Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.
Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari.
Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...
Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....
7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.
Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau.

Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.
Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.
Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya.

Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...
Bagaikan binatang di zoo
Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.

Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur...
Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.
Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem.

Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.
Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview.

Diam.. Diam..
ReplyDeleteAda seorang fasik yang datang membawa berita.
Namanya......si suhaib.
Bleh buat telenovella bersiri yang bertajuk "Mangsa ISA Yang Berdusta".
itulah kejamnya isa..
ReplyDeletebersabarlah.. di dunia ini mereka ingat mereka yang kuat..
tunggu lah dialam kubur maka bersoal jawablah mereka dengan allah..
Apakah salah dan dosanya diperlakukan sedemikian.Pembunuh,penjenayah,perogol kah dia..kesian dgn anak anak dan isterinya yang terpaksa hidup tanpa kasih sayang Bapa.Sampai bilakah dia harus dipenjara??
ReplyDeletekepada manusia yg mengaku beriman dengan allah tidak akan menyokong akta ISA ini,akta zalim..sedang mahkamah allah kelak manusia akan dibicarakan.sedangkan allah tahu yg manusia ini berbuat baik atau berbuat jahat..allah yg maha adil.fikir2 kan lah..buka la hati kita dan renungkan lah.dan terima al-quran dan sunnah pasti manusia selamat dunia dan akhirat
ReplyDeleteBiasalah UMNgok..ISA lah penyelamat survivalnya, tapi sampai bla..lambat laun pasti tersungkur..mungkin masanya makin hampir. UMNgok sudah semakin hampir penghujung kengokannya sebelum menjadi betul betul bongok. Inilah parti Melayu bongok..namanya parti Melayu..tapi tipu Melayu...
ReplyDeleteYA ALLAH YA TUHAN KU, KAU MENANGKANLAH PAKATAN RAKYAT PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG, AGAR KAMI BOLEH MEMBEBASKAN MEREKA-MEREKA INI DARI KEM TAHANAN INI DAN DIBICARAKAN DI MAHKAMAH.
ReplyDeleteDAN KAU HANCURKANLAH YAHUDI MALAYSIA YAKNI BANI UMNO DAN TERUTAMANYA PARA PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA DAN HINAKAN LAH MEREKA SEWAKTU MEREKA MASIH HIDUP DAN BERILAH BALASAN SETIMPAL PADA MEREKA DIDUNIA LAGI AGAR MENJADI PENGAJARAN BUAT KAMI YANG MASIH HIDUP
AMIN AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
umno zalim kejam & tak berperi kemanusiaan
ReplyDeleteya allah.berikn ketabahan kepada tahanan ISA untuk menghadapi pelbagai dugaan yang menimpa mereka dan keluarga mereka.Ya Allah,buka la pintu hati pemimpin UMNO semoga kembali ke pangkal jalan dan semoga mendapat hidayah daripadaMu ya Allah..aminn..
ReplyDeletemanusia yg menyokong isa, memang manusia bangsat..!! ibrahim ali katak memang sah termasuk dalam golongan bangsat.!
ReplyDeleteSALAM SEJAHTERA SEMUANYA
ReplyDeleteUMNO DAN AKTA ISA TIDAK ZALIM KEPADA SESIAPA PUN...
EMPUNYA BADANLAH YANG MENZALIMI DIRI MEREKA DAN KELUARGA MEREKA...
KENAPA MEREKA MELIBATKAN DIRI DALAM KEGIATAN YANG DIHARAMKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA???
KEPADA ADIK YANG MENULIS SURAT INI... JADIKANLAH PENGALAM ABAH KAMU ITU SUPAYA MENJAUHKAN DIRI DARI SEBARANG MASALAH DAN KALAU BOLEH JANGANLAH BERSAMA-SAMA MEREKA YANG TIDAK FAHAM ERTI KEAMANAN BERARAK PADA 1 OGOS 2009 KELAK IBU KAMU AKAN TERASA DIZALIMI OLEH UNDANG-UNDANG MALAYSIA PULA...
SEDANG KAMU LAH YANG MENZALIMI DIRI KAMU SENDIRI...
SEKIAN
bodoh punya tungaklangit lu cakap pakai lu punya kepala otak yang totok perjelaskan kegiatan apa yang diharamkan kera jaan malaysia keatas bapa suhaib sampai la nie pun tak diperjelaskan akan kesalahan bapa beliau,.....1 satu malaysia dah tahu ISA tu cuma untuk talian hayat umnongok dan Bebal nasional bagi survival politik jumud diorang......mintak mintak la biar tungaklangit tu kena hempap ngan langit milik tuan empunya dunia........ tungaklangit najisssss.............
ReplyDeleteumno bodoh umno bodoh serta rakan mereka iaitu umno bodoh telah berjumpa umno bodoh untuk menyelesaikan permasaalahan umno bodoh sekian ma kaceh..............
ReplyDeletesemuga Allah memberi kekuatan kpd keluarga mangsa isa dan mangsa tahan tanpa bicara oleh kerajaan amno bangsat ni,aku akan jadi saksi kejahatan amno di yaumul mahsyar esok,jahat amno songlap duit negara,tindas sekolah agama,tindas surau mesjid,hidupni sesungguhnya aman tanpa amno..mereka ni jadi ujian utk gol beriman jadi saksi kita atas kejahatan parti 50 tahun tak guna ni.ALLAHU AKBAR.
ReplyDeleteAllah hu akbar.Betapa sengsaranya seorang anak yang di nafikan hak untuk hidup dengan kasih sayang seorang bapa.Semoga Allah akan membalas kejahatan pemimpin yang zalim dan tidak berperikemanusiaan ini dengan dahsyatnya.Mereka tidak dapat mengembalikan masa yang telah pergi dan sesungguhnya dosa yang dilakukan pemimpin zalim akan sama disaksikan oleh orang yang menyokongnya.
ReplyDeleteSimple je...kalau bersalah....dakwa la si ayah di mahkamah...kemukakan bukti yang dia bersalah...perompak n perogol yang terang2 bersalah pon dibenarkan untuk membela diri dimahkamah....obviously ISA zalim....
ReplyDeletesesuka hati busuk ko jer kata budak kecil ni fasik...kalau benar pun dia pendusta, cubalah fikirkan keadaan org2x dan ahli keluarga yg ditahan dlm ISA tuh..
ReplyDeletekesian mereka..cuba bayangkan sekiranya kamu berada ditempat mereka..
ak masih x paham mengapa ada sesetengah manusia yg x tahu merasai penderitaan org yg dlm kesusahan..sebab tu x hairan zaman sekarang ni, mcm2x kejadian yg x masuk akal boleh berlaku...
x ada sifat kemanusiaan dlm diri setiap manusia..
p/s: kepada anonymous, lain kali berfikir menggunakan akal serta hati yg Allah kurniakan..jgn guna nafsu dan kepala lutut..kalau x sama taraf dgn haiwan!