Monday, July 20, 2009

Teoh: Gambar Sekitar Perhimpunan Rakyat MPSJ (I)

Gambar-gambar adalah sumbangan pembaca setia website ini, saudara Sasaudengo (terima kasih untuk gambar-gambar yang menarik). sekitar Perhimpunan Rakyat menuntut keadilan keatas Mendiang Teoh Beng Hock. dikhabarkan hampir 3000 penuntut keadilan telah menghadirkan diri bagi menyatakan sokongan.

Yang menarik pada aku dalam gambar yang dikirimkan ialah bila pelbagai bangsa cuba mendapatkan akhbar-akhbar alternatif tanpa segan silu... (orang UMNO je yang segan nak baca harakah... mungkin segan nak mencari kebenaran... hahaha...).

Seingat aku dulu KERAjaan ada jalankan kempen membaca, tapi sambutannya kurang menggalakkan dipihak UMNO sendiri... sebab tu la mereka ni lembab sikit dalam mendapat kebenaran. diorang ni asyik nak yang FREE je... mana la lalu nak keluar sikit modal untuk sikit ilmu... tapi kalau sebut Karaoke atau Hiburan...

"Hutang Ceti Pun Tak Pe..!"

5 comments:

  1. hapuskan media malaysia yang banyak mengampu bn.sedar la sikit kalo hari mengampu bila bangsa nak maju.maju kroni sendiri la oii.pikir la oi yang mana ada kepala otak yg tuhan bagi tu bukan nak mengampu je.

    ReplyDelete
  2. SPRM ni dihidupkan buat apa?? Tugas polis tu dah ada asalnya..?
    Tapi apa kata kalau SPRM tu mendaftar masuk atau joint mana2 parti politik je lah...

    ReplyDelete
  3. Apa kata tutup PAS dan masuk je PKR atau tutup PKR masuk DAP!!!Ok tak kalau gitu pasal semuanya bertujuan menjahanamkan rakyat! Boleh tak gitu?

    ReplyDelete
  4. buat satu lg parti politik..
    sprm gabung dgn sprm...
    pastu buat pakatan dgn spr...

    konfem malaysia aman makmur......
    hahaahah

    malu duk malaysia

    ReplyDelete
  5. wow ..larisnya harakah..marahkah di jual pd yg bukan ahli...?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?