Apabila LRT Star yang aku naiki itu melalui kawasan berhampiran Dataran Merdeka, aku lihat padang Dataran itu kosong, tak ada manusia. Tidak menghairankan. Kawasan di situ dipenuhi dengan pasukan polis FRU lengkap dengan trak-trak merah mereka yang siap sedia dengan meriam air.
Bagaimanapun LRT itu kemudian berhenti di Stesen Bandaraya. Pintu kenderaan itu dibuka yang dikatakan sebelum ini tidak boleh turun. Aku segera turun.
Aku lihat Jalan Kucing telah dipenuhi sebahagiannya dengan penunjuk perasaan yang berbaju merah dan hitam. Kumpulan yang pertama aku lihat mereka sedang berarak ke arah Mesjid Negara. Kumpulan yang kedua berada di sekitar Kompleks Sogo. Aku turun dan menyertai kumpulan di Kompleks Sogo.
Tembakan bermula
Tidak sampai lima minit berada di situ tembakan gas pemedih mata kedengaran dan sesetengah orang ramai yang berhimpun mencari tempat selamat. Aku melihat pasukan polis memburu rakyat yang berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang telah berumur kini hampir 50 tahun.
Kehadiranku pada petang ini dalam perhimpunan mendesak supaya ISA dimansuhkan tidak penting. Sama ada aku datang atau tidak datang, anak-anak muda, aktivis-aktivis yang berani akan tetap menjayakan perhimpunan bersejarah ini untuk mengkuburkan ISA.
Aku yang telah agak tua ingin turut sama. Aku ingin sertai detik yang bersejarah ini. Aku tidak mahu malu pada diriku sendiri bersenang-senang di rumah pada hujung minggu sedangkan sebahagian rakyat yang sedar sedang berhempas pulas berdepan polis, gas, gari, tangkapan, undang-undang dan penjara untuk memperjuangkan hak demokrasi dan kebebasan rakyat dengan menentang ISA.
"Jangan lari," teriak satu suara.
Kemudian kelihatan orang kiri kananku lari. Orang yang berteriak jangan lari itu juga akhirnya lari apabila sebiji canister gas pemedih mata jatuh tak jauh dari kami. Ketika itu aku sedang berada di sebatang jalan antara Kompleks Sogo dengan sebuah bangunan bank berhadapan stesyen LRT Bandaraya.
Ada etika terhormat
Aku bukan hero. Jadi aku pun turut sama berundur ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya aku ingatkan diri sendiri kalau berundur pun mesti ada etika secara terhormat, jangan lari cabut macam seorang penakut. Pengalaman masa muda-muda sewaktu mahasiswa dahulu mengajarku supaya jangan takut sangat pada gas pemedih mata.
Tapi kini sudah tua. Aku sentiasa memerhatikan di mana jalan selamat sekiranya diburu FRU.
Aku nampak anak-anak muda sungguh berani. Anak-anak muda yang ramai di tempat aku berada kelihataan begitu berazam menyatakan bantahan mereka terhadap ISA.
Mereka memakai baju-baju sama ada berwarna merah atau hitam yang tertulis dengan kata-kata antara lainnya "ISA Akta Zalim".
Bila diri sudah terasa tua, pada generasi mudalah harapan kita terletak supaya agenda perubahan masyarakat untuk keadilan dan kebebasan diteruskan. Dan aku hadir antara lainnya ialah untuk memberi sokongan kepada anak-anak muda yang berani berdepan polis dan alat negara dalam usaha membantah ISA.
Jika esok lusa aku mati, anak cucuku yang dapat membaca tulisan ini akan menyedari bahawa ayah atau datuk mereka pernah berada di atas jalanraya menuntut ISA dimansuhkan.
Perhimpunan menentang ISA di kawasan sekitar Sogo dan kemudian di Jalan Tuanku Abdul rahman ini disertai rakyat pelbagai kaum, peringkat umur. Orang yang berumur 50-an pun macam aku agak ramai. Lelaki dan perempuan. Kebanyakannya semuanya sudah merah mata masing-masing kerana pedih asap gas.
