Sehingga artikel ini dipaparkan, masih tidak pasti lagi keadaan ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman, 45 dari parti PAS yang baru-baru ini dilaporkan uzur akibat penyakit barah bawah perut yang dihadapinya. apa yang pastinya ialah pada saat dan ketika ini, jentera Barisan Nasional sudah bertungkus-lumus bekerja keras di Galas dan telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pilihanraya kecil buat kesekian kalinya.
Bila aku menaip artikel ini, bukan bermakna aku mendoakan yang tidak baik untuk ADUN sedia ada yang kesihatannya terganggu itu, malah aku juga turut mendoakan kesejahteraan kepada beliau dan semoga beliau segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya. semoga beliau cepat sembuh dan semoga Allah mengurniakan beliau kesihatan yang baik agar dapat menjalankan amanah yang sedang dipikulnya selaku ADUN Galas.
Apa yang aku cuba bangkitkan ialah bersediakah Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk menghadapi sebarang kemungkinan..? disaat-saat ADUN PAS sedang uzur, siapakah yang bertanggungjawab mengambil alih buat sementara tanggungjawab-tanggungjawab kepada penduduk Galas atau perkara itu telah diserahkan sepenuhnya kepada UMNO/BN lantaran jentera UMNO/BN telah mula "bekerja" di Galas..?
Ini yang selalu melalaikan kita. dikawasan-kawasan yang kita fikirkan "kawasan kita", selalunya kita lalai. jarang sekali kita hendak "kedepan" melainkan disaat-saat akhir. ini juga yang berlaku di Manek Urai. jangan bercerita tentang apa yang dimainkan oleh UMNO/BN. jangan bercerita berapa banyak wang ringgit yang ditabur oleh UMNO/BN, jangan bercerita tentang "gula-gula pilihanraya" dan jangan bercerita tentang apa yang dijanjikan oleh UMNO/BN dalam kempen pilihanraya mereka.
Semua cerita-cerita diatas bagi aku sekadar alasan untuk menutup kelemahan kita sendiri. bila kalah, "orang lain yang salah", bila menang, "sebab kita hebat". kalau kita hebat, mengapa kita perlu beralasan sedangkan alasan itu hanya untuk mereka-mereka yang "tidak hebat'. untuk menutup "ketidak hebatan" maka perlu ada alasan. begitu kan..?
Pada ketika ini, jentera UMNO/BN sudah mula bekerja, mereka-mereka yang perlukan rumah, sedang diagih-agihkan rumah-rumah PPRT untuk mereka. bagi yang memerlukan bantuan baik wang ringgit atau apa sahaja bantuan, semuanya sedang disediakan oleh jentera UMNO/BNdengan kadar segera.
Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, selepas ini tak perlulah dalam kempen-kempen atau ceramah politik kita nak bangkitkan kononnya bantuan-bantuan tersebut hanya datang seketika sahaja, lepas pilihanraya semuanya ghaib. rakyat tempatan tidak peduli itu semuanya. sekejap atau lama bantuan yang datang, yang pastinya mereka menerima semua bantuan tersebut. apa yang Pakatan Rakyat beri..? sekadar ceramah sahaja..? selesaikah masalah rakyat dengan ceramah..? tepuk dada, tanya pimpinan..!
Sekadar peringatan... kalau tiada apa-apa tindakan atau pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat untuk mempertahankan DUN Galas, maka bersedialah untuk menghadapi kekalahan sulung di Semenanjung Malaysia sekiranya berlaku pilihanraya kecil di Galas. Pakatan Rakyat dalam keadaan serba kekurangan manakala lawan kita (UMNO/BN) mempunyai segala kekuatan yang diperlukan baik logistik, materialistik, tenaga kerja malah semua jentera berada dibawah kekuasaan mereka (UMNO/BN).
Cukup kuatkah sokongan kepada PAS di Galas atau bersediakah kita untuk kalah..?
"jangan bercerita tentang apa yang dimainkan oleh UMNO/BN. jangan bercerita berapa banyak wang ringgit yang ditabur oleh UMNO/BN, jangan bercerita tentang "gula-gula pilihanraya" dan jangan bercerita tentang apa yang dijanjikan oleh UMNO/BN dalam kempen pilihanraya mereka.
ReplyDeleteSemua cerita-cerita diatas bagi aku sekadar alasan untuk menutup kelemahan kita sendiri. bila kalah, "orang lain yang salah", bila menang, "sebab kita hebat". kalau kita hebat, mengapa kita perlu beralasan sedangkan alasan itu hanya untuk mereka-mereka yang "tidak hebat'. untuk menutup "ketidak hebatan" maka perlu ada alasan. begitu kan..?".
