai UBN ?, aku kenal bilal tu, abe soh nama nya, yang mati tu memang darah biru dan jarang ke masjid pun, ei ! susah sangat ke nak urus jenazah ni, mandi mayat, kafan, solat jenazah dah, pastu kalau emergency kambus kat mana mana pun takpe atau hanyut kan dalm sungai atau laut, apa nak susah dengan bilal , tok imam. barang simple je, umnongok je rasa susah.
sebab tu bangang sampai mati.
Cerita di atas ni buka cerita yg direka2.
ReplyDeleteAku pun pernah alami peristiwa2 mcm tu, bukan di kelantan sahaja tp 1 malaysia...
Yg baik kita ambil
Yg buruk kita letak jauh2.
Pd penyokong umno yg tak menerima cerita2 ni.. bolehlah pergi mati, dan bila dah mati nnt... bolelah nilai ketika saat2 pengurusan jenazah mereka sendiri.
Mati adalah pasti.. dan penyokong UMNO pun akan merasai mati gak.
Cuma, pd mereka, mereka lambat lg mati...