Mulai hari ni korang tak payah nak bersusah payah nak berforum dalam ruangan komen, on je dekat chatroll tu. aku tengah timbang-timbang untuk buka 1 forum Perisik Rakyat dan akan dibuka kepada para pelayar website ni dalam masa terdekat. harap bersabar.
Mulai hari ni jugak, aku buka website ni untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menghantar sebarang artikel, aduan atau apa-apa bahan bacaan (politik sahaja, bab hiburan tak payah nak hantar, wat semak je) untuk dikongsi oleh semua pelayar website ni.
Semua artikel boleh dihantar melalui email peribadi ke alamat email poji2ya.perisik-rakyat@blogger.com dan semua bahan bacaaan akan ditapis terlebih dahulu sebelum dilepaskan untuk bacaan. yang mana aku rasa sesuai untuk bacaan, aku lepaskan, yang mana aku rasa tak sesuai aku akan delete dengan selambanya.
Untuk lebih menarik lagi, aku juga akan menerima semua artikel baik dari pro Pakatan Rakyat mahupun pro UMNgOk, walau bagai manapun, semua artikel akan melalui penapisan yang agak ketat. aku tak nak artikel sampah dalam website ni.
Artikel pertama sekali yang akan dibakul sampahkan ialah artikel yang menggunakan perkataan-perkataan yang kotor, mencarut, makian yang terlampau dan juga gelaran-gelaran yang melampau terhadap individu-individu tertentu.
Peringatan kepada bakal-bakal penghantar artikel, sila sertakan sekali alamat email korang didalam artikel yang dihantar. sebarang artikel tanpa email penghantar akan diluluskan untuk di bakul sampahkan.
Bagi mereka-mereka yang telah berdaftar dengan blogger.com, sila sertakan id blogger.com anda didalam artikel anda.
Satu perkara lagi yang penting. kalau ada antara korang yang nak menghantar artikel beserta dengan gambar, korang cuma perlu attachkan sekali gambar berkenaan dalam email korang kemudian aku akan edit balik supaya nampak kemas. artikel yang dihantar juga aku harap disusun dengan kemas.
Mungkin awal-awal ni aku sempat lagi nak editkan artikel-artikel supaya senang dibaca tapi kalau dah banyak sangat nanti dan artikel yang korang hantar tu dalam kategori tak de sengkang, tak de titik, tak de perenggan, maka aku dengan senang hatinya akan tong sampahkan artikel macam tu.
Jadi aku harap dah jelas untuk permulaan. yang lain-lain nanti akan diperbaiki dan penambah-baikan akan dilakukan dari masa ke semasa.
Sekarang masa untuk berubah, jadi... Berubahlah..!
Sebarang sumbangan kepada website http://perisik-rakyat.com/ bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank bernombor - 112026869679 (Mohd.Fauzi bin Mohd.Azmi). sumbangan boleh dibuat secara online (Maybank2u). Sila klik ikon diatas untuk membuat sumbangan - terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?