Saturday, July 18, 2009

Teoh Beng Hock: UMNgOk Yang Semakin Ngok..!

Imbas kembali berita awal tahun bertarikh 29hb. Januari, 2009 sebelum berlaku Perhimpunan Agung UMNgOk...
  • Seorang ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu.
  • Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.
  • Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.
  • Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.
  • Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.
  • "Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.
Dan berita yang baru sahaja berlaku hari Khamis lepas...
  • Setiausaha Politik EXCO kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
  • Mayat Teoh Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
  • Semalam Teoh telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
Macam biasa... setelah berlaku ke 2-2 peristiwa bersejarah tersebut dan setelah laporan polis dibuat maka dengan bergayanya pihak-pihak yang terbabit mengeluarkan kenyataan seperti dibawah -
  • "Kita harap semua pihak bersabar dalam perkara ini, siasatan akan dilakukan secepat mungkin dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes berprofile tinggi".
  • "Kita juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan hal ini dan juga kita ingin memberikan amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan spekulasi didalam kes ini".
  • "Siasatan akan dilakukan dengan adil dan telus... pihak kami tidak akan menyembunyikan apa-apa hasil siasatan dan semua hasil siasatan akan dibentangkan kepengetahuan umum setelah selesai semua siasatan".
  • "Kita berharap semua pihak akan memberikan kerjasama penuh untuk menyelesaikan kes ini"...
Dan hakikatnya ialah... setelah 6 bulan laporan polis dibuat oleh AHLI UMNO DAN JUGA AJK UMNgOk PAHANG, dimana hasil siasatan kes tu..?

Hari ni ada Ahli UMNgOk dan juga Penyokong Totok UMNgOk menyindir-nyindir Pakatan Rakyat kerana bangkit membela Teoh, tetapi mereka lupa ada ahli UMNgOk juga telah dilakukan sedemikian rupa juga. dan pembelaan terhadap pengadu masih samar-samar.

Kenapa masih ramai yang BUTA HATI dan KERAS HATI..?

BANYAK MAKAN HASIL KERJA HARAM KOT...

9 comments:

  1. salam. teruskan perjuangan hancurkan umno yang kejam.

    *mintak copy gambar sprm atas tu. terima kasih.

    http://loveperak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. umNGOK kan boNGOK.kes mati2 ni bukan kira dia cina ke,melayu ke,india ke,jnj kezaliman mesti dilawan.

    ReplyDelete
  3. Mungkin isu perkauman hendak disemarakkan..berhati hatilah PR dengan kerja jahat ni..targetnya PR Selangor jatuh.

    ReplyDelete
  4. TP ni bab menghasut no.1. Kalau hati dah busuk tak dapat nak buat apa lagi. Walaupun siasatan polis nanti didapati tiada unsur jenayah, atau ada unsur jenayah, puak2 bongok PKR/PR tak akan percaya dgn hasil siasatan itu nanti. Sbb apa, kerana hati sudah hitam berkarat dgn buruk sangka dan prejudis melampau kerana dendam kesumat yg tak berkesudahan.

    ReplyDelete
  5. anon 3:22

    yang disiasat mati!!!
    sapa berani nk siasat..nnti tukang siasat pulak yang mati..
    memang ko bangsat!!!!

    ReplyDelete
  6. anon 3:22 .. hang toksah dok menyemak kat sini. p lat blog 1malaysia ka, chedet ka,, tempat pencacai2 umNGOk dok NGOKkan bangsa melayu...

    ( kuota 30% bumiputera dlam pekerjaan dah hapus, x mau demo ke???)

    ReplyDelete
  7. bongok anon3:22 tu..toksah dok layan...keadilan mesti dituntut!jgn dok diam lg...klu kes pemimpin PR mcm meroyan gaban dorang siasat,tp bl kene kat umngok...mcm semput2 dada lembabnya.

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih PR, dulu pun sy pernah buat laporan dgn sprm,walaupun sy guna nama samaran mereka tahu yg coment atau laporan dihtr oleh sy dari rumah.(sprm beritahu ada laporan oleh org kpd P.A tersebut.bkn YB yg besalah tapi P.A tersebut lebih daripada YB) Yg byk salahlaku ialah P.A kpd YB sarawak guna kenderaan kerajaan sesuka hati,sewaktu YB keluar dari kuching.Harap PR dpt bantu kes kami di sarawak.

    ReplyDelete
  9. Korang ni nape ngok jugak , simati tu saksi SPRM , pasai ape orang SPRM lak nak bunoh, tentulah orang PaRia-PaRia yg takut rahsia terbongkar padamkan memori/evidance simati , jangan nak pusing fakta , orang umngok tentulah suka kalau dapat saksi spt simati , semua rahsia boleh terbongkar . sebabnya lahirnya PaRia-PaRia dari kumpulan Ngok yg telah berangtakan tak ade tempat nak mengadu , nasib baik sipungkok ada , dapat gak PaRia mengadu.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?