Saturday, July 11, 2009

Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan

Malaysian water
Oleh: Syed Azidi AlBukhary

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,

“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”


Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 di tafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,
  • Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
  • Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka. (meliputi perairannya).
Oleh yang demikian setiap kali kalimah “onshore” dan “offshore” di gunapakai dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 ianya bermaksud “onshore” atau “offshore” kepada satu daripada 13 Negeri dalam Persekutuan dan bukannya Persekutuan secara keseluruhan.

Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.
  • Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.
  • Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.
  • Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.
Oleh yang demikian, setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memahami JDA


Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.

JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 (rujuk lampiran). Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.

Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.

Berdepan Dengan Petronas
JDA Location MAP
Rakyat Kelantan harus bersedia berhadapan dengan Petronas jika Petronas tidak bersedia menegakkan kebenaran dan mengotakan perjanjian. Rakyat Kelantan diseluruh dunia harus bersedia jika Petronas membelakangkan perjanjiannya dengan Kerajaan Kelantan.

Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.

Hasil Bumi Di Pantai Kelantan
JDA Gajah Ular
Petronas tidak boleh mudah berkata tiada hasil gas atau petroleum di Kelantan. Petronas harus juga jelas dengan dua buah telaga di luar JDA iaitu Gajah-1 dan Ular-1 yang terletak di blok PM 301 dan PM 302 tetapi dikaburi dengan nama JDA. Begitu juga dengan Lawit dan Jerneh, pengeluar Gas yang mampu menampung keperluan satu pertiga keperluan Semenanjung. Lawit dan jerneh terletak di Blok PM 303. Dibayar royaltinya kepada Terengganu walaupun kesahihan kedudukannya boleh dipertikaikan oleh rakyat Kelantan.

Petronas juga harus menjelaskan penemuan-penemuan di Blok PM 301 dan PM 302 yang dalam lingkungan kedalaman air kurang 70 meter. Di dalam hal ini jelas Petronas tidak boleh membiarkan dirinya dijadi tunggangan politik UMNO. Sudah lama kebobrokan ini menjadi resam permainan Petronas dan UMNO.

Lampiran
Akta Perlombongan - header
Akta Perlombongan - Define tanah
Continental Shelf Act - header
Continental Shelf Act - Seabed

ORDINAN DHARURAT 1969

Emergency ordinan - header
Emergency Ordinan- Teritorial water
EEZ Act - header
EEZ Act - Distance
Petroleum Development Act - Header
Petroleum Development Act - Cash Payment
Petroleum development Act - Cancelling 1966
MTJA Act - Header
MTA Act - Define
MTJA Act - Location
Admiralty Chart
MTJA - Royalty
MTJA - respecting original Rights
MTJA - Power of Minister
MTJA - Payment
MTJA - Malaysia Area
MTJA - JDA Not Special territory
Sumber - Kickdefella

9 comments:

  1. mungkin rakyat kelantan patut mula boikot petronas penipu nih!!!
    orang pas pun buleh ikut sama...!!!

    ReplyDelete
  2. kah..kah..kah..padan muka umno...bongkar lg bro...biar umno cirit nak cari alasan utk kelentong....kah..kah..kah...

    dah terang lg bersuluh mmg hak kelantan...

    zali x jumpa2 lg jwpan soalan aku psl UNCLOS 1982 tu...bengap tahap gaban..kah..kah..kah...

    lps ni umno akan gunakan segala kuasa yg ada, mahkamah dll utk putar belit isu ni...krjaan kelantan perlu bersiap sedia...

    HIDUP PAS!!! ISLAM FOR ALL!!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Perisik rakyat. Satu pendedahan yang bagus dan berfakta.

    ReplyDelete
  4. aku dah lama x isi petronas, aku pakai shell. ada ummmph la pakai shell.

    hihi.

    ReplyDelete
  5. minyak petronas kalau tuang kat motorsikal ngn keter aku kejap je abih...kalau pki shell tahan lama lagi daripada minyak petronas tu..untuk jarak perjalanan yang sama..aku tanya kat member aku yang belajar bab2 minyak kat Universiti..dia kata minyak petronas cepat abih sebab pembakaran x lengkap banding dgn shell..sebagai org kampung aku x berapa paham apelagi ntah keterangan saintifik dia...apa yang aku tau...aku pilih mana yang lagi jimat...bak kata Nabil.....Lu pikirlah sendiri!!!!

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Tahniah kepada pemberi posting kerana membuat pendedahan berfakta supaya kita semua berfikir dengan minda kelas pertama, bukannya percaya bulat-bulat kata pemimpin putar alam tanpa membuat rujukan. MINDA KELAS 3 lah katakan. Rasanya minda orang Afrika pun lagi bagus.

    ReplyDelete
  7. Syabas betey, conrete idea....

    ReplyDelete
  8. peeeh...tahniah,dasat2 fakta best bro,kasi panas bontot dorang, biar terbakar trus.. mau x meracau umnongok...mmg sesuai sgt la slogan depa, rakyat diHULUkan, Pencapaian diuTAMAKkan..

    ReplyDelete
  9. Satu lagi cerita tidak benar dari pemimpin Pakatan Rakyat , mengapi-apikan rakyat Kelantan supaya membenci Kerajaan , Pemimpin PR tahu cerita tipu spt ini mudah untuk mengawal minda penyokong PR dan rakyat Kelantan untuk meningkatkan & membangkitkan kebencian yg teramat dan seterusnya mengundi PR yg seperti robot dan tak boleh berfikir secara betul , sememangnya politik adalah alat yg mudah untuk memecah belahkan rakyat .

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?