Tawar garam
Ada seorang muda yang kenal padaku menawarkan garam kepadaku untuk mengurangkan pedih. Aku ucapkan terima kasih, kerana masih boleh bertahan. Sebenarnya aku tak tahu bagaimana hendak menggunakan garam itu.
Tiba-tiba pasukan FRU memburu kami, dan seperti orang lain aku berundur ke lorong belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman iaitu kawasan orang berniaga pakaian, kuih muih dan air. Aku harus berhati-hati supaya tidak terjerumus ke kuali minyak panas yang sedang mengoreng cempedak atau pisang.
Aku rasa aku telah tersilap berundur di kawasn sesak seperti itu.
Aku bergerak ke arah Jalan Mesjid India. Kemudian aku lihat sepasukan polis biasa berkaki ayam mengejar seorang pemuda pembantah ISA yang berpakaian t-shirt hitam dengan lambang anti-ISA, berumur lewat 20-an. Aku melihat jam di tangan.
Ketika itu pukul 3.05 petang, anak muda Melayu itu diheret oleh polis beruniform biru itu dan disumbat ke dalam kereta proton wira Polis berwarna putih. Aku tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu pemuda itu walaupun aku seorang peguam.
Begitu angkuh polis-polis yang menangkap pemuda itu dan mengherdik orang ramai di kawasan Jalan Mesjid India berhadapan Panggung Collesium. Tetapi aku lihat orang ramai tidak takut dengan jerit herdik itu. Orang ramai faham apa yang dibantah ialah ISA.
Dari segi undang-undang atau lebih tepatnya jurisprudence, aku dapat melihat di hadapan mata bagaimana rakyat biasa bangun untuk menentang satu undang-undang yang mereka anggap zalim.
Tekan suara rakyat
Aku dapat menyaksikan bagaimana jentera atau mesin negara dalam bentuk polis sedang menekan suara rakyat. Inilah jentera atau mesin negara dalam bentuk polis atau tentera yang selama ini bersama-sama undang-undang seperti ISA menjadi tunggak untuk sesebuah kerajaan berkuasa.
Hari 1 Ogos ini hari yang membanggakanku sebagai rakyat Malaysia. Ternyata kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa lebih 50 tahun ini dengan dibantu oleh ISA sedang ditentang oleh rakyat jelata. satu waktu dulu hanya parti-parti politik pembankang, para pelajar dan intelektual membantah ISA.
Tetapi kini Kuala Lumpur pada petang Sabtu ini hampir lumpuh apabila rakyat bangun bersatu menyatakan bahawa ISA yang telah berumur 50 an itu mestilah dimansuhkan.
ISA tidak sesuai lagi dengan dunia sekarang yang rakyat semakin sedar hak kebebasan dan hak demokratik mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara Malaysia yang merdeka.
Penahanan tanpa bicara yang menjadi asas ISA mesti ditentang. Rakyat telah nyatakan tuntutan mereka. Kerajaan BN yang ada sekarang perlu akur. Pindaan sekadar perubahan kosmetik tidak mencukupi.
Pemansuhan total ISA adalah tuntutan rakyat.
-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-
-Oleh : Hassan Karim-
bodoh
ReplyDeleteaku berhrp sgt mse demontrasi itu mlysia nie brtukar mnjadi iran mcm aritu pendemontrasi di tembak jer. .
ReplyDeletehassan karim?
ReplyDeleteni orang tua mana nih?
apapun terima kasih la berkongsi
pengalaman yang kini menjadi mimpi
ngeri buat semua badut sarkis pr.
isa masih teguh berdiri!
Hari Sabtu lepas patut dianugerahkan gelaran Bapa Perpecahan Melayu kepada Bang Nuar.
ReplyDeleteMoga Impianmu Bang Nuar nak jadi PM terlaksana.
Hidup Bapa Perpecahan Melayu.
Tahniah! Tahniah!
Hidup Bang Nuar! Hidup Aljuburi..ops!
