Tuesday, August 11, 2009

Patung Ikon "1Malaysia" Diroboh...

Dari : Malaysiakini
Replika gergasi perdana menteri di perkarangan kompleks kuil Batu Caves telah dirobohkan semalam, tidak lama selepas ia menjadi isu di internet, khususnya di kalangan penyokong pembangkang.

Mereka menyifatkan imej besar itu bertentangan dengan sikap UMNO yang membantah keras replika Datuk Seri Anwar Ibrahim, di simpang utama kira-kira dua kilometer dari kuil tersebut, tahun lalu.

Blog rasmi ADUN Batu Caves, Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin UMNO dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.

Ahli jawatankuasa kuil itu N Sivakumar bagaimanapun menjelaskan bahawa replika Datuk Seri Najib Razak diturunkan selepas tamat festival tiga hari itu.

Kunjungan Malaysiakini pagi ini di kuil Sri Mariaman mendapati papan-papan lapis yang digunakan untuk mempotretkan imej Najib disusun tidak jauh dari kaki struktur besi penyangga replika tersebut.

Empat pekerja sedang merungkaikan struktur besi yang terletak kira-kira 20 meter dari pintu utama kawasan tarikan pelancong itu.

Sebelum ini, replika Najib berwajah tanpa senyuman yang sedang mengangkat tangan kanannya, sementara tangan kirinya di belakang, didirikan di hadapan pintu masuk kuil berkenaan.

Ia terletak kira-kira 50 meter dari patung Dewa Muruga berwarna emas yang menjadi mercu tanda destinasi tumpuan pelancong itu.

Imej berketinggian kira-kira 10 meter itu memaparkan imej Najib berkemeja oren – warna yang dikaitkan dengan pertubuhan Hindraf – dan berseluar hitam dalam keadaan seolah - olah sedang melangkah.

Sivakumar, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata bahawa pembinaan replika itu bagi meraikan kedatangan Najib di situ yang dijadikan tapak festival "Satu Malaysia" yang tamat kelmarin setelah 30 tahun kompleks kuil itu tidak dikunjungi oleh perdana menteri.

Ia juga dibina bagi menandakan sokongan terhadap gagasan Najib itu, tambahnya.

"Ia sebahagian daripada sambutan terhadap perdana menteri. Kita juga mahu menunjukkan sokongan terhadap konsep Satu Malaysia yang diperkenalkannya," katanya.

Sivakumar berkata beliau "tidak tahu" kos pembinaan replika itu yang didirikan oleh satu jawatankuasa kecil sambutan festival itu - kerjasama antara Majlis Hindu Malaysia dan kuil berkenaan.

Jelasnya lagi, wang itu disumbang oleh masyarakat sekitar dan peniaga di kawasan kompleks tersebut.

Festival yang julung kali diadakan akan diraikan secara tahunan memandangkan sambutan menggalakkan, sehingga 10,000 orang, daripada masyarakat pelbagai kaum, tambah Sivakumar.

Pesta tersebut dimeriahkan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, pertunjukan bunga api dan gerai jualan.

Ketika kunjungannya Sabtu lalu, Najib turut diperdengarkan lagu tema slogan perdana menteri itu dalam irama hip hop dan R&B buat pertama kalinya.

Lagu berbahasa Inggeris bertajuk "One Malaysia, Living Harmony" itu dihasilkan tiga remaja India, V Vishal dan pasangan kembar, K Rashmika dan K Raanita.

Pengliporlari - Mungkin patung 1 malaysia tu nak diusung ke Permatang Pasir untuk menandakan 1 lagi kekalahan UMNgOk/BN dalam PRK..??!!?

15 comments:

  1. dapat jg la orang kg lihat gambor najik di tayangkn kat belitan tv3, baru la 1 MALAYSIA TENGOK. yg x de info mcm pecacai pun x berani nk ckp apa. boss dah jadi patong besar, kalah yg kt sebelah. memang sajak pun duk kat si2. apa alasan umngok nk bgi lg. tpi smlm najik bangga ada gmbr besar kt sana, siap ucap tima kaseh lgi. tpi ari ni dah hilang kenba roboh. dah bole sumbat ISA, peroboh ikon 1 malaysia. wah wah wah wah

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=eWzzrexfGVw

    salam TPU..tolong sebarkan video nie demi keadilan....

    ReplyDelete
  3. propaganda yang tidak membantu membangunkan perpaduan negara.... Mirip ala CIA dan agen Yahudi arahan Anwar Berahi

    bertaubatlah jangan terpedaya oleh anwar yang terang-terangan pengkhianat negara!!!

    ReplyDelete
  4. propaganda yang tidak membantu membangunkan perpaduan negara.... Mirip ala CIA dan agen Yahudi arahan Anwar Berahi

    bertaubatlah jangan terpedaya oleh anwar yang terang-terangan pengkhianat negara!!!

    ReplyDelete
  5. lord murujib dah jadi sejarah! bakal digantikan olh lord murujidin! mic dan umno bersatu?

    ReplyDelete
  6. 'Anwar agen yahudi n CIA' - juga merupakan propaganda murahan yg x membangunkan negara.....

    ReplyDelete
  7. Agen yahudi,Pak zahid nun lah bodohnya Abu..terang terangan berjumpa pm israel.
    Obama,presiden yahudi pun datang sini bertemu rakan sejawatnya..last2 Anwar juga yang kena fitnah.

    ReplyDelete
  8. Najib dah hilang ikut ayah pin ke kerajaan langit...

    Dia nak jadi raja Kerajaan langit pulak...

    ReplyDelete
  9. Najib dah hilang ikut ayah pin ke kerajaan langit...

    Dia nak jadi raja Kerajaan langit pulak...

    ReplyDelete
  10. Najib dah hilang ikut ayah pin ke kerajaan langit...

    Dia nak jadi raja Kerajaan langit pulak...

    ReplyDelete
  11. Najib dah hilang ikut ayah pin ke kerajaan langit...

    Dia nak jadi raja Kerajaan langit pulak...

    ReplyDelete
  12. Najib dah hilang ikut ayah pin ke kerajaan langit...

    Dia nak jadi raja Kerajaan langit pulak...

    ReplyDelete
  13. Perhatian untuk hatiminda celik dan keluarlah dari kepompong UMNO yang dah rosak tu.Enta kena ingat sapaya yang menghabiskan duit rakyat semata-mata nak pi jumpa Prisiden G.Bush.Pastinya Che Det Yang Dah Nyanyuk tu aku tengok kat TV hari dok bagi komen nak angkat pelupok mata pun dah tak larat tapi cakap masih berdegar-degar macam orang muda 40an dan dok perasaan rakyat masih memujanya.Tuiiihhh mampus che det arah serang pondok ibrahim libya sekali dengan tan sri musa black.

    ReplyDelete
  14. Bagus tu perkataan PaRia .. haha baru belajar kat Batu Caves kot ..huhu

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?