Thursday, July 23, 2009

TGNA: Meragukan, Tapi Bukan Haram

KOTA BAHARU, 23 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud.

11 comments:

  1. Tidak anda terfikir betapa ceteknya ilmu agama ahli UMNO mempertikaikan Mohd. Nizar pegang lilin dalam majlis orang mati... halal ke haram...?

    Tidak anda terfikr betapa jahat nya ahli UMNO (Ismail Kijo) yang membuat demo di Ampang Point bertujuan menyokong SPRM melakukan kezaliman terhadap orang yang disiasat sehingga membawa maut...?

    Hanya ahli UMNO yang bangang saja yang akan mempertahankan kejahilan pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  2. Dosa tetap dosa.Salah tetap salah.Pasal akidah jgn dipermainkan demi kepentingan politik semata....Nauzubillah

    Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

    Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

    Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

    “Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

    “Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya

    ReplyDelete
  3. Poji..pkena ganja lagi baguslah bro.Buat apa lu layan mende mcm ni bro. Aku tahulah ko tengah melobi nak jd calon PKR nanti tapi lu kaki ganja beb. Baik kita pegi massage lagi best bro....mesti lu delete nanti kan komen aku ni pasal ko takut rahsia ko terbongkar tak boleh jd calon PKR! hahahaaaaaa poji kaki ganja!

    ReplyDelete
  4. pekena dam la baru meet uncle usin skit.wakaka.mai buluh runcing satu

    ReplyDelete
  5. Nik Aziz selalu memberi komen yang amat bernas dan masuk akal...I respect you !!!!

    ReplyDelete
  6. Nik Ajis akan menjahanamkan PAS ebab sokong si Jubur dan Telanjang ELizaberth Wong dan Paria SIvarasa babi!

    ReplyDelete
  7. Yang kita dok cuti pada hari Ahad tu menghormati ugama sapa? Soal ini lebih besaq daripada soal pegang lilin. Hari Jumaat sepatutnya penghulu segala hari, lebih mulia daripada dua hari raya. Mengapa tak sibuk nak buat fatwa tetang hal ni. Agaknya sebab dah terlalu biasa, jadi lali dah. Tak pernah terpikiaq ke kenapa kena rehat pada hari Ahad. Bukankan elok kita tak bekerja pada hari Jumaat supaya pagi2 lagi boleh pi masjid, sembahyang subuh, lepas tu dengaq kuliah subuh. Ini tak, kita buat kuliah subuh pada pagi Ahad. Sunday class ke?

    Yang si Nizar ni pulak, lain kali janganlah bawak lilin. Kalau hang bawak pelita panjut untuk hadiri majlis vigil, kuranglah sikit kontraversi. Sebab panjut tu pribumi. Lilin tu asing.

    ReplyDelete
  8. Umno memang jadah, nizar pegang lilin depa bantai cukup2. depa lupa kot semasa pemimpin mereka terlibat dalam upacara meletakkan bunga kat tugu negara, dah terang2 nampak seperti penyembahan berhala seolah-olah macam patung tu pulak yang nak ambik dan cium bunga tu. tugu negara tu patut dirobohkan.ia boleh dikatakan salah satu dari patung berhala besar yang ada di malaysia.

    ReplyDelete
  9. Selama ini sy amat mengagumi keperibadian dan kepimpinan MB Mandat Rakyat Dato Nizar,tp skrng sy tengok mb nizar dah hilang keperibadian sebagai pemimpin Islam dgn tingkah laku yg mirip kpd pemimpin2 DAP,kami penyokong mb nizar mau beliau kembali pada peribadi pemimpin Islam,mb nizar mesti berani berkata TIDAK kpd tindakan2 yg bercanggah dgn adat dn budaya Islam serta budaya org melayu.

    ReplyDelete
  10. Barack Obama pun mengaku pernah hisap ganja masa dia muda2 dulu,sy tengok dlm banyak2 Bloggers Politik diMalaysia TP ni merupakan blogger berilmu yg menulis bersandarkan fakta,kajian yg mendalam serta kebenaran.Sejarah masa kita muda2 dulu tu x perlulah diulang tayang kembali,ianya menjadi pengalaman utk mendewasakan kita.Sedarlah sudah terlalu lama kita menjulang pemimpin2 yg menghisap darah rakyat dan menghisap duit haram dari harta negara 1Malaysia ini.(KROMOK)

    ReplyDelete
  11. salah tetap salah , apa lagi kalau ada hubunganya dengan akidah ,.. tiangnya agama islam itu akidah jadi jangan di permainkan ..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?