Yang ini aku sokong sungguh 200%...memang betui apa hang kata tu...kalau kalah ka menag tipis ka kita syik duk kata umno main duit lah...itulah...inilah...tapi hakikatnya...kita yang tak bersedia menghadapi situasi atau kedepan dalam menangani isu2 berbangkit...yang tau dok sibuk aku cakaq hang..hang cubit aku...pas tu pi layan umno punya provokasi..semua jadi hampeh belaka
makin menyampah aku dengan politik malaysia la ni...tapi aku tetap menyokong Islam melalu PAS..UMNO? kalu aku 4X mati hidup balik pun aku tak sokong punye KECUALI mereka kembali kepada ISlam yang sebenar.
moonchild...
biar kalah,takpe.janji perjuangan kita bukan bersandarkan tawaran/janji/rasuah kebendaan semata-mata.wang,rumah,pangkat hanya sebentar saja,yang penting diakhirat kelak...biarlah mereka dengan kempen memfitnah,memburuk-burukkan PR didalam tv dan suratkhabar.Allah Maha Mengetahui....
ReplyDeletehahaha...4x mati hidup balik x undi umno...kah3
ReplyDeleteaku bape kali peluang mati idup balik mmg x kan undi umno krana umno mempecahbelahkan kaum adam..
PR mybe kalah Tapi Kita Kena Igt...
Semuanya dtg Dari ALLAH...BKN dari UMngok/BN...jgn kata bumi MALAYSIA ni Umngok punya pulak...
Alahay jgn le percaya cakap cakap pencacai umnonok ni org dah tak percaya dahhh lama dahhhhhhh umno hebat pasal guna duit rakyat klu tak de duit rakyat org dah tak pandang dah . jngan peduli kan pencacai umno ni gila meroyan je.
ReplyDeletejangan kata 4 kali mati..jumpa dan mati lagi dgn amno pun aku tak mau tidak utk sesekian kalinya,berapa kali pas kalah pun aku tak peduli aku InshaAllah bersama2 perjuangan Islam utk Allah dan Rasulnya...mengatasi segala...kerana aku rindu pada kekasih Allah..Muhammad (pbuh)ambillah kau daki dunia ni tipulah kau wahai amno, larat mana kau nak tipu...masa depan utk Islam hanya satu2nya yg diredhai Allah...ceramah tetap diteruskan kerana ianya amar maaruf nahi mungkar,kebendaan tidak jadi hal kiranya jati diri seorang muslim yg mukmin terpahat pd penduduk Galas..nabi tidak janjikan emas menggunung pd ummatnya,ummatnya lah yg mesti mencari keredhaan Allah dan rasulnya.berapa banyak harta qarun akhirnya tenggelam kambus bersama2nya kerana engkar dan kufur.
ReplyDeletePAS Kelantan perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat.
ReplyDeleteJanganlah fikir rakyat Kelantan akan terus memangkah PAS. Rakyat Kelantan mahukan pemimpin PAS yang sentiasa menjaga kebajikan mereka, bukan masa pilihanraya sahaja. Rajin-rajinlah turun ke kampung-kampung. Tidak mustahil PAS akan kalah kerana pemimpin yang tidak "mesra" rakyat...
Ye.... aku sokong cakap Tok kiyai...jangan dok bangga sangat...keprihatinan dan rajin tunjuk muka,bertanya khabar,mendengar maslah dan menyelesaikan setakata perlu menjadi mana kemampuan yang ada perlu menjadi keperluan.
ReplyDeleteWujudkan pusat khidmat masyarkat bagi setiap dun dan parlimen....kecil pun tak apa asalkan dapat beroperasi
Ubah tabiat..jangan jadi macam umno..memang mereka kuat rasuah serta banyak duit..tetapi usaha dan doa perlu menjadi senjata untuk terus mencapai kemenangan di Kelantan dan negeri lain
seperti kata sahabat saya
ReplyDeletetok batin senoi :
http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com/
pas macam dah tak ada colon yang
gagah fizikal dan mental...semua
yang ada masalah kesihatan
la...tua la...bingai la...
sebab dah berapa banyak kali dah
belangsungkawa
belum berapa minggu sahabat saya
kata 'lepas ni belangsungkawa kat
mana pulak'...keluar la pulak
cerita TiPU doakan galas pass
away...
