Tuesday, July 28, 2009

Pemimpin BN Berselindung Di Sebalik Kuasa SPRM

BESUT, 28 Julai (Hrkh) - Pemimpin Umno tidak perlu lagi berselindung di sebalik kuasa yang dimiliki agensi kerajaan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Anggota Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Baharum berkata, tindakan seumpama itu tidak mencerminkan semangat sebenar sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

"Namun malangnya hari ini kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih gemar menggunakan agensi kerajaan seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah bagi mengekang kebangkitan Pakatan Rakyat.

"Kalau benar-benar mereka berani jangan menggunakan agensi kerajaan dan berdepanlah gentlemen dengan Pakatan Rakyat," katanya pada ceramah di Jertih malam kelmarin.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussien dilaporkan berkata, pemimpin BN akan memerangi Pakatan Rakyat habis-habisan. �

Dr Badrul Amin berkata, Pakatan Rakyat sedia menyahut cabaran Naib Presiden Umno asalkan melalui sistem demokrasi dan bukannya menggunakan perkakas kerajaan.

Kata beliau contoh yang jelas dapat dilihat apabila Umno menggunakan agensi kerajaan dalam kes membabitkan pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika dalam siasatan SPRM.

Beliau berkata, hasil bedah siasat doktor ke atas mayat Beng Hock dikatakan tiada kesan pecah kepala atau tompokan darah pada lantai mendiang ditemui.

Oleh itu beliau yang juga bekas pensyarah kanan undang-undang di UIAM percaya Beng Hock tidak membunuh diri berdasarkan penemuan mayat tersebut.

Mendiang disoal siasat berkaitan kes anggota Exco Selangor membeli 1,000 helai Jalur Gemilang melibatkan peruntukan sebanyak RM2,300.

4 comments:

  1. salam semua,

    PM jumpe family TBH lak. aku kalau puak2 BN nih buat memamng mneragukan la... macam2 blh jadi wooo...

    dah byk perkara pelik berlaku kat malaysia ni bila berkaitan dengan PM br kite ni...

    muskil...

    mrL

    ReplyDelete
  2. salam,

    tpm kita dah kelentong besar kat afriak nun.

    cerita yg baik2 pasal SPRM, dia tak cerita pun ada org mati kena siasat dgn SPRM.

    http://corongkita.blogspot.com/2009/07/1malaysia-dummies-afrika-dan-samseng.html

    ReplyDelete
  3. kezaliman ISA. kedurjanaan pemerintah...

    http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21925&Itemid=1

    ReplyDelete
  4. Orang Umngok pun banyak yg kena tangkap dengan agensi kerajaan , kena batang hidung PaRia nak bising lak , PaRia-PaRia tu bukan manusia ke ? , malaikat ke tak de buat salah. semua kesalahan bagi kat umngok mcm le umngok tak ade langsung jasa pada orang melayu. nasib baik tak jadi mcm negara lain yg majoriti rakyat susah , kalau PaRia yg perintah jadile mcm Kelantan ,

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?