BODOH punye Gomen..orang nak berarak pun tak bagi..takut dunia tau yg rakyat Malaysia menolak kerajaan BN ke??..
ReplyDeleteAda pulak BARUA nama Khairul Azam (penasihat Undang2 Magaran) yg mengaku ahli PAS Sg Ramal tapi minta gomen tahan pimpinan PR dlm ISA kerna anjur demo..apa punye BAGHAL la mangkuk hayun ni..ini ahli umno mengaku ahli PAS le ni...
Hoi gomen yg bangang ..apa salah nye benarkan mereka berarak secara aman..
Ramai org hadir di Jln TAR, so, bisnes pun byk yg laku..d org yg berarak tu pasti nak minum dan makan..tidak ke akan menambahkan hasil jualan utk peniaga di situ?? Tak leh FIKIR ke wahai mrk2 yg bangang sekelian??
Masa yg diambil utk serah memorandum bukannye lama..setakat berjalan dari masjid Negara sampai Istana, tak sampai pun 1 jam. Siapkan gerai atau stall sepanjang jalan ke istana, sambil berarak, bisnes pun jalan juga..
Si Khairul Azam tak leh fikir ke?? BODOH..
Kalu time Thaipusam, penganut Hindu boleh berarak berkilo-kilo meter dgn aman dan dikawal polis sambil berniaga sepanjang jalan ke BT Caves,kenapa cara yg sama tidak digunakan untuk demo GMI ??
Kenapa BODOH sangat wahai gomen??
Yg sebenar membuat kecoh adalah polis/FRU yg mengikut arahan UMNGOK memBABI buta..BABI pun celik le..
Cuba le tackle masalah ini secara bijak. Ambil peluang berniaga atas perarakan ini..jual air,makanan,
t-shirt,cederahati dll..
HOI GOMEN..cuba la..
"THINK OUT OF THE BOX"...
(faham ke maksud tu?)..
utusan hari ini cuba memprovok orang melayu menentang kaum lain kerana melawan perintah kerajaan ubn. utusan tidak habis lagi memainkan sentimen perkauman supaya negara kita huru-hara. termakankah orang melayu dengan provokasi ini? pemimpin ubn mahu bangsa melayu mundur sebenarnya! ini membolehkankan mereka merompak malaysia sampai bila-bila.
ReplyDeleteSelamat merompak dan menyamun kpd penyangak umNGOok.
ReplyDeleteTerima kasih pengundi dan penyokong yang terus menyokong UBN.
Teruskan merompak harta-benda Negara, teruskan menipu rakyat 1Malaysia.
Tahniah Rakyat 1Malaysia!
orang pas memang dah gilooo........perjuangan yang jauh menyimpang. sangat jauh. moga Allah buka pintu hati kalian. jangan lah anda terus mabuk dengan bir halal tajaan abe roni.....insaf la saudara. Kemana hala tuju perjuangan anda.... Islam atau dunia?
ReplyDeletekepada zali dan sekutu,
ReplyDeleteteman mendoakan satu hari nanti anak2 korang akan menjoinkan diri berdemonstrasi. dan hendaknya anak2 korang itu ditembak terus mati tergolek.
dan pada hari itu aku akan ketawa berguling2 tengok anak korang mati tergolek hikhikhik
Gerakan Mansuh ISA 30,000 v Pro ISA - 10
ReplyDeleteKalau budak tadika / kindergarten pun tahu bilangan mana yang lebih, takkan mereka yang bergelar Menteri atau Kerajaan masih menafikan fakta yang sebenarnya ???
Yang beiya-iya nak sokong pro - ISA pun tak berani nak buat demo...Ibrahim Ali pun lari lintang pukang belakang Jalan Haji Abu Taib. Lari lintang pukang bukan pasal polis, lari pasal malau nak tunjuk muka dan tak dapat sokongan rakyat...
bodoh le orang umngok ni.bir tu halal le bagi dia,tapi haram bagi kita.Puncanya adalah kerajaan.Dulu dalam tv ada iklan rokok,sekarang tiada kenapa.Sebabnya undang-undang kerajaan yang cipta dan kuatkuasakan.Begitu juga hal-hal lain semuanya ditangan kerajaan.Nak buat elok kerajaan, nak buat tak elok kerajaan.Tahu ke berapa banyak barang yahudi diMalaysia.Siapa yang benarkan dibawa masuk.Kerajaan juga yang benarkan.Lesen hanya dipohon tetapi jikalau tak diluluskan nak buat camana.Mungkin akan wujud premis tiada lesen,tapi kerajaan juga kena pantau.Takkan nak suruh rakyat pulak.
ReplyDeletejgn lah gitu. doakan semoga zali dan teman teman seperjuangannya akan diberi hidayah dan dibuka hati oleh Allah untuk melihat kemungkaran yg kerajaan bn dah lama sangat buat dan kebodohan, kezaliman undang undang manusai yang diberi nama ISA tu. amat mencemburui gang gang yang p demo ISA. ramai sungguh gang gang muda dalam 20an. tu yg bn takut tu sebenornya sebab gang gang ni tak nak jadi putera umno. ke ke ke
ReplyDeleteSial..pasal korang habis rezeki aku hari tu. Kalu nak buat demo apasal korang tak buat kat Stadium...korang memang celaka sebenarnya sengaja nak bg org Melayu rugi. Aku nampak paling ramai Melayu. Keling dgn Cina ada 2 3 ekor je. Apa nak dibangga sangat!!!
ReplyDeleteKorang ingat tabur pasir dlm periuk nasik org baik ke.Korang tahu tak hari tu, korang kena menyumpah dgn kami para penjaja tau!!Dahlah buat awal bulan time ramai pembeli dan pasar malam kat jln TAR..
Siallah,,pasal korang buat demonstrasi habis kami penjaja rugi..pukimak punya orang lah korang ni!
lepas ni nak berdemonstrasi pasal apa pulak?
ReplyDeletebuatlah demonstrasi banyak-banyak selagi tak hancur negara malaysia ni!!!
cetuskan lagi isu..
Encik paloi, sekarang pun dah ramai anak-anak umno tak sokong umno, cuma tak tunjuk terang-terang kerana masih menghormati ibubapa mereka
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt,
ReplyDeleteSdra-sdra yang dirahmati Allah,
Apa perlu kita bertelagah dalam isu-isu yg remeh begini sehingga akhirnya kita bergaduh sesama sendiri. Yang penting sekarang kita orang Islam bersatu menguatkan agama dan negara.
Saya mohon dan merayu semua pihak agar dapat memberhentikan segera segala penyebaran dakyah palsu dan cerita berunsur fitnah supaya masyarakat kita tidak lagi terkeliru. Sebenarnya pihak DPP PAS dan PP UMNO tiada masalah untuk menjalin hubungan kerjasama demi kebaikan negara. Kami kini akur bahawa perpecahan orang Melayu akan menyebabkan kerugian kepada kepentingan agama Islam dan puncanya juga daripada penggunaan media baru yang dipelopori oleh sdra sekalian.
Justeru, ayuh bersatu hati dan sama kita perbetulkan kesilapan lalu supaya kita dapat sama membina negara sebaiknya. Sekarang bukan masanya kita menunding jari menyalahkan sesiapa.
Harap maklum. Terima kasih
Nasrudin al-Tantawi..
ReplyDeleteaku puji nasihat kamu memang bagus..
lagi bagus kalau kami pegi laman ubn dan nasihatkan mereka2 itu yang tk pernah sedar akan hukum dan bala dari tuhan.
Sebenarnya pencacai UMNGOK ni masih tidur fikiran sempit lagi menyempitkan.
ReplyDeleteOrang2 umno dalam ni Yahudi bagi duit suruh datang komen dengan bernas sikit kat dalam ni..tapi yang dibuatnya semuanya komen2 bodoh tak berakal..makan gaji buta sungguh..sekor pun takdak yang berguna.
ReplyDeleteKah Kah Kah...Tokong Engkau Si Topeng Perak...LOSER..
ReplyDeletehttp://www.economist.com/world/asia/displaystory.cfm?story_id=14140818
astaghfirlahala'zim... apa nak jadi kita semua ni... rosak agama kerana kepentingan sendiri... x takut ke dengan hukum diakhirat nanti.... yg berbuat dosa kita doakan agar diberi petunjuk.. taufik dan hidayah.. bukan dikutuk.. kita ni orang Islam.. bukan kafir... doakan saudara2 kita agar selamat dunia dan akhirat.... AllahuAkbar... ampunkanlah dosa kami semua... ampunkanlah....
ReplyDeleteadakah kalau yg buat dosa tu bapak kita, kita akan kutuk? tentulah kita doakan agar diberi petunjuk. saudara islam kita... macam keluarga kita juga.. apa bezanya... sama-sama ditanya diakhirat.... ingatlah.... sedarlah...
sanggup ke kita tengok bapak kita dibakar dalam api neraka.. tentu x sanggup... jadi nasihatkanlah....doakanlah... jangan ikut perangai orang yang sesat... yg juga seperti orang kafir.... ingat... kita pasti akan sama-sama bertemu dipadang mahsyar...
Aku tak pilih pas atau umno.
ReplyDeleteAku hanya mahu Islam, al-Quran dan As-Sunnah.
Aku tak mahu suatu hari nanti bangsaku dan agamaku hancur oleh dua golongan manusia yang tak reti berbaik-baik semula, yang mengejar politik sehingga lupa Islam itu adalah menyatukan, bukan memisahkan.
Terpulang lah kepada kalian. Aku harap, suatu hari nanti anak cucuku tak pernah membezakan antara sandara dan insan berdasarkan latar politik sempit kalian.
Semoga Allah selamatkan kita.
ramai sangat ke rakyat yang sokong mansuhkan ISA ni. asyik salahkan polis je...macam le polis satu malaysia kerja tak betul.. macam le rezeki dia je yang halal.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semuanya selamat tanpa pertumpahan darah. Apa yang diperjuangkan hanyalah satu undang-undang zalim dan kita tidak pernah menentang atau melanggar sebarang undang-undang ketika berdemo. Cuma apa yang saya kesalkan ialah masih ada lagi yang tidak faham dan dengan lantang menyatakan bahawa mereka yang melakukan demonstrasi itu adalah bodoh. Bodohkah menentang kezaliman dengan niat kerana Allah SWT? Kita sudah bersuara, namun siapa yang mendengar? Hanya itu saluran yang ada untuk membuka mata kerajaan. Kalau dari awal lagi pihak kerajaan mengambil tahu apa yang disuarakan rakyat, mungkin segala masalah berkaitan tidak timbul. Ramai peniaga rugi bukan sebab mereka yang berdemo tetapi mereka terpaksa menutup premis perniagaan atas arahan polis dan polis yang memulakan kekalutan dengan menembak gas pemedih mata dan menggunakan water canon. Jika dari awal, polis hanya memantau bagi mengelakkan sebarang salah laku jenayah, rasanya ia akan berakhir dengan aman. Lagipun tiada sebarang laporan yang mengatakan barangan peniaga dicuri atau premis perniagaan dipecah masuk ketika demonstrasi berlangsung. Yang kedengaran hanyalah rintihan peniaga kerana barangan mereka musnah hasil daripada tembakan meriam air. Itu sahaja.
ReplyDeletehanya orang islam yang mengaku beriman dengan allah sahaja akan menolak hukum ciptaan manusia yang zalim ini...faham2 lah yer..kalau orang islam menyokong undang2 ciptaan manusia dan kata lebih baik dari undang2 islam semak balik al-quran.apa jadi pada orang islam tu dengan kata dan lafaz yang dikeluar,jatuh kufur ke tak,al-quran bukan sekadar di baca atau di pertandingkan sahaja.isi al-quran hendah di hayati dan difahami isi kandungan apa yang allah nyatakan.islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
ReplyDeletecuba check link ini -- satu malaysia satu harapan.. http://sify.com/movies/tamil/fullstory.php?id=14903275
ReplyDelete