Sebab tulah PR perlu iktiar cari duit sendiri...mustahil sangatkah kalu PR wujudkan sebarang pembangunan di negeri PR tanpa perlu bergantung kepada dana Pusat??
ReplyDeletemacam mana pr nak buat pembangunan.semua mp pr mana dapat peruntukan rm 1 juta.semua duit tu bagi kat ketua bahagian.lu pikir la sendiri..pr harap duit derma masa buat ceramah.umno-bn pakai duit rakyat untuk parti sendiri.duit cukai yang kita bayar tu la.tak kan tak leh nak pikir oi.otak ada ke.bangang punya penyokong bn..
ReplyDeleteAku berpendapat bahawa Adun Kelantan sekarang ni nampaknya sedang asyik sangat dengan pendirian mereka bahawa 'Rakyat Kelantan' akan sentiasa memangkah tak kiralah siapa calon yg di letak, asalkan dari tiket bulan.
ReplyDeleteLihat sahaja di MU baru2 ini. Sibuk duk cerita pasal UMNO 'main kotor', sedangkan dari dulu lagi itulah cara UMNO.
Kita kena sama2 renungkan, kenapa sebelum ini, 'Rakyat Kelantan' berpegang teguh dengan falsafah yg TGNA sentiasa keluarkan setibanya setiap Pilihanraya "Bagi duit ambil, bagi kain pakai, bagi gula bancuh, bila mengundi pangkah bulan".
Lain pula jadinya di MU. "Bagi duit ambil, pangkah dacing". Mungkin Yang Maha Esa menyuruh kita sama2 bermuhasabah diri, ada apa sebenarnya yg tak kena dalam diri masing2...
salam,bro TPU
ReplyDeletekesan penanaman dasar sekular dalam pemikiran rakyat selama 52 tahun memberi kesan yang mendalam pada corak pemikiran rakyat.
kebanyakan rakyat akan memilih kebendaan jika dibandingkan dengan agama. umngok telah berjaya dalam perkara ni. kecintaan pada kebendaan melebihi pada rasa cinta pada Islam... itulah dia UMNGOK!!! Laknatullah...Tahniah atas usaha UMNGOK selama ni. Tahniah atas kehancuran Islam di malaysia wahai UMNGOK!!!
selain itu media memainkan peranan yang tersangat penting. penyaluran maklumat PR terbatas pada surat khabar dan ceramah2. berapa ramai yg baca surat khabar PR? brp ramai yg nak p dengar ceramah??? agak2 org atas pagar nak x p dengar ceramah??? akses pada tv adalah lebih mudah, tiap2 hari minda rakyat dijajah dengan maklumat dari tv...
aku yakin pemimpin2 PR buat yang terbaik dalam keje diorg tapi kesannya adalah terbatas!!!
pru12 menunjukkan rakyat kawasan bandar yg byk buat perubahan. kerana di bandar ada akses inrternet. dimana kawasan kampung masih lg bergantung pada tv dan surat khabar...
mrL
Sikap mencari-cari dan menjaja kelemahan orang supaya kita dilihat lebih baik perlulah dibuang kerana itu bukan cara Islam.
ReplyDeleteBravo,..
ReplyDeleteAkhirnya sibingai TP sedar bhw "PAS HANYA BOLEH BERI CERAMAH SAHAJA",..
CERAMAH ADALAH HIBURAN YG "HALAL" WPUN BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN,..JUGA TERDAPAT BYK JUALAN & GERAI MAKANAN
DI CERAMAH PENYOKONG BERHIBUR DGN LAWAK JENAKA MEMPERSENDAKAN PEMIMPIN LAWAN,.. JADI BOLEH MELUPAKAN KEMUNDURAN DAN KEADAAN KG YG SERBA-SERBI KEKURANGAN,..(MANIK URAI CTHNYA),..
DI CERAMAH,.PEMIMPIN YG PALING BYK MENDEDAH KEBURUKAN LAWAN DAN PANDAI BUAT LAWAK DIKIRA PEMIMPIN YG HEBAT,..BUKAN DIKIRA BERAPA BANYAK SUMBANGAN DAN PEMBANGUNAN YG DIBAWANYA,...
BAGI PR,. PROJEK PEMBANGUNAN YG PALING HEBAT PERNAH DILAKUKAN IALAH "CERAMAH MEGA",.. KEJAYAAN DIUKUR DGN PULUHAN RIBU RAKYAT YG HADIR DAN BERAPA KUTIPAN YG "MASYUK" KE KANTUNG,..
MASALAH RAKYAT??? AHH,..BIAR BN YG SELESAIKAN,..
HA,..HA,..HA,..
Semua kena tipu oleh TP. Sebenarnya dia bikin "reverse psychology" supaya UMNO/BN akan syok dgn berita ini. Lalu ia akan melalaikan dan menghayalkan UMNO/BN.. tak cerdik TiPu nih......
ReplyDeletetungak..ni nak balas dendam sebab kalah ari tu ke???
ReplyDeletekesian.kira agregat 6-1 ya la....
bongok ke hapa kalah 65 undi walaupun nak bagi JAMBANtan dari menteri sembab...last2,bila kalah,semua kansel...hahahahaha
Galas ni kat mane yop....
ReplyDeletekat Los Angeles ke? lkat Glasgow UK?
Tulis tu molek sikitttt. Tak semua org cerdik cam hang.
err... marah betul adun galas bila orang duk fitnah kat dia mati nih...
ReplyDeleteerr... kalau nak ikut... adun galas tu sendiri pun terkejut dia leh menang kat situ... cemana tah buleh termenang pulak kat galas tu... orang situ derang undi parti 'raja kita'
parti ku li... hahahha.... amnu ka bn ka... tak laku sangat situ... janji parti ku li... buleh je...
sekarang puak2 umngok ni cakap besar haah..
ReplyDeleteaku nk bagi sedikit kesedaran untuk juak2 umngok ni..
1)sedarlah kalian penganut umngok bahawa kalian tiada apa yang tinggal jika parti kalian jatuh nanti.
*BANGUNAN UMNO TKDE(sekarang pakai harta kerajaan)
*DUIT TABUNG UMNO TKDE(sekarang pakai duit kerajaan)
*HUTANG NGAN PEMBEKAL BENDERA,TSHIRT,TOPI(sampai sekarang blom habis dibayar)
*CERAMAH UMNO(buat mkn2 dan bayar baru datang)
seandainya parti korang jatuh,kat mana agak2 korang nk cari duit..
nk buat ceramah macam pas dan mintak sumbangan?mampuih tk layan kerana korang biasa disuap bukan menyuap.
maka dengan ini berbaik2lah korang dengan parti israel moga2 nanti dapat pertolongan..
dan inilah yang sedang diusahakan oleh pak jahit hamdi..
dan jangan lupa kibarkan lagi bendera israel kat bangunan umngok macam dulu.
Aku doakan PAS kalah di Galas? Biar dia orang sedar sikit. Di Perak, dia orang rasa dah kuat. Dikawasan majoriti Melayu pun dah 50-50. Inikan pula dikawasan majmuk. Sedarlah diri. Usah dok kutuk kawan dalam PR. Ingatlah WHAT GOES AROUND, COMES AROUND.
ReplyDeleteJAMBATAN??
ReplyDeleteHOI UMNO BANGSAT,KENAPA BEKIRA SGT DGN RAKYAT??DUIT UTK BINA JAMBATAN TU DUIT NGKO KER??KAMI BAYAR CUKAI BUKAN UTK "SPONSOR" UMNO/BN DLM MANA2 SIRI PRK...INGAT!!AKU AKN TUNTUT SMUA NI D AKHIRAT BESOK..
SIOL LAH LU MAT! MEMBER MASIH HIDUP LAGI LAH.TAK PAYAH LAH KELUARKAN ISU NI MACAM NAK MENDOAKAN ADUN GALAS SUPAYA CEPAT MENINGGAL! KALAU YA PUN TAK ADA BERITA JGNLAH MASUKKAN BERITA NI. LEPAS TU SIAP CAKAP LAGI KEMUNGKINAN KITA KALAH DI GALAS. CAKAP BAIK-BAIK SIKITLAH. ITU KAWASAN PAS BUKANNYA KAWASAN PKR ATAU DAP GENGSTER!
ReplyDeleteAKU MINTAK SANGAT LEPAS NI JANGAN KELUARKAN CERITA-CERITA BEGINI KECUALI SAHIH SELEPAS BELIAU MENINGGAL. KOT YA PUN KORANG TAK SUKA DENGAN KAMI DALAM PAS, MOHON JANGAN MAINKAN BERITA BEGINI.
HARAP MAKLUM. TQ
22% pengundi Cina di GALAS solid pada Pakatan Rakyat...
ReplyDeleteRelak aa.. org tu hidup lagi. apa lak sibuk2 nk pikir pasal pilihanraya.. jangan lah terikut2 dgn umngok.. depa tu takde moral..
ReplyDelete