Friday, July 10, 2009

Royalti Minyak: 1Malaysia Bakal Kena Kelentong..!

Royalti: Jangan dengar dakyah pembangkang: Sumber - Utusan Malaysia Online.

KUALA LUMPUR 9 Julai - Rakyat negara ini khususnya dari Kelantan diminta tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung pembayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat yang kononnya bernilai RM1 bilion.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tuntutan itu dibuat hanya berdasarkan pemahaman serta kepentingan politik pembangkang dan tidak berteraskan peruntukan undang-undang yang sah.

Justeru kata beliau, kementeriannya akan mendedahkan perkara sebenar mengenai isu tersebut sedikit masa lagi berdasarkan lunas undang-undang agar ia tidak dipertikaikan lagi.

"Masyarakat perlu faham iaitu kesemua (tuntutan) ini mesti berasaskan kepada undang-undang negara dan bukan sentimen siasah atau prasangka.

''Pendedahan akan dibuat berpandukan Akta Pelantar Benua, Akta Petroleum dan perjanjian-perjanjian tertentu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
TPU - Jaga-jaga...!!! 1Malaysia nak kena kelentong..!

8 comments:

  1. Bro

    apa comment pasal ni
    http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_5b87bced-7f000010-96478e00-7801fc9d

    Syarat nak pakai songkok…

    Baru melangkah masuk hari pertama ke sidang Dewan Undangan Negeri Selangor selepas dibebaskan dari ISA Mei lalu,ADUN DAP Kota Alam Shah M.Manoharan yang juga aktivis Hindraf sudah mahu tunjuk belang dengan mempersoalkan pemakaian songkok.

    Katanya beliau kurang senang melihat Speaker Dewan Negeri Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) memakai songkok semasa menjalankan tugasnya pada persidangan itu.

    "Saya tengok Tuan Speaker memakai songkok. Saya tidak bersetuju .. kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera," katanya kepada para wartawan.

    Manoharan berkata jika bukan Melayu diberikan status Bumiputera, beliau akan menjadi orang pertama memakai songkok dan Baju Melayu kerana ia bukan pakaian keagamaan tetapi pakaian kebangsaan.

    Katanya semua rakyat Malaysia perlu berbangga memakai pakaian kebangsaan tetapi buat masa sekarang bukan Melayu tidak berasa bangga untuk memakainya kerana mereka tidak dilayan sebagai Bumiputera.

    "Saya tidak akan gunakannya sehingga saya diberi status Bumiputera," katanya.

    Katanya status Bumiputera perlu diberi kepada bukan Melayu yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.-8/7/2009

    ReplyDelete
  2. kita ni jangan lah hendaknya
    gelojoh sangat macam TiPU.

    gelojoh tu macam setan.

    kita dengar la dulu penjelasan
    tentang minyak tu...lepas tu baru
    la nak komen ke nak putar ke...

    tapi dalam hal ni bukan salah
    TiPU...malam jumaat,gelojoh la
    sikit menulis sebab dah gelojoh
    sangat nak membelasah bini.

    dah faham sangat dah TiPU ni...

    ReplyDelete
  3. Aku nampak dah kot mana UMNO nak pusing... nanti dia kata hasil minyak tu federal punya, yang kat negeri lain tu ialah EHSAN dia saje.. beginilah UMNO.. kalau dah bongkak tu bongkak situlah.. UMNO gagal melihat bahawa rakyat tidak 'baca' isu mcm dia 'baca'... lepas tu marah2 bila org tak sokong dia.. mengaku je lah anda tu BONGKAK UMNO!!, Allah dah bagi rezeki kat Mesia ni insaflah..bagi dekat sedara kita sama...bukan asyik nak liberasasi kat org luar saja...

    ReplyDelete
  4. saya suka blog ini kerana selalu update,

    ReplyDelete
  5. PUAK2 SIAL umno akan guna segala kuasa yg ada utk menipu dan mengeksploit segala hasil rakyat!!!

    HARAMJADAH UMNO!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Kerajaan Kelantan kena dakwa le Kerajaan Pusat kalau betul , ikut la saluran yg betul , jangan tembak peluru kosong membabi buta hanya kerana ada pilihan raya kecil dan menipu rakyat kelantan yg dah kena tipu oleh orang politik dan berselindung dengan muka-muka baik/jahat/alim/tak alim dan macam-macam lagi lah.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan Pusat ikut la lunas undang-undang betul-betul.. Bagi la geran perkapita negeri kepada Kerajaan Negeri bukan kepada UMNO Negeri.. Barulah rakyat nampak UMNO nie jujur..

    Masa Obama jadi Prsiden US, Bush ada salurkan wang ke orang dari parti dia ke?

    ReplyDelete
  8. umno pembela rakyat.ISU minyak berkaitan dengan undang2 ;Kerajaan BN tidak akan sekali2 menindas rakyat sebaliknya rakyat yang cuba menindas kerajaan he he he!

    UMNO parti melayu islam yang pertama memupuk perpaduan dlm kalangan masyarakat